Sunday, 21 May 2017

Start A New Life

Assalamualaikum....

NEW LIFE

Kalau nak pandai english kata orang try luahkan perasaan dengan "speaking" dalam apa-apa contohnya blog ke, note pad ke atau buku nota. Whatever lah. Asalkan dapat speaking. 

Too long Im not spend my time on my laptop and especially my lovely blog. At the blog, I can share my experience, my feeling, my happy moment and etc. A long time ago I always talk in this blog and stop talking for a while because busy enjoying life. Nope. Its not enjoying life but now Im busy study and alhamdulillah my health getting better after one week I get sickness and touncil. What is touncil? Its look like sore troat and it was swollen. My throat is so swollen and I can't eat and talk that time. Maybe Allah want show me something. What that's call wisdom. 

Im feel blessful because Allah give me a good health now. I think I should start a new life because that's enough I get worse sick and I have delete my half sin. I know my sin too much and I want to improve myself step by step. Im feel regret too because I get hidayah from Allah to change but I do many sin this year. My iman not strong because of lust. 

Moreover I do that that because I want to improve my writing. I forced myself to do evil for a while. I know that all a big sin but I give all to Allah. Let Allah judge me. I hope I can do taubat nasuha one day. I tell to myself, before I die I want someone wear me a niqab. Why? Because Allah ever give me one dream that I wear niqab when I want to die. The dream look like so real and I feel it. 

Now, I look how condition am I too change and I hope Allah still give me hidayah to always pray and start a new life. Im too tired doing a sin. 


Wednesday, 26 April 2017

Friend Zone

Assalamualaikum...

Dah lama betul budak kecik ni tak membebel dalam blog ni. Sekali membebel 100 muka surat pun tak cukup. Haa, sekarang ni Ira cuma nak cakap pasal FRIEND ZONE.

FRIEND ZONE APAKAH?

Image result for friendzone quotes
Ni lah dia FRIEND ZONE. Bagi Ira tak susah pun nak masuk zon kawan ni. Kalau tak talam dua muka, Ira kawan jelah dengan semua orang. Kawan dengan semua orang tak bermaksud nak bercinta terutamanya kalau kawan dengan ramai kawan lelaki. Just kawan je. Tak lebih. Macam Ira sekarang, walaupun bergaul tak kira lelaki ke perempuan, semua Ira kawan. Ira cuba jadi pendengar yang baik, caring kat dia orang. Tapi Ira dah pesan kat diri Ira, Ira takkan rapat sangat dengan seseorang tu. Mungkin akan memudaratkan diri korang.

Ira cakap ni betul. Ira malas nak rapat dengan orang sangat. Kawan gitu2 je bolehlah. Sebab tulah Ira masuk ke alam FRIEND ZONE ni. Takde perasaan kat lelaki, cuma perasaan sebagai kawan je. And then... Cuba memahami apa yang dia orang rasa... Ambik berat... Apa lagi? Kalau ajak lepak try lah join lepak tapi berpada pada k. Jangan sampai korang terjebak dengan budaya lepak tu. Acah2 je. Haha. Kau pun lepak jugak Naddy. Eh Ira ke Naddy? Mana2 jelah. Dua2 nama aku. Hehe.

So, jangan fikir bukan2 kalau korang nampak perempuan tu rapat dengan lelaki ke apa ann. Normal lah. Orang nak bergaul. Tapi kalau dah melampau sangat tu. Tu terpulanglah. Ira tak nak masuk campur. Cukuplah Ira pernah jadi teruk dulu. Mungkin Ira jadi teruk dulu sebab stres kot. Alhamdulillah Allah masih lindungi Ira... 

Orite, setakat ni jelah nak cakap pasal zon kawan ni... Good luck k. Kawan, kawan jugak. Tapi tengok dengan siapa kita berkawan. Kalau dia teruk, tak semestinya awak nak ikut perangai buruk dia. Kenalah pandai pertimbangkan. 

*P/s : Hope dapat jumpa kawan yang baik :)

Sunday, 2 April 2017

Hanya Manusia Biasa

Assalamualaikum...

Prestasi kerja aku menurun? Kenapa?
Aku sendiri tak tahu kenapa dengan aku sampai duit short RM 100 lah. Tak pasal2 gaji aku nanti kena potong RM 100. Hmm, takpe aku redha je. Biarlah orang nak buat macam mana pun kat aku asalkan aku tak kacau hidup dia orang. Dah memang salah aku, nak buat macam mana. Aku hanya mampu diam pastu nangis. Biasalah dia orang rasa dia orang berpangkat. Orang berada kan. Senang lah nak buat kita macam2. Takpe, hari ni hari dia. Esok lusa hari kita pulak.

Hanya manusia biasa.
Manusia biasa yang mampu melawan dengan kata2 tapi tak mampu nak buat apa2. Air mata mencurah2. Sampai bengkak mata dibuatnya. Aku tak boleh share benda ni dengan sesiapa. Hanya Allah je tau segala galanya. Aku hanya berserah, Andai kata aku jadi gila pun aku tak kisah sebab sekarang ni yang aku tau aku berserah kat Allah sepenuhnya. Kat depan2 aku memang tak puas hati tapi hakikatnya hati aku ni dah penat sebenarnya, Penat sangat2.

Betul lah kata orang.
Tak payah berusaha nak jadi matang. Matang tu akan datang dengan sendirinya apabila kau diuji dengan pelbagai dugaan Allah sampai kau tak larat nak bangun. Tapi alhamdulillah. Walaupun hati aku dah tak kuat, aku mampu lagi bangun. Bangkit supaya orang tak senang2 pijak kepala aku lagi.

Blur.
Apesal ek? Makin hari blur aku makin menjadi2. Bukan apa. Aku saja jadi blur sebab aku malas nak bagi orang senang2 pergunakan aku. Pergunakan tenaga aku. Dalam aku punya sabar, aku geram jugak kadang2 orang buat aku. Aku diam je. Sampai masa aku mintak Allah permudahkan segala galanya. Aku tak hebat macam orang lain. Aku tak pandai macam budak lain tapi aku ada otak. Aku masih ada akal. Akal yang tolong aku bezakan baik buruk semua. Aku sedar aku buat jahat dan aku jugak sedar yang aku ni baik tak bertempat. Naif sangat. Haih.


Friday, 24 March 2017

Hotel Harraz

Assalamualaikum...

