Saturday, 31 January 2015

Back To School ~

Assalamualaikum guys!


Hmm lamanya Ira tak bukak blog... Ha, ha, hachumm! Dah berhabuk-habuk dah blog ni. Ira tengok rank blog Ira pun dah menurun :( Sedih babe! Korang apa khabar? Sihat? Alhamdulillah Ira sihat cuma batuk dengan selsema jek. Biasalah musim... Ira ni susah nak sakit tapi bila dah sakit punyalah lama. Tapi takdelah lama sangat. Satu family sakit, hehe....

Now, Ira nak story pasal back to school ~ Selalunya bila Ira baca kat status facebook, twitter or wechat semua mengeluh bila time bukak sekolah. Ira pulak terlebih semangat sebab nak belajar betul2. Ira dah tak nak main2 lagi dah. Tahun depan spm yaw -.- Mesti semua tak percaya Ira dah nak spm kan? Haha yelahh badan kecik aje macam form 2 bak kata Iffah. Hihi.

Alhamdulillah Ira masuk aliran perakaunan a.k.a 4 Akaun 1... Ira harap bila masuk kelas ni Ira lebih tumpukan perhatian terhadap pelajaran. Nak study betul2. Cewahh. Lupakan PT 3! Past is Past :) Kbye ni je Ira nak story haha.


Picture From Google :)

Ohhh Stalker #19

Bab 19
“Macam mana aku nak hasut Alya ni?” Desis Afiq lalu menyembunyikan dirinya di belakang pintu biliknya. Dia ternampak Alya turun ke bawah. Mungkin dia nak ke dapur agaknya. Biasalah malam-malam macam ni selalunya Alya suka cari makanan ringan kat dapur. Kadang-kadang dia suka tengok tv sambil makan.

“Petang tadi dahlah kena sound habis-habisan dengan dia. Aduh macam mana aku nak bersemuka dengan dia ni...”

“Alya...” Panggil Afiq perlahan memanggil tunangnya. Aku terus berpaling untuk melihat siapa gerangan yang memanggilku tadi.

“Kau nak apa lagi? Tak puas lagi ke nak sakitkan hati aku?” Ujarku kasar sambil membancuh air milo lalu membuka pek chipsmore untuk makan.

Afiq menghampiriku lalu melabuhkan punggungnya di depanku. “Alya, abang tak sanggup nak putuskan pertunangan kita sebab abang dah mula suka kat Alya.”

Aku ketawa lalu bersuara, “Kau dah gila ke wei? Kau suka kat aku? Hahaha! Tak mungkinlah orang yang kau dah anggap adik kau sendiri tiba-tiba suka. Eh kau ingat senang ke aku nak berubah hati? Aku hanya cintakan Shahrul sorang je. Full stop.”

“Dengar dulu apa yang abang nak cakap ni. Serius pasal petang tadi tu abang tak sengaja. Abang tak taulah kenapa abang emosi sangat hari ni. Maafkan abang, Alya. Alya, sebenarnya Shahrul tu saja je nak mainkan hati Alya. Dia tu player!” Afiq mula menghasut tunangnya. Semoga Alya termakan dengan kata-katanya.

Player kepala hotak kau! Aku kenal dia dah lama dan kita orang saling mencintai. Kau siapa nak kata dia player bagai? Kau dah lama kenal dia ke sakai? Aku taulah kau cemburu tak payahlah nak reka cerita. Aku ngadu kat mama baru tau.” Getusku.

“Ohh Alya tak percaya eh. Abang kenal siapa Tina. Dia musuh ketat Alya kan? Terus-terang jelah Alya. Abang dah tau semuanya pasal korang. Sebenarnya Shahrul tu dah pernah tidur dengan Tina. Kalau Alya nak tau, Tina pernah gugurkan kandungan dia. Alya nak tau anak dalam kandungan Tina tu anak siapa? Anak Shahrullah. Shahrul yang suruh Tina gugurkan kandungan tu sebab dia tak sedia lagi nak kahwin.

Kalau boleh dia nak buat macam tu jugak kat Alya tapi tak kesampaian sebab Alya dah jadi tunang abang...” Terang Afiq sambil tersengih jahat.

Astaghfirullahalazim. Betul ke apa yang abang Afiq cakap ni? Aku susah nak percaya kata-kata dia ni. Takkanlah Shahrul tergamak nak buat semua tu? Tapi aku tak tau macam mana hubungan dia dengan Tina dulu.

