Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 13

Bab 13
Azrie menongkat dagunya sambil tangannya ligat menaip papan kekunci untuk menyiapkan proposal yang diminta oleh setiusaha papanya itu. Alamatnya dia tak tidurlah malam ni kerana tumpuannya pada skrin komputer ribanya sering kali terganggu. Mana nak siapkan proposal, mana nak layan mesej Aida yang bertimbun-timbun tu.

Kalaulah aku tak terima tawaran papa untuk jadi pengurus jualan ni. Dahlah si Syasya tu tak habis-habis nak bagi aku kerja. Kalau sikit takpelah! Ni banyak mengalahkan aku ni bos pulak... Bila dah buat, ada je yang tak kena, rungut Azrie.

Sedang dia menaip, bayangan Fareen tiba-tiba menyelinap masuk di dalam fikirannya. Wajah, senyuman dan tawanya membuatkan Azrie tersenyum sendiri. Seakan-akan Fareen di sebelahnya saja. Kalaulah dia ada kat sini... Lantas tangan Azrie mencapai telefon bimbitnya untuk menghantar mesej pada Balqish. Harapannya dia mahu bertanya khabar Fareen di sana.

Fareen kini betul-betul istimewa di dalam hatinya. Ya, sungguh istimewa bagiku. Azrie belum pernah jatuh cinta dengan sesiapun sebelum ini. Gadis ini benar-benar membuatkan hatinya sering berbunga. Agaknya bilalah aku boleh jumpa dia lagi. Kalau mama dapat menantu macam dia, mesti bangga sebab Fareen memang pandai mengambil hati orang.

Assalam, Qish... Awk sihat?
Sihat alhamdulillah. Aik, mcm ade ppe je ni... Klau x, tkde awk sms sye ni.
Qish, sye cuma nk tnye psl Fareen. Sye hrp awk x kisah.
Mmg x kisah pun! Haha... Boleh tnyelah
Fareen sihat? Dia dh ade boyfriend blum, hehe
Dia sentiasa sihat. Ap awk ckp? Boyfriend? Haha merepeklah! Dia msih blum berpunyalah...
Ohh yeke? Tq Qish...  Nnti kirim salam saya kt dia tau!
Sme-sme! Insya-Allah...

Balqish tumpang bahagia kerana dapat berhubung dengan bakal teman lelaki sahabatnya ini walaupun hanya sekejap. Azrie tak tahu yang tak lama lagi Fareen akan berhijrah ke KL demi lelaki itu. Besar sungguh pengorbanan sahabatnya itu. Demi cinta, Fareen sanggup berkorban. “Aku harap Fareen berjaya menemui cinta sebenarnya...” Desis Balqish.

Fareen merenung jauh sambil memerhatikan kawasan pantai yang terletak berhampiran dengan rumahnya. Kalau aku dah berhijrah ke KL nanti, mesti rindu kat pantai ni... Mungkin lama aku kat sana, desis hati Fareen.

“Woi Reen! Kau buat apa termenung sorang-sorang kat situ? Lama aku tunggu kau tau tak!” Laung Balqish.

“Sorry Qish. Lama ke?”

“Lama! Kau dah janji dengan aku yang kita nak bertolak hari ni kan... Kang tertinggal bas nanti susah pulak.” Ujar Balqish lalu mengetuk perlahan kepala Fareen.

“Okeylah jom. Lagipun aku dah siap dah ni. Barang semua dah kemas. Qish, kau tunggu kejap ehh!” Balas Fareen lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya semula untuk mengucup tangan ibu dan abahnya.

“Ibu, abah... Reen pergi dulu tau. Kalau ada apa-apa, ibu dengan abah contact Balqish je tau... Halalkan makan minum Reen. Lagi satu, Reen sayang sangat kat ibu dengan abah!” Getus Fareen sambil memeluk kedua ibu bapanya. Dia menyeka air matanya yang hampir tumpah. Berat sungguh hatinya untuk meninggalkan keluarganya.

“Pak cik Rul, Cik Farah... Kita orang pergi dulu tau!” Laung Balqish ceria.
“Ya, kamu berdua hati-hati... Fareen tak nak tumpang abah ke? Kebetulan abah kamu nak ke pasar singgah terminal sekali.” Ujar Farah pada Fareen.

“Boleh jugak bu.” Getus Fareen.

Fareen dan Balqish sama-sama memasukkan beg-beg yang dibawanya ke dalam bonet kereta Hairul. Semoga anak perempuannya Fareen serta sahabatnya Balqish selamat sampai di sana nanti, ujar Hairul di dalam hati.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Unive...