Dah lama gila tak membebel dalam blog ni. Bukak je dah berhabuk2 dah. Takpe, tunggu dapat lappy baru nanti siaplah. Macam2 Ira nak edit kat blog ni. Nak berblogwalking balik enn. Yalah dah lama sangat kut. Tahun lepas spm. Tahun ni awal2 dah sibuk kerja. Hmm, cakap pasal kerja... Tengok topik utama yang Ira nak share pagi2 buta ni. Nak share pasal tempat kerja Ira. Hotel Harraz. Sebenarnya lebih kepada promote biar ramai sikit customer hehehe.




Receptionist dah macam pramugari. Biasalah Kak Amoyy dressing macam model antarabangsa!



Harga family room yang ditawarkan berpatutan kot. Jimat kan?






Antara staf yang terlebih sporting... Macam biasa Ira yang paling muda sekali huhuhu.







So Ira harap kalau ada masa yang terluang, free2 tu datanglah singgah sini. Lagipun kat nilai ni dekat nak pergi airport. Sesiapa yang selalu out station tu haa meh lah check in. Kalau nak check in yang ikut jam pun ada. Contohnya kalau nak 3 jam kami akan consider nak cas harga bilik berapa. Bilik pun selesa. Lagi2 yang family room. Ira tak tipu. Ira sendiri tidur kat sini.

Akhir kata, datanglah beramai2 ye :) Jangan lupa singgah ke Hotel Harraz atau di page kami : https://www.facebook.com/Hotel-Harraz-309027812791832/


Kalau nak booking boleh hubungi nombor telefon yang tertera di page atau nak senang call Ira 0129357458. Kalau tak dapat call, whatsapp pun Ira layan. Customer kan :)


Wednesday, 22 March 2017

Ceritera Seorang Gadis

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak cerita seorang gadis naif yang bertukar jadi gadis liar?
Mesti pernah.
Seorang gadis yang terpaksa jadi liar kerana keadaan yang memaksa.
Keadaan apa? Sebab nafsu?

Ye keadaan itu nafsu. Nafsu yang mengawal gadis itu sebab tu jadi liar sementara.
Memang susah nak percaya tapi kenyataan. Real. Anisa yang dulu seorang gadis yang naif, baik, malu dengan lelaki dan kini dia liar. Liar untuk sementara waktu. Dia sengaja memberi alasan "ingin mencuba" untuk menambahkan idea novelnya.

Anisa juga terpaksa pilih jalan hitam untuk dia rasa dan cuba perkara baru tapi dia sudah menetapkan pendiriannya walau apa pun jadi dia takkan merokok, sentuh shisha, dadah, ekstasi, arak dan sebagainya. Dia cuma mahu rasa bagaimana bergaul dengan lelaki. Malah dia juga sudah tidur bersama teman lelakinya.

Memang tak percaya kan, tapi nak buat macam mana bak kata Farah, kau yang pilih jalan tu, so kau kena tanggung sendirilah. Kau tak tau dugaan yang dia orang pendam selama ni.

Gulp! Anisa sering menelan air liurnya apabila ditegur sebegitu. Dia sengaja ketawa bagi tidak memikirkan keadaan jadi lebih keruh lagi. Kini, Farah tidak mahu berkawan dengan dia lagi atas sebab dia liar. Anisa hanya membiarkan hal itu kerana dia malas mahu bertengkar dengan sahabatnya itu. Susah senang mereka bersama. Tapi kini segala-galanya berubah hanya sebab itu. Katanya sebab hati dia keras. Dia tak mahu mengungkit. Sebab tu dia pilih untuk mendiamkan diri. Apa nak jadi, jadilah. Tak mati pun takde kawan.

Bila difikirkan balik Anisa yang banyak membantu Farah apabila Farah di dalam kesusahan. Dulu, dia terima je baik buruk Farah. Walaupun Farah tak mahu dengar nasihatnya tapi dia tetap terima Farah sebagai seorang sahabat. Anisa yang sanggup habiskan kredit telefonnya semata-mata mahu menghubungi teman lelaki Farah dan... Dia juga sanggup pinjam kan motor pergi ke hospital kerana teman lelakinya kemalangan dan tak tidur padahal esok spm subjek matematik.

Yang paling hiba bila Farah langsung tidak ada duit dan Anisa berasa simpati lalu dia pergi bank in kan duit semasa dalam hujan lebat. Dia fikir Farah ialah satu-satunya kawan baik dia. Tu yang sanggup redah hujan lebat tu. Sebenarnya banyak lagi Anisa berkorban demi Farah tapi tulah. Dia malas mahu mengungkit. Kang nanti kata tak ikhlas pulak.

Anisa sakit hati bila dia kemalangan Farah langsung tidak menjenguknya. Sudahlah menipu, dengar Anisa dah berubah sikit mulalah bagi nasihat panjang berjela. Dia pelik. Siapa yang berubah sebenarnya?

Anisa terasa sebab Farah berkelakuan macam tu. Satu, tipu. Dua, orang tengah susah langsung tak datang tengok. See? Yang paling geram bila Farah update status macam karangan pasal Anisa. Nak tak nak Anisa hanya berserah pada Allah swt. Esoknya, waktu ambil keputusan spm langsung tak nak pandang muka Anisa. Tegur lagilah. Betul-betul terasa. Akhirnya Anisa berserah. Cukuplah selama ni aku dah bekorban. Jadi sekarang dia dah bahagia dan mungkin tak nak berkawan dengan aku lagi. Dulu dia buat perangai, aku nasihat, aku boleh terima kau. Sekarang aku jahat sikit, kau langsung tak nak kawan aku lagi. Aku tak kisah kau nak marah tapi lantak ah. Aku malas nak fikir. Farah. Kau semua betul kan. Kau kan perfect. Aku ni siapa. Lurus bendul.

Anisa berdoa agar segalanya dipermudahkan. Niatnya ingin menjadi seorang penulis. Sebab tulah dia terpaksa bekerja jauh dari keluarga dan terpaksa juga pilih jalan hitam. Walaupun keputusan spm yang tak membanggakan, dia redha. Apa pun rezeki masing-masing. Tak semestinya budak straight A dapat pergi jauh. Anisa pegang kata kata tu.

Apa orang nak cakap pasal dia, dia redha. Dia telan, dia hadap je. Biarlah orang nak buat dia macam robot ke apa. Biar. Sebab Anisa tahu semua yang jadi semua ada hikmahnya. Mungkin ada sebab Allah bagi dia jadi macam ni. Dulu rapat sekarang musuh. Tapi sebenarnya tak bermusuh pun. Cuma tulah, dia orang tak dapat terima kenyataan yang Anisa dah berubah. Berubah sikit aje. Tak banyak. Tu pun kena kecam habis habisan. Haih.