“Be... Betul ke abang? Abang jangan main-main eh. Fitnah tu kan dosa besar.” Dengusku.
“Buat apa abang nak tipu. Bukannya abang dapat apa-apa pun.” Jawab Afiq.

“Baik Alya tanya Shahrul sendiri.” Ujarku lalu bergegas naik ke bilikku untuk mencari telefon bimbitku. Mana telefon aku ni... Haa dah jumpa pun. Aku terus menghantar sms kepadanya.
“Mintak-mintaklah apa yang abang Afiq cakap tu semuanya tak betul.” Desisku.

“Tak guna Alya telefon dia sekalipun. Dia tak angkat kan? Maknanya dia tu playerlah. Abang dah siasat latar belakang dialah sayang. Sebab tulah abang tak suka Alya jumpa dia sebab abang takut dia buat benda yang tak elok kat Alya pulak.” Ujar Afiq sambil tercegat di depan pintu bilikku. Terkejut beruk aku.

Telefon bimbitku berdering. Tertera nama Shahrul di skrin telefon. Aku pantas menjawab panggilan itu.

“Aku nak jumpa kau esok lepas habis waktu kerja pukul 5 petang. Harap kau tak busy dengan benda lain.” Ujarku dengan nada serius.

“Saya okey je.” Jawab Shahrul. Aku terus mematikan talian. Aku harap dia tak buat semua tu, Amin...

Tepat pukul 5 petang aku sampai di tempat yang dijanjikan untuk berjumpa dengan Shahrul. Aku sempat kagum dengan ciptaan Allah swt apabila melihat air laut yang sedang bergelora itu. Aku sengaja suruh Shahrul datang kat pantai ni supaya senang nak berbincang. Sedang aku menikmati keindahan itu, Shahrul mencuit bahuku sambil tersenyum. Terkejut aku, ingatkan siapa tadi.

“Ada apa awak nak jumpa saya ni? Maaf, saya lambat sebab jalan raya sesak.” Ujarnya lantas melabuhkan punggungnya di sebelahku.

“Aku nak kau terus-terang dengan aku.” Jawabku.

“Terus-terang apa? Saya tak fahamlah apa yang awak cakap ni.” Getusnya.

“Betul ke kau pernah tidur dengan Tina? Kalau betul kau buat semua tu aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Aku tak sangka lelaki yang paling aku percaya dah mengandungkan Tina.”

Shahrul terkejut dengan kata-kataku sambil berpeluk tubuh. “Siapa yang cakap dengan kau macam tu? Aku tak pernah sentuh siapa-siapa sebelum ni termasuklah perempuan tak guna tu. Kenapa kau selalu bersangka buruk kat aku hah Tasha? Kau tau sendiri kan yang aku hanya cintakan kau dan aku sanggup tunggu pertunangan kau dengan Afiq tu putus.” Ujarnya kasar.

Tersentak aku apabila Shahrul tiba-tiba beraku engkau dengan aku. Sebelum ni dia tak pernah berkasar macam tu dengan aku. Air mataku mula membasahi pipi lantas aku cuba bersuara namun suaraku serak tiba-tiba. Aku tak mampu nak membidas kata-katanya.

“Kenapa kau diam? Bila kau dengar sesuatu yang buruk tentang aku mesti kau takkan maafkan aku. Kau tak tau betapa merananya aku bila dapat tau kau dah bertunang dengan Afiq. Aku masih sabar dengan kau Tasha walaupun sekarang ni aku tengah marah. Tasha, kau dengar tak apa yang aku cakap ni.” Bentak Shahrul.

“Okeylah aku chow dulu...” Aku pantas menghidupkan enjin motorsikalku dan terus menunggang laju tanpa memandang kiri kanan. Sumpah aku tengah buntu sekarang ni. Ni semua si Afiq tu punya pasal. Kalau bukan sebab dia, mesti aku tak bergaduh dengan Shahrul.

Tak ku sangka kereta yang tiba-tiba meluncur laju di depanku terus merempuh motorsikalku. Aku tak mampu nak berbuat apa-apa lalu aku tercampak di atas jalan raya. Ya Allah sakitnya badan aku... Aku sempat melihat banyak darah yang mengalir dari badanku. Kemudian aku mengucap dua kalimah syahadah.

Pandanganku menjadi gelap serta-merta. Orang ramai mula mengerumuni aku. Aku terdengar nama aku dipanggil berulang kali.

