Sunday, 30 November 2014

Kenali Perwatakan Melalui Kentut

Assalamualaikum :)

Tadi blog-walking jumpa post ni. Jadi dengan ini korang tak perlu lagi berteka teki bila keluar bersama kawan-kawan kerana dapat mengagak sifat mereka daripada cara kentut yang mereka lepaskan :P

1.   Tidak Jujur

      Orang yang kalau kentut terus menunding jari dan menyalahkan orang sekeliling



2.   Penakut

      Orang menahan kentutnya kerana takut sampai berjam-jam lamanya



3.   Berwawasan

      Mereka yang tahu masa terbaik untuk melepaskan kentut



4.   Bermasalah

      Orang cuba nak kentut tapi tak boleh kentut



5.   Cakap Tak Serupa Bikin

      Orang yang nak kentut tetapi tercirit pula



6.   Misterius

      Bila dia kentut tak siapa yang tau



7.   Gugup / Darah Gemuruh

      Orang yang mudah melepaskan kentut apabila disergah



8.   Berkeyakinan Tinggi

      Orang yang melepaskan kentut dengan lantang



9.   Suka Makan Angin

      Mereka yang melepaskan kentut sambil berjalan di khalayak ramai



10. Kurang Ajar

      Melepaskan kentut dalam buku lima dan disapu pada muka kawan



11. Pendendam

      Kentut terus di hadapan kawan yang bagi kentut kat muka tadi



12. Adil

      Kentut di dalam lif atau kawasan tertutup di mana ramai orang di dalamnya.



13. Pemalu

      Orang yang melepaskan kentut tapi bimbang orang sekeliling bau kentutnya itu



14. Bodoh

      Orang yang menghidu kembali bau kentutnya sendiri



15. Bijak

      Orang yang boleh mengenal bau kentut orang lain



16. Strategik

      Orang yang boleh mengawal kentut dan kentut mengikut kehendaknya



17. Pelik

      Orang yang boleh kentut bila disuruh



18. Sombong

      Orang yang berbangga dengan bunyi dan bau kentut sendiri



19. Peramah

      Orang yang tidak kisah mencium bau kentut orang lain



20. Akuatik

      Orang yang suka kentut di dalam air



21. Jujur

      Orang yang mengaku setelah habis kentut.



22. Teliti

      Orang yang mampu menghuraikan kandungan bau kentut orang lain.



23. Kelakar

      Orang yang melepaskan kentut sambil ketawa dengan lantang



24. Jiwang

      Orang yang melepaskan kentut dengan bunyian mendayu-dayu



25. Berpenyakit

      Orang yang terbatuk dan terkentut serentak



26. Panas Baran

      Orang yang marah tercium bau kentut waima bau kentutnya sendiri.

Haha nak gelak aku baca entry ni XD





Mengadu kat Blog jelah

Assalamualaikum guys

Ekceli aku tak tau lagi nak mengadu kat siapa. Kat blog jelah eh? Harap siapa yang baca luahan hati aku ni faham perasaan aku macam mana. Semua orang tau nak marah marah aku je. Bila aku cerita perkara sebenar, dia orang mengejek aku. Nak ngadu kat kawan pun, dia orang takkan faham punya. Layan aku nak tak nak je. Sakit hati aku hanya Allah swt je yang tau. Sabar jelah Nad...

Tahun 2014. Tahun yang paling teruk yang pernah aku rasa sebab... Sebab aku banyak kali kena buli kat sekolah. Dia orang suruh aku buat apa? Buatkan kerja dia orang. Depan mak ayah baik macam malaikat. Dengan orang lain, jahat nauzubillah. Seriusly tahun ni, banyak kali aku nangis tak tau sebab apa. Mungkin hati aku ni terlalu sakit. Dia orang tak sedar yang dia orang dah banyak kali sakitkan hati aku.

Aku harap tahun depan tahun yang lebih baik dari tahun ni. Aku tak nak lagi kena buli macam dulu. Kena hina, kena kutuk macam macam sampai aku nak bunuh diri. Tapi Allah swt tu Maha Agung. Allah takkan benarkan aku bunuh diri sebab aku tau bunuh diri tu berdosa besar. Sebab tu sekarang aku nak jadi orang yang sentiasa kuat. In shaa allah aku boleh.

Kadang kadang kan, aku selalu cakap sorang sorang. Biarlah. Kalau aku cakap banyak pun dengan orang tu nanti orang kata aku ni mulut murai. Mulut kepoh. Lagipun kat Pajam ni aku bukan ada kawan pun. Kawan baik? Nope. Budak kecik adelah. Tanya adik2 aku tu haa. Dia orang ramai kawan boleh lah ~

Dah berapa bulan dah aku terperap kat dalam rumah je ataupun dalam bilik. Boring wei. Mulai sekarang, aku nak berubah. Aku tak nak lagi jadi budak baik sangat nanti kena pijak kepala. Senyum salah, sengih salah, ketawa salah. Habis apa yang betul? Nak bergurau pun salah, nak cakap baik2 lagilah salah. Hmm....

Aku taulah aku tak cantik, hodoh, buruk. Tapi aku besyukur atas semua yang Allah swt bagi. Aku terlalu merendah diri? Biarlah! Dari orang asyik mengutuk aku je. Apa yang aku buat semua salah. Kalaulah satu hari nanti Allah swt bagi aku seorang kawan yang baik. Yang betul2 faham aku. Tak kutuk aku belakang2. Tak tikam aku. Kawan makan kawan sendiri? Lagilah aku benci!

Kalau kat dunia ni ada dunia khayalan kan bagus. Boleh aku masuk kat dunia tu. Berkawan dengan haiwan atau bunian lagi bagus. Macam cerita cinderella tu, ada pari-pari penjaga. Kan best. Kalau sedih je, sekelip mata je dia gunakan tongkat sakti dia tu. Tak pun Narnia. Dia sembunyi kat dalam almari dia, terus termasuk kat dalam dunia lain. Wow, aku tak boleh bayangkan kalau aku yang masuk dalam tu sebab aku kan selalu sembunyi dalam almari kalau sedih. Hehe...

Sekarang aku dah tak boleh sembunyi kat dalam almari tu sebab aku dah besar. Dah tinggi. Dah tak muat dah nak sembunyi. Almari aku tu dah lah kecik. Takdelah kecik sangat. Sederhana lah ~
Hope adelah dunia khayalan sebab aku ni suka berangan! Haha kbye :)

Friday, 28 November 2014

Ira kerja dengan Unifi eh ?

