Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 26

Bab 26
Sampai saja di dalam Hospital Specialist Senawang, Azrie terus menuju ke kaunter untuk menanyakan tentang pesakit yang bernama Fareen.

“Maaf nurse, kat sini ada tak pesakit yang namanya Fareen Nuralisa? Kalau ada tolong bagitahu saya kat mana bilik pesakit tu.” Ujar Azrie pada jururawat yang bertugas di situ.
“Tak silap saya ada. Baru semalam dia masuk. Boleh saya tau encik yang datang ni siapa?” Jawab nurse.

“Saya kawan baik dia nak datang melawat. Please nurse, tolong bagitahu saya kat mana bilik dia. Emergency ni!” Getus Azrie.

“Okey encik. Encik boleh naik lif bawah ni lepas tu pergi tingkat dua. Haa kat situlah bilik pesakit yang bernama Fareen tu.”

“Ohh kalau macam tu, terima kasih banyak ehh nurse.”

“Sama-sama...”

Puas hati Azrie kerana dapat tahu di mana Fareen berada. Kalaulah dari dulu Emelyn contact dia. Kan senang sikit kerja aku.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan oleh nurse tadi, Azrie terpaku di tepi katil. Dia benar-benar terkejut kerana lihat keadaan Fareen yang agak kritikal itu. Kepalanya berbalut sementara badannya begitu banyak wayar yang dipasangkan. Ya Allah, kenapa nasibnya begini? Air mata Azrie pantas mengalir lalu tangannya laju mengusap pipi Fareen yang kelihatan berbalut kemas juga.

Dia tidak pasti dengan keadaan Fareen lalu dia memanggil doktor lelaki yang kebetulan lalu di situ.
“Doktor, boleh saya tau dia sakit apa?” Soal Azrie kepada doktor lelaki yang sedang memegang rekod pesakit itu.

“Maksud awak Fareen? Saya rasa semalam dia baru masuk sini. Dia tak sakit tapi apa yang saya tahu berdasarkan rawatan saya, Fareen disimbah asid lalu terkena di pipinya dan dihentak kuat di bahagian kepalanya.” Terang doktor.

“Astagfirullahalazim... Kejamnya orang yang lakukan semua tu. Doktor tahu tak siapa yang hantar Fareen ke hospital ni?”

“Saya tak ingat pulak. Sebab tiba-tiba nurse bawak masuk Fareen dan kami bertugas sebagai doktor pun menjalankan tugas kamilah.”

“So sekarang macam mana keadaan Fareen sekarang?”

“Yang tu saya mintak maaf. Dia agak kritikal dan saya dapati dia koma. Saya tak tahulah sampai bila dia koma. Hanya kuasa Allah swt saja yang boleh mengatasi semua ini. Awak berdoalah ya... Sama-sama kita doakan dia sedar.”

Azrie tidak terkata apa lalu dia mengangguk kan kepalanya saja. Selepas meminta diri, dia kembali semula ke dalam bilik pesakit.

“Fareen, maafkan saya. Kalau awak sedar, please bagitahu saya siapa dalang yang sanggup simbah asid kat muka awak dan menghentak kepala awak tu? Kalau saya tau, dah lama saya belasah teruk-teruk orang tu dan humban dia dalam penjara. Biar dia kena gantung sampai mati. Perbuatan orang tu boleh buat awak meninggal. Syukur awak masih dipanjangkan umur lagi. Kalau saya dengar awak dah takde, mungkin sekarang hidup saya tak tentu arah...

Bukan saya seorang saja, insan-insan yang menyanyangi awak seperti keluarga awak atau kawan-kawan awak pun akan rasa macam tu. Nak tahu kenapa? Sebabnya awak terlalu istimewa dalam hati kami. Awaklah segala-galanya bagi kami Fareen... I love you so much! Hanya perkataan ini saja yang saya mampu ungkapkan untuk awak. Saya harap apa yang saya cakapkan ni awak dengar dan semoga awak sedar. Saya mintak diri dulu, assalamualaikum....”

