Sunday, 22 March 2015

Resepi Mee Kari

Assalamualaikum guys,


Tadi Ira saja duk belek belek resepi kat google. Saja nak penuhkan slot resepi kat tutorial. Tu yang Ira cari resepi mana yang paling senang nak buat! Cehh macamlah aku yang buat :p Nanti suruh mak jugak yang buat. Haha tunggulah satu hari nanti baru boleh buat. Buat masa sekarang, Ira tak pandai masak! Masak makanan asas tu sikit sikitlah.

Ekceli sebenarnya mee kari ni sama je macam mee bandung. Fuh sedap gila kalau dapat makan mee kari malam malam ni. Dahlah Ira ni kuat makan! Naik gemuk dibuatnya :p Okey berbalik pada resepi tadi...

Bahan bahan : 

Mee kuning - 1 bungkus

Bawang merah - 1/2 biji
Bawang putih - 3 ulas
Halia - 1/2 inci

Serbuk kari (bancuh dengan air)- 5 sudu besar
Santan M&S - 1 kotak kecik
Kerang/sotong/udang/Ayam - ikut banyak mana nak
Fishball - 1 paket
Tahu (yang kering tu) - 1 paket

Taugeh
Daun sup
Cili merah
Sawi
Limau kasturi
Bawang goreng

Cara caranya :
  1. Tumbuk bahan yang berwarna merah tu.
  2. Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing.
  3. Masukkan air bancuhan serbuk kari. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan kerang/sotong/udang/ayam dan fishball kacau rata.
  5. Masukkan santan dan air. Kacau sehingga masak.
  6. Jangan lupa masukkan garam jugak.
Hidangan :
  1. Celur mee kuning dengan air panas.
  2. Celur semua bahan yang berwarna purple tu.
  3. Siap! 

Credit : Mr. Google :)




4 comments:

BTS said...

lama tak makan.. anak suka mee kari ni

affriena zubil said...

wahhhh..sedapnye mee kari :D

Nad Simple said...

@BTS Samalah kita pun suka makan mee kari jugak :)

Nad Simple said...

@affriena zubil Tau takpe kan... :D