Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 10

Bab 10
Reen, kenapa ni? Ceritalah kat aku... Mana tau aku boleh tolong kau.” Ujar Balqish terkejut melihat sahabatnya Fareen menangis teresak-esak di warung. Dia menyembamkan mukanya di atas meja supaya tangisannya itu tidak dilihat orang.

“Takde papelah.” Jawab Fareen. Dia malas hendak berterus-terang tentang perkara ini.
“Reen, aku tau kau tipu. Aku tak pernah tengok kau nangis macam ni sekali melainkan kau dalam masalah. Please wei... Jangan terlalu pendam perasaan sangat nanti kau sendiri yang sakit.” Ujar Balqish lalu mengusap bahu Fareen.

“Qish... Salah ke aku jatuh cinta?” Soalan Fareen membuatkan Balqish terpana seketika. Biar betul si Fareen ni...

“Hmm, tak. Kau kan cantik. Lagipun ramai lelaki kat kampung ni sukakan kau sebab kau orangnya lemah-lembut, sopan, unik...” Balas Balqish.

“Kau ni janganlah puji aku lebih-lebih. Malu aku tau...”

“Sebenarnya kau suka kat siapa? Azrie?” Teka Balqish sambil tersengih. Tekaan Balqish hanya dibalas dengan sengihan Fareen. Memang benar dia sudah jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Azrie itu tapi disebabkan perempuan seksi yang menyerangnya pagi tadi menyebabkan dia sungguh bengang.

“Wei, aku balik dulu tau... Nanti malam kita sambung.” Getus Fareen lalu melangkah keluar dari warungnya.

Toyota Vious milik Azrie betul-betul berhenti di depan warung. Dia bingkas turun dari keretanya lalu mencari kelibat Fareen.

“Qila, Aqish... Ada nampak Fareen tak?” Tanya Azrie kepada dua orang sahabat Fareen.
“Tak nampak pulak.” Jawab Aqilah dan Balqish serentak. Balqish sengaja tidak memberitahu di mana sahabatnya berada kerana sahabatnya yang seorang itu baru lepas menangis kerana lelaki ini. Sebab itulah dia buat tak tahu saja.

“Kalau macam tu tak apalah. Nanti kirimkan salam saya kat dia eh. Pagi tadi saya tak sempat nak bagitahu dia yang saya terpaksa pindah KL sebab saya naik pangkat.” Ujar Azrie.
Aqilah dan Balqish mengangguk tanda faham. “Okey.” Jawab Balqish.

Azrie pergi dengan perasaan hambar. Baru saja dia hendak masuk ke dalam perut keretanya, Aqilah sempat melambaikan tangan kepadanya sambil tersenyum manis.
“Hati-hati eh awak...” Ucap Aqilah.

Fikiran Azrie kini melayang. Sejak pergi dari warung tadi, wajah Fareen terbayang di dalam fikirannya. Dia betul-betul berasa bersalah kerana meninggalkan kampung itu begitu saja. Tak mungkin dia boleh tinggalkan gadis itu kerana dia kini sudah mula menyukai gadis yang bernama Fareen Nuralisa.

“Macam mana? Jumpa Fareen tak tadi?” Soal Ariff sambil fokus matanya pada skrin telefon bimbitnya.

“Nope. Menyesal aku tak bagitahu dia pagi tadi. Disebabkan Aida, semuanya hancur.” Gumam Azrie.

“Hah? Aida? Dia datang sini, tapi macam mana dia tahu yang kau ada kat sini bro?” Ujar Ariff tergamam.

“Hadi. Dia pengkhianat! Kawan makan kawan sendiri. Aku dah cakap dengan dia dah jangan bagitahu aku kat sini. Tahulah nasib dia nanti bila aku dah sampai KL. Aku tak sabar nak pecahkan muka dia. Disebabkan dia, Aida serang Fareen. Aku betul-betul bersalah sekarang ni.” Terang Azrie.
“Sabar jelah bro... Aku tak rasa yang Hadi buat semua ni atas kehendak dia sendiri.”

“Maksud kau?”

“Yalah kau tahu kan Aida tu perangai dia macam mana. Dia kalau nak kan sesuatu benda tu, dia nekad. Aku dapat rasakan yang dia upah Hadi untuk siasat kau kat sini.” Ujar Ariff sambil menongkat dagunya.

“Eh macam mana kau boleh pandai ni Riff? Aku pun tak terfikir yang Aida akan buat macam tu. Aku ingat Hadi sengaja bagitahu Aida yang kita ada kat sini.” Desis Azrie.
“Ni Arifflah bro. Tulah kau ni harap je pandai tapi fikir tak guna otak. Tapi kau jangan pulak main redah je tuduh Aida dengan Hadi tu. Kau siasat dulu. Mana tahu betul. Aku agak je tadi...”

“Semua ni kau punya pasal.” Desis Aida pada Emelyn lalu menekan minyak untuk mengejar kereta kekasihnya.

“Apa pulak aku? Kaulah pegi bagitahu Azrie yang Hadi dalangnya buat apa. Kan dia dah mengamuk. Kalau dia mintak putus dengan kau, habislah kau... Jangan dia syok kat budak kampung tadi sudah...” Ujar Emelyn.

“Kau jangan... Kalau dia suka kat perempuan kampung tadi, aku akan buat hidup perempuan tu menderita. Biar aku je sorang boleh dapat Azrie.” Balas Aida sambil tersenyum sinis.

“No komen. Aku sentiasa akan sokong kau untuk dapatkan Azrie.” 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...