Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

BUKAN GADIS BIASA - SINOPSIS

  Mungkin orang ramai menganggap aku sebagai attention seeker meskipun sahabatku sendiri. Dengan caraku yang suka berkongsi tentang hidupku di sosial media. Sejak dari dulu lagi aku begitu kerana aku sering menulis kisah hidupku kadang aku mencoretnya di buku nota sekolahku pada zaman kanak-kanakku dahulu. Aku menulisnya tetapi aku menukar semua watak, latar tempat dengan situasi yang berbeza tetapi itu merupakan kisah hidupku. Aku juga melakukan itu sejak wujudnya status dan story di segala laman sosial media.  Ramai yang mengecamku dan turut membenciku hanya kerana mereka mengganggap semua yang aku lakukan itu hanya mencari perhatian mereka sedangkan aku sememangnya begitu. Niatku hanya berkongsi apatah lagi sekarang aku sudah jauh dengan keluargaku, aku mahu mereka tahu tentang diriku di sini bagaimana.  "Jangan sibuk cari kesalahan orang lain sedangkan kau tak duduk kat tempat orang tu. Cermin diri kau tu dulu. Kenapa? Kau ada masalah hidup ke sampai nak dengki sangat?" -