“Tasha, jangan tinggalkan saya...” Rintih seseorang yang amat ku kenali suaranya.


Tuesday, 13 January 2015

Kalaulah aku dapat tenangkan fikiran ~

Assalamualaikum...

Image result for beach picture

Aku sedih sangat sebab semalam aku tak dapat sekolah. Yalah first time aku tak sekolah time tu. Selalunya minggu yang pertama sekolah, aku mesti sekolah. Ni sebab badan aku sakit sangat lah ni sampai tak boleh bangun pegi sekolah. Nampak tak tajuk post aku hari ni? Macam stress je kan. Tak stress pun cuma tahun ni kalau boleh aku nak belajar betul betul. Nak capai cita2 woi! Jangan malas2... Hee

Kalaulah aku dapat tenangkan fikiran kat tempat yang betul betul sunyi. Maksud aku macam pantai ke kan. Nak jerit puas puas! Aku nak luahkan perasaan aku kat situ. Biarlah pantai jadi saksi aku punya perasaan. Cehh ayat! Aku selalu fikir, kalau aku tak wujud kat dunia ni macam mana ek? Mesti takde orang nak sakitkan hati aku, takde orang nak kutuk aku belakang2, takde orang nak curang dengan aku dan semuanyalah!

Aku nak berubah. Aku tak nak lagi jadi macam dulu. Kalau korang nak tau perangai aku macam mana, macam ni lah. Aku ni suka pendam masalah aku. Kalau orang buat aku, aku diam je. Tapi kalau satu masa tu aku dah tak tahan sangat, aku tibai je orang tu! Kena backhand sekali padan muka. Ambik kau, haha. Aku akan share masalah aku kat orang yang betul betul faham aku. Actually best friend lah kan.

Kalau dia tak tikam aku dari belakang :') Hmm mesti mak ayah aku bangga kalau aku pandai macam orang lain yang belajar betul betul tukan. Bangga sangat. Aku nak sangat satu hari nanti mak ayah aku tengok aku amik Ijazah. Tak teringin ke? Mesti teringin. Itulah impian aku selama ni. Lepas tu bila dah berjaya capai cita2 aku, aku nak balas budi dia orang. Aku nak belikan dia orang rumah, tanggung makan minum mak ayah aku, adik beradik aku.

Insya-Allah.... Doakan aku tau. Itu sebab kalau aku dapat jadi penulis ni aku besyukur sangat. Aku berusaha taip kat laptop acer tu novel novel yang merapu hihi. Entah pape tah karya aku tu. Macam tak best pun ade. Boring pun ade. So aku harap aku boleh jadi penulis satu hari nanti. Amin...

Image result for beach picture

Indahnya ciptaan Allah swt :')


Ohhh Stalker #18

Bab 18
Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja di ofis papa. Aku pantas memakirkan motosikalku di parkir. Aku sempat melihat jam tanganku. Nasib awal lagi. Baru pukul 7.30 pagi... Masuk kerja pukul 8. Aku menghembus nafas lega lalu membetulkan tudung bawalku yang kupakai hari ni. Agak-agak okey tak tudung aku? Macam tak okey je. Hehe...

Aku menilik wajahku di cermin motor. Aku ni boleh dikategorikan perempuan yang tak pandai bergaya! Sebabnya aku ni mekap pun tak pandai. Kalau setakat pakai bedak compact dengan pelembap bibir bolehlah! Alah biarlah... Asalkan niat aku ikhlas nak bekerja. Bukan aku nak jadi cover majalah pun nak lawa-lawa. Simple sudah!

Aku baru nak melangkah masuk terserempak lagi dengan dia. Kenapalah dia ni selalu muncul depan mata aku? Aku takut dia masih ingat kejadian semalam. Aku tak nak dia berkasar dengan aku lagi.
Shahrul memandangku sinis lalu masuk begitu saja tanpa menegurku. Agaknya dia dah tawar hati kut dengan aku sampai tak nak tegur aku. Aku pun apa lagi masuk jelah.

“Baguslah hari ni Alya datang awal.” Tegur kak Farah. Dia tak ikut papa pergi China ke?

“Eh kak Farah tak ikut papa pergi China ke? Bukan akak setiusaha papa ke...”

“Nak ikut macam mana dik... Dah Dato’ nak uruskan semuanya sendiri, so akak setuju jelah. Alya jangan risau kali ni akak tak bising sebab Dato’ dah amanahkan akak untuk ajar Alya tentang selok-belok syarikat ni.” Ujarnya sambil tersengih.

