Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 14

Bab 14
Fareen pertama kali menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur. Bandar yang jauh lebih maju dari kampungnya. Dia bukan mahu mengutuk kampungnya tetapi sudah memang kenyataan yang KL ni bandar yang ‘up’ sikit. “Aku tak selesalah wei...” Getus Balqish. Dari riak wajah Balqish, sahabatnya ini memang tak suka berjalan!

“Kenapa?” Soal Fareen bingung.

“Kau tahu tak Reen, KL ni memang bandar yang famous tapi yang aku tak suka kat sini sebab banyak debu, asap kenderaan  dan bangunan yang tinggi-tinggi... Lepas tu jalan sesak. Isy bencilah!” Omel Balqish.

“Qish... Tak baik merungut tau. Kita datang sini dengan niat nak bekerja. Kau tak teringin ke nak ada duit sendiri untuk sambung belajar? Aku dah dapat tawaran tu, cuma aku saja tak nak pergi. Kau tahu sendiri kan yang kos universiti tu bukannya murah...” Ujar Fareen.

“Memanglah aku teringin nak sambung belajar. Wei Reen, aku lupa pulak nak bagitahu kau.”
“Bagitahu apa? Cakap jelah sebelum teksi sampai ni.”

“Semalam kan, Azrie sms aku. Dia kirim salam sayang kat kau...” Balas Balqish sambil mengenyitkan sebelah matanya.

“Waalaikumussalam... Sayang? Isy merepek jelah kau ni!”

“Eh betul apa. Aku tengok cara dia mesej tu kan macam dia rindukan kau Reen...”

“Dahlah. Forget about him. Now, I must focus to find a new job for my futher study.”

“Wahh Fareen speaking seyh! Tu teksi dah sampai...” Getus Balqish sambil tangannya menuding ke arah teksi yang betul-betul di hadapan mereka.

“Adik berdua ni nak pergi mana?” Tanya pemandu teksi yang umurnya di dalam lingkungan 40-an.
“Err, sebenarnya pak cik... Kami ni dari kampung. Kami tak tahu nak pergi mana. Lagipun sekarang kami nak cari kerja. Pak cik ada tahu mana-mana tempat yang kosong tak?” Ujar Fareen lembut.
“Ohhh dari kampung rupanya. Pak cik rasa ada kut. Nanti pak cik cuba tanya kat restoran kawan pak cik. Rasanya kat situ ada.” Jawab pak cik.

“Alhamdulillah. Kalau macam tu bawak kita orang kat sana boleh?” Ujar Balqish.
 “Boleh aje nak...

Setelah sampai di depan restoran, Fareen terpaku melihat restoran mewah yang dihiasi pelbagai hiasan. “Pak cik? Ni restoran ke hotel?” Soal Balqish kagum melihat restoran mewah itu.

“Mestilah restoran. Pandai Encik Syahril bina restoran ni. Sebabnya sesiapa yang berkunjung ke hotel akan singgah di restoran ni.” Terang pak cik itu.

“Wahh saya suka tengok restoran ni. Hotel dia pun besar. Siapa Encik Syahril tu, pak cik?” Soal Balqish. Banyak betul soalan dia.

“Encik Syahril tu pemilik hotel dan juga restoran ni. Kadang-kadang selalu jugak dia melawat hotel ni. Selain Encik Syahril, isteri dia Puan Syazira pun selalu datang jugak. Keluarga mereka memang kaya-raya. Biasalah masing-masing berjaya kan...”

“Ohhh macam tu rupanya. Puan Syazira tu pemilik apa pulak?” Tanya Balqish. “Aduhh si Balqish ni banyak tanyalah. Aku datang sini nak kerja, bukan nak ajak berbual...” Dengus Fareen lalu pandangannya berlari ke arah seorang lelaki yang berkot hitam bersama seorang perempuan cantik di sebelahnya.

“Puan Syazira tu pemilik butik dan juga seorang pereka fesyen yang terkenal. Hmm, dah lama kita berborak ni. Jomlah masuk. Pak cik kenalkan kamu berdua dengan kawan pak cik.”
“Ehh kejap! Encik Syahril tak uruskan restoran ni ke?”

“Dik, Encik Syahril pemilik aje. Bosnya ialah kawan pak cik sendiri. Kalau kita nak jumpa dia, memang taklah sebab dia selalu sibuk dengan kerjanya...” Getus pak cik itu lagi.

“Qish... Tengok tu!” Getus Fareen sambil jarinya menuding ke arah lelaki yang berkot hitam dan juga perempuan cantik.

“Apa?” Alangkah terkejutnya Balqish apabila melihat Azrie bersama seseorang. “Reen, tu Azrie kan?” Getusnya.

“Entahlah. Aku rasa ya.” Desis Fareen. Pantas tangan Fareen mengepit kemas lengan sahabatnya yang hampir-hampir mahu mendekati Azrie bersama perempuan itu.

“Kenapa kau halang aku? Bukan itu yang kau nak ke?” Balqish merengus geram. Sudah rezeki di depan mata, jual mahal pulak. Balqish sememangnya tahu tujuan sahabatnya ke sini mahu mencari Azrie. Bila dah sampai sini, lain pula jadinya. Haih Fareen, Fareen...

“Bukan apa Qish. Aku cuma tak nak dia tahu yang aku kat sini. Lagipun aku kenal perempuan yang jalan sebelah dia tu...”

“Lah... Siapa?”

“Nanti aku cerita. Sekarang ni pak cik tu tengah tunggu kita kat dalam. Kau tunggu apa lagi? Tunggu Ariff datang pulak?”

“Hisy merepek je kau ni!”

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...