Assalamualaikum guys

Hello, morning! Pening pulak kepala aku ni sebab overnight. Tak tidur sampai pagi. Boleh pecah kepala otak ni. Yeke? Ira dah biasalah... No problem lah.  Dulu Ira pegi sekolah tak tidur langsung. Segar bugar mata den ni. Haha terkeluar loghat orang nogori pulak. Sorry Im not orang negeri sembilan tu! Ira orang Johor seratus peratus... Hee

Kalau ada orang cakap yang Ira ni kerja kat Unifi tu tak betul. Memang Ira nk kerja part time kat situ tpi tempat kerja sebenar dia jauh! So, dia suruh Ira promote jelah. Dia kata kalau Ira dapatkan pelanggan Unifi untuk dia orang, nanti dia orang akan bagi komisyen. Tak kiralah kita promote guna apa. Facebook ke, Insta, Blog and sebagainya. Kalau dh siap pasang nanti dia akan bagi komisyen.

Tapi sebenarnya Ira malaslah lah nak promote2 ni. Yelah kalau muka cantik macam Emma Maembong tu takpelah. Hehe. Sekali promote dah ramai org berebut rebut nak beli. Kalau Ira? Krik krik je kut. Haha. Sedangkan suruh contact pun, takde spe nk contact untuk kerja. (Biasanya org yg akan hantar email kat aku)

Kalau promote produk pun tkde sape nak beli, apa lagi wifi a.k.a unifi streamyx ni kan! Entah krik krik jugak. So, kalau ada sesiapa yang nak tawarkan Ira kerja part time area mantin, nilai, semarak, negeri sembilan... Bolehlah email Ira : nadsimple5@gmail.com :)

Ira tau korang baik, mintak tolong klik link kat bawah ni boleh?

Aku ke Eryna tu?

Assalamualaikum

Hello guys. Ira tau korang memang baik kan? Tolong klik link ni boleh? Thanks :) Sebelum Ira mula, Ira harap korang tak ambik hati sebab entry kali ni Ira nak bahasakan diri Ira dengan 'aku'. Boleh? Bolehlah... Eh? Hihi. First of all, aku nak terus terang yang novel Diari Cinta Eryna tu banyak pasal aku sendiri.

Maksud aku, ada pengalaman aku sendiri dan banyak imaginasi je. Aku kan suka berangan. Dulu aku pernah tulis diari. Banyak gila pasal crush! Kalau nak ikutkan banyak diari aku wei. Tapi banyak yang dah buang sebabnya aku tak nak ingat dia orang sampai bila-bila. Bila pindah je buang diari tu dalam tong sampah. Memanglah perempuan ni senang jatuh cinta dan sukar untuk melupakan. Yes dear, itu memang tepat sekali. And one more thing yang korang perlu tahu tentang diri aku,aku bukan PLAYGIRL!

Kalau lelaki tu takpelah, kita dah biasa dengar tentang lelaki PLAYBOY ni. Ekceli aku memang tak suka lelaki playboy. Kecuali playboy yang betul-betul sedar tak semua perempuan yang boleh mainkan hati dia. Aku selalu dengar yang playboy ni ada kisah silam yang perempuan tu couple dengan kawan dialah, curang lah, mainkan perasaan dialah, putus cinta bagai sebab tu dia orang jadi playboy. Eh aku dah muaklah wei! Hehe.

Ok stop pasal playboy. Berbalik pada diari aku tadi. Seriusly dulu ramai kawan aku yang pernah baca diari aku. Malu ohh. Lainlah kalau kawan yang boleh dipercayai tu. Contohnya kawan yang jenis tak tikam kawan dia dari belakang. Selalunya aku akan bagi orang yang boleh dipercayai untuk baca diari aku ni. Mana tau aku dah mati nanti kan? Siapa yang nak delete gambar aku kat fb semua tu...

Aku mengaku yang aku ada dedahkan password laman sosial aku kat dalam diari tu. Setakat ni diari yang aku simpan ialah diari yang berwarna pink bunga-bunga. Buku tu hadiah dari Hidayah (My bff). Aku janji aku takkan buang buku tu. Hmm...

Aku ke Eryna tu? Entahlah wei... Dalam imaginasi aku, Lyssa Eryna tu putih, cantik, lawa, ramai peminat. Last last kahwin dengan crush sendiri masa zaman sekolah menengah dulu. Sweet kan? Hihi. Tapi dia orang tak kahwin paksa. Dia orang kahwin atas kehendak masing-masing. Suka sama suka. Sementara aku? Siapalah nak kat aku ni... Haha mengarut je. Aku baru setahun jagung. Tak tau pape lagi pasal cinta ni... Yeke?

Ok lah bye! Jumpa lagi kat entry lain.


Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah

Assalamualaikum guys


Ira yang kat sebelah konduktor tu. Alah yang pakai kot hitam tu.

Firstly kita throwback dulu pertandingan ni. Nak tau tak ni pertandingan apa? Ni pertandingan bicara berirama peringkat daerah seremban 1. Nama sekolah Ira, Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Negeri Sembilan. Pernah dengar tak? Kalau tak, cari kat google ^^ Ira bangga sangat sebab sekolah Ira jadi johan dalam pertandingan ni.

Berkat usaha kita orang dan juga tunjuk ajar dari Cikgu Hidayah, Cikgu Suhaila dan lain-lain, akhirnya smk mantin dapat masuk peringkat negeri dalam pertandingan ni. Tapi peringkat negeri Ira takde gambar. Nasib tak menyebelahi kami, banyak sekolah yang terer kan... Tu yang tak menang. Tapi kita orang memang ada harapan untuk menang. Hehe.

So, anugerah yang kita orang dapat time daerah ni adalah :

  1. Johan  Bicara Berirama
  2. Konduktor Terbaik
  3. Skrip Terbaik






Alhamdulillah terima kasih Ya Allah :)

Peringkat Daerah : 30 April 2014
Peringkat Negeri : Tak ingat :)




Kerana Dia Istimewa Bagiku 31

Bab 31
Pertemuan di antara mereka bagaikan mimpi. Tiba-tiba saja hari ni mereka menjadi tunangan yang sah dan tak lama lagi Fareen bakal menjadi isteri Azrie. Betul ke? Macam tak percaya je!

“Wei korang... Aku masuk dalam dulu eh. Tak nak kacau korang dating... Aku lapar ni, datang bau sedap terus meleleh air liur aku ni. Masakan kampung memang sedap!” Ujar Ariff lalu melangkah masuk ke dalam rumah Aqilah.