Manusia takkan tahu dah berapa banyak dia keluarkan air mata, dia menangis sebab perbuatan2 manusia kepadanya. Yang dia tau sabar, sabar dan sabar. Hanya Allah je tau segala galanya. Allah tempat dia meluahkan. Dah penat sangat pendam semua benda. Nak cerita, boleh cerita separuh je. Sebab...


Tak semua orang akan faham apa yang kita rasa....
















Wednesday, 11 January 2017

Pergi .

Assalamualaikum....

Al fatihah untuk arwah atuk Ira yang baru meninggal dunia pada 10 Januari 2017. Ira macam tak percaya yang arwah akan pergi meninggalkan kami. Tapi nak buat macam mana. Dah takdir. Ajal maut tu semua ketentuan Allah swt.

Ira tak boleh terima yang arwah atuk meninggal dalam keadaan kemalangan macam tu. Langgar lari pulak tu. Allahu. Ira harap roh arwah atuk tenang kat sana. Semoga arwah atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Insya-Allah aamiin.

Yang pergi tetap akan pergi dan takkan kembali lagi. Kita yang hidup ni perlu teruskan hidup. Sentiasa kuatkan diri dan berusaha mendapatkan keredaan Allah swt. Azam Ira tahun ni nak jaga hubungan dengan Allah. Ira nak elakkan diri Ira dari terjebak dengan pergaulan bebas yang melampau dan gejala2 sosial yang tidak diingini. Hope dapatlah berubah.

Tuesday, 10 January 2017

Cari pengalaman

Assalamualaikum...

Holla. Burung hantu ke? Eh taklah. Ira kerja malamlah. Hari ni last. Nanti esok dah cuti pastu khamis housekeeping balik. Sebut pasal housekeeping sebenarnya Ira nak siapkan novel Terlerai Janji Kita. Dalam novel tu Aarfa kerja as housekeeping. Insya-Allah kalau dah beli laptop baru nanti Ira ubah balik dari mula.

Penatnya!!! Huhuhu.

Kalau boleh Ira nak cari pengalaman dulu baru buat novel. Nak kumpul pengalaman banyak2! Nanti bila dah cukup, Ira sambung buat novel. Tak pun masa sambung belajar nanti Ira nak buat. Yelah kalau dah masuk u nanti kan, bukan hari2 ada kelas. So bolehlah buat. Ira harap sangat Ira dapat result yang membanggakan. Bolehlah Ira mohon upu. Hope impian Ira selama ni nak ke menara gading tercapai.

Insya-Allah aamiin.

Wednesday, 4 January 2017

Cerpen : Cinta Bunga Mawar Merah

Aku sering menerima sejambak bunga mawar merah yang entah dari siapa pengirimnya aku pun tidak tahu. Menurut Lina yang merupakan jururawat di sini, penghantar bunga itu menyuruhnya tanda tangan saja lalu dia terus pergi. Kadang-kadang kalau aku tak ada dalam bilik, Lina hanya meletakkan saja di atas mejaku.

Sudah dua tahun aku berkhidmat di sini sebagai doktor yang merawat pelbagai jenis penyakit. Aku ingat lagi pesan arwah ayah kalau nak berjaya kenalah banyak berusaha. Sebenarnya aku tak berapa minat untuk menjadi seorang doktor tapi demi arwah ayah aku terpaksa tunaikan juga.

Bunga-bunga yang kuterima diletakkan di dalam bilik khas. Banyak juga bunga yang aku dapat. Aku kira semuanya ada dua puluh lebih sampai ibu aku bising kenapalah ada banyak bunga kat rumah ni. Aku sengaja menyuruh ibu tinggal bersamaku di Kuala Lumpur kerana aku tak mahu kehilangan ibu. Pada mulanya ibu menolak kerana tidak mahu meninggalkan kampung halaman.

Pagi itu aku menerima sejambak bunga mawar merah lagi. Aku naik rimas dengan bunga mawar merah ni. Asyik-asyik bunga. “Dapat bunga lagi doktor Sofea?” Tegur Aina yang merupakan sahabatku. Dia juga seorang doktor tapi dia doktor gigi. Ketika aku susah senang, Aina sentiasa ada untuk mendengar masalahku.

“Haah. Aku nak buang tapi sayang pulak.” Kataku.

“Ikut suka hati kaulah Sofea. Kalau kau nak buang, kau buang. Tapi kalau kau tak nak buang... Kau simpanlah stok bunga tu ya.”

Aku mengeluh panjang lalu meletakkan bunga mawar merah itu di atas almari. Habis saja waktu kerja, aku terus keluar dari hospital. Aku terserempak dengan seorang jejaka. Jejaka itu memakai kaca mata hitam dan memakai jaket sehingga aku sukar untuk mengecam wajahnya.

“Hai doktor Sofea. Ingat saya lagi?” Sapa jejaka itu lalu membuka kaca mata hitamnya. Aku terkejut melihat jejaka itu. Oh pesakit aku rupanya. Dia merupakan pesakit yang ditembak dan aku terpaksa membedahnya untuk mengeluarkan peluru di dalam badannya.

“Hai, Azrul kan? Saya dah lama tak jumpa awak. Awak sihat sekarang?”

“Ya sayalah Azrul. Sihat alhamdulillah. Tentu doktor tengah cari siapa pemberi sejambak bunga mawar merah tu kan?” Azrul senyum sinis sambil merenung wajah gadis yang amat dicintainya itu. Doktor Sofea tidak tahu selama ini dialah yang membeli bunga itu.
Aku bingung. “Err, macam mana awak tahu pasal bunga tu?”

Azrul mencapai tanganku. “Doktor, sebenarnya sayalah yang bagi bunga tu kat awak. Setiap hari saya perhatikan awak dari jauh sebab saya tak nak awak tahu yang selama ni saya suka awak.”

Aku kaku di situ. Aku hanya mendiamkan diri.

“Saya cintakan awak doktor Sofea.”

“Tapi kenapa? Apa yang saya dah buat kat awak sampai awak boleh sukakan saya?”

“Sebab awak dah selamatkan nyawa saya. Sebelum saya tutup mata saya nampak awak di sisi saya. Sejak dari tu saya tak boleh lupakan awak doktor. Bagi saya, awaklah segala-galanya.” Ujar Azrul. Walaupun aku susah nak percaya apa yang dia cakap tu aku terpaksa percaya jugak.

“Dengar sini Azrul, bukan saya yang selamatkan awak tapi Allah. Allah yang bantu saya untuk selamatkan awak.”

