Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 16



Bab 16
Ariff yang sedang leka menikmati sepotong kek coklat di Secret Recipe itu terus mengangkat mukanya kerana ternampak sahabatnya Azrie dan juga kekasihnya Aida makan tengah hari di situ. Dia tak nampak aku ke, detik Ariff perlahan lalu mengesat bibirnya.
“Rasanya aku dah lama tak jumpa dia orang. Lagipun Azrie dah sibuk kerja kat syarikat papa dia kan, mana nak layan aku lagi... Hmm” Ujar Ariff  di dalam hati.
“Tapi, bukan ke dulu dia pernah cakap yang dia takde perasaan langsung kat Aida tu? Macam mana pulak dengan Fareen yang kat PD tu? Mesti kena siasat jugak ni...”
Ariff yang sedari tadi memerhatikan gelagat Azrie melayan kerenah Aida itu terus ketawa. Ada pulak adegan suap-menyuap kat sini. Menyampah aku dibuatnya... Lantas Ariff bangun lalu mendekati meja yang terletak di belakang sekali.
“Hai korang. Lama tak jumpa kan... Boleh aku join korang sekali?” Tegur Ariff sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Azrie.
“Sure. Duduklah bro. Dah lama aku tak dengar khabar kau lepas kita balik dari PD hari tu... Kau pergi mana selama ni? Atau dah plan nak kahwin?” Ujar Azrie lalu tawa Ariff pecah berderai lagi.
“Aku ada je kat sini. Kau tu yang sibuk memanjang dengan awek sebelah kau tu. Makin cantik aku tengok kau Aida...” Tukas Ariff pada Aida pula. Aida cuma mencebikkan bibirnya tanda protes. Ingat lawalah tu! Meluat Ariff melihat perangai Aida sekarang. Makin cantik, makin sombong.
“Tulah Riff. Kau kerja apa sekarang sementara tunggu ijazah ni?” Soal Azrie lalu menghirup mocha yang baru dipesannya tadi.
“Aku kerja biasa-biasa jek.” Jawab Ariff.
“Eh Ariff, kau yang jual burger kat simpang jalan tu kan? Hahaha!” Bidas Aida sambil menyindir Ariff. Ariff yang mendengar sindiran Aida itu terus naik baran. Kalaulah Azrie tiada di sini pasti dia sudah menampar muka Aida yang berlagak pandai tu. Harap muka je cantik tapi perangai mengalahkan diva. Sabar Ariff...
“Aida, tak baiklah kau cakap macam tu. Kerja burger pun halal jugak. Kau ingat aku suka ke kerja kat syarikat papa aku tu? Kalau bukan sebab aku kesiankan orang tua aku, aku tak inginlah nak kerja macam ni.” Getus Azrie sinis.
“I gurau jelah Azrie. Kenapa? You sentap ke dengan apa yang I cakap tadi... I gurau je dengan Ariff tadi. Kan Ariff?” Gumam Aida lalu mengetap bibirnya.
“Haah memang aku kerja burger. Aku tak suka susah kan orang. Apa salahnya kalau kita nak cari pengalaman sendiri kan...” Seloroh Ariff.
“Ariff, aku kena masuk pejabat balik ni sebab waktu lunch dah nak habis. Kau jaga diri eh?” Ujar Azrie bingkas bangun untuk masuk ke pejabat semula. Aida pantas memaut lengan Azrie. Makin meluat Ariff dibuatnya. Kalaulah Fareen nampak semua ni, mesti dia cemburu. Aku yakin, Fareen pun sukakan Azrie.

“Goyang kaki nampak?” Usik Fareen pada Balqish lalu menghempaskan punggungnya di atas sofa. Fareen lega kerana dapat pulang ke rumah setelah penat bekerja seharian di restoran mewah itu. Mujur apartmentnya itu tidak jauh dari tempat kerjanya. So, jalan kaki jelah!
“Mana tak goyang kaki, hari ni kita dah dapat gaji RM 800. Kalau hari lain, dah berapa? Lumayan woi!” Balas Balqish sambil mengunyah potato chips.
“Wei tu gaji permulaanlah! Nanti hari lain kita kerja dapat gaji bulan... Lagipun restoran tu kan restoran mewah. Mestilah dapat banyak.”
“Betul jugak cakap kau tu Reen. Puan Syazira tu baik kan? Tengoklah rumah yang kita duduk ni, aku rasa macam puteri raja je sebab rumah ni pun apa kurangnya mewah walaupun apartment je.” Seloroh Balqish.
“Memang baik. Aku rasa macam nak bagi kaki je kat kau ni...” Bidas Fareen sambil menunjukkan tapak kakinya.
“Eh apesal pulak? Apa salah aku? Apa dosa aku?”
“Kau nak tau apa kesalahan kau? Sebab mulut kau tu takde insurans! Kau ni main redah je cakap macam tu kat Puan Syazira. Aku ni kan kawan kau lagi satu aku dapat rasakan yang Puan Syazira tu kategori orang besar-besar. Malu kita tau. Kita ni ibarat rusa masuk kampung yang jakun pergi bandar.” Ujar Fareen panjang lebar.
“Yelah sorry... Aku terlepas cakap. Wei Reen, kau kata nak cerita satu benda kat aku? Ceritalah sekarang. Nanti esok dah takde masa dah.”
“Ohhh pasal perempuan yang kat sebelah Azrie tu eh? Macam ni, perempuan cantik tulah yang serang aku kat kampung hari tu. Aku ingat lagi yang Azrie ada sesuatu nak cakap dengan aku tiba-tiba perempuan tu datang serang aku sampai aku rasa macam nak backhand je muka dia. Geram aku wei...” Rintih Fareen.
“Cantik ke? Aku rasa kau lagi cantik! Aku tengok perempuan tu macam tak cukup kain je. Ohh sebab tulah kau nangis kat warung hari tu? Kisahnya... Kalau aku kat situ jugak aku backhand muka perempuan tu. Kalau aku tau dari awal yang dia serang kau, dah lama aku sound dia.” Gertak Balqish sambil mengepal penumbuknya.
“Tak baik kau mengata orang Qish... Biarlah dia. Apa nak jadi, jadilah... Biar Allah swt yang balas perbuatan dia tu. Kita ni siapa nak lawan dia? Aku tengok dia macam tak nak lepaskan Azrie je. Kau jangan ingat aku datang sini nak kejar Azrie pulak...”
“Kau jangan macam-macam Reen. Aku tau kau dah jatuh cinta kat Azrie kan? Sebab tulah kau ajak aku kerja kat sini. Lepas tu kau bagilah alasan nak futher studielah bagai. Macam nilah wei, baik kau perjuangkan cinta kau dulu. Aku yakin Azrie pun suka kat kau. Korang memang ada chemistry yang kuat. Percayalah cakap aku Reen...” Ujar Balqish.
Kata-kata Balqish membuatkan Fareen sedar lalu dia membaling bantal yang berbentuk empat segi itu ke arah sahabat dunia akhiratnya itu.
“Apa kau ni main baling-baling pulak?” Omel Balqish lalu dia membaling bantal itu semula ke arah Fareen.
“Banyaklah kau punya chemistry...” Desis Fareen perlahan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...