Monday, 28 September 2015

Jariku!

Assalamualaikum...

Kali ni Ira nak mintak tolong sikit... Korang tahu tak macam mana nak sembuh kan kulit yang selalu terkopek kat bahagian jari? Terkopek sampai nampak daging pulak tu. Nak ambik gambar macam mana kulit tu terkopek tak sempat. Bukan tak sempat tapi malas huhu... Disebabkan esok sekolah tu yang malas nak buat semua tu. Persoalannya macam mana boleh terkopek? Panjang ceritanya...

Sebenarnya macam ni, jari telunjuk Ira selalu sangat kena cagu lepas tu Ira nampak dalam kulit tu ada benda warna kuning tau. Kadang kadang dia warna lain. Cagu... Korang tau kan? Ira dah research kat google tapi banyak cara yang sama aje. Last last Ira cucuk je guna ketip kuku biar semua nanah tu keluar. Pernah Ira buat kat tempat kerja pastu kawan Ira tegur yang jarum atau benda yang tajam tukan berbisa. Kalau cucuk kat jari kita lagilah sakit.

Ira fikir betul jugak cakap dia tu. Nak tau apa dia cakap lepas tu? Dia cakap benda tu akan pecah sendiri kalau kita biarkan aje dengan buat kerja berat berat. Bernas jugak idea tu. Sampai sekarang Ira biarkan jek cagu tu then kulit kat jari Ira tu makin banyak pulak yang terkopek. Ira dah geram sangat tu yang kopek je semua. Tu yang Ira nak tanya korang, apa cara nak sembuh kan kulit kita supaya tak terkopek lagi. Ira nak kulit tu tumbuh dengan sempurna.

Please bagi cadangan korang... Boleh pm Ira kat facebook, Naddy Elysa. Tak pun komen je kat bawah post ni kalau tak nak pm. Kan senang hehe :)

Saturday, 19 September 2015

Happy Holiday Guys!

Assalamualaikum guys...


Holla! Walaupun takde mood nak update blog tapi Ira gagahkan jugak mood Ira untuk update hahaha. Kan best kalau dapat pergi holiday macam orang lain. Dapat pergi pantai pun Ira dah happy macam gambar google kat atas tu hoho. Best je dapat ukir pasir tu. Tapi cuti cuti jugak, homework jangan lupa!

Dah menimbun menunggu kat rumah tu haa. Nak study lagi. Naik je sekolah terus exam kertas 3 sejarah. Final exam woi! Ira dengar cerita 12.10 ni dah start final exam. Hmm nampaknya cuti sekolah ni bukak buku jelah memanjang. Ira ni suka belajar tapi entah kenapa mood malas Ira ni makin menjadi jadi.

Korang ada pergi mana mana ke? Cer share kat bawah post ni... Peramahlah sikit :p Ira ni bukan sombong sangat. Ada masa komen korang Ira balas. Nak ber emel dengan Ira pun no hal. Kalau korang fikir Ira ni sombong, lantak awaklah nak... Okaylah happy holiday guys! Babai :)

Thursday, 17 September 2015

Segmen Bloglist Oktober 2015 by Cik Nysa

Assalamualaikum guys...


Holla guys! Kita bertemu lagi... Ni lah akibatnya kalau tak tidur. Maklumlah blog kita dah berhabuk kenalah selalu jenguk hihi. So now Ira nak post pasal segmen bloglist oktober by cik nysa. Segmennya mudah aje. Nak buat entry boleh tak nak buat pun takpe. Korang just tinggalkan link blog korang kat bawah entry segmen tu. Faham? Kalau tak faham tekan je pic tu :)

Sekian :)

Tarikh tamat : 30 September 2015

Enemy Can Be Friend

Assalamualaikum guys...


Kadang kadang musuh ketat kita pun boleh jadi kawan sejati kita. Betul tak? Entahlah hihi. Saja merepek pagi pagi buta ni. Nak study malas... Tunggu pukul 5 pagi nanti baru nak study. Final exam wait you nad! Btw, Ira mana ada musuh kecuali orang yang benci sangat kat Ira. Ira pun tak faham kenapa.

Dahlah malas nak ambik port kbye! Ira dah maafkan semua kesalahan orang yang benci kat Ira :)

Hanya bayang-bayang

Assalamualaikum guys...


Dapat teka tak kenapa Ira tiba tiba letak tajuk tu? Hmm setiap kali ingat perkataan bayang bayang tu mesti mood Ira down gila. Ira pun tak tau kenapa Ira selalu rasa macam ni. Ira dapat rasakan yang Ira ni cuma bayang bayang je dalam hidup orang lain. Ira mungkin terlupa yang Ira masih ada Allah swt dengan keluarga Ira yang selalu sokong Ira tapi yang lain... Yang lain maksudnya?

Pandai pandai sendiri fikirlah eh hehe. Yang lain maksudnya kawan kawan atau yang seangkatan dengannyalah. Ira pelik kenapa sekarang ramai kawan kawan Ira anggap Ira ni bayang bayang je dalam hidup dia orang. Ada yang short term. Ada yang lupa terus. Sebab apa Ira selalu fikir diri Ira ni bayang bayang dalam hidup dia orang? Sebab Ira perasan kadang kadang Ira berdiri kat depan dia orang pun dia orang tak perasan. Seolah olah aku ni tak wujud langsung.