“Ohh macam tu rupanya. Kat mana pantry eh kak? Sebab Alya tak breakfast pagi tadi. Semangat sangat nak masuk kerja sampai tak sempat nak makan apa-apa.” Getusku jujur. Sememangnya aku lapar. Tu yang ingat nak pergi pantry kejap.

“Ada kat hujung sana tu haa.” Jawab kak Farah sambil menuding jarinya ke arah bilik yang terletak di hujung sekali.

“Tapi lepas tu nanti akak nak ajar Alya tau. Jangan nak ke lain pulak.”

“Haik!” Getusku lalu mengangguk seakan orang Jepun menerima arahan.

Aku bingkas mengatur langkah ke pantry. Aku ternampak pek milo 3 in 1 di almari lalu kucapai untuk membancuhnya. Perut dah berkeroncong habis dah ni!

“Assalamualaikum...” Ucap seseorang. Suaranya jelas sekali.

“Waalaikumussalam.” Jawabku lalu berpaling. Ohh rupa-rupanya dia. Semalam nampak macam marah sangat kat aku. Tiba-tiba hari ni baik pulak. Aku pura-pura tidak mengendahkannya.

“Awak tak rindu saya ke?” Soalnya romantik sekali. Dia ni memang tau. Aku paling pantang kalau orang cakap lemah-lembut macam ni.

“Cakap jelah kau nak apa? Aku sibuk ni. Kejap lagi kalau kak Farah nampak habis aku.”

“Sibuk ke? Saya nampak awak macam tak sibuk je. Relakslah Tasha. Kita baru masuk kerja hari ni. Saya cuma nak awak jawab...”

“Okeylah aku pergi dulu... Chow!” Aku pantas melangkah ke dalam bilik kerja aku. Kalau tiba-tiba Shahrul ada niat jahat, mati aku. Tak mungkinlah... Dia tu kan baik. Dari awal kau kenal dia, dia takde pun ada niat jahat kat kau kan, ujarku bermonolog sendirian.

“Dia ni memang tau. Asyik nak mengelak dari aku je. Mentang-mentanglah dah jadi tunang orang.” Desis Shahrul di dalam hati.

Sekarang waktu lunch. Nampaknya semua staf kat sini semacam suka bila waktu lunch. Tepat pukul 1, semua keluar macam tu je termasuklah aku.

“Jom lunch dengan saya? Kita makan kat restoran depan tu nak? Awak jangan risau, saya belanja.” Getus Shahrul. Aku terdiam seketika mencari akal supaya tidak makan tengah hari dengan dia.
“Takpelah wei. Aku dah jan...”

“Jomlah!” Shahrul pantas menarik lenganku. “Shahrul, aku boleh jalan sendirilah. Tak payah nak tarik-tarik tangan aku. Sakit kau tau tak!” Dengusku.

“Shahrul, kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” Shahrul langsung tidak mempedulikanku lalu dia menggengam tapak tanganku pula. Bukan nak lepaskan. Makin erat genggaman dia adalah.

Setelah sampai di restoran, aku tercungap-cungap kerana sedari tadi tanganku berada di dalam genggamannya. Aku terus menarik tanganku. Kali ni aku tak nak lagi biarkan dia buat sesuka hati dia.

Afiq ternampak kelibat tunangnya keluar makan dengan Shahrul. Biarlah Alya nak buat apa pun asalkan dia bahagia. Tapi kalau dibiarkan lama-kelamaan Shahrul makin menjadi! Kalau dia buat benda yang tak senonoh kat Alya macam mana? Aku jugak yang kena bertanggungjawab sebab aku ni tunang dia, desis Afiq sendirian.

Tapi kenapa aku risau sangat kat dia ni? Argh aku kena bagi pengajaran sikit kat Shahrul supaya dia tak buat benda yang tak elok kat Alya. Afiq pantas melangkah masuk ke dalam restoran itu lalu menghampiri tunangnya dan juga Shahrul.

Dia memandang sinis lalu menumbuk pipi Shahrul sehingga Shahrul hilang kawalan lalu terjatuh dari kerusi.

“Kau jangan macam-macam dengan tunang aku eh. Apehal kau keluar dengan tunang aku? Kau tak tau ke yang Alya ni tunang aku dan kau takde hak nak keluar dengan dia sesuka hati kau. Dia milik aku dan tak lama lagi kita orang akan kahwin.” Getus Afiq kasar.

