Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Ohhh Stalker ?!

Bab 1 N ama aku Alya Natasha binti Dato’ Alif. Keluarga aku, kawan-kawan semua biasa panggil aku ‘Alya’ je. Aku dilahirkan di Pulau Pinang. Jadi, aku ni budak penanglah! Hahaha lawak... Tapi yang bestnya aku langsung tak reti cakap penang. Nak tahu umur aku berapa? Haa, kenalah rajin baca cerita ni sampai habis. Nanti korang tahulah umur aku berapa. “Alya!” Laung mama kuat memanggilku dari dapur. Ni tak lain tak bukan, suruh aku tolong basuh pinggan lah tu! Err malasnya! Aku dengan malas bangun dari sofa terus ke dapur. Baru nak buat blog baru mama dah kacau. Orang baru nak jadi penulis terkenal. Ceh... “Ada apa mama?” Soalku kerek. Aku sengaja tanya mama soalan kerek macam tu. Padahal aku memang dah tahu mama nak suruh aku buat apa. “Ni haa, pinggan berlambak kat sinki. Alya tolong ‘bereskan’ boleh tak? Hari ni mama nak masak lauk kegemaran papa.” Ujar Datin Arissa a.k.a mamaku tersayang. Aku dah agak mama mesti nak suruh aku basuh pinggan punya. Nak harapkan abang

Dear Lelaki

Assalamualaikum... Post kali ni berkenaan tentang lelaki. Sebelum tu Ira nak bahasakan diri Ira dengan 'aku' boleh? Hee. Ni bukan fakta or auta eh. Ni memang kenyataan! Pengalaman aku selama berkenalan dengan lelaki. Apa tu lelaki? Entah. Haha. Bagi aku lelaki ni peneman hidup perempuan. Memanglah peneman hidup perempuan sebab dah terang terang Hawa dicipta dari tulung rusuk Nabi Adam. So, perempuan pun dicipta dari tulung rusuk lelakilah. Sebab tulah lelaki jangan buat perempuan menangis. Berdosa tau. Yalah nanti kang tak pasal pasal kau kena sebat kat akhirat sebab buat perempuan menangis sebab kau. Agaknya siapalah pemilik tulang rusuk aku. Ceh hihi. Nak tahu jugak jodoh aku sape kan. Senang tak payah cari cari yang setia bagai. Dah tau jodoh terus bercinta. Amboi gatal benor kau ni Nad. Dalam twitter pun ada tulis, makin serasi pasangan itu, makin seiras wajahnya. Yeke? Aku belum jumpa lagi lelaki yang sama muka dengan aku. Haha. Sebenarnya aku ni anti lelaki sebab ap

Tahun 2015 ?!

Assalamualaikum guys Rindunya kat blog! Sekarang ni Ira jarang aktif kat blog sebab kerja kan. Ni pulak dah nak naik sekolah. Tahun depan dah 16 tahun dah aku ni... Nope. Bukan tahun depan. Tapi esok! Hmm sedihnyaa. Sebab Ira dah tua kan. Hehe. Ira tak sangka hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2014. Ceh ayat! Ira rasa Ira belum sedia lagi nak masuk ke alam baru. Hmm... Korang perasan tak tahun 2014 ni tahun yang paling teruk? Sebab apa? Sebabnya macam-macam dugaan yang Allah swt nak uji kita. Ira tahu Ira banyak sangat dosa kat dunia ni. Yalah dulu pesawat MH 370, MH 17 lepas tu puting beliung, kemarau, banjir, banjir kilat, tanah runtuh dan sekarang pesawat Air Asia pulak. Ya Allah banyaknya dugaan :'( Ira tahu Allah murka... Kalau boleh Ira tak nak mati masa Kiamat. Ira nak mati sebelum Kiamat. Ira harap Allah swt ampunkan dosa-dosa kita semua. Ira harap juga banjir di Pantai Timur tu surut. Bukan di Pantai Timur aje malah di semua negeri! Maknanya satu Malaysia lah

Tutorial Turban Shawl

Assalamualaikum Jom belajar pakai turban ala ala Yuna ! Kalau Ira memang tak minatlah hehe. Ira lebih suka simple macam pakai tudung bawal hitam. Sebab muka Ira memang sesuai pakai tudung bawal jek. So siapa yang nak belajar bolehlah tengok tutorial kat bawah ni. Cantik orangnya :)