“Kenapa awak diam je? Tak nak cakap apa-apa ke? Hari ni kan kita dah bertunang... Jom saya bawak awak pergi pantai. Dah lama kan tak hirup udara segar macam dulu.” Getus Azrie cuba memegang tangan Fareen . Fareen pantas menepisnya.

Fareen masih mendiamkan diri. Tiada satu pun respon positif darinya. Dia hanya membalasnya dengan pandangan sinis.

“Jom!” Azrie terus menarik tangan Fareen untuk jalan beriringan dengannya di tepi pantai.

Sebenarnya Fareen hendak juga bercakap dengan cinta hatinya. Tapi disebabkan kejadian yang lepas, dia terus jadi orang lain. Kalau boleh dia tak mahu langsung bercakap dengan lelaki ini. Baginya, disebabkan Azrielah Aida cuba membalas dendam dan dia cuma mangsa keadaan. Sabar Fareen. Kau kena terus-terang dengan dia.

“Kalau awak tak nak cakap jugak, saya simbah awak dengan air laut ni. Air laut ni masin tau...” Desis Azrie sambil tangannya merenjis-renjis air laut pada Fareen.

“Azrie! Janganlah... Saya kan tak sembuh lagi.” Ujar Fareen sambil berpeluk tubuh.

“Memanglah. Saya tahu... Tapi saya rindu awak yang dulu. Saya tak nak Fareen yang kuat merajuk macam sekarang. Diam je tak nak cakap dengan saya pun.” Balas Azrie sambil mengetap bibirnya.
“Awak ni macam perempuanlah nak buat muka macam tu. Kalau saya hilang ingatan macam mana? Biar saya tak ingat awak. Eii menyampahlah!”

“Awak... Jom duduk kat bangku bawah pokok kelapa tu? Dulu kan kita selalu lepak kat situ. Sambil tu awak kena cerita kat saya kenapa awak boleh kena culik. Please sayang...”

“Eii gelilah awak panggil saya ‘sayang’. Nak muntah saya dengar tau! Kalau macam tu saya nak duduk jauh-jauh dari awaklah. Takut nanti awak ambik kesempatan.” Jawab Fareen selamba.
Azrie ketawa sambil mencuit hidung mancung Fareen. Merona merah wajah Fareen yang kuning langsat itu apabila dicuit oleh tunangnya ini. Malunya!

“Okey saya cerita eh. Kenapa saya kena culik? Sebab ratu cantik a.k.a kekasih awak tulah. Saya tak sangka yang dia sanggup buat saya macam ni. Saya ingat dia datang rumah saya sebab nak mintak maaf ke apa kan. Tiba-tiba dia paksa saya ikut dia pergi satu tempat. Saya tak nak masa tu. Dahlah masa tu Balqish kerja.

Saya tengah tunggu dia baliklah. Balqish dah janji dengan saya yang dia akan balik kampung sama-sama dengan saya. Aida datang tak berseorangan tau.” Terang Fareen.
Azrie mengangguk tanda faham apa yang dikatakan oleh tunangnya itu. Siapa yang datang dengan Aida tu?”

“Tak silap saya nama dia Emelyn. Dia orang tarik saya sampai saya nak jatuh. Sampai je tempat tu, Aida tolak saya lepas tu dia cakaplah pasal awak. Masa tu dia kurung saya. Saya dah tak tahulah nak buat apa masa tu. Saya fikirlah bagai nak gila untuk cari jalan keluar dari stor tu.

“Lepas tiga hari dia dia kurung saya, dia datang balik bawak makanan. Mula-mula saya tak nak makanan tu, last minute dia paksa saya makan. Seriusly saya memang tak suka dipaksa. Awak nak tahu tak dia buat apa kat saya bila saya cakap sesuatu kat dia?”

“Kejamnya perempuan tu. Menyesal saya get back dengan dia. Tapi saya dah fikir masak-masak yang saya nak putus betul-betul dengan dia. Saya sedar yang saya hanya cintakan awak sorang. Saya tak nak kehilangan awak... Teruskanlah cerita awak tu.” Ujar Azrie.

“Yelah tu. Aida terus simbah asid kat muka saya. Tapi nasib baik kena kat pipi. Kalau kena betul-betul kat muka atau terkena kat mata ke? Tak pasal-pasal saya jadi buta nanti. Last sekali saya cuba tolak dia sebab asid yang dia simbah tu, pedih sangat. First time kut saya berkasar dengan orang.”
“Lepas tu siapa yang hentak kepala awak sampai awak koma?”

“Dialah. Dia ambik pasu bunga yang berat tu then dia kejar saya dia terus ketuk kepala saya. Apa lagi, saya pengsanlah. Saya ingat saya mati kat situ. Rupanya alhamdulillah umur saya masih panjang lagi.” Jawab Fareen.

“Alhamdulillah. Awak jangan cakap macam tu lagi eh. Tak baik tau bakal isteri saya cakap macam tu. Kejap eh awak. Saya nak beli aiskrim kejap.”

Azrie bingkas bangun dan terus menuju ke gerai yang menjual pelbagai aiskrim di pantai itu. Cuaca panas begini sedap makan aiskrim...

Azrie memilih aiskrim yang paling mahal sekali buat Fareen. Mesti dia suka yang ni, desis Azrie. 

“Cik, saya nak dua aiskrim vanila coklat ehh. Jangan lupa tambah buah ceri kat atasnya. Kalau cik nak tambah apa-apa, tambahlah. Saya sanggup bayar.” Ujar Azrie pada mak cik yang menjual aiskrim di situ. Mak cik yang menjual aiskrim tu pantas mengukirkan senyuman setelah Azrie membuat bayaran.

“Nah, ni untuk awak...” Getus Azrie sambil menghulurkan aiskrim vanila coklat pada Fareen.
“Wah, terima kasih Azrie. Vanila coklat? Ada buah ceri lagi kat atas aiskrim ni. So sweet... Hehe!” Jawab Fareen.

“Eh ada bendalah kat bibir awak.” Tukas Azrie lalu mengelap bibir Fareen dengan tangannya. “Macam budak keciklah awak, makan aiskrim comot.”

“Isy apalah awak! Saya ingatkan apa benda tadi.” Fareen cepat saja menjarakkan dirinya setelah posisi Azrie makin rapat dengannya.

“Azrie, kenapa awak suka saya? Saya rasa saya tak layak untuk awak. Kat dunia ni kan ramai lagi perempuan yang lebih cantik dan setaraf dengan awak. Saya langsung tak sesuai dengan awak sebab saya ni kan cuma perempuan kampung.