“Ya saya tahu tu tapi saya nak awak jadi suri dalam hidup saya buat selama-lamanya. Doktor, saya tak tahu macam mana nak balas budi awak tapi saya ikhlas sukakan awak doktor Sofea.” Sekali lagi Azrul mengungkapkan kata-kata manis kepadaku.

****
Sudah sebulan aku mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang tak pernah kusangka dia akan menjadi suami aku iaitu Azrul. Aku jujur selama sebulan itu aku susah nak jatuh cinta dengannya. Mungkin hati aku belum terbuka lagi untuk mencintai selepas kehilangan arwah ayah aku dulu.

Aku pernah bertunang dengan seorang lelaki dulu tapi dia curang di belakangku dan aku terpaksa memutuskan pertunangan kami selepas pemergian arwah ayah aku. Kini, Azrul tetap mengirim sejambak bunga mawar merah untukku. Kadang-kadang aku rimas tapi dalam hati aku rasa sayang pulak.

“Sayang, kenapa sampai sekarang awak tak boleh terima saya sebagai suami awak?” Soal Azrul.

“Azrul, saya mintak maaf. Awak kena beri saya masa untuk semua ni. Memang saya yang suruh awak lamar saya cepat-cepat tapi hakikatnya sampai sekarang saya tak boleh jatuh cinta dengan awak. Saya dah cuba tapi saya tak boleh.” Ujarku jujur.

“Tak apa Sofea, saya redha kalau awak masih belum terima saya tapi saya nak awak tahu yang saya tak boleh lepaskan awak untuk orang lain. Esok saya pergi out station. Awak jaga diri baik-baik tau sayang.”

Dah dua kali dia panggil aku sayang tapi aku tetap tak cair. Kenapa hati aku ni keras macam batu sangat?

****
Hari ni aku teman Azrul pergi air port. Aku nampak ada seorang perempuan mendekatinya. Boleh pulak perempuan tu pegang pipi suami aku. Dia fikir Azrul single lagi ke apa? Eh apesal aku pulak yang cemburu ni bila tengok dia orang berborak mesra depan aku.

Makin lama makin mesra. Ni yang buat aku panas ni. Lantas aku bawak diri jauh dari situ. Aku tengok Azrul langsung tak pedulikan aku. Yalah dah jumpa kekasih lama katakan...

Sedang aku mengelamun, Azrul tiba-tiba peluk pinggang aku. “Awak cemburu ke?”

“Tak ada masa saya nak cemburu dengan awak.” Kataku sengaja tak nak dia tahu yang aku memang tengah cemburu!

“Yalah tu. Saya tahu awak memang cemburu tengok saya dengan perempuan tadi tu kan?” Ujarnya sambil mencuit hidungku.

“Mana adalah! Saya cuma bosan diri kat situ lama-lama.”

“Sayang, awak isteri saya... Saya tahu awak tengah cemburu. Lagipun saya memang sengaja buat macam tu sebab saya nak uji awak.”

Aku hanya mendiamkan diri. Padahal dalam hati dah malu!

Dah seminggu Azrul pergi out station. Aku pulak asyik tak masuk kerja sampai dah nak kena keluar dari hospital tu. Ramai pesakit yang dah menyampah dengan aku sebab bila dia orang datang hospital je aku tak ada.

Sebenarnya aku sendiri tak faham dengan perangai aku sejak Azrul tak ada ni. Perangai malas makin menjadi-jadi. Ibu selalu membebel. Mana taknya, masa mula-mula pergi Azrul adalah jugak contact aku. Selalu berbalas sms. Tapi sekarang satu sms pun aku tak dapat. Call lagilah...

Setiap hari aku asyik fikir pasal dia. Mungkin dia terlalu sibuk dengan tugas dia. Tu yang tak ada masa nak contact aku.

Sofea...! Nampaknya kau dah jatuh cinta dengan dialah. Kau dah mula sayang kat dia. Ya... Memang aku dah mula sayang suami aku. Aku dah sedar yang selama ni Azrul dah banyak berkorban untuk aku. Dulu dia sanggup keluar dari ofis semata-mata nak lunch dengan aku. Padahal masa tu aku tahu dia banyak kerja.

Time baru kahwin aku pernah sakit teruk dialah yang jaga aku sampai tak cukup tidur. Dia terpaksa cuti lama. Setiap hari dia cuba ambik hati aku yang keras macam batu ni. Baru sekarang aku dah betul-betul cintakan Azrul. Maafkan saya Azrul. Saya tak patut buat macam tu dulu...

****
Malam tu Aina ajak aku pergi dinner kawan dia kat hotel. Sampai-sampai je dah suruh makan. Tulah siapa suruh datang lambat. Tak sempat nak dengar ceramah. Aina kalau dah jumpa kawan sekolah dia dulu memang macam tulah. Tak ingat aku langsung. Sabar jelah Sofea...

Aku malas nak makan sebab tak ada selera. Perut aku dah berkeroncong hebat tapi aku tetap tak nak makan. Aku terpandang cincin di jariku. Tiba-tiba aku teringatkan suami aku. Dah dua minggu lebih dia kat sana. Tak contact aku pulak tu. Air mataku mengalir kerana terlalu rindukan dia.

Aku hanya merenung makanan-makanan yang terhidang di atas meja. Sedang aku asyik memandang semua makanan itu tiba-tiba ada seseorang menghulurkan sejambak bunga mawar merah di depan mataku. Aku menoleh dan aku terkejut melihat wajah Azrul. Aku mimpi ke sekarang ni? Aku memisat mataku berulang kali.

“Ni abang sayang. Abang dah balik...” Kata Azrul. Aku ambil sejambak bunga mawar merah itu. Aku kaku di situ. Aku benar-benar bingung sekarang ni. Macam mana dia boleh tahu aku kat sini. Entah-entah...

“Aina!!! Macam mana Azrul boleh tahu aku kat sini dan bila masa dia balik?” Getusku.

“Kau tanyalah dia sendiri. Dia suami kau kan?” Balas Aina sambil senyum sinis. Ni mesti dah komplot awal-awal ni. Jahat betul! Sebenarnya aku happy gila bila Azrul dah balik...

“Sofea, mula-mula memang abang tak tahu yang sayang ada kat sini. Aina cuma ajak abang datang sini. Katanya ada dinner. Bunga mawar tu memang abang belikan untuk sayang.”

Aku ketap bibir. Sejak bila dia bahasakan diri dia abang?

“Tapi kenapa abang tak contact saya langsung?”

“Maafkan abang sayang. Abang sengaja tak nak contact sayang sebab abang nak buat kejutan untuk sayang.” Kata Azrul lalu dia menarik tanganku untuk menghampiri kolam renang.

