Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 33


Bab 33

Hujan lebat membuatkan Fareen terasa dingin dan sejuk sekali. Rindunya kat dia, ujar Fareen sejurus memerhatikan keadaan deruman ombak yang berdekatan dengan rumahnya.

“Reen... Bila Reen nak pergi majlis konvokesyen Azrie tu? Ibu tengok Reen duduk rumah, makan tidur jek... Puan Syazira tak marah ke kalau Reen tak masuk kerja? Dah berapa hari dah ni Reen cuti.” Getus Farah lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Fareen.

“Rasanya esok kut. Reen ingat, Reen nak belikan Azrie sesuatu yang berhargalah. Nak mintak tolong Balqish, dia sibuk kerja kat KL. Aqilah pulak... Dia tidur rumah sepupu dia yang kat Kedah tu. Hmm siapa ek Reen nak mintak tolong? Haa, ibulah. Nanti kalau tak hujan malam ni, teman Reen pergi kedai hadiah eh... Bolehlah bu.” Dengus Fareen pada ibunya.

“Fareen Nuralisa, anak ibu...” Panggil Farah sambil mengusap lembut rambut Fareen.

“Ya ibu?”

“Reen tahu kan yang Reenlah satu-satunya anak ibu? Ibu harap ibu dapat tengok kamu berumah-tangga dan ibu nak sangat kamu sentiasa bahagia bersama Azrie. Nanti ibu akan cakap dengan Azrie yang dia tak boleh kecewakan anak ibu ni...” Luah ibu sambil menitis air matanya.

“Reen janji, Reen akan sentiasa bahagiakan ibu dan buat ibu bangga. Itulah impian Reen selama ni. Pasal Azrie tu, ibu jangan risau. Kami saling mencintai...” Balas Fareen lalu memeluk ibunya.

“Ingat pesan ibu, jangan derhaka pada suami kamu bila dah kahwin nanti. Ikut je apa yang dia suruh. Ibu harap Reen dengan Azrie akan kekal selamanya. Ibu akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua.”

“Amin, terima kasih ibu kerana doakan kebahagiaan kami. Reen sayang ibu...”


Pagi ini, Fareen bersolek nipis saja untuk kelihatan lebih menyerlah kerana hari ni merupakan hari penting buat tunangnya. Dia menggayakan jubah puplem yang berwarna merah jambu dan juga selendang di atas kepalanya.

Setelah bersiap dalam sepuluh minit, Fareen terus saja masuk ke dalam perut kereta abahnya, Hairul. Abah akan menghantarnya sampai ke terminal lalu dia akan menaiki bas saja untuk ke Kuala Lumpur.

“Terima kasih abah.” Kata Fareen lantas mengucup tangan Hairul. Dia pantas naik ke dalam bas supaya tidak terlambat.

Fareen berharap sangat yang dia tidak terlambat untuk menghadiri majlis konvokesyen tunangnya hari ini. Dia mengeluarkan kotak jam Casio dari beg sandangnya sambil merengus, “Harap-haraplah aku cepat sampai. Kalau tak mesti Azrie kecewa sebab aku tak datang ke hari istimewanya.”

“Datang pun anak mama ni.” Getus Puan Syazira sambil tersenyum ke arah Fareen.

“Mana Azrie, ma?” Fareen cuba mencari kelibat Azrie. Batang hidung Azrie pun dia tak nampak. Mana tunang aku ni?

“Hai sayang... Terima kasih kerana sudi datang.” Ujar Azrie dari belakang sambil menutup mata Fareen dengan tangannya.

“Awak... Saya cari awak dari tadi tau. By the way, nah. Ni hadiah khas untuk awak. Ibu yang cadangkan saya belikan hadiah ni. Suka tak? Sorry tau sebab saya lambat. Bas banyak berhenti tadi.”

“Sweetlah korang ni. Cemburu aku tengok... Fareen, awak sorang je yang datang? Mana Qish?” Tanya Ariff.

