Hero : Azrie Haikal (20)
Heroin : Fareen Nuralisa (18)
Balqish (Kawan Fareen, 18)
Aida (Kekasih Azrie, 20)
Ariff (Kawan Azrie, 22)
Watak Sampingan :
Tengku Syahril (Papa Azrie)
Encik Hairul (Ayah Fareen)
Puan Syazira (Mama Azrie)
Puan Farah (Ibu Fareen)
Emelyn (Kawan Aida)
Aqilah
(Kawan Fareen)
Azirah (Adik Azrie)
Asyraf (Kawan Fareen)
Sinopsis :
Niat Azrie mahu ke Port Dickson ingin
menenangkan fikirannya setelah ujian semesternya tamat. Dia tidak pergi
berseorangan malah Ariff yang menjadi pengikut setianya. Sejak kehadiran
Fareen, gadis yang sering mengambil berat tentangnya di Port Dickson itu, Azrie
jatuh cinta buat kali pertamanya. Baginya, Fareen seorang gadis yang lemah
lembut dan sopan. Dia juga seorang yang unik. Fareen tidak seperti gadis lain.
Malangnya Aida yang sudah lama menjadi kekasih Azrie, sering mengharu birukan
hidup Fareen sehinggakan Fareen koma. Azrie sedaya upaya menyelamatkan gadis
yang amat dicintainya itu. Disebabkan itulah Aida tidak puas hati dan berdendam
dengan teman lelakinya itu. Bagi Azrie, Fareen sungguh istimewa di hatinya...
Harapanya, dia mahu membahagiakan Fareen tak kira apa pun caranya.
“I love you Princess Fareen Nuralisa...
You are so special in my heart.”
Comments