“Sayang... Abang rindu sangat kat sayang. Sayang tak rindu kat abang ke?” Soal Azrul. Suaranya romantik sekali. Lantas aku tersenyum manis. Mukaku merona merah. Dia menggenggam tanganku erat.

“Tak rindu langsung.” Bidasku.

“Tipu. Abang tahu sayang pun rindukan abang. Kalau tak kenapa sayang tanya pasal abang tak contact sayang? Nakal eh isteri abang ni.” Ujar Azrul sambil mencuit hidungku.

Aku melentokkan kepalaku di atas bahunya. “Saya rindu sangat kat abang. Abang, saya sayangkan abang dan saya tak nak abang pergi jauh lagi dari saya.”

“Betul ni? Kalau abang nak jugak pergi jauh macam mana?”

“Nanti saya gigit tangan abang.”

“Tengok tu, sejak abang tinggalkan sayang lama ni makin nakal dia eh... Abang besyukur sangat sebab sayang dah boleh terima abang. Yang paling abang suka bila sayang cakap sayang dah muka cintakan abang. Abang dah janji dengan diri abang yang abang akan jaga sayang sampai akhir hayat abang macam mana sayang selamatkan abang dulu.”

“Insya-Allah... Abang, saya cuma bedah abang je tapi kenapa abang cakap saya selamatkan abang?”

“Doktor Sofeaku sayang... Sayang ingat abang tak tahu ke yang sayang selalu bagi kata-kata semangat untuk abang terus hidup masa abang koma dulu? Abang ingat lagi semua kata-kata sayang dulu. Mungkin sayang dah tak ingat agaknya. Tu yang sayang fikir sayang hanya bedah abang. Sejak kali pertama pandang wajah sayang dan dengar suara sayang, abang jatuh cinta. Tu yang abang tak boleh lupakan sayang.”

Aku tersengih. Baru aku ingat yang aku selalu bagi dia kata-kata semangat untuk dia terus hidup dulu. Aku memang suka ceramah orang. Hehehe...

“Mulai saat ini, saya akan cuba bahagiakan abang dengan kasih sayang yang saya ada sekarang ni.”

“Abang akan pastikan yang sayang akan jadi isteri yang paling bahagia kat dunia ni di samping abang.”

“I love you Muhammad Azrul...”

“I love you too Nur Sofea Insyirah. No matter what you always in mind. Saya takkan biarkan orang lain buat awak menangis lagi.”

“Me too abang...”

Azrul dan Sofea kini bersatu. Aku benar-benar bahagia di samping suami yang paling aku cintai dan aku harap cinta ini akan kekal abadi.

TAMAT







Cerpen : Impian Si Gadis Nakal

Suasana di kelas pagi tu sungguh tenang sekali. Ditemani bunyi kicauan burung. Biasalah sekolah di kampung memang sentiasa tenang. Tiada bangunan sana sini, asap debu dan sebagainya. Tetapi tidak bagi Naddy. Sejak awal lagi dia pindah ke kampung Sungai Merah, dia tidak suka. Menurutnya, dia benci jadi budak kampung.

Sudah tiga bulan dia berada di dalam kelas 5 Akaun 1. Pelajar di dalam kelas itu amat tidak menyenangi kehadiran Naddy kerana gadis itu sering melenting apabila ditegur. Sudahlah suka membuli. Sedang dia mahu membuka fail peribadinya, Hidayah pantas merampasnya.

“Kau kenapa nak rampas fail aku?” Getus Naddy. Pandangannya sinis sekali memandang ketua tingkatan di kelas itu. Naddy hairan dengan perangai Hidayah, naif sungguh. Walaupun dia sudah beberapa kali mahu menyakitkan hati Hidayah, Hidayah tetap mahu berbaik dengannya. Perempuan tak betul, desisnya.

Keputusan peperiksaan pertengahan tahun milik Naddy ditilik oleh Hidayah. Hidayah sungguh tidak menyangka bahawa Naddy lebih bijak darinya. Keputusannya semua A tapi kenapa sahsiahnya begitu teruk? Suka sangat membuli pelajar-pelajar di kelas ini. “Nad, saya tahu sebenarnya awak pandai tapi tak nak tunjuk.” ujar Hidayah. 

“Kisah apa aku. Kau sibuk sangat nak tengok keputusan aku tu apa hal? Kau tak ada hak nak buka fail peribadi aku. Bagi balik fail aku tu.” Naddy merampas semula fail peribadinya. “Lagi satu, kenapa kau sibuk sangat nak berkawan dengan aku walaupun aku ni jahat? Kau buta Hidayah. Aku ni sebenarnya jahat. Aku suka bersosial masa kat Kuala Lumpur dulu. Perangai aku teruk. Aku merokok. Tu pun kau tak sedar ke? Semua orang dalam kelas ni tak nak kawan dengan aku. Kau je bodoh. Kau naif wei.” 

“Saya ikhlas kawan dengan semua orang termasuklah awak. Saya tak tahan tengok awak buli pelajar kat kelas ni. Jadi, saya merelakan hati saya untuk menegur perbuatan awak tu. Saya tahu semua orang boleh berubah. Saya tak kisah siapa pun awak, saya cuma nak awak berubah. Kita dah nak SPM. Tolonglah Nad.” ujar Hidayah. Redup matanya memandang Naddy. 

Naddy tidak mempedulikan kata-kata Hidayah. Lantas dia menuju ke belakang sekolah untuk menenangkan fikirannya. Budak-budak kampung semuanya naif. Semuanya baik. Aku menyampah betullah duduk kat kampung ni. Dulu aku liar elok je. Sejak duduk dengan nenek, semua tak boleh. Ah bosan betullah hidup macam ni! Dia mengeluarkan sebatang rokok dari kotak lalu membakarnya. 

Selesai latihan bola sepak, Adi mendaki tangga untuk ke tandas. Dia ternampak seorang gadis sedang menghisap rokok. Tu Nad, budak kelas aku, desisnya sendirian. 

“Nad?” Sapanya. Naddy dengan selambanya memandang Adi. Dia membuang puntung rokok itu lantas mengambil sebatang lagi rokok. “Haa, kau nak apa?”

Adi menggeleng kepalanya apabila melihat perbuatan tidak senonoh Naddy itu. “Kau perempuan tak elok merokoklah. Aku sendiri tak merokok. Wei dengar tak ni?” Getus Adi lalu dia mencapai puntung rokok dari tangan Naddy.

“Ni lagi sorang. Kenapa eh budak kat sekolah ni naif? Apa pun tak boleh!” Naddy mengatur langkah pulang ke rumah.

