Skip to main content

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

 


Assalamualaikum,

Holla !

Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk..

Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas.

Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana.

Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours). Alhamdulillah Ira sambung dekat dream university Ira iaitu di UITM !!!!! 

Dulu masa lepas spm memang Ira teringin gila nak sambung my further study kat UITM and now Ira dapat belajar rasa macam bersyukur sangat pihak UITM terima Ira sebagai pelajar dekat situ. Yelah dulu result spm tak membanggakan sangat lepastu Ira sambung dekat Kolej Linton yang penipu tu geram aku. Nasib la Ira dapat sijil diploma Ira kalau tak memang aku menyumpah nyumpah. Ira apply UITM guna ICEPS ya. Untuk korang yang nak sambung pengajian jugak boleh tekan link dekat sini ya https://iis-iceps.uitm.edu.my/register . 


So kalau korang nak info lebih lanjut lagi pasal nak belajar course apa, pasal yuran ke apa boleh la pergi dekat tab belah kiri tu then tekan je. Ira masatu tanya kawan dia pun belajar UITM then dia lah yang guide Ira sampai ke tahap ni. 

Mula mula Ira dah daftar muet tau. Ira dapat rasa yang Ira akan masuk universiti dulu then baru jawab muet. Betul ya. So Ira berjaya masuk UITM dulu dah buat pendaftaran semua jawab assesment dan dah buat assignment dah pun baru la Ira prepare untuk muet. So kelayakan untuk sambung any of diploma ke degree dekat UITM ni wajib ambil muet ya. Macam Ira part time so boleh ambil muet anytime then sijil muet kita tu kalau tak silap Ira valid sampai 5 tahun so okay la kan.

Cara daftar muet korang boleh pergi dekat link ni https://muet.mpm.edu.my/ . Ni untuk muet biasa ya. For Muet on Demand : http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register . Harap membantu ! =)

Ira belum cerita lagi pengalaman sebenarnya haha. Adoii dah la tengah demam ni kan. Demam demam siapkan assignment. Bila jadi compiler, sudahlah tak sihat nasib ada team mate membantu ambik alih tengok tengokkan assignment. So far pengalaman Ira bekerja sambil belajar ni banyak dugaan jugak la which is first penat. Bukan penat sikit, penat banyak then stres ada jugak tapi satu je Ira pesan jangan pernah give up sebab kita nak cari ilmu. Yelah tipulah kalau Ira tak penat. Yes penat, Ira kerja office hour setiap hari isnin sampai jumaat nasib la sabtu ahad cuti. Then assesment lecturer bagi bukan sikit tapi banyak jugak every week ye. So kena pandai bahagi masa dan jangan lupa untuk refer kawan kawan. Bila dah belajar part time ni bila tertinggal jangan ambil remeh better refer kawan kawan sebab apa, nanti tak pasal pasal korang ketinggalkan lepas tu sia sia takde markah on that task. Rugi je bayar yuran apa semua. So penting jugak cari kawan kawan yang boleh membantu korang. Boleh nak buat hal sendiri tapi jangan terlalu selfish sebab kita nak belajar. Ira faham je ada certain yang introvert tapi jangan terlalu introvert. Wajib bergaul jugak sebab kita nak belajar. 

Ira at first ingat belajar part time ni macam relax, chill chill la kan tapi tidak ye. Ira baru baru ni ada setiap hari tidur lewat padahal esok nak kerja ni sebab buat discussion dengan kawan kawan. Discussion about assignment. Takpe, kita dah buat keputusan untuk sambung belajar even part time kena la berkorban untuk dapat gred yang baik. Tak, Ira nak cemerlang, huhu! Masa diploma dulu niat every sem nak dekan, yeah did it for my parent.. 

Insyaallah for degree pun Ira nak dekan every sem, nak pakai selempang pink nak pakaikan mak ayah Ira baju konvo. Aamiin tunggu 5 tahun walaupun masatu umur dah meningkat. Sebab apa Ira sambung belajar, sebab Ira memang nak belajar. Kalau ada rezeki lebih Ira nak belajar sampai ke PHD. Aamiin. Ira pernah bermimpi 2 kali ke 3 kali tak silap Ira nangis naik atas pentas. Mungkin ini sebabnya. 

Doakan Ira berjaya ya semua. Ingat pesan Ira, abaikan negative word jadikan kata kata negatif tu pembakar semangat kita untuk berjaya. Sekian.










Comments

Anonymous said…
Bekerja part time ni dari jam berapa sampai jam berapa? Ganggu masa kelas tk?
Anonymous said…
Bekerja part time ini ganggu jadual kelas ke?
Anonymous said…
please nak tahu kelas online ke f2f?
Anonymous said…
Hi nak tnyaa pendaftaran tu kan 8.30am-2.30pm dia daftar boleh balik ya? Ke ada taklimat
NADDY said…
Hi awak, actually ira kerja full time belajar is part time so pergi kelas on weekend je tu pun 2 minggu sekali je kelas.
NADDY said…
Hi, saya bekerja full time ya. Kalau nak bekerja part time as student pun kena pandai bahagi masa. If takde kelas or cuti sem buat la kerja part time. Macam pengalaman ira dulu time diploma kerja part time masa cuti sem je or hari yang takde kelas like hari sabtu ahad ke kan.
NADDY said…
Hi, actually ira study degree at UITM ni now semua kelas face to face ya. Online class pun ada tapi jarang la.
NADDY said…
Hi, masa ira daftar dulu memang stay sampai petang untuk dengar taklimat sekali.

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...