Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 11

Bab 11
Fareen berteleku di atas sejadah. Dia berdoa agar dia dapat bertemu dengan Azrie lagi walaupun dia tahu tak mungkin semua tu berlaku kerana lelaki itu sudah mempunyai teman wanita dan tak lama lagi akan bertunang. Mungkin aku je yang syok sendiri... Entah-entah selama ni Azrie anggap kau macam kawan biasa je. Aku je yang perasan, desis hati Fareen.

“Fareen!” Panggil Balqish dari luar tingkap biliknya. Fareen mengusap dadanya berulang kali kerana terkejut.

“Dah berapa kali aku cakap, bagilah salam dulu. Ni tak, main redah aje. Terkejut aku tau. Nasib baik tak kena sakit jantung tadi.”

“Ye sorry, Assalamualaikum Reen... Aku datang sini sebab nak bagitahu kau yang Azrie dah pindah KL. Dia kirim salam kat kau.” Ujar Balqish.

“Waalaikumussalam Aqish sayang. Hmm, betul ke apa yang aku dengar ni? Kau tak tipu kan?”
“Untuk pengetahuan kau, cik Fareen Nuralisa... Petang tadi Azrie baru je jumpa aku kat warung. Dia tanya kau tapi aku cakap kau tak ada. Tu yang dia suruh aku bagitahu kau yang dia nak pindah sebab naik pangkat. Esok dia dah tak ada dah.”

“Kenapa kau tak cakap dengan dia yang aku kat rumah? Kau ni...”

“Bukan aku tak nak cakap tapi kau kan tengah sedih. Aku tak nak kau bertambah sedih dengar berita ni. Okeylah Reen aku balik dulu.” Getus Balqish.

Usai mandi, Azrie bersiap-siap untuk ke pejabat hari ini. Kata papanya, hari ni dia perlu masuk ke pejabat kerana Tengku Syahril mahu memperkenalkannya dengan staf-staf sebagai pegurus jualan yang baru. Dia memandang wajahnya di dalam cermin. “Smart jugak aku pakai kot ni. First time aku pakai macam ni...” Desis Azrie sendirian lalu menyikat rambutnya.

Setelah siap, Azrie menuruni tangga lantas duduk di sebelah adiknya, Azirah. Azirah terpegun melihat penampilan abangnya hari ni. Sungguh berbeza. Kalau orang lain ni mesti cair kut!

“Amboi bergayanya anak mama ni. Kalah papa...” Usik Puan Syazira sambil menghidangkan sarapan.

“Biasalah awak, anak kita kan bakal jadi pengurus jualan kat syarikat saya. Mestilah bergaya mengalahkan papanya...” Balas Tengku Syahril sambil menghirup air kopi yang baru dibancuh oleh isterinya tadi.

“Bangga mama dapat anak lelaki macam Azrie. Siapa dapat jadi isteri Azrie, bertuah dia nanti. Mama jamin tau. Sebab mama tahu anak mama ni memang rajin orangnya...” Ujar Puan Syazira lalu Azrie tersedak.

“Kenapa nak? Tak sedap ke air tu?”

“Tak adalah mama. Cuma tercekik je tadi. Mama ni ada-ada je tau. Umur Azrie baru 20 tahun...” Jawab Azrie lalu tersengih.

“Wahh handsomenya abang! Untung kak Aida dapat boyfriend macam abang.” Getus Azirah. Azrie pantas menekup mulut adik perempuannya yang becok itu.

“Hmm, macam mana percutian kamu dengan Ariff kat PD? Seronok?” Tanya Tengku Syahril pada anak lelakinya itu.

Pertanyaan Tengku Syahril tiba-tiba mengingatkan Azrie kepada seorang gadis yang telah menambat hatinya di sana. Rindu? Ya, sememangnya dia sungguh rindu pada Fareen.

“Azrie Haikal, anak papa?” Panggil Tengku Syahril.

“Haa ya papa... Boleh tahanlah. Azrie rasa seronok sangat sebab dapat kenal dengan ramai orang kat sana.” Getus Azrie. Setelah selesai bersarapan, Azrie dan papanya bingkas bangun untuk ke pejabat. Katanya tidak mahu lewat.

“Kalau tak ada apa-apa, kami pergi dulu...” Tukas Tengku Syahril.

“Bang, tunggu... Ni briefcase abang. Lain kali jangan lupa.” Ujar Puan Syazira pada suaminya lantas mengucup tangan Tengku Syahril.

“Awak tak bukak butik hari ni?” Soal Tengku Syahril hairan melihat isterinya yang sedari tadi membuat kerja rumah.

“Saya bukak butik lambat sikit hari ni...” Jawab Puan Syazira.