Sebulan berlalu...

Sudah sebulan Naddy tidak hadir ke sekolah. Hidayah dengan Adi berasa bimbang. Mereka membuat keputusan untuk pergi ke rumah Naddy.

“Assalamualaikum...” ucap Hidayah dan Adi serentak. Dua kali mereka memberi salam tidak menyahut. Belum sempat mereka memberi salam kali ketiga, Naddy menyahut. 

“Waalaikumussalam. Masuklah...” jawab Naddy. Suaranya serak kerana banyak menangis.

“Kenapa dah sebulan kau tak datang sekolah? Semua orang risau pasal kau tahu tak. Cikgu-cikgu pun tertanya-tanya pasal kau. Sebab tulah kita orang datang.” ujar Adi. Kata-kata Adi itu hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri saja. Fikirannya hanya melayang pada keluarganya saja.

“Mata awak nampak sembab Nad. Ni mesti awak banyak menangis. Cuba cerita kat kami apa dah jadi kat awak sebenarnya? Awak baru putus cinta ke?” soal Hidayah.

“Isy, kau ni Hidayah. Main cakap aje. Bagilah Nad bertenang dulu.” ujar Adi.

“Korang pergi balik jelah. Buang masa je datang. Aku ok. Jangan risaulah.” kata Naddy. Padahal di dalam hatinya hanya Allah swt saja tau betapa menyesalnya dia kerana tidak mendengar kata-kata nenek, papa dengan maminya dulu. Sekarang semuanya sudah terlambat. Semua orang yang dia sayang sudah pergi buat selama-lamanya. Tinggallah dia sendirian di rumah arwah neneknya.

“Kau jangan nak tipu kita oranglah Nad. Ni mesti ada apa-apa ni. Cerita jelah. Makin kau pendam nanti kau sendiri yang sakit.” kata Adi. Dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Naddy. Sebab tulah dia sering mengambil berat tentang gadis itu walaupun gadis itu nakal.

“Keluarga aku kemalangan masa nak pergi kenduri yasin. Sekarang ni aku jadi anak yatim piatu. Papa, mami dengan nenek aku dah tak ada. Wei korang cakap dengan cikgu yang aku nak berhenti sekolah. Aku dah penat nak nangis. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi sekarang ni. Aku menyesal tak dengar cakap keluarga aku dulu.” terang Naddy sambil teresak-esak menangis.

“Innalillahiwainnalillahirajiun... Maaf Nad, kita orang tak tahu. Takziah ye dari kami dan yang lain. Awak kena tabah. Mungkin Allah swt lebih sayangkan mereka. Ni satu dugaan yang awak kena kuat untuk menghadapinya. Awak silap, walaupun mereka dah tak ada, Allah swt masih ada dengan awak. Awak lupa ke, Allah sentiasa dengar doa awak. Apa yang penting sekarang, awak kena jaga solat supaya Allah swt jaga awak.” ujar Hidayah lembut sambil mengusap bahu Naddy.

“Astagfirullahalazim... Aku hampir lupa yang Allah swt sentiasa ada dengan aku. Terima kasih Dayah sebab tolong ingatkan aku. Tapi aku sebatang kara kat sini. Saudara-mara aku ramai kat luar negara.”

“Tak apa Nad, awak boleh tinggal dengan saya. Saya tak nak awak ketinggalan pelajaran. Lagipun tak lama lagi kita nak SPM. Saya tak nak disebabkan ni awak gagal. Saya nak kita sama-sama berjaya.” ujar Hidayah.

Sejak itu, Naddy tinggal dengan keluarga Hidayah. Keluarga Hidayah banyak mendorongnya supaya berjaya dalam pelajaran. Naddy belajar bersungguh-sungguh dan meninggalkan semua tabiat tidak senonohnya. Dia mula sedar yang pergi tetap akan pergi dan yang masih hidup perlu teruskan hidup untuk mendapat keberkatan dari Allah swt. 

Dia juga sering belajar berkumpulan bersama Hidayah dan juga Adi. Semasa belajar berkumpulan, Naddy terkejut kerana Adi sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Naddy menerima Adi seadanya. Menurut Adi, dia akan melamar Naddy selepas mereka sama-sama berjaya.

Akhirnya Naddy berjaya mendapat keputusan yang amat membanggakan dalam SPM iaitu 10 A’s. Tidak sia-sia usahanya selama ini. Dia besyukur dan amat berterima kasih pada Hidayah, ayah, ibu dan juga Adi. Dia mengajak Hidayah dan juga Adi ke pusara arwah papa, mami dan neneknya. 

“Papa, mami, nenek... Nad dah mula berhijab. Lepas tu Nad berjaya dapat semua A dalam SPM. Lepas ni, Nad janji Nad akan ke menara gading macam yang papa, mami, nenek nak. Nad nak beli rumah besar. Lepas dah berjaya, Adi nak lamar Nad. Insya-Allah papa dengan mami dapat cucu, dan nenek dapat cicit.” kata Naddy sambil air matanya mengalir. Dia memandang Adi. Adi dan Hidayah memahami perasaan sahabatnya ketika itu.

“Nad sayang semua. Nad harap roh papa, mami dengan nenek masuk syurga, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin...” 

Cerpen : Rindu Di Jiwaku

Enjoy it :) 

Sampul surat yang terletak di atas meja itu langsung tidak dibuka. Menurut ibu, sampul surat itu ada seseorang yang memberikannya semasa aku di luar negara. Ibu tidak mahu membukanya kerana mahu menunggu aku balik. Hatiku terdetik ingin membuka sampul surat tersebut namun ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali menghubungiku. Siapa ni?

“Hello?” sapaku dalam talian. Tiada suara yang menyahut. Aku pantas mematikan talian. Dah dua tiga kali cakap hello tak ada yang menyahut baik aku matikan, omelku sendirian.

Aku terpandangkan bingkai gambar di atas meja. Gambarku bersama teman lelaki aku dulu. Serta-merta aku teringat kenangan-kenangan yang pernah kami cipta dulu. Tapi malangnya aku terpaksa melanjutkan pelajaranku di Hong Kong. Dah dapat biasiswa belajar kat sana, pergi jelah. Takkan nak tolak.

Dulu semasa kami bercinta, aku jarang bertemu dengannya. Paling tak pun, empat bulan sekali atau tak bertemu langsung. Hanya berbalas whatsapp saja. Kadang-kadang tak juga. Aku teringin nak bercinta macam orang lain tapi dia berbeza. Ya, dia sungguh berbeza dengan lelaki lain. Dia akan keluar dengan kawan-kawan dia saja. Sebab itulah aku jarang keluar dating.

