Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 3



Bab 3

Sebulan kemudian...

Akhirnya ujian semesternya tamat juga. Hati Azrie sungguh lega kerana ujian yang agak rumit ini berjaya dia duduki hingga tamat.

“Amacam? Senang tak soalan kimia tadi?” Soal Ariff pada Azrie.

“Boleh tahan senanglah. Tak rugi kita study wei. Minggu depan ingat plan kita.”

“Ingat...” Jawab Ariff pendek. Perbualan di antara Ariff dan Azrie tu kedengaran jelas di telinga Aida. Apa yang dia orang tengah bincangkan tu? Plan? Plan apa? Tak bagitahu aku pun. Hmm...

“Hai korang! Tadi I dengar korang ada cakap pasal plan. You nak pergi mana sayang? Tak ajak I pun... Ohhh nak surprisekan I eh?” Getus Aida lantas memeluk pinggang Azrie.

“Kau jangan perasanlah Aida. Sebernanya Azrie dengan family dia plan nak pergi ke luar negara. Kau tak tahu ke? Kesian...” Ariff sengaja meniru gaya Aida memuncungkan bibirnya. Dia tahu gadis ini sedang mengawal kemarahannya.

“Sorrylah Aida aku pergi tak bagitau kau. Ayah aku ada urusan penting kat sana so aku memang tak boleh buat apa.” Jelas Azrie lalu memegang pipi kekasihnya yang sedang naik baran itu.

“It’s okay. Dah tu yang you nak kan? Selama ni I diam je bila you selalu abaikan I. Sampai sebelum exam hari tu pun you tak kasi I contact you. Apa ni Azrie? I sayangkan you separuh mati tapi you mainkan perasaan I. Dah sebulan kita tak keluar sama. I rindu Azrie yang dulu.” Ujar Aida panjang lebar. Azrie menatap lama wajah kekasihnya lalu dia membelai rambut Aida.

Azrie kesal akan kata-katanya sebentar tadi. Dia diburu rasa bersalah apabila kata-katanya 
membuatkan perempuan itu menangis sebegini. Adakah dia lelaki dayus?

“Aida... Aku mintak maaf kalau selama ni aku dah banyak sakitkan hati kau ke apa. Aku tak ada niat pun nak buat kau macam tu. Aku pergi tak lama pun. Just sebulan kat sana. Lepas sebulan, aku balik sini. Kau jangan risau okey?” Azrie buat kali pertamanya menguntumkan senyuman ikhlas pada Aida.

“Wahh filem korea versi cinta plus sedih dah startlah. Azrie, aku blah dulu. Tak nak kacau korang...” Ujar Ariff  lalu pantas mengatur langkah ke kafeteria.


Azrie menghempas tubuhnya di atas katil. Dia leka memandang siling yang berwarna putih itu. Kosong. Tiada apa pun yang boleh dilihat di atas siling itu. Hanyalah berwarna putih. Sama seperti otaknya kini kosong. Dia bimbang jika Aida tahu akan plannya ini. Niatnya ingin menenangkan fikiran tetapi bertambah pening pulak.

Satu je pesan mama kalau aku dah mati akal. Solat dan berdoa. Ya hanya dengan cara itulah aku boleh tenang.

Lantas Azrie mengatur langkah ke bilik air dan mengambil wuduk. Usai solat hajat, dia berdoa agar dia boleh pergi ke sana dengan selamat dan tenang tanpa Aida.
“Siapa pulaklah yang ketuk pintu bilik aku ni... Aku baru nak rehat.” Desis hati Azrie lalu membuka daun pintu biliknya.

“Abang, mama suruh abang turun makan sama... Katanya abang jarang makan sebab terlalu fokus belajar.” Ujar Azirah lembut.

“Yalah kejap lagi abang turun. Zira turunlah dulu. Tak payah tunggu abang.” Jawab Azrie. Dia menutup pintu biliknya kemudian mengekori langkah adiknya perempuan itu. “Bolehlah aku bincang dengan mama pasal ni.” Getus Azrie di dalam hati.

“Turun pun anak mama ni. Macam mana exam?” Soal Puan Syazira sambil mencedok nasi ke dalam pinggan Azrie.

“Okey je ma. Mama.. Sebernanya Azrie ada benda nak bincang dengan mama ni. Azrie harap mama dengan papa izinkan Azrie pergi.” Ujar Azrie tenang. Takut juga kalau mamanya tidak setuju dengan keputusannya ini.

“Haa apa dia?” Puan Syazira sentiasa mengukirkan senyuman manis pada anak lelakinya walaupun Azrie sering melawan kata-katanya.

Azrie menarik nafasya dalam-dalam supaya dia dapat memberitahu niatnya yang sebenar. “Papa, mama... Izinkan Azrie pergi ke Port Dickson selama sebulan.”

“Port Dickson? Wahh bestnya! Kat situ banyak pantai kan? Zira nak ikut abang boleh?” Belum sempat Puan Syazira berkata-kata anak bongsunya terus memotong percakapannya terlebih dahulu.
“Zira, bagi mama cakap dulu.” Getus Tengku Syahril yang sedari tadi mendiamkan diri sambil membaca buku tebal.

Puan Syazira menggelengkan kepalanya. Dia tetap tersenyum. Baginya, Azrie dan Azirah sungguh istimewa. Sebab itulah dia langsung tidak marah pada kedua-dua anaknya itu.
“Kenapa Azrie nak pergi sana?” Soal Puan Syazira.

“Zira tahu! Abang nak dating dengan kak Aida eh kat PD?” Usik Azirah. “Zira boleh diam tak? Sekali tak menyampuk tak boleh? Ni sepatah yang abang cakap, Zira sibuk menyampuk.” Marah Azrie. Dia sungguh bengang dengan perangai adik perempuanya ini. Nasib baik papa dengan mama ada, kalau tak dah lama Azirah kena penampar percuma darinya.

“Sudahlah tu... Kamu berdua kan dah besar panjang. Dah besar-besar pun nak bergaduh lagi...” Tegur Puan Syazira.
“Azrie, kamu tak jawab lagi pertanyaan mama tadi kan? Kenapa Azrie nak pergi sana?”

“Azrie saja nak tenangkan fikiran lepas exam ni kan. Lagipun cuti semester tak lama lagi. Papa dengan mama jangan risau sebab Azrie tak pergi sorang... Azrie pergi dengan Ariff. Kita orang dah plan awal-awal dah.” Ujar Azrie cuba meyakinkan Tengku Syahril dan Puan Syazira.

“Kalau macam tu okeylah sebab kamu pergi dengan Ariff kan. Mama tak nak berleter panjang cuma mama nak ingatkan kamu jaga diri baik-baik. Jangan tinggal solat...”

“Dengar cakap mama tu Azrie. Papa tak nak dengar kamu buat hal kat sana. Jangan malukan keluarga kita pulak. Papa akan pastikan Azrie balik dengan selamat dan tiada masalah kat sana okey?”
“Okey pa! Azrie janji, Azrie takkan buat hal kat sana. I promise...”

Hati Azrie bersorak kerana keluarganya mengizinkannya pergi ke Port Dickson. Dia pantas menghantar mesej menggunakan whatsapp ke nombor telefon Ariff.

Semua dh settle... Kau mcm mne pulak?
Line clear! Haha...
Bgus...

Azrie menyimpan iPhone 5snya ke dalam poket seluar jeansnya semula. Harap aku selamat sampai ke sana. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I