Yang saya peliknya, kenapa mama awak nak sangat saya jadi tunang awak sedangkan dia pun baru kenal saya.” Luah Fareen. Barulah hari ni dia dapat meluahkan segala yang terbuku di hatinya kerana selama ni dia tertanya-tanya juga kenapa Azrie suka kepadanya.

Azrie tersenyum lagi lalu memegang pipi Fareen yang berbalut itu.

“Do you really want to know what sayang? Because I love you so much and about my feeling, I can tell you after we marriage.” Getus Azrie.

“Okay. I wait until we marriage. Azrie, Actually... Err. Takde apalah.”

“Just say it, sayang.”


“Takpe saya pun akan cerita lepas kita kahwin.” 

Kerana Dia Istimewa Bagiku 30

Bab 30

Reen ad kt umah aq...
Balqish tersenyum lebar apabila menerima mesej dari sahabatnya Aqilah.  Dia lega kerana Fareen berada di rumah Aqilah. Senanglah kerjanya nanti. Dia copy mesej dari Aqilah itu lalu paste ke dalam group whatsapp yang ditubuhkan oleh Azrie itu.

Btul ke fareen ad kt umah qila?
Betullah. Buat ap sye nk tipu. qila yg ckp.
Klau mcm tu esok jgk sye bwk semua org gi sne
Aq nk ikut bro!

Ariff menyampuk sambil menghantar emotion ‘smile’ ke dalam group whatsapp itu.

Ikut jelah.... Tkde spe hlg kau. Naik kereta aq jek. Sbb mybe qish naik kereta aq dgn mak ayah fareen. About my mum, she drive her own car with my dad.
Bguslah. Lgipun dh lme aq x main air kat pantai port dickson tu. Wuu bestnya!
Bnyklah kau punya air! Org nk dtg meminanglah mangkuk...

“Assalamualaikum...” Ucap Farah sebaik sahaja sampai di depan pintu rumah anak jirannya, Aqilah.
“Waalaikumussalam, Farah. Dah sihat ke? Fareen ada kat dalam bilik. Masuklah dulu...” Balas Maria ak.a mak kandung Aqilah.

“Ni rombongan apa pulak ramai-ramai datang rumah saya ni?” Soal Maria terkejut melihat dua kereta yang konvoi ke rumahnya.

“Saya datang ni ada hajat besar...” Kata Puan Syazira lembut lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Maria.

“Betul tu cik. Dia orang ni semua parent Azrie. Bakal tunang Fareen. So hari ni parent Azrie datang untuk pinang Fareen. Surprise kan?” Ujar Balqish lantas melangkah ke dalam bilik Aqilah.

“Qila, mana Fareen? Tidur lagi ke?” Soal Balqish sambil mendekati Fareen.

“Kat sini haa. Rabun ke mata kau?” Getus Aqilah.

“Reen, bangun... Ramai orang datang kat luar tu nak jumpa kau.” Ujar Balqish lalu menepuk bahu Fareen yang nyenyak tidur itu.

“Ada apa nak jumpa aku? Aku ni bukan VIP pun...” Ucap Fareen lemah. Tersentak Fareen apabila pandang muka Balqish. Alamak! Kalau Balqish ada kat sini... Maknanya parent Azrie pun? Argh!!!

Fareen pantas mencapai selendang untuk menutup separuh mukanya yang berbalut. Lantas dia melangkah keluar juga dari bilik Aqilah untuk berjumpa dengan abah dan juga ibunya.

“Abah, ibu...” Getus Fareen sambil memeluk erat tubuh kedua ibu bapanya.

“Ada apa semua datang rumah kawan saya ni?” Tanya Fareen selamba.

“Fareen, kami sekeluarga datang ni ada hajat besar. Kami nak tunangkan Fareen dengan Azrie hari ni jugak. Tu, Azrie tunggu kat luar dengan Ariff. Dia kata, lepas pertunangan ni dijalankan, dia nak jumpa kamu.” Kata Puan Syazira lalu mendekati Fareen dengan memegang kotak cincin yang berbentuk hati.

“Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini Fareen Nuralisa binti Hairul sah jadi tunang Azrie Haikal bin Tengku Syahril. Insya-Allah majlis perkahwinan kamu berdua akan dijalankan bulan depan. Setuju?” Ujar Puan Syazira sambil menyarungkan cincin emas ke jari manis Fareen. Fareen terpaku di situ. Kali ni kenapa dia tak menolak? Padahal dia sungguh benci dengan lelaki itu sekarang.
“Setuju tapi saya kan tak sem...”

“Semua orang tak sempurna sayang...” Getus Puan Syazira sambil mengusap rambut lurus Fareen. Selendang yang dipakainya hampir terbuka kerana terkejut. Pertunangan secara mengejut. Siapa yang tak terperanjat kan?

“Mama dah berbincang dengan keluarga Fareen yang mama akan tanggung semua kos plastic surgery kamu di Singapore minggu depan.”

“Tapi puan? Saya tak layak dapat semua ni.... Puan terlalu baik dengan saya. Saya rasa bersalah pulak untuk terima semua pemberian Puan Syazira ni. Rumah, kerja, plastic surgery? Ya Allah, saya tak tahulah nak balas budi puan macam mana.” Getus Fareen lalu air matanya gugur lagi.

“Akak Fareen yang cantik, kakak memang layak dapat semua ni sebab mama dah anggap kak Fareen sebagai anak kandung dia. Bila abang Azrie cerita pasal akak dulu, mula-mula Zira tak boleh terima tapi bila tengok akak depan-depan sekarang ni... Zira rasa macam kak Fareen ni sesuai sangat jadi kakak ipar Zira.

Percayalah kak yang abang Azrie cintakan akak gila-gila! Sejak mula-mula abang jumpa akak dulu, dia cakap dia terpegun tengok akak cantik sangat... Perangai akak yang unik tu kan. Biasalah lelaki, kita mana tahu hati dia orang.” Terang Azirah panjang lebar sambil tersenyum pada Fareen.

“Selamat datang Fareen ke keluarga kami...” Ucap Tengku Syahril yang sedari tadi mendiamkan diri.
“Terharu saya tengok korang semua ni. So sekarang, Fareen anak angkat mak sah jadi tunang Azrie. Yeah! Saya ke dapur dulu, nak masak sikit. Mesti korang semua lapar kan?” Sampuk Maria.

“Eleh mak ni, Fareen yang bertunang... Mak pulak yang suka sangat. Apalah mak ni...” Getus Aqilah.
Ketawa mereka pecah berderai melihat gelagat Maria yang suka buat lawak itu. Bertuah Aqilah mempunyai mak kandung seperti Maria ni. Ada saja keletah dia....