Semasa aku mahu bertolak ke Hong Kong pun aku langsung tidak memberitahunya kerana aku tahu dia sibuk pada masa itu. Ada juga aku menunggu mesej atau panggilan daripadanya namun dia langsung tidak menghubungiku. Aku tahu kalau dia sibuk dia memang langsung tak contact aku. Aku memandang sampul surat itu. Agaknya apalah isi dalam sampul tu. Teringin jugak nak tahu.

Mataku buntang apabila memandang isi dalam sampul surat itu. Kad jemputan ke majlis perkahwinan seseorang yang amat aku kenali. Aku kenal dengan nama itu. Ya Allah dugaan apa yang engkau berikan kepadaku ini? Asyraf mahu berkahwin dengan Atirah. Dia berkahwin dengan cinta pertama dia. Habis aku?

Aku terduduk di atas lantai. Kad jemputan itu jatuh dari tanganku. Air mataku deras mengalir. Sampai hati Asyraf buat aku macam ni. Nak kahwin tapi tak bagitahu aku. Maknanya hubungan kami putus. Semasa di Hong Kong, aku tidak pernah melupakannya sikit pun. Setiap hari aku ingat dia. Malah bingkai gambar yang terletak di atas meja itu aku langsung tidak mengubahnya kerana aku setia dengannya. Tapi dia? Kenapa dia buat aku macam ni...

Setiap hari aku merindukannya dan setiap malam juga aku akan berkata dengan diriku yang aku akan setia dengan dia. Dia sudah memberikan aku harapan. Sedang aku leka melayan perasaanku sendiri, telefonku berdering lagi. Sekali lagi nombor yang tidak dikenalinya tertera di skrin telefon.

“Hello... Hello... Hello!” Tiada siapa yang menyahut. Aku terus matikan talian. Gila agaknya orang ni. Salah nombor kut. Kalau salah nombor kenapa dia telefon aku berkali-kali? Argh!

Tiba hari majlis perkahwinan itu, aku bersiap ala kadar saja. Aku menyapu sedikit bedak di bawah mataku bagi menutup bengkak. Setiap hari aku menangis kerana memikirkan Asyraf. Namun apakan daya. Aku reda. Dah jodoh dia dengan Atirah. Nak buat macam mana.

Sampai di kampung halamannya, aku memakirkan motor skuterku di rumah Amira. Lamanya aku tak jumpa dia. Dia pun dah lama tak balik rumah dia. Maklumlah dia sudah bergelar isteri orang. Dah ada anak satu dah pun.

Aku sempat mengerling rumah Asyraf. Tertutup saja. Mungkin dia tengah bersiap atau dah ada kat rumah Atirah. Aku cuba memujuk hati sendiri.

“Dila!!!” Laung Amira dari jauh. Dia terkocoh-kocoh berlari mendapatkanku. 

Aku tersengih lantas memeluknya. “Rindu doh kat kau,” ujarku padanya.

“Haa, tau takpe. Kaulah. Aku dah lama tak jumpa kau. Kau pergi mana? Tiga tahun menghilang pergi mana entah. Aku tanya ibu dengan ayah kau, dia orang cakap kau lari! Hahaha gila kau ni.”

“Lari pergi Haked! Haha. Aku sambung belajarlah weh. Lepas jadi pengapit kau aku terus dapat biasiswa dari institut pendidikan suruh aku pergi HK,” terangku.

“HK? Apa benda tu?”

“Hong Konglah!”

“Oh yeke. Maaf saya tak tahu! Bila kau graduate ni?”

“Hmmm akhir tahun ni. Aku ajak ibu tapi tak tahulah ibu boleh ikut ke tak,”

“Dila, aku nak mintak maaf kat kau...” kata Amira sambil memeluk bahuku.

“Dah kenapa nak mintak maaf kat aku? Kau buat salah apa kat aku?”

Amira diam. Dia tidak sampai hati mahu meneruskan kata-katanya. “Asyraf ada tanya aku pasal kau. Dia cari kau tapi aku tak tahu kau kat mana. Setahun weh dia cari kau. Aku dah pujuk dia cakap yang kau akan balik.” ujarnya serba salah.

“Yeke dia cari aku? Aku tak percayalah. Kalau dia cari aku, kenapa dia nak kahwin jugak dengan Atirah?” 

Belum sempat Amira mahu meneruskan ceritanya, Mak Idah mengajak kami pergi ke rumah Atirah kerana tok kadi sudah sampai untuk memulakan akad nikah.

Amira mengajak aku masuk tapi aku hanya berdiri di luar. Sungguh aku tidak sanggup untuk melihat semua ini berlaku di depan mataku sendiri. Ya Allah, kuatkanlah aku...

Akhirnya aku masuk juga dan duduk di sebelah Amira. Semasa tok kadi melafazkan akad nikah, Asyraf memandang Atirah. Dia terpaksa memilih gadis itu sebagai teman hidupnya kerana dia simpati terhadap cinta pertamanya itu yang hampir bunuh diri akibat putus cinta. Dia terpandangkan seseorang. Seseorang yang amat dia kenali. Gadis itu sungguh cantik sekali apabila memakai selendang. Makin cantik dia sekarang.

“Ad....” Desisnya di dalam hati. Hatinya meronta-ronta untuk mendapatkan Adila. Gadis yang amat dicintainya itu selepas Atirah. 

Asyraf terus bangun dan dia meminta maaf kerana dia tidak sanggup untuk meneruskan pernikahan ini. “Saya mintak maaf semua sebab saya terpaksa batalkan pernikahan ni.” katanya lalu menghampiriku dan menarik tanganku. 

“Asyraf what are you doing?!”

Asyraf tidak membalasnya lantas dia menyuruhku masuk ke dalam keretanya. Aku hanya akur. Sepanjang dalam perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Sekali-sekala Asyraf merenung mukaku. “Ad, saya masih sayang kat awak...”

“Awak memang gila. Awak tak kesian ke kat Tirah? Sanggup awak batalkan pernikahan tu? Mesti dia kecewa. Awak ni...”

“Ya, saya memang gila. Saya gilakan awak. Tiga tahun awak menghilang pergi mana? Lari kan. Semua orang cari awak. Setahun saya cari awak lepas tu Mira pujuk saya yang awak akan balik. Tapi tiga tahun Ad. Tiga tahun saya merana dan akhirnya saya memilih Tirah dan sekarang awak dah balik.”

