Skip to main content

Menunggu Giliran + Sekolahh ~

Assalamualaikum babe,

Morning. Kejap lagi dah subuh... Memandangkan Ira overnight malam ni, bolehlah sekolah esok. Tapi kalau datang sekolah pun, bukan ada pape pun. Duduk melangut je. Haha. Ni kalau korang tak nak dengar Ira bebel panjang, bolehlah tekan pangkah kat tepi tu. Hihi. Ekceli Ira paling tak suka menunggu. Bak kata adik-adik Ira : Kau kak, tak boleh sabar. Main redah aje. Itulah aku.

Sebenarnya Ira tengah tunggu giliran ni. Giliran ape ek? Giliran manuskrip lah! Macam yang Ira pernah cakap sebelum ni yang Ira ada hantar karya Ira kat penerbit kaki novel. Am I right? Hehe. So, Ira dengar kalau penerbit kaki novel ni selalunya dia akan bagi respon dalam masa 3 bulan. Ira rasa ye kot. Harap2 lah. Sebabya Ira hantar manuskrip tu bulan lepas. Tak silap Iralah. Kalau ada rezeki bulan depan dia bagi respon. In shaa allah. Doakan Ira tau :)

Kalau takde, Ira cuba hantar karya Ira kat penerbit lain. Tapi nak tunggu lamalah. Sebab tahun depan, naik form 4 mesti banyak subjek yang nak kena fokus. Study woi :p Hehe. Lepas tu naik form 5, spm pulak. Ya Allah, dengar spm, naik bulu roma aku! Yelahh seram kot. Agak2 soalan spm susah tak? Hope kalau dah belajar nanti, boleh jawab dengan baiklah ^^

Okey lah guys, nak siap gi skolah ni. Hope aku tak sakit perut lgi! Huwaa :( Cirit birit lohh -.-


Comments

Anonymous said…
Aku akan sentiasa doakan kau kak! Amin...

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Unive...