Kerana Dia Istimewa Bagiku 29

Bab 29
Selepas membayar tambang teksi, Fareen bergegas ke pantai. Dia sungguh rindu suasana di pantai ini. Setelah berbulan-bulan di KL, barulah dia dapat balik ke sini kerana di sana tiada tempat untuk dia meluahkan segala-galanya. Selalunya di pantai inilah dia menangis, menjerit sekuat hatinya dan macam-macam lagilah.

Dia leka bermain air laut seorang diri lalu dia sendiri tidak perasan yang air laut sudah terkena di kain baju kurungnya. Habis basah kuyup. Yeah, dah lama tak main air...

“Fareen kan?” Soal Aqilah yang sedari tadi memerhatikan Fareen dari jauh.

“Haah. Qila? Rindunya kat kau! Rindu nak borak gila-gila dengan kau. Mana Asyraf, boyfriend kau yang setia hujung nyawa tu?” Usik Fareen.

“Aku pun rindu sangat kat kau, Reen. Jom ikut aku balik rumah kejap. Ada something yang aku nak tanya kau ni...” Ujar Aqilah.

Aqilah pantas mengangkat beg Fareen lalu mengatur langkah ke rumahnya. Sebenarnya Aqilah tahu yang Fareen lari dari hospital. Baru Balqish memberitahunya tadi.

“Hari ni mak aku tolong jaga warung kau. Aku kesian tengok mak ayah kau wei. Sejak kau kerja kat KL tu sekarang, warung jarang bukak sebabnya mak cik Farah tak sihat sangat. Pak cik Hairul pun sama. Mungkin dia orang rindu sangat kat kau.” Getus Aqilah sambil melabuhkan punggungnya di atas beranda rumahnya.

“Aku tahu tu wei. Sebab tulah masa aku nak balik sini, aku kena culik. Tak nampak muka aku ni berbalut sebelah. Kepalaku pun balut. Dah macam mumia dah aku ni...” Omel Fareen sambil menunjukkan mukanya yang berbalut.

“Aku nampaklah Reen! Apa kes kau lari dari hospital ni? Cuba cerita kat aku...”

“Eh, macam mana kau tahu aku lari ni? Balqish sms kau kan? Isy aku baliklah kalau macam ni. Kalau boleh, aku tak nak sesiapa pun tahu yang aku kat sini. Kau ni janganlah contact Balqish lagi. Nanti kantoilah.” Bidas Fareen.

“Reen, aku bukan apa tau. Kita orang semua risaukan kau. Kau tu dahlah macam ni. Nanti keadaan kau bertambah parah tahu tak! Tapi Balqish cuma cakap kau lari je. Aku tak bagitahu dia pun yang kau kat sini. Malam ni kau tidur jelah sini. Macam biasalah yang kita buat dulu. Girl’s night! Hehe...”

“Hmm okey! Aku lari sebab aku tak nak bertunang dengan Azrie. Kau tahu sendiri kan muka aku macam mana? Kalau aku bukak balutan ni, lari kau! Pipi aku ni kena asid.” Ujar Fareen.

“Kira okey apa tunang dengan Azrie. Bukan dengan beruk! Azrie tu handsome apa. Baik, caring pulak tu. Sesuailah dengan kau. Semua ciri-ciri tu semua sama dengan kau. Kau cantik, baik, caring, pandai and semuanyalah! Maknanya korang ada chemistry yang sama.” Getus Aqilah.

“Dahlah lupakan jelah pasal Azrie tu. Aku benci dia! Sekarang ni aku nak rehat. Kepala aku sakit lagi ni....”
“Macam mana kau boleh benci Azrie pulak ni? Bukan dulu kau suka dia ke? Aku tahu kau sakit, jomlah masuk bilik aku. Kau rehatlah puas-puas. Malam nanti sambung gosip eh?” Usik Aqilah.

“Yelah Qila... Mulut murai betullah kau ni. Sama je macam Aqish. Kembar seiras betul korang ni. Jenis yang banyak cakap.” Tegur Fareen lalu menghempaskan badannya di atas katil Aqilah.


Walaupun banyak cakap, korang tetap sahabat aku dunia akhirat. Aku takkan lupakan korang sampai aku mati, detik hati Fareen.

Kerana Dia Istimewa Bagiku 28

Bab 28
Fareen membuka matanya perlahan-lahan. Dia terdengar kuat alunan yasin yang dibacakan oleh abahnya dan juga Azrie. Azrie? Apa dia buat kat sini? Dia cuba memandang di sekelilingnya. Ada Balqish, ibu, Puan Syazira, Ariff dan siapa pulak lelaki yang kelihatan berumur sedikit ni...

Air mata Azrie kelihatan menitis di tapak tangannya. Dia menangis sebab aku? Kenapa dia nangis? Orang lain yang bersama aku tak nangis pun, desis Fareen lalu membuka matanya luas. Mujur takde Aida dan sahabatnya yang sama-sama kejam tu. Rasanya dah lama aku tak sedarkan diri.

“Reen? Kau... Dah sedar?” Getus Balqish sambil tersenyum nipis. Semua orang di situ memandang tepat ke arah muka Fareen yang sedang terlantar di atas katil itu.

“Ya, aku dah... Sedar. Qish, kenapa semua orang ada kat sini?”

“Kami semua ada kat sini sebab nak satukan kamu berdua sayang...” Jawab ibu pendek. Apa maksud ibu kali ni? Nak satukan aku dengan siapa pulak?

“Betul tu. Kita orang semua sayangkan kau. Then masing-masing dah setuju nak tunangkan korang lepas Azrie konvokesyen nanti. Lagi berapa hari je.” Tukas Balqish.

“Aku tak setuju. Ibu, Fareen tak nak bertunang dengan dia! Disebabkan lelaki ni lah Reen terseksa. Fareen benci dia, ibu. Abah, tolonglah dengar cakap Reen... Kali ni je. Reen sanggup buat ape je asalkan tak bertunang dengan lelaki ni.” Bentak Fareen lalu menggagahkan dirinya untuk keluar dari bilik pesakit itu.

“Fareen tunggu! Kenapa kamu tolak sayang? Mama memang dah lama restu hubungan kamu berdua. Kamu memang ada persamaan yang sesuai sangat. Apa yang mama tau, Fareen suka makan nasi goreng kan? Azrie pun suka nak...” Pujuk Puan Syazira.

“Saya tak nak, puan. Sejak bila puan jadi mak saya ni? Untuk pengetahuan puan, saya dah tak sempurna macam dulu. Muka saya buruk disimbah asid yang sangat pedih tu dan kepala saya ni masih sakit. Ya Allah, aduh sakitnya...” Jerit Fareen sambil memegang kepalanya yang berbalut itu.

