Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 20

Bab 20
Dah dua bulan Fareen kerja di butik mewah milik Puan Syazira dan dia telah pun mendapat gaji keduanya. Alhamdulillah betul kata Balqish, belum kerja setahun dah cukup lumayan gaji yang Puan Syazira beri kepadanya. Tetapi hari ini dia cuti kerana Puan Syazira terpaksa menguruskan appoimentnya di pusat modeling.

“Qish, kau tak kerja ke hari ni?” Soal Fareen sambil menyediakan sarapan roti telur.

“Tak. Hari ni aku period. Malulah nak buat air kalau period. Hehe...” Jawab Balqish selamba.
“Macam tu pulak? Apelah kau ni... Kau tak bagitahu bos kau ke yang kau cuti hari ni?”

“Dah bagitahu ler cik kak oi! Kalau tak, takdelah aku goyang kaki sekarang ni. Kau tu pulak, asal tak kerja?” Tanya Balqish.

“Puan Syazira ada hal sikit. Tu yang butik tutup. Bukan aku sorang je yang cuti, semua pekerja kat situ memang dicutikan. Wei... Memandangkan aku baru dapat gaji ni, jom keluar jalan-jalan nak? Aku belanja kau... Lagipun aku nak beli baju baru. Dengan mekap sekali!”

“Cehh mentang-mentanglah orang tu baru dapat gaji en. Yelah aku ikut. Tak payahlah belanja aku. Aku ada duit sendiri. Simpan duit kau tu. Kau dah lupa ke, kita datang sini nak sambung belajar. Bukan nak enjoy!”

“Alah sekali-sekali je kut. Lagipun duit dalam tabung opps bank aku tu banyak lagi... Sambil tu kita singgahlah pantai kejap. Boleh tenangkan fikiran... Ye tak?”

“Yelah Reen! Ikut suka kaulah. KL mana ada pantai mak cik! Aku sekeh kepala kau kang... Tulah kau tu kuat berangan sangat masa kat kampung dulu. Hahaha. Wei, kau tak terfikir ke nak beli handphone? Boleh contact ibu dengan abah kau. Tak rindu ke kat dia orang? Takkan nak harapkan handphone aku jek.” Bebel Balqish.

“Haah ek. Betul jugak cakap kau. Kalau macam tu, jomlah siap cepat! Aku dah tak sabar ni nak beli macam-macam, guna duit aku sendiri. Thanks Qish sebab nasihat kan aku. Hee!”

Setelah sampai di Times Square, Fareen dan Balqish lega kerana dapat keluar dari bas tambang yang sesak ni. Dahlah jalan sesak!

“Aku tengok kau sekarang kan Reen, makin cantiklah. Kalah artis... Kalau Azrie tengok ni, meleleh air liur dia.” Ujar Balqish.

“Cantik kau cakap? Alhamdulillah... Jangan dalam hati kau kutuk aku macam badut sarkas pulak. Dahlah aku tak pandai mekap. Tu pun Puan Syazira dengan kau yang ajar aku sikit-sikit pasal mekap ni...” Getus Fareen.

“Fareenku sayang, takkanlah aku nak kutuk kawan sendiri... Betul apa aku cakap ni. Tengok lelaki-lelaki yang lalu-lalang kat sini semua pandang kau lain macam. Sama macam kat kampung dulu. Semua orang suka kau.”

“Dah, jom masuk. Abaikan je dia orang tu. Tak penting pun...” Jawab Fareen malas. Mana taknya, imej Fareen kali ni berbeza. Dulu dia suka sangat memakai baju kurung sampai orang ingat dia nak pergi majlis. Sekarang Fareen sudah pandai bersolek nipis. Dia juga suka memakai t-shirt dan jeans apabila keluar berjalan.

“Wei cantik tak ni?” Soal Balqish lalu menunjukkan dua pasang jubah.
“Cantik sangat. Kau nak pakai ke jubah tu?”

“Memang nak pakai. Tapi yang lagi satu ni aku ingat nak hadiahkan untuk mak aku kat kampung. Kau tak nak beli apa-apa ke, Reen?

“Aku pun sama nak belikan untuk mak ayah aku tapi aku rasa kat tempat ni tak sesuailah. Mahal sangat. Harga nak cecah 3000 ringgit. Terkejut aku tengok harga dia tadi. Kalau setakat ratusan ringgit tu aku tak kisahlah kan.”

“Tulah. Wei apa kata kita makan dulu? Tadi masa masuk aku ada nampak kedai makan.”
“No hal. Aku pun dah lapar sangat ni. Lepas makan, kita pergi cari kedai baju yang murah sikit lepas tu singgah kedai buku tau.” Ujar Fareen.

“Yes boss! Haha jom.”

“Awak!!!” Laung Fareen lalu menolak tubuh Azrie yang hampir dilanggar kereta. Mereka sama-sama terjatuh di atas jalan yang penuh dengan kereta itu.

“Awak okey? Ada apa-apa cedera tak?” Soal Azrie cemas lalu memeluk erat badan Fareen yang terjatuh di atasnya tadi. Dia risau jika Fareen cedera parah disebabkan dia tidak tahu melihat kiri kanan tadi.

