Sunday, 22 March 2015

Resepi Mee Kari

Assalamualaikum guys,


Tadi Ira saja duk belek belek resepi kat google. Saja nak penuhkan slot resepi kat tutorial. Tu yang Ira cari resepi mana yang paling senang nak buat! Cehh macamlah aku yang buat :p Nanti suruh mak jugak yang buat. Haha tunggulah satu hari nanti baru boleh buat. Buat masa sekarang, Ira tak pandai masak! Masak makanan asas tu sikit sikitlah.

Ekceli sebenarnya mee kari ni sama je macam mee bandung. Fuh sedap gila kalau dapat makan mee kari malam malam ni. Dahlah Ira ni kuat makan! Naik gemuk dibuatnya :p Okey berbalik pada resepi tadi...

Bahan bahan : 

Mee kuning - 1 bungkus

Bawang merah - 1/2 biji
Bawang putih - 3 ulas
Halia - 1/2 inci

Serbuk kari (bancuh dengan air)- 5 sudu besar
Santan M&S - 1 kotak kecik
Kerang/sotong/udang/Ayam - ikut banyak mana nak
Fishball - 1 paket
Tahu (yang kering tu) - 1 paket

Taugeh
Daun sup
Cili merah
Sawi
Limau kasturi
Bawang goreng

Cara caranya :
  1. Tumbuk bahan yang berwarna merah tu.
  2. Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing.
  3. Masukkan air bancuhan serbuk kari. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan kerang/sotong/udang/ayam dan fishball kacau rata.
  5. Masukkan santan dan air. Kacau sehingga masak.
  6. Jangan lupa masukkan garam jugak.
Hidangan :
  1. Celur mee kuning dengan air panas.
  2. Celur semua bahan yang berwarna purple tu.
  3. Siap! 

Credit : Mr. Google :)




"Mimpi..."

Assalamualaikum....


Semua manusia di dunia ni mesti pernah bermimpi bukan? Ya mestilah... Tapi kadang kadang aku tak mimpi. Dalam tidur tu gelap aje. Syukurlah kalau kita tidur keesokkan harinya kita bangun semula. Alhamdulillah aku masih bernafas lagi di bumi Allah swt. Sekarang ni aku nak bercerita dengan korang pasal mimpi.

Mimpi apa? Jom layan... :)

Aku tak taulah sejak kebelakangan ni aku asyik mimpi orang yang sama jek. Takkan Allah nak tunjuk dia jodoh aku kut? Tak mungkin, tak mungkin! Aku tak suka dia. Kan aku pernah cakap yang aku cuma suka dia sebagai kawan. Tak lebih dari tu pun. Kenapa aku tak nak couple dengan dia? Sebab aku tak nak perasan. Aku tak nak syok sendiri lagi. Sebab couple tu haram.

Dahlah mimpi tu pelik. Aku taulah mimpi tu cuma mainan tidur. Tapi ustazah cakap kalau mimpi benda yang sama 3 kali berturut turut maknanya...? Maknanya akan jadi kenyataan satu hari nanti? Imposibble! Aku tak jangka yang benda ni akan berlaku. Ramai orang cakap yang dia suka aku. Aku tak nak sebut nama dia nanti kalau dia jumpa blog aku ni mampus! Hmm...

Kalau Miss Simple dah bercerita, macam karangan lohh! Ekceli aku buat blog ni pun sebab nak bercerita tentang kisah hidup aku. Ya Allah, kan bagus kalau semua mimpi aku jadi kenyataan... Mimpi yang baiklah. Mimpi yang mendatangkan faedah bukan mendatangkan keburukan. Ish apa yang aku merepek ni. Huh?!

Yang aku peliknya dalam mimpi tu, dia sakit aku siap bawak balik rumah lagi. Aku ingat lagi kata kata mak aku dalam mimpi tu. Dia yang aku maksud kan tu sebenarnya pendiam orangnya. Dia akan bising dengan kawan kawan dia aje. Alah lebih kurang macam akulah. Sama je dua kali lima. Cukuplah aku gelar dia sebagai A. Dalam mimpi tu dia demam tau. Waktu sekolah pulak tu.

Then aku tolong pegang bahu dia, aku bawak balik rumah. Hairan... Ni mimpi hari ni. Dalam minggu ni, aku banyak kali mimpi dia. Entah-entah... Takkan dia rindu aku kut? Lagilah mengarut! Tapi aku tengok kat internet kalau kita mimpi orang tu banyak kali tandanya dia rindukan kita. Ye ye jek. Err -..- Ada yang cakap dia tengah fikirkan kita. Hmm siapalah aku ni yang dia asyik nak fikir.



Saturday, 21 March 2015

Apabila Miss Simple berceloteh....

Assalamualaikum...


Indahnya ciptaan Allah swt...
Kalaulah aku dapat mengembara sejauh ni.
Impian aku sebenarnya ingin mengelilingi ke serata dunia.
Kalau boleh aku mahu terbang ke dunia khayalan...
Dongeng, ilusi... Ya, aku sememangnya suka berangan!
Tak kisah apa orang nak cakap tentang aku asalkan aku teruskan hidup aku begini.
Sentiasa gembira dan tidak mempunyai apa apa perasaan. 

Cinta?
Perasaan cinta dah lama pupus dalam hati aku. Puas hati? 
Aku dah malas nak syok sendiri lagi :)
Cukuplah sekadar suka sebagai kawan...
Siapa yang rajin berkunjung ke blog aku, mesti ramai yang pelik dan tertanya tanya...
Siapalah perempuan yang suka mengarut ni kan! Hahaha...
Sekian dari Miss Simple yang suka berangan...!!!



Cantiknya :)

Saturday, 14 March 2015

Kata Kata Keramat

Assalamualaikum guys...

Dah lama tak post kat blog ni sebab Ira sibuk memanjang dengan homework. Maklumlah budak sekolah kan! Ira post sekarang ni pun kat klinik. Tempat kerja Ira. Nasib line wifi laju. Hehe. Korang apa cerita? Sihat tak? Alhamdulillah Ira sihat je. So, hari ni Ira nak story dengan korang pasal kata kata keramat. Apa tu kata kata keramat? Jom layan...

Kata kata keramat tu bagi Ira kata kata yang susah nak lafazkan macam cinta. Kalau kita suka kat someone tu, susah nak luahkan kan? Macam tu jugak Ira. Kalaulah ada seseorang yang berani meluahkan kata kata keramat tu depan Ira. Ira terus cair beb! Lagi lagi crush. Orang yang kita suka. Setakat ni Ira takde suka sape2. Suka sebagai kawan tu adalah.

Tapi nak suka lebih dari seorang kawan tu tak boleh. Sebab Ira dah malas nak berharap kat orang yang tak pernah suka kat kita. Contohnya macam ni kata katanya, "Aku cintakan kau, Aku dah lama sukakan kau, Aku rindu kau, Saya sayangkan awak lebih dari seorang kawan." Pergh kalau ada lelaki berani macam tu, Ira lah orang pertama cair. Hehe.

Okaylah bye! See you next time :)