Fareen pantas berlari keluar dari hospital itu lalu menahan teksi. Dia tak kira, walau apa pun dia tetap tak nak bertunang dengan lelaki yang amat dibencinya itu. Mana taknya, disebabkan Azrie hidupnya jadi sengsara. Kalaulah dari dulu dia tidak mengenali siapa itu Azrie Haikal, tentu dia tidak diseksa seteruk ini. Pipinya hancur dan buruk. Malu dilihat orang.

“Fareen!!!” Laung Azrie. Tercungap-cungap dia mengejap Fareen namun dia terpaksa kehilangan Fareen sekali lagi. Mana kau pergi, jerit Azrie sekuat hatinya.


“Pak cik Azman kan? Pak cik tunggu dulu, saya naik atas kejap ambik duit untuk bayar tambang teksi ni.” Ujar Fareen lembut.

“Okey, pak cik tunggu. Kalau Fareen nak pergi mana-mana cakap je dengan pak cik. Pak cik boleh hantarkan.” Jawab pak cik.

“Hmm bagus jugak. Fareen naik atas sebab nak kemas semua barang lepas tu turun balik nak suruh pak cik hantar saya. Boleh pak cik hantar saya sampai Port Dickson tak? Sebenarnya rumah saya kat situ.”

“Ehh boleh...”

Engkau
Tak bisa aku sedang sedih
Air mata membanjiri hati
Tersakiti lagi

Biarkan hati ini untuk mencintaimu selamanya
Kernaku tahu kau tak akan sakiti aku
Hanya dirimu harapanku untukku hidup
Dan kembali
Menuai cinta yang hilang
Di jalan hidupku

Fareen leka mendengar alunan lagu di dalam radio ini. Lagu yang bertajuk Engkau yang dinyanyikan oleh Siddiq Safian ini seakan tahu apa yang bermain di dalam fikiran dan juga hatinya. Lirik lagunya serba sedikit berkenaan dengan hidupnya.

“Kenapa Reen? Ada yang tak kena ke? Ceritalah kat pak cik. Lagipun rumah kamu dah nak sampai ni.” Getus pak cik Azman yang perasan air mata Fareen menitis tidak berheti-henti.


“Takde apalah pak cik. Fareen okey je. Fareen cuma rindu nak balik kampung. Tapi nanti pak cik jangan berhenti depan rumah saya tau. Pak cik berhenti dekat-dekat dengan pantai je. Sebab rumah Fareen jauh lagi. Nanti bila sampai pantai, Fareen tahulah rumah Fareen dekat-dekat situ.” Ujar Fareen pantas menyeka air matanya.

Kerana Dia Istimewa Bagiku 27

Bab 27
“Macam mana? Ada berita apa-apa tak pasal kawan saya?” Soal Balqish pada Azrie. Dari riak muka Azrie, Balqish dapat meneka yang Azrie ada menyembunyikan sesuatu.

“Azrie, cakaplah... Jangan diam je! Fareen tu kawan saya dan bakal kekasih awak jugak.” Bentak Balqish sambil menghentak meja. Ramai orang di restoran mewah di mana tempat dia bekerja itu memandangnya.

“Apa tengok-tengok hah? Ada hutang? Kalau takde, mind your own business! Jangan suka menyibuk hal orang.” Getus Balqish geram.

“Sabar Qish. Duduk-duduk. Saya memang ada berita terbaru pasal Fareen. Awak jangan risau, dia selamat tapi keadaannya...”

“Mana awak tau dia selamat? Awak bagitahu jelah! Tak payah nak elak-elak dari saya. Cuba cerita tu straight to the point?!” Ujar Balqish.

“Fareen koma dan sekarang dia dirawat di Hospital Specialist Senawang. Kalau awak nak pergi melawat dia, awak kena contact parent dia dulu. Yelah awak jugak yang cakap dulu Fareen tak sempat nak jenguk mak ayah dia, dia dah hilang macam tu je.” Tukas Azrie.

“Okey saya akan contact mak ayah dia. Tapi awak kena janji dulu yang awak akan bawak kita orang pergi hospital tu. Sekarang ni ibu Fareen sakit. Jadi, baik kita pergi terus ke rumah Fareen ambik pak cik Hairul dan juga mak cik Farah dari rumah. Lepas tu terus pergi hospital. Kan senang. Tak payah nak fikir lama-lama.” Ujar Balqish.

Dia ingat aku ni machine gun ke apa nak drive kereta jauh-jauh dalam masa yang sama. Kau cakap senanglah, desis Azrie dalam hati.

“Ya, saya janji. Tapi kita jemput mak ayah dia dulu. Suruh dia orang tinggal sementara kat apartment awak then esok baru saya ambik korang pergi hospital. Faham?”

“No problem. Asalkan dapat jumpa Fareen walaupun sekejap.” 

Kerana Dia Istimewa Bagiku 26

Bab 26
Sampai saja di dalam Hospital Specialist Senawang, Azrie terus menuju ke kaunter untuk menanyakan tentang pesakit yang bernama Fareen.

“Maaf nurse, kat sini ada tak pesakit yang namanya Fareen Nuralisa? Kalau ada tolong bagitahu saya kat mana bilik pesakit tu.” Ujar Azrie pada jururawat yang bertugas di situ.
“Tak silap saya ada. Baru semalam dia masuk. Boleh saya tau encik yang datang ni siapa?” Jawab nurse.

“Saya kawan baik dia nak datang melawat. Please nurse, tolong bagitahu saya kat mana bilik dia. Emergency ni!” Getus Azrie.

“Okey encik. Encik boleh naik lif bawah ni lepas tu pergi tingkat dua. Haa kat situlah bilik pesakit yang bernama Fareen tu.”

“Ohh kalau macam tu, terima kasih banyak ehh nurse.”

“Sama-sama...”

Puas hati Azrie kerana dapat tahu di mana Fareen berada. Kalaulah dari dulu Emelyn contact dia. Kan senang sikit kerja aku.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan oleh nurse tadi, Azrie terpaku di tepi katil. Dia benar-benar terkejut kerana lihat keadaan Fareen yang agak kritikal itu. Kepalanya berbalut sementara badannya begitu banyak wayar yang dipasangkan. Ya Allah, kenapa nasibnya begini? Air mata Azrie pantas mengalir lalu tangannya laju mengusap pipi Fareen yang kelihatan berbalut kemas juga.