Novel ? What The Hell -.-

Assalamualaikum... Setakat ni Ira ada sikit je novel tapi Ira lagi suka pinjam dari kawan Ira haha. Lagi2 dulu masa duduk kat Jb, Ira suka sangat pinjam novel novel cinta. Kadang dari library. Ulat bukulah katakan... Now sekarang Ira terbukak hati pulak nak buat novel sendiri. Walaupun cerita dia tak berapa nak top macam penulis penulis yang famous macam Siti Rosmizah tu, Ira tetap akan berusaha buat yang terbaik. First novel yang Ira buat dah delete sebab Ira malas nak sambung cerita dia. Makin merapu! Entah papa tah. Ada kat blog lama, kalau korang nak baca. Alah blog yang celoteh gadis kecil tu. Novel kedua, Diari Cinta Eryna. Tengah tunggu respon dari penerbit kaki novel. Yang ketiga ni cerita dia tak best sangat. Bak kata orang yang comment kat karya ilham karangkraf tu...  "Idea dah ada tapi cerita banyak lompat lompat. Kadang tak logik." What the hell lah! Sabar Ira sabar. Huh?! Takpe orang tegur kan. Yalah Ira ni kan budak kecik lagi. Baru 15 tahun kut.

Result PT 3

Assalamualaikum guys... Amacam korang? Sihat? Alhamdulillah Ira sihat je. Kali ni Ira nak share sikit pasal result pt 3 Ira. Walaupun tak sehebat korang tapi ni kan ibarat diari Ira so apa salahnya kan? Hmm. PT 3 ni ujian kali pertama yang kita orang  batch 99' ni hadapi. Benci betul aku sebab kena jadi bahan uji kaji! Dulu kata pbsmr lah bagai. Dengan pbsnya lagi. Macam2 lah. Kan bagus buat pmr je? Senang sikit aku nak score. Yang paling aku benci ada gred F tu. Kenapalah kementerian seksa kita orang? Katanya nak uji minda kita pastu tahun depan nak dimansuhkan pulak. What the hell? Janganlah buat kita orang macam ni. Ni haa salah satunya dokemen pt 3 tu : Ni dokumen pelaporan Ira Yang paling sadis Ira dah failed dua subjek. Math ngn sains. Kenapalah Ira bodoh sangat dalam dua subjek tu? Hmm. Kalaulah lulus semua. Nasib ada 2A hehe.  So result Ira keseluruhan : 2A2B1C3D2F. Ni pbs. Korang nak tau, agama Ira semua band 6 :') Baiknya ustazah! Hee

Buku Tentang Cinta

Assalamualaikum korang ^^ Alhamdulillah dengan izin Allah swt Ira terjumpa buku Tentang Cinta ni kat dalam klinik xara. Klinik Xara? Yupp tempat Ira kerja sekarang. But gambar ni Ira curi kat google. Hee... Sebelum tu, apa khabar korang? Rindu aku kat blog yang tak seberapa ni. Hachumm!! Dah berabuk-abuk dah blog ni. Dah lama tak post kan. Okay berbalik kat buku ni tadi, selama ni Ira tertanya-tanya dan pelbagai soalan yang bermain dalam fikiran Ira ni. Apa itu cinta? Duk tanya jugak diri sendiri or sape2 yang serik bercinta ni kan. Cinta itu buta bak kata Fareen. (Heroin novel Kerana Dia Istimewa Bagiku) Novel yang Ira buat sekarang ni pun dah banyak tangguh. Yelah busy lagipun takde masa. Padahal kerja part time je.  Kalaulah Ira ni boleh mencintai dan dicintai. Apa agaknya rasa ek? Best tak bercinta? Sebab tulah Ira nak sangat cari petunjuk apa tu cinta! Last2 tengah belek majalah2 kat klinik tu tetiba jumpa buku ni. So, Ira ambiklah. Siap mintak izin kak nasuha lagi

Whatsapp ?

Assalamualaikum readers... Whatsapp? Aku rasa application whatsapp ni tengah famous sekarang ni. Bukan apa, free nak contact orang. Tak payah guna sms. Biasa kan sms cas seposen, tujuh sen kan. Kalau text dengan bf atau gf korang, lagilah melambung kredit korang! So better you all used whatsapp. That's app was so easy to use. Ekceli sebenarnya kena bayar sebab Ira ada check kat setting then tengok payment kena bayar RM 3.50 dalam setahun. Murah je. Tak mahal pun. Cuma nak download app to yang susah... Bukan susah tapi berat. Mb dia besar. Bak kata kak nasuha : 1 MB = 1000 KB. Habis kalau 14 MB dah berapa? Hmm. Tu yang aku banyak delete app dalam phone aku tu. Setakat guna Samsung Galaxy Y tu tak yah la nak guna banyak2 app. Hehe. Lagipun kalau install banyak2 app pun bukan ada guna pun. Setakat nak edit muka, putihkan muka je buat apa! Tarik perhatian orang? Ohhhh gitu. Haha sorry. Sekarang aku dah berubah. Dah jarang selfie lagi. Cukuplah buah hati sorang, crush pun sorang

