Wednesday, 31 December 2014

Ohhh Stalker ?!

Bab 1
Nama aku Alya Natasha binti Dato’ Alif. Keluarga aku, kawan-kawan semua biasa panggil aku ‘Alya’ je. Aku dilahirkan di Pulau Pinang. Jadi, aku ni budak penanglah! Hahaha lawak... Tapi yang bestnya aku langsung tak reti cakap penang. Nak tahu umur aku berapa? Haa, kenalah rajin baca cerita ni sampai habis. Nanti korang tahulah umur aku berapa.

“Alya!” Laung mama kuat memanggilku dari dapur. Ni tak lain tak bukan, suruh aku tolong basuh pinggan lah tu! Err malasnya!

Aku dengan malas bangun dari sofa terus ke dapur. Baru nak buat blog baru mama dah kacau. Orang baru nak jadi penulis terkenal. Ceh...

“Ada apa mama?” Soalku kerek. Aku sengaja tanya mama soalan kerek macam tu. Padahal aku memang dah tahu mama nak suruh aku buat apa.

“Ni haa, pinggan berlambak kat sinki. Alya tolong ‘bereskan’ boleh tak? Hari ni mama nak masak lauk kegemaran papa.” Ujar Datin Arissa a.k.a mamaku tersayang. Aku dah agak mama mesti nak suruh aku basuh pinggan punya. Nak harapkan abang aku punyalah pemalas! Kerja dia tahu nak berkurung kat dalam bilik aje. Mengalahkan perempuan. Sebab tulah perangai aku sikit-sikit macam lelaki, sebabnya aku suka main tarik tali dengan abang aku.

Maklumlah abang aku tu perangai dia nampak macam kasar, berani tapi sebenarnya kuat menangis bila kena marah dengan papa!

“Termenung apa lagi tu? Cepatlah basuh... Mama nak masak cepat ni sebelum papa balik kerja.” Getus mama mematikan lamunanku.

“Yalah mama.” Jawabku selamba lantas membuka paip untuk membasuh pinggan-pinggan yang bertimbun ni.

“Hei Alya, janganlah bukak air paip tu lama-lama! Nanti kang membazir air jek.” Aduh mama ni, cubitan dia memang berbisa sungguh. Dahlah lengan aku ni takde isi! Lagi nak cubit-cubit. 

Selesai acara membasuh pinggan, aku pantas melarikan diri. Bukan nak lari jauh-jauh pun. Nak masuk bilik je. Aku nak mandi kejap. Lepas tu nak menunaikan kewajibanku sebagai umat Islam. Mama tak tahu lagi aku belum solat zuhur...

“Woi...” Panggil abang Afiq seakan berbisik di telingaku. Sesuka hati dia je nak panggil aku ‘woi’. Bukan nak panggil nama. Aku ada namalah...

“Kau tau tak ni lauk apa? Aku tengok macam tak sedap je.” Getus abang selamba. Nasib baik mama dengan papa dah habis makan tadi. Kalau dia orang dengar abang Afiq aku sorang ni mengkritik masakan mama, mesti kena marah.

“Eh kau dengar tak ni?” Bisiknya.

“Alya dengarlah bang. Alya tak pekak lagi. Nak tau ni lauk apa, makan jelah eh... Alya tak kuasa nak ambik port. Nanti kang salah cakap, abang marah.

Aku tengok abang Afiq mula menyinga. Nak proteslah tu. Pantang nampak lauk lain sikit. Tak nak makan. Mengada betul. Isy geram betul aku dengan perangai abang aku sorang ni.
“Kalau kau tak nak cakap. Aku bagitahu mama yang kau tak solat asar semalam. Padan muka...” Usik abang Afiq.

“Alya A.B.C lah semalam. Mama dah tahu dah pun. Sibuk je nak mengadu. Yalah Alya bagitahu ni lauk apa. Ini ialah tempe goreng dengan ayam masak merah. Tu pun tak tahu ke? Kesianlah Alya tengok abang ni...” Ujarku.

“Ohhh tempe goreng. Aku ingat apa benda tadi. Yang ayam masak merah tu aku tahulah. Yang tempe ni aku tak pernah makan. Tu yang nampak pelik.”

“Apa yang pelik? Makan jelah. Tu favourite papa tau. Sebab tu mama goreng lebih. Kalau abang nak tahu, tempe ni bagus tau. Dahlah abang makanlah sorang. Alya nak naik atas. Nak tidur...”


1 comment:

Cik_Shiqah said...

hahaha permulaan yg best. teruskan. suka dgn watak alya. ganas n kasar2 gitu. abg dia tu mmg mengada sgguh. cerewet aje memanjang. pantang btul org yg cerewet psl mknn ni. hahaha :D