Dia yang kenal dulu Ira pun dia tak ingat birthday Ira. Ke pura pura tak ingat? Hmmm entahlah malas  nak ambik port lagi pasal dia. Jangan tanya kenapa lepas ni aku selalu jauhkan diri aku daripada korang. Lagipun korang bukan peduli pun pasal aku. Nak buat apa ke, nak mati ke... Ada orang kisah? Takde en. So go to heaven. Ira harap satu hari nanti bayang bayang Ira ni akan pergi dari hidup korang semua. Insya-allah one day I will go far from this place. I'm not important in your life right...

Kalau korang nak tahu sampai birthday Ira hari tu, Ira pergi sekolah tau, sorang pun tak wish birthday Ira. Ira cakap baru ada yang wish. Padahal Ira dah bagitau awal awal dah kat kawan rapat Ira. Rapat ke? Hahaha lawaklah dengar perkataan tu. Aku pun tak tau siapa kawan baik aku sekarang. Aku ada kawan baik ke? Emmm agak agak? Cer komen bawah post ni siapa kawan baik Ira yang betul betul baik?

Yang betul betul ikhlas kawan dengan Ira? Ira teringin sangat nak ada kawan yang sanggup ikut Ira pergi mana mana. Sanggup dengar semua masalah Ira. Yang ingat tentang Ira. Yang ingat birthday Ira. Ira nak sangat semua tu. Ira nak sangat bila Ira susah ada kawan yang tolong Ira. Tolong jadi pendengar yang baik. Ni bila Ira susah, semua lari. Semua tinggalkan Ira macam tu jek. Sedih doh. Sumpah aku cakap. Aku sedih. Aku mana ada kawan macam tu...

Bila aku senang, semua nak dekat. Lepas tu bila aku susah bagai nak gila, semua lari. Fine. Aku dah penat bersabar. Cukuplah selama ni aku sabar dengan drama kat dunia ni. Sebenarnya kan... Aku teringin sangat nak ada kawan yang bagi hadiah kat aku time birthday. Yang buat kejutan untuk aku secara senyap. Tapi hakikatnya, hampehh!!! Satu hadiah pun aku tak dapat dari KAWAN BAIK aku sendiri.

Kalau takde hadiah sekurang kurangnya wish lah... Happy aku dengar bila ada orang wish. Ni satu wish pun takde! HAHAHAHAHAHA! Sebab tu aku selalu cakap dengan diri aku, tak payahlah kau selalu bagi muka sangat nanti akhirnya orang pijak jugak kepala kau. Susah payah wish and buat kejutan untuk orang lain, kau sendiri tak dapat apa apa. Sia sia je kau buat semua tu kat orang lain tapi kau? Kau merana... Mungkin semua ni ada hikmahnya. Mengalah sebelum masanya... Biarlah aku mengalah dari selalu dipijak oleh pelakon pelakon hebat kat dunia ni! Tahniah wei! Tahniah! Big clap to you :)

"People will come to me and talk about their life when I free but... When I got some problem people will go anytime and never talk to me. They like bitch because find me when they have no friend. I'm only shadow..."

Kesian betul kau nad :) 
Luahan hati nadhira...
Babai sekian.


Tuesday, 8 September 2015

Rindu Zaman Kanak Kanak Dulu :(

Assalamualaikum...



Comel kan budak perempuan tu? Comel macam Ira kan hihihi. Ekceli malam ni Ira nak cerita pasal zaman kanak kanak Ira dulu. Sumpah Ira cakap sebenarnya Ira rindu gila dengan zaman tu. Sebab apa? Sebab dulu Ira ramai kawan. Main segala permainan. Hari hari kita orang fikir nak main apa. Main belon acar ke, kejar kejar ke... Main polis entry want to jaga ke hahaha.

Kalau dah takde idea sangat main nyanyi nyanyi pun jadilah. Lepas tu dulu Ira duduk kat taman perumahan. Seronok sebab ramai jiran. Boleh gosip sama sama. Sedih sama sama. Semuanya sama samalah. Tapi tu semua kenangan kat JB lah. Sebab tu Ira tak suka sangat duduk kat negeri sembilan ni. Bosan ohh...

Apa yang membezakan dulu dengan sekarang ialah... Dulu Ira tak malu langsung nak berkawan dengan lelaki. Dalam kelas siap main jutaria lagi. Ira ingat lagi time tu Ira darjah 3. Main bola sepaklah. Lelaki perempuan main je sama sama. Sekarang ni semua dah matang. Ira macam malulah nak kawan dengan lelaki. Malu apanya?! Dengan classmate Ira yang lelaki tu siap gelak gelak besar lagi.

Tapi susahlah kalau kawan dengan orang yang cepat lupa ni. Agaknya kalau Ira dah kerja, dah duduk jauh nanti macam manalah. Mesti dia orang akan lupa Ira. Tu yang sedih tu. Tapi alhamdulillah sekarang ni Ira still contact kawan kawan lama Ira kat JB tu. Ira takkan lupa dia orang. Kan best kalau kat sini pun ada kawan macam dia orang semua tu. Serius rindu :( Zaman remaja sekarang tersangatlah boring hehe...