50 Fakta Tentang Facebook Yang Kita Tidak Tahu

Assalamualaikum Facebook adalah jaringan laman sosial yang paling popular di dunia. Hampir setiap orang memiliki akaun berdaftar dengan facebook. Dengan facebook juga kita boleh menjana pendapatan dengan menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam facebook. Keruntuhan moral dan rumah tangga juga berpunca dari facebook. Tahukah kita terdapat fakta-fakta yang berkaitan facebook yang kita tidak tahu. Disini saya sertakan 50 fakta tentang facebook. Ia dipetik dari sumber fuh.my 1) Facebook telah menjadi laman rangkaian sosial yang kekal dan global dengan setiap 1 daripada 13 orang di bumi adalah pengguna Facebook. 2) Setakat ini, sehingga 48% orang Amerika dilaporkan mendapat dan mendengar berita dan peristiwa melalui Facebook untuk pertama kalinya. 3) 50% member Facebook melakukan login setiap hari untuk memeriksa dan melakukan update. 4) 50% dari pengguna menghabiskan berjam-jam di Facebook setiap hari. Jadi secara total mereka menghabiskan 700 bilion minit setiap bulan

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum guys... First of all, Ira happy sangat sebab dah dapat kerja part time kat Klinik Xara. Alhamdulillah. Punyalah seronok gila. Menggila kejap >< Nasib baik klinik tu area situ jek. Alah nak keluar dari College Height jek. Hehe. Masuk esok hari keempat Ira kerja kat situ. Dapat gaji bulan. Ira tak kisah janji Ira dapat ringankan beban keluarga Ira :) Sebenarnya Ira sangat perlukan duit untuk beli barang sekolah sendiri, tak payah susahkan ayah lagi. Kesian Ira tengok ayah terpaksa kerja cari duit untuk kita orang anak beranak. Dah lah adik beradik ramai. For your information 7 orang. So, semua sekali 9 orang lah. Hmm. Ira tak nak cerita hal keluarga Ira nanti kata Ira ni mengaibkan keluarga pulak kan. Diam diam sudah ^^ Nak dengar cerita tak? Tepuk tangan, habis cerita! Huhu just kidding... Macam ni ceritanya, masa tu Ira duk dalam bilik and then tetiba ada orang call. Katanya dia dari Klinik Xara. Dia kata "Ni Nad eh yang tampal kertas kat area restoran

Kerana Dia Istimewa Bagiku 35

Bab 35 F areen yang sedang leka berborak dengan para tetamu disapa oleh tunangnya tiba-tiba. Dia hairan, muka Azrie tidak seceria selalu. Lantas lengannya ditarik kemudian dibawa ke suatu tempat. Kenapa dia bawak aku kat tepi kolam renang pulak ni? Azrie nak bunuh aku ke, fikir Fareen. “Isy sakitlah Azrie!” Bentak Fareen. Muka Azrie berubah masam lalu memandang sinis pada Fareen yang mengaduh kesakitan kerana lengannya dipaut erat. “Awak ni sebenarnya kenapa? Tiba-tiba je bawak saya kat sini? Nak bunuh saya ke?” Soal Fareen selamba lalu menarik tangannya. “Fareen, maafkan saya. Saya tak sengaja tarik tangan awak tadi. Sebenarnya saya cuma nak tanya awak, betul ke Aida masuk hospital gila?” Getus Azrie. “Kalau betul pun, kenapa awak tanya? Awak masih ada hubungan dengan dia ke?” “Hubungan? Nope sayang. Bila masa saya ada hubungan dengan dia lagi? Saya cuma cintakan awak sorang dan saya akan setia dengan awak sorang. Saya cuma tanya je kan.” “Kalau betul awak c