Dia tidak pasti dengan keadaan Fareen lalu dia memanggil doktor lelaki yang kebetulan lalu di situ.
“Doktor, boleh saya tau dia sakit apa?” Soal Azrie kepada doktor lelaki yang sedang memegang rekod pesakit itu.

“Maksud awak Fareen? Saya rasa semalam dia baru masuk sini. Dia tak sakit tapi apa yang saya tahu berdasarkan rawatan saya, Fareen disimbah asid lalu terkena di pipinya dan dihentak kuat di bahagian kepalanya.” Terang doktor.

“Astagfirullahalazim... Kejamnya orang yang lakukan semua tu. Doktor tahu tak siapa yang hantar Fareen ke hospital ni?”

“Saya tak ingat pulak. Sebab tiba-tiba nurse bawak masuk Fareen dan kami bertugas sebagai doktor pun menjalankan tugas kamilah.”

“So sekarang macam mana keadaan Fareen sekarang?”

“Yang tu saya mintak maaf. Dia agak kritikal dan saya dapati dia koma. Saya tak tahulah sampai bila dia koma. Hanya kuasa Allah swt saja yang boleh mengatasi semua ini. Awak berdoalah ya... Sama-sama kita doakan dia sedar.”

Azrie tidak terkata apa lalu dia mengangguk kan kepalanya saja. Selepas meminta diri, dia kembali semula ke dalam bilik pesakit.

“Fareen, maafkan saya. Kalau awak sedar, please bagitahu saya siapa dalang yang sanggup simbah asid kat muka awak dan menghentak kepala awak tu? Kalau saya tau, dah lama saya belasah teruk-teruk orang tu dan humban dia dalam penjara. Biar dia kena gantung sampai mati. Perbuatan orang tu boleh buat awak meninggal. Syukur awak masih dipanjangkan umur lagi. Kalau saya dengar awak dah takde, mungkin sekarang hidup saya tak tentu arah...

Bukan saya seorang saja, insan-insan yang menyanyangi awak seperti keluarga awak atau kawan-kawan awak pun akan rasa macam tu. Nak tahu kenapa? Sebabnya awak terlalu istimewa dalam hati kami. Awaklah segala-galanya bagi kami Fareen... I love you so much! Hanya perkataan ini saja yang saya mampu ungkapkan untuk awak. Saya harap apa yang saya cakapkan ni awak dengar dan semoga awak sedar. Saya mintak diri dulu, assalamualaikum....”

Fareen masih tidak sedarkan diri. Air mata Azrie jatuh menitis lagi. Dia tidak sanggup melihat penderitaan yang gadis pujaannya tanggung seorang diri itu.

Buk! Azrie menumbuk Hadi bertalu-talu sehingga lelaki itu jatuh. Azrie sungguh tak menyangka yang Hadi sanggup buat semua ni demi duit. Apa lagi yang tak cukup sedangkan Hadi ni anak orang kaya dan bapanya sendiri teman baik papanya di syarikat.

“Sampai hati kau buat semua ni kan, Hadi? Kau dah lupa ke  yang kita ni kawan baik? Sanggup kau nak bunuh gadis pujaan aku kan. Pengkhianat! Kawan makan kawan!” Jerkah Azrie sambil menarik kolar baju Hadi.

“Wei Azrie! Apa yang kau cakap ni hah? Aku tak tahu apa-apalah wei. Cuba cakap dulu apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku. Cakaplah! Asal diam?” Ujar Hadi sambil mengesat darah yang mengalir dari bibirnya.

Azrie menarik nafasnya dalam-dalam lalu menjawab pertanyaan Hadi itu.

“Dulu Aida yang upah kau untuk spy aku kat PD dengan Ariff kan? Aku tahulah kau nak balas dendam kat aku sebab aku tak ajak kau sekali. Aku malas nak ajak kau sebab aku rimas pergi ramai-ramai. Aku just nak tenangkan fikiran aku lepas ujian semester tu tamat.

Yang kedua, aku tahu kau orang yang sama kan yang simbah asid and hentak kepala Fareen tu? Jujur jelah bro. Aku perlukan bukti untuk angkut kau pergi balai. Aku nak tahu siapa yang komplot dengan kau. Aida right?” Ujar Azrie sinis lalu cuba mencekik leher Hadi.

“Apa yang kau merepek ni, Azrie? Siapa Fareen? Sumpah wei aku memang tak tahu apa-apa. Pasal Aida upah aku tu memang betul. Aida yang suruh aku spy kau dengan Ariff. Dia bagi aku RM 20,000 siap dengan gambar, alamat shalet kau sekali. Sorry bro. Aku terpaksa buat semua ni sebab aku nak bukak perniagaan aku sendiri. Aku perlukan duit.

Tapi yang pasal Fareen tu kau jangan tanya aku sebab aku memang tak tahu apa-apa langsung. Baik kau tanya Aida sendiri. Kau faham-faham sendiri jelah yang Aida tu kuat cemburu. Dia sanggup buat apa je asalkan dia dapat apa yang dia nak. Manalah tahu apa yang aku cakap ni betul. Sedangkan aku sendiri tak kenal Fareen lagi nak buat kerja bodoh tu.

Aku harap kau jangan libatkan aku dalam hal ni. Kalau kau libatkan jugak aku kat polis, aku akan cerita benda yang sama.” Terang Hadi panjang lebar.

“Thanks sebab bagitahu aku perkara yang sebenar. Pasal aku belasah kau tu sorrylah tadi aku emosional sangat.”

“Lain kali jangan tuduh orang melulu macam tadi. Dahlah aku nak pergi kedai aku ni. Lambat bukak kang customer marah...” Getus Hadi.

“By the way, kau bukak kedai apa?” Tanya Azrie.

“Kedai runcit. Aku tutup kejap sebab ada hal sikit kat rumah. Ni kau tiba-tiba datang tumbuk aku, terkejutlah aku. Kalau ayah aku ada tadi, parah jadinya.”

“Wahh dah bukak kedai runcit sendiri kawan aku ni. Apa-apa pun yang jadi tadi, aku betul-betul nak mintak maaf kat kau. Okeylah aku balik dulu.” Gumam Azrie.


Ternyata andaian Azrie benar belaka. Semua yang jadi ni disebabkan teman wanitanya sendiri iaitu Aida. Menyesal dia get back dengan perempuan tak guna tu. Sebenarnya dia nak tak nak aje terima Aida yang gila itu.