“Ibu, abah...” Panggil Fareen lembut memanggil Farah dan Hairul. Farah tersenyum sendiri memandang wajah anak perempuannya yang seorang itu. Kalaulah dia berumah tangga, pasti suaminya beruntung kerana Fareen mempunyai wajah yang sungguh cantik dan unik.

“Ada apa sayang?” Balas Farah sementara Hairul leka menonton rancangan kegemarannya. “Hmm, Reen nak cari kerja kat KL boleh? Kalau dah cukup duit nanti, Reen boleh tanggung sendiri kos pembelajaran Reen kat universiti nanti...” Ujar Fareen.

“Apa? KL? Jauhnya nak... Kenapa nak carik kerja kat sana pulak... Reen dah tak suka kerja kat warung ke?” Tukas Farah risau pada anaknya.

“Ibu, Reen bukan tak suka kerja kat warung tapi Reen nak jugak cari duit sendiri... Kalau boleh Reen nak berdikari. Please ibu, abah...” Rayu Fareen.

“Biarlah dia Farah... Anak kita tu dah besar panjang. Apa salahnya kalau dia nak berdikari. Tapi nanti Reen nak tinggal kat rumah siapa?” Ujar Hairul pada anak perempuannya.

“Reen dah fikir masak-masak yang Reen akan pergi dengan Balqish. So maknanya Reen tak pergi berseorangan. Aqish akan tetap ikut Reen walau apapun yang terjadi. Nanti pandai-pandailah kita orang cari rumah sewa yang murah-murah...” Terang Fareen bersungguh-sungguh meyakinkan abahnya.

“Ibu setuju. Tapi mana Reen nak carik duit untuk rumah sewa tu?”

“Reen rasa Reen ada kumpul duit dalam tabung... Rasanya cukup kut nak bayar rumah sewa tu. Kan Reen kerja dengan abah dari Reen darjah lima lagi. Mesti dah banyak duit Reen. Lagipun dah lama Reen tak bukak tabung tu.” Ujar Fareen lalu melangkah ke biliknya untuk mencari tabung.
“Rasanya aku simpan tabung aku dalam laci kabinet ni.” Desis hati Fareen.

“Yes! Dah jumpa pun...” Getus Fareen lalu membawa keluar tabungnya. Dia sengaja memecahkan tabung kesayangannya untuk mengira jumlah duit yang sudah lama terperap di dalam tabung itu.
“Alhamdulillah... Semuanya ada RM 2000, ibu...”

“Baguslah. Kalau tak cukup nanti kami tambah ya... Kenapa Reen tak cakap awal-awal yang Reen ada simpan duit? Kalau tak mesti abah dah masukkan duit Reen tu dalam bank.” Tukas abah.
“Tak apa bah. Reen rasa ni dah lebih dari cukup dah...”

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Saya di sini ingin memperkenalkan anak saya Azrie Haikal sebagai pengurus jualan kita yang baru.” Kata Tengku Syahril pada stafnya.

“Tapi Encik, anak encik kan baru setahun jagung lagi dalam bidang ni. Dan saya tak pasti dia dapat menguruskan jualan di syarikat kita. Itu mustahil!” Protes Syasya, setiausaha Tengku Syahril sambil mencebikkan bibirnya.

“Tenang Syasya... Azrie ni anak saya. Saya tahu kelakuan dia macam mana.” Balas Tengku Syahril sambil menyusun kertas-kertas kerjanya.

“Kan Azrie dah cakap pa, yang Azrie tak layak pegang jawatan ni. Kalau ya pun, tunggulah Azrie dapat ijazah...” Getus Azrie.

“Betul tu Encik Syahril. Saya tengok dia pun macam budak mentah je yang suka melepak kat luar sana. Mana mungkin dia nak jadi pengurus jualan di syarikat ni. Habis bankrup syarikat kita!” Gumam Syasya tidak puas hati lalu menjeling tajam pada Azrie.

“Syasya, jaga mulut awak tu. Kalau macam ni lah perangai awak sebagai setiusaha saya, baik saya pecat awak dari dulu lagi.” Tukas Tengku Syahril.

“Baiklah Encik. Maafkan saya. Sepatutnya saya diam je dari tadi. Tak apa kita tengok dulu kerja Encik Azrie macam mana. Kalau dia okey, saya respect dia sebagai pengurus jualan di syarikat kita.
“Jadi sesiapa yang ada masa, boleh tunjuk ajar pada anak saya ni okey?”

“Okey Encik Syahril!”

Azrie memandang sinis pada perempuan yang bernama Syasya itu. Kasar sungguh perangai dia. Fareen pun tak macam dia. Perangai serupa macam Aida. Kuat protes!

“Sesuka hati dia je cakap aku ni budak mentahlah, melepak kat luar bagai... Macamlah dia baik sangat! Eh aku tak macam tulah!”

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...