7 Icons Last Perfomance "Stick With You"

Assalamualaikum guys Ya Allah sedihnya aku tengok video ni. 7 Icons Last Perfomance "Stick With You". Aku tau fans club group girl band ni mesti ramai kan? Dan salah satunya ialah aku. Hehe. Bila aku dengar 7 Icons ni berpecah a.k.a bertukar nama pada 7he icon aku sedih gila. Bukan apa, tiga orang dari group dia orang keluar. Nak tau siapa? Kak AT, Linzy and Uty. Seriusly aku memang minat gila dengan dia orang semua ni. Tengoklah dalam youtube tu dia orang semua tengah nangis. Aku pun nak nangis jugak ni. Kalaulah aku dapat jumpa dengan dia orang ni. Terus aku peluk kuat-kuat then amik gambar. Haha perasan. Kalau dia orang nak jumpa kau. Yalah siapalah aku kan nak amik gambar dengan 7 icons. Group yang tengah naik sekarang ni kat Indonesia. Lagipun aku jumpa video ni kat youtube. Mula2 aku jumpa video ni kat blog kak  Mezty . Terus aku komen kat bawah entry blog dia tu. Kalau korang nak tau kisah selanjutnya kenapa dia orang bertukar nama semua, boleh tanya kat  En

Kerana dia Istimewa Bagiku 34

Bab 34 “B iar betul si Aida tu masuk hospital gila? Aku macam tak percaya je kat Emelyn tu. Entah-entah dia tipu tak? Kau jangan percaya sangat Reen. Kalau dia orang perangkap kau sekali lagi, macam mana? Aku jugak yang susah nanti...” Ujar Balqish. “Aku rasa betul wei. Sebab tengok muka Emelyn lain macam je. Dahlah lupakan jelah pasal dia. Malam ni kau nak ikut tak aku pergi kenduri kesyukuran kat rumah Azrie? Ariff pun ada sekali tau.” Tukas Fareen sambil menghirup air milo. “Hmm boleh jugak. Boleh jumpa Ariff! My lovely crush...” Getus Balqish sambil terbayang wajah Ariff. “Wahh crush beb! Aku rasakan Ariff tu pun sukakan kaulah. Sebab tadi, dia ada tanya pasal kau. Aku cakaplah kau kerja.” “What? Serius dia tanya pasal aku? Alhamdulillah, peluang aku ni untuk dekati dia. Hihi okeylah tu crush. Kau lagi untung Reen. Dapat tunang caring macam Azrie tu. Sama-sama caring. Kau selalu ambik berat pasal dia, dia pun selalu ambik berat pasal kau. Dari dulu aku dah caka

Kerana Dia Istimewa Bagiku 33

Bab 33 H ujan lebat membuatkan Fareen terasa dingin dan sejuk sekali. Rindunya kat dia, ujar Fareen sejurus memerhatikan keadaan deruman ombak yang berdekatan dengan rumahnya. “Reen... Bila Reen nak pergi majlis konvokesyen Azrie tu? Ibu tengok Reen duduk rumah, makan tidur jek... Puan Syazira tak marah ke kalau Reen tak masuk kerja? Dah berapa hari dah ni Reen cuti.” Getus Farah lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Fareen. “Rasanya esok kut. Reen ingat, Reen nak belikan Azrie sesuatu yang berhargalah. Nak mintak tolong Balqish, dia sibuk kerja kat KL. Aqilah pulak... Dia tidur rumah sepupu dia yang kat Kedah tu. Hmm siapa ek Reen nak mintak tolong? Haa, ibulah. Nanti kalau tak hujan malam ni, teman Reen pergi kedai hadiah eh... Bolehlah bu.” Dengus Fareen pada ibunya. “Fareen Nuralisa, anak ibu...” Panggil Farah sambil mengusap lembut rambut Fareen. “Ya ibu?” “Reen tahu kan yang Reenlah satu-satunya anak ibu? Ibu harap ibu dapat tengok kamu berumah-tangga

Kerana Dia Istimewa Bagiku 32

Bab 32 Tiga bulan kemudian A khirnya Fareen berjaya membuat pembedahan plastik di pipinya yang terkena asid itu. Sampai saja di lapangan terbang KLIA, Fareen terus menarik bagasinya dan mendekati seorang lelaki yang amat tampan. Azrie Haikal, lelaki yang berjaya mencuri hatinya dan kini dia bergelar tunang yang amat dicintainya. “Hai sayang... Makin cantik awak sekarang. Saya besyukur sebab awak berjaya melakukan pembedahan itu. Congrate sayang.” Getus Azrie lalu membuka kaca mata hitamnya untuk melihat wajah tunangnya itu. “Thank you. Saya besyukur jugak sebab tunang saya ni takde perempuan lain selain saya.” Jawab Fareen lantas mereka jalan beriringan. “Perempuan lain? No never okay. Saya takkan pandang perempuan lain selain tunang saya yang cantik ni.” Desis Azrie. Romantis sekali gaya percakapan Azrie lalu dia mencubit perlahan pipi Fareen. “Awak, maafkan saya sebab baru hari ni saya boleh balik. Disebabkan saya perkahwinan kita ditangguhkan.”  Azrie pant