Fareen masih tidak sedarkan diri. Air mata Azrie jatuh menitis lagi. Dia tidak sanggup melihat penderitaan yang gadis pujaannya tanggung seorang diri itu.

Buk! Azrie menumbuk Hadi bertalu-talu sehingga lelaki itu jatuh. Azrie sungguh tak menyangka yang Hadi sanggup buat semua ni demi duit. Apa lagi yang tak cukup sedangkan Hadi ni anak orang kaya dan bapanya sendiri teman baik papanya di syarikat.

“Sampai hati kau buat semua ni kan, Hadi? Kau dah lupa ke  yang kita ni kawan baik? Sanggup kau nak bunuh gadis pujaan aku kan. Pengkhianat! Kawan makan kawan!” Jerkah Azrie sambil menarik kolar baju Hadi.

“Wei Azrie! Apa yang kau cakap ni hah? Aku tak tahu apa-apalah wei. Cuba cakap dulu apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku. Cakaplah! Asal diam?” Ujar Hadi sambil mengesat darah yang mengalir dari bibirnya.

Azrie menarik nafasnya dalam-dalam lalu menjawab pertanyaan Hadi itu.

“Dulu Aida yang upah kau untuk spy aku kat PD dengan Ariff kan? Aku tahulah kau nak balas dendam kat aku sebab aku tak ajak kau sekali. Aku malas nak ajak kau sebab aku rimas pergi ramai-ramai. Aku just nak tenangkan fikiran aku lepas ujian semester tu tamat.

Yang kedua, aku tahu kau orang yang sama kan yang simbah asid and hentak kepala Fareen tu? Jujur jelah bro. Aku perlukan bukti untuk angkut kau pergi balai. Aku nak tahu siapa yang komplot dengan kau. Aida right?” Ujar Azrie sinis lalu cuba mencekik leher Hadi.

“Apa yang kau merepek ni, Azrie? Siapa Fareen? Sumpah wei aku memang tak tahu apa-apa. Pasal Aida upah aku tu memang betul. Aida yang suruh aku spy kau dengan Ariff. Dia bagi aku RM 20,000 siap dengan gambar, alamat shalet kau sekali. Sorry bro. Aku terpaksa buat semua ni sebab aku nak bukak perniagaan aku sendiri. Aku perlukan duit.

Tapi yang pasal Fareen tu kau jangan tanya aku sebab aku memang tak tahu apa-apa langsung. Baik kau tanya Aida sendiri. Kau faham-faham sendiri jelah yang Aida tu kuat cemburu. Dia sanggup buat apa je asalkan dia dapat apa yang dia nak. Manalah tahu apa yang aku cakap ni betul. Sedangkan aku sendiri tak kenal Fareen lagi nak buat kerja bodoh tu.

Aku harap kau jangan libatkan aku dalam hal ni. Kalau kau libatkan jugak aku kat polis, aku akan cerita benda yang sama.” Terang Hadi panjang lebar.

“Thanks sebab bagitahu aku perkara yang sebenar. Pasal aku belasah kau tu sorrylah tadi aku emosional sangat.”

“Lain kali jangan tuduh orang melulu macam tadi. Dahlah aku nak pergi kedai aku ni. Lambat bukak kang customer marah...” Getus Hadi.

“By the way, kau bukak kedai apa?” Tanya Azrie.

“Kedai runcit. Aku tutup kejap sebab ada hal sikit kat rumah. Ni kau tiba-tiba datang tumbuk aku, terkejutlah aku. Kalau ayah aku ada tadi, parah jadinya.”

“Wahh dah bukak kedai runcit sendiri kawan aku ni. Apa-apa pun yang jadi tadi, aku betul-betul nak mintak maaf kat kau. Okeylah aku balik dulu.” Gumam Azrie.


Ternyata andaian Azrie benar belaka. Semua yang jadi ni disebabkan teman wanitanya sendiri iaitu Aida. Menyesal dia get back dengan perempuan tak guna tu. Sebenarnya dia nak tak nak aje terima Aida yang gila itu.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...