Kerana Dia Istimewa Bagiku 25

Bab 25
Dah tiga hari Fareen terkurung di dalam stor yang berbau busuk dan meloyakan itu. Ya Allah, semoga cepat-cepatlah aku keluar dari sini. Aku dah tak sanggup nak duduk kat sini. Aku dengan tak mandi, tak solat, tak makan dan juga tak minum. Kalaulah aku tak jejak kan kaki aku kat sini. Tentu aku tak diseksa seteruk ni. Sabar Reen, ni semua dugaan.

“Best tak duduk kat dalam ni?” Soal Aida. “Nah ni untuk kau. Kesian kau dah tiga hari tak makan ya...” Aida terus menghulurkan sebungkus nasi campur kepada Fareen.
Fareen tidak mahu menerimanya kerana di dalam fikirannya hanya mahu cari jalan untuk keluar dari sini saja. Hilang selera makannya.

“Kau tak nak wei? Nak aku bagi tikus makan nasi kau ni? Kalau kau buat hal lagi, tengoklah nasib kau macam mana nanti. Kan Emelyn?” Ujar Aida sambil menyuapkan nasi campur itu ke dalam mulut Fareen.

Fareen membuka mulut juga walapun terpaksa.

“Babe, kau nak tau tak... Sekarang ni Azrie dah get back dengan Aida. Tak lama lagi dia orang akan bertunang. Kau tak cemburu ke? Tipulah kalau kau tak cemburu.” Getus Emelyn.

Fareen hanya merenung anak mata Emelyn. Dia sudah tidak terkata apa. Biarlah cintanya itu pergi begitu saja. Baginya, cinta itu buta. Sesiapa saja boleh memiliki cinta. Sedangkan sekarang cinta boleh dimiliki dengan wang.

“Menyesal aku tak goda Azrie dulu.” Sindir Fareen sambil tersenyum sinis.

“Apa kau cakap perempuan? Ambik ni!” Getus Aida lantas menyimbah asid ke muka Fareen. Nasib Fareen baik kerana asid itu hanya terkena di pipinya. Ya Allah, sakitnya! Sungguh pedih.

Fareen nekad. Dia harus keluar juga dari stor ini. Lantas dia menolak kedua-dua tubuh dua orang gadis yang tidak berhati perut ni. Sambil menahan kesakitan di pipinya, Fareen menampar pipi Aida bertalu-talu. Inilah kali pertama dia melawan dengan cara yang begitu kasar sekali.

Aida hilang sabar lalu tangannya pantas mencapai pasu bunga dan berlari mengejar Fareen. Dia terus mengetuk kepala Fareen dengan pasu bunga yang dipegangnya.

Fareen terpaku di situ. Pandangannya menjadi kabur. Dia memegang kepalanya yang dihentak dengan pasu bunga tadi. Begitu banyak darah merah yang mengalir dari kepalanya. Adakah sampai sini saja riwayatnya? Ya Allah, ampunkan lah segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku. Abah, ibu maafkan Reen sebab tak dapat balik kampung.

“Babe, macam mana ni? Aku tak nak dia mati macam tu je.” Gumam Aida.

“Kalau kau tak nak dia mati, jom kita bawak dia pergi hospital. Tapi bukan ke kau suka dia mati? So, takdelah dia nak rampas Azrie dari kau kan?” Ujar Emelyn.

“Masalahnya aku tak nak masuk penjara! Dahlah jom cepat tolong aku angkat Fareen ni. Nanti kalau ada orang nampak mampus aku.” Desis Aida.

Setelah keluar dari balai polis, Balqish masih lagi resah. Dia sungguh risau dengan keadaan Fareen. Dia mengangkat sedikit mukanya untuk melihat muka dua orang lelaki yang sedang berbincang di depannya ini. Mesti Azrie risau sangat pasal Fareen. Tengok muka dia pun dah tahu risau.
“Macam ni lah Qish, awak balik dulu. Pasal Fareen, biar kita orang yang settlekan. Okey?” Ujar Azrie. “Nak saya hantar awak balik?” Sampuk Ariff.

“Hmm, boleh jugak. Terima kasih sebab ambik berat pasal Fareen. Agaknya kalau takde korang, macam manalah saya nak handle benda ni sorang-sorang.” Getus Balqish sambil mengesat air matanya dengan tisu.

“Selagi awak berdua masih kawan saya, selagi tu saya akan ambik berat pasal awak. Percayalah saya takkan tinggalkan awak dengan Fareen. Ingat tu...” Bidas Azrie sambil mengeluarkan tiga not lima puluh ringgit lalu menghulurkannya pada Balqish.

“Nah ambiklah, Saya ikhlas ni.”

“Untuk apa ni? Takpelah Azrie. Saya ada duit sendiri.” Balas Balqish lalu melangkah masuk ke dalam kereta Ariff.


Azrie menghentak kuat tangannya di atas katil. Dia pening memikirkan masalah yang dialaminya sekarang. Baru saja dia nak pikat hati Fareen tetapi banyak masalah yang timbul. Fareen hilang? Siapa yang menculiknya? Takkanlah Fareen lari balik kampung kut... Dah tanya keluarga dia memang takdelah. Ya Allah, ke mana gadis pujaanku pergi sedangkan ramai hati yang menyayangimu termasuklah aku. Fareen Nuralisa, where are you going dear!!!

Secara tidak sengaja, petang tadi Azrie meminta beberapa gambar Fareen dari Balqish untuk buat kenang-kenangan. Lantas dia membuka gallery di dalam telefonnya untuk mencari gambar Fareen. Fareen, kalaulah kau tahu betapa rindunya aku pada kau? Aku tahu kau pun tengah rindukan aku kan. Kata orang, kalau kita sedang rindukan seseorang maknanya orang tu pun tengah rindukan kita atau tengah fikir pasal kita. Betul ke? Fakta atau auta? Hmm...

Sedang Azrie leka merenung gambar Fareen, telefonnya tiba-tiba berdering. Nama Emelyn tertera jelas di skrin iPhone 5snya.

“Aku tau siapa dalangnya. Kalau kau nak tau kat mana Fareen berada, datanglah ke Hospital Specialist Senawang.” Ujar Emelyn sinis. Dia sengaja membongkarkan rahsia Aida kerana dia tak tahan dengan perangai Aida yang makin lama makin kejam tu.

Belum sempat Azrie menjawab kata-kata itu, Emelyn pantas mematikan talian.


“Mak ai! Jauhnya Senawang. Betul ke perempuan apa yang perempuan ni cakap? Kalau betul, esok jugak aku datang kat hospital tu. Just wait and see... Kalau dia tipu, nahaslah. Jangan-jangan, dalangnya Hadi? Siaplah kau Hadi! Mampus kau aku kerjakan esok, desis Azrie.