“Eh korang berdua okey tak? Aku risau ni... Awak pun satu Azrie, lain kali tengoklah kiri kanan. Nasib baik ada Fareen, kalau tak habis awak kena langgar tadi...” Ujar Balqish sambil menarik perlahan tangan Fareen untuk berdiri.

“Takpe Qish, aku okey. Cuma luka sikit je.” Getus Fareen.

“Terima kasih Fareen... Kalau takde awak, agaknya saya dah mati tadi... Awak dah selamatkan nyawa saya.” Ucap Azrie sambil merenung Fareen.

“Sama-sama. Awak selamat bukan kerana saya tapi kerana Allah swt. Dah jomlah lintas jalan. Nanti orang marah pulak kita cakap kat tengah-tengah jalan ni...”

“Sebenarnya tadi saya betul-betul nak cepat. Tadi Ariff ada call saya, dia kata nak jumpa saya kat Pavilion. Tu yang saya kelam-kabut. Tadi kata awak ada luka sikit, jom saya bawak awak pergi klinik kejap.” Kata Azrie prihatin.

“Ehh takpe Azrie! Luka sikit aje. Okeylah, saya dengan Balqish nak balik dulu tau. Awak pergilah jumpa Ariff. Kesian dia tunggu lama...” Jawab Fareen.

“Hmm, okey. Hati-hati tau...” Balas Azrie kesal. Baru saja dia mahu mengajak Fareen pergi ke Pavilion bersamanya. Sabar Azrie, tak lama je lagi aku akan pikat dia...
Sampai saja di depan pintu Secret Recipe, Azrie sudah nampak batang hidung Ariff yang mancung dan duduk di sebelah tingkap.

“Hei bro, asal dengan pipi kau tu?” Tanya Ariff yang sedang menghirup latte itu.
“Aku accident tadi. Nasib baik ada Fareen dengan Balqish. Kalau tak aku dah masuk kubur dah tadi...” Jawab Azrie lalu memesan milo ais untuk menenangkan dirinya.

“Fareen, Balqish? Macam mana dia orang boleh ada kat sini? Ohh aku tau. Mesti dia orang cari kerja kat sini then nak sambung belajar kan?” Ujar Ariff.

“Macam tahu-tahu je kau ni. Kau pakai ilmu apa hah? Entahlah, aku rasa macam tu kot. Ni apehal nak jumpa aku ni?”

Ariff tersenyum sinis lalu mengeluarkan sekeping kertas kecil dari dompetnya.
“Kau bagi aku kertas ni buat apa?”

“Bacalah...”

“Kalau setakat nak bagi aku kertas kecik ni baik kau whatsapp jelah. Kau tau tak, aku dari pejabat tadi... Kelam-kabut aku drive kereta aku sampai sini.” Omel Azrie lalu mencapai kertas kecil yang diberikan oleh Ariff itu.

Assalamualaikum Azrie,
Maafkan I pasal hari tu. I nak mintak maaf jugak pasal Fareen. I tau you memang sukakan dia kan? I betul-betul menyesal sekarang ni. Please Azrie, terima I balik. I harap sangat hubungan kita halal. I janji I akan berubah demi you sayang. Dan I takkan ganggu hidup Fareen lagi.

Bulat mata Azrie apabila baca bait-bait perkataan yang ditulis oleh Aida khas untuknya. Sakit mental ke apa dia ni? Pura-pura baik atau memang berubah baik? Tapi kalau dia betul-betul baik, kenapa dia tak nak jumpa aku sendiri... Perlu ke dia suruh Ariff hantarkan kertas kecik ni kat aku? Mustahil, dia kan tak suka dengan Ariff.

“Betul ke dia yang tulis ni? Ke kau yang saja buat cerita?” Getus Azrie.

“Muka aku nak buat cerita? Betullah wei. Takkanlah aku sanggup nak tikam kawan aku sendiri. Kalau kau ada masalah, aku pun boleh rasalah wei. Dah terang-terang Aida datang jumpa aku semalam lepas tu bagi aku kertas ni. Kalau kau tak percaya jugak aku boleh whatsapp dia.”
“Okey aku percaya tapi dia kan tak suka kau?”

“Entah, nak buat macam mana... Dah terdesak sangat kut. Dia sendiri yang cakap semalam, please Ariff, mama dia tak bagi aku jumpa Azrie so dapat jumpa kau pun jadilah!” Ujar Ariff sambil melakonkan gaya Aida.

“Thanks Riff. Lepas ni kalau kau ada apa-apa maklumat pasal Aida lagi, kau call atau whatsapp je aku. Kalau nak jumpa, aku selalu busy.”

“Yelah bro. Sebenarnya aku tak sokong sangat hubungan kau dengan Aida sebab kita sendiri tahu kan perangai dia macam mana. Tak mungkin dia berubah mendadak macam tu sekali kan. Tapi kalau kau dengan Fareen. Tak payah cakap, aku dah memang bagi lampu hijau terus!”

“Haha itu baru betul. Tapi buat masa ni aku kena settlekan problem ni dengan Aida dulu. Lepas tu baru pikat Fareen. Ye bro?”

Ariff hanya membalasnya dengan senyuman saja. Dari dulu Ariff memang tidak suka membantah kata-kata sahabatnya Azrie ini. Yalah, Azrie lah satu-satunya kawan yang setia dengannya dari dulu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...