“Aqish kan kerja. Dah lupa ke? Apa pun tahniah kat korang tau sebab dah berjaya dapatkan segulung ijazah.” Tukas Fareen.

“Thanks a lot sayang. Suka tu memang suka tapi kalau awak ada lagi saya suka. Saya tak kisah kalau awak lambat 12 jam pun saya terima. Sebabnya awak terlalu istimewa dalam hati saya ni. Tanpa hadiah ni pun, saya tetap akan hargai awak sayang...” Luah Azrie.

Fareen begitu terharu mendengar luahan hati tunangnya ini. Macam tak percaya ada jugak lelaki yang sanggup berterus-terang depan kawan-kawan dia. Awak pun terlalu istimewa dalam hati saya Azrie, desis Fareen dalam hati.

“Baguslah kalau kamu semua ada kat sini. Malam ni mama nak adakan kenduri kesyukuran dan Azrie, jemput semua kawan-kawan kamu ya?” Sampuk Puan Syazira.

“Baiklah mama. Azrie akan jemput semua kawan-kawan Azrie termasuklah my sweetheart ni...” Jawab Azrie sambil mencuit nakal hidung Fareen.

“Apa kata kalau mama tangkap gambar kamu semua? Boleh buat kenang-kenangan nanti.” Tukas Puan Syazira lantas mengeluarkan kamera.

“Wait mama... Ambik gambar Azrie dengan tunang kesayangan Azrie dulu.” Sampuk Azrie.
“No problem my son.”

Emelyn yang berdiri tidak jauh dari situ terserempak dengan Fareen. Fareen memandang sinis terhadapnya.

“Err, Fareen... Bukan kau tengah tangkap gambar ke tadi?” Getus Emelyn.

“Kenapa? Kau nak bunuh aku lagi ke? Mana Aida? Ratu cantik dunia tu? Bukan hari ni dia pun konvokesyen ke.” Sindir Fareen. Hatinya mula panas apabila teringat kejadian yang menimpanya tempoh hari.

“Tak Fareen. Sebenarnya aku nak mintak maaf kat kau. Aku dah banyak dosa kat kau. Tolonglah maafkan aku. Aku takde niat pun nak bunuh kau. Ni semua rancangan Aida. Aku ikut aje. Memanglah hari ni dia konvo tapi...” Luah Emelyn.

“Tapi apa?”

“Dia dah masuk hospital sakit jiwa kat Tanjung Rambutan. Dia memang dah gila wei. Aku sedih sangat tengok perangai dia. Sebab lelaki dia boleh jadi macam tu. Sejak family dia tinggal kat luar negara, hidup dia makin liar. Dia dah mula pergi club. Dia dah mula hisap rokok. Hidup dia dah tak tentu arah sekarang ni. Aku dah tahan dengan perangai dia sebab dia selalu ketawa sorang-sorang. Lepas tu dia selalu sebut nama Azrie, nama kau...

Dia banyak kali cakap yang dia nak bunuh kau. Sebab tulah aku hantar dia masuk hospital sakit jiwa biar dia tenang kat sana.” Terang Emelyn panjang lebar.

“Astagfirullah. Dia dah gila sebab Azrie? Ya Allah, kau tahu tak Emelyn yang perbuatan kau tu salah. Kenapa kau hantar dia kat hospital gila? Kenapa kau tak bawak dia jumpa ustaz ke supaya dia boleh tenang? Ataupun kau buatlah apa yang patut. Aida tu kan kawan kau. Sampai hati kau buat macam tu kat dia. Tergamaknya kau.” Ujar Fareen.

“Tapi Reen, dia betul-betul dah gila! Disebabkan Azrie, Aida jadi macam tu.”
“Suka hati kaulah. Aku tak nak campur. Itu semua urusan korang. Bye, Assalamualaikum...” Getus Fareen lalu melangkah ke bilik air.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...