Aku diam. Aku tak mampu nak cakap apa-apa pada masa itu. Sampai di bukit broga. Asyraf sekali lagi menarik tanganku. Dia mengenggam erat tanganku dan memaksaku duduk di salah satu pondok di bawah bukit itu.

“Kenapa awak lari dari saya Ad? Awak tau tak yang saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya tapi awak? Entah-entah awak curang kat sana.”

“Asyraf! Jangan sebut perkataan curang tu lagi. Dalam kamus hidup saya, saya tak pernah sikit pun nak curang dengan orang yang saya sayang. Saya hilang sebab saya pergi sambung belajar kat Hong Kong. Lepas tu saya tenangkan fikiran saya sekali kat sana. Tak adalah nak stres asyik layan perasaan saya menunggu awak yang langsung tak contact saya. Sibuk sangat kerja. Tak pun sibuk sangat dengan Tirah tu.” Getusku. Air mataku mula mengalir.
“Saya rindu sangat kat awak Ad sampai saya telefon awak pun saya tak mampu nak cakap apa-apa...”

Aku tidak mahu memandangnya lalu aku menjauhinya. Cukuplah dah tiga hari aku menangis sebab dia. Takkanlah aku nak nangis lagi sebab benda bodoh ni? Sekarang aku dah tahu dah siapa yang telefon aku hari tu. Dia rupanya haih.

Aku menghentikan langkahku. Aku menghampirinya semula. “Awak masih cintakan Tirah? Awak jujur dengan saya atau kita putus hari ni jugak. Saya nak awak teruskan pernikahan tu.”

Asyraf menggelengkan kepalanya. “Saya dah lama lupakan dia lepas awak hadir dalam hidup saya. Saya anggap dia kawan je sekarang. Saya terpaksa kahwin dengan dia pun sebab saya kesian kat dia. Dia hampir bunuh diri sebab putus cinta. Sorry Ad. Saya mintak maaf sangat-sangat atas perangai saya dulu. Perangai saya yang selalu abaikan awak dan tak hargai awak. Sampai hari jadi awak pun saya tak pernah ingat.”

“Saya dah lama maafkan awak,” kataku lalu menahan teksi untuk kembali ke kampung. Aku mahu mengambil motor skuterku.

Semasa perjalanan ke rumah, aku asyik memikiran keadaan Asyraf. Aku berasa serba salah kerana meninggalkannya begitu saja tadi. Patut ke aku tinggalkan dia macam tu je tadi? Mesti dia frust. Tiba-tiba ada kereta yang menghentam motor skuterku lalu aku terbalik di atas keretanya. Ini ke pengakhiran hidupku?

Tiga bulan berlalu...

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku memandang ayah dan ibu yang sedang mengalunkan bacaan yasin untukku.

“Ayah... Ibu... Dila kat mana ni?” soalku. Aku merasakan kepalaku dan seluruh badanku sakit. Kepalaku berbalut.

“Alhamdulillah. Anak ibu dah sedar. Dila kat hospital. Dila kemalangan tiga bulan yang lepas. Ibu dengan ayah sedih sangat bila dengar keadaan Dila yang koma dan kritikal. Motor skuter Dila rosak. Ayah dah ambik dah. Ada kat rumah tu haa,” ujar ibu sebak. Dia memelukku erat.

“Dila koma? Ya Allah. Kenapa Dila tak sedar semua ni berlaku kat Dila? Patutlah Dila mimpi macam-macam. Dila selalu dengar ada orang bercakap-cakap dengan Dila masa Dila tengah koma.”

Ibu senyum. “Yang bercakap-cakap tu Asyraflah. Hari tu dia datang dengan Amira, Atirah pun ada sekali. Kawan-kawan Dila yang lain pun datang jugak tengok Dila.”


Petang itu Asyraf datang. Kebetulan aku baru bangun tidur. Semalam seharian aku tak tidur kerana menghabiskan masa dengan ibu. Ayah datang sekejap saja kerana ada kerja.

“Assalamualaikum sayang,” ucapnya. Dia duduk di sebelahku. Dia meletakkan patung beruang di sebelahku.

“Waalaikumussalam. Siapa suruh beli ni?”

“Saja nak beli. Awak kan suka. Ni sempena hari jadi awak hari tu,”

“Terima kasih. Awak...”

“Ya sayang...” Asyraf hanya merenung wajahku. Sudah tiga bulan aku koma dan tidak sedarkan diri. Menurut ibu, setiap hari Asyraf datang melawatku. Asyraf juga mahu melamarku di sini.

“Betul ke awak nak nikah kat sini? Awak tak nak tunggu saya keluar dari hospital?”

Asyraf mengangguk. “Esok pagi keluarga kita semua datang dengan tok kadi sekali. Saya takut hilang awak. Sebab tulah saya nak kita nikah kat sini,”

Aku mengerutkan dahi. Dia ni biar betul?

“Awak serius? Awak tak main-main kan Asyraf?”

“Saya nak main-main apanya. Seriuslah. Kalau awak tak percaya, tanyalah ibu awak. Esok semua akan datang. Saya tak sabar nak kahwin dengan awak. Saya dah lama tunggu saat ini. Saat hubungan kita akan jadi halal.”

“Awak tahu masa awak kemalangan tu, saya jadi tak tentu arah. Saya takut sangat hilang awak. Saya selalu doa yang awak akan cepat-cepat sedar dan sekarang saya besyukur Allah SWT masih bagi peluang kat saya untuk melamar awak.” sambung Asyraf.

Air mataku mengalir. Aku terharu sangat dengar dia cakap macam tu. Mungkin betul yang jodoh aku kuat dengan dia.

Keesokannya, aku terkejut apabila melihat ramai yang berkerumun di katilku. Asyraf dan juga tok kadi melafazkan akad nikah di sebelahku. Jantungku berdegup dengan kencang sekali. Macam tak percaya yang aku akan nikah kat hospital.

“Aku terima nikah Nur Adila binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 80 tunai,” ucap Asyraf dengan lancar sekali. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isterinya. Alhamdulillah.

Aku mengucup tangannya dan Asyraf mencium dahiku. Aku terasa getaran di jiwaku. Akhirnya rindu yang terpendam selama ni terluah juga. “Saya janji saya akan jaga awak. I love you sayang...”

“I love you too...”

Sayang 
Ku masih di sini terasa sedih menyaksikanmu

Sayang 
Ku masih berkhayal terasa dekat engkau merayu

Bila kau bersanding nanti
Engkau lupakan diriku
Bila kau menangis nanti
Kenangkan diriku

Sayang
Ku masih di sini terasa sedih menyaksikanmu