“Abang dah kenapa hah? Kenapa tiba-tiba datang lepas tu nak tumbuk Shahrul. Dia tak bersalah. Alya yang nak keluar lunch dengan dia. Lagipun kita orang satu ofis. Kau takde hak nak halang dia bro. Kita bertunang pun atas kehendak papa. Kalau nak ikutkan aku, aku tak inginlah nak bertunang dengan kau. Aku benci kau Afiq! Aku hanya cintakan dia. Dia tu siapa?

Lelaki yang kau tumbuk tulah aku suka. Aku sayangkan dia lebih dari nyawa aku sendiri. Aku tak kira apa pun yang jadi aku nak kau putuskan pertunangan ni.” Ujarku puas lalu menarik tangan Shahrul. Buat malu aku je. Tak pasal-pasal semua orang dalam restoran ni tengok aku.

Shahrul sempat mengukirkan senyuman manis kepadaku. Afiq terus kaku dan lidahnya kelu. Dia sudah tidak terkata apa kerana Alya membela Shahrul habis-habisan tadi. Lantas Afiq mengatur langkah keluar dari restoran itu dan terserempak pula dengan perempuan yang tidak dikenalinya.

Perempuan itu tersenyum sinis. Dia menggayakan baju tanpa lengan dan juga skirt pendek. Mukanya putih dan rambutnya karat.

“Tina and you?” Getus perempuan itu.

“Afiq. Kau siapa dan kenapa tiba-tiba kau senyum kat aku macam kau dah lama kenal aku?” Soal Afiq pada Tina lalu mengajaknya ke kafe.

I senyum kat you sebab I dah dengar segalanya tadi. You tunang Alya kan? Perempuan yang dah rampas Shahrul dari I.” Ujar Tina.

“Kalau ya pun kenapa? Memang aku ni tunang Alya tapi dulu aku tak tau pun yang dia tu bukan adik kandung aku. Aku pun pelik kenapa aku boleh jatuh cinta kat dia lepas aku tau Alya tu bukan adik aku lepas tu aku macam tak nak lepaskan dia untuk orang lain macam Shahrul.” Getus Afiq sambil menongkat dagunya.

“Macam ni lah Fiq. I rasa baik kita bekerjasama. I nak Shahrul dan you pulak nak Alya. So adil right? Kita boleh plan something supaya senang nak dapatkan dia orang. You ada plan tak”

“Plan? Buat masa ni aku takde plan langsung nak dapatkan Alya. Kau dah ada plan ke?”
I dah ada tapi janji jangan bagitahu orang lain tentang plan kita okey?”

“Okey.”

“Macam ni, you cuba hasut Alya tentang keburukan Shahrul. You cakaplah yang Shahrul ni pernah tidur dengan I semua. Confirm Alya benci punya kat Shahrul. Ingat kalau plan yang pertama tak menjadi, kita cuba plan yang kedua. Plan yang kedua, nanti I akan bagitahu you.”

Thanks Tina. Aku akan cuba hasut Alya. Tak sangka aku boleh terserempak dengan kau tadi. Bodoh jugak si Shahrul tu. Perempuan secantik kau ni pun Shahrul tolak. Dia tu buta ke apa? Dia dah lupa ke yang Alya tu tunang aku.”


No problem Fiq.” Getus Tina sambil berpeluk tubuh.  Dia yakin selepas Afiq menghasut Alya mungkin Alya akan membenci Shahrul selamanya dan Shahrul akan cari aku balik. Aku akan hancurkan satu persatu. Just wait and see, desis hati Tina.

Ohhh Stalker #17

Bab 17
Usai solat Subuh, aku tidak dapat melelapkan mata kerana sepanjang malam aku menangis. Ternyata aku memang susah nak terima kenyataan yang aku ni tunang abang Afiq.

Sebenarnya hari ni aku plan nak cari kerja kosong. Aku tak nak sedih lama-lama nanti kang diri aku ni tak terurus. Lebih baik aku cari kerja. Hilang tekanan aku kat rumah.

Aku keluar je dari bilik, terserempak dengan abang Afiq. Abang Afiq pantas mengukirkan senyuman padaku. Eii geli pulak aku tengok senyuman dia ni. Selalunya bila terserempak dengan dia je mesti nak gaduh!

“Err Alya nak pergi mana?” Soalnya. Barulah nak berbaik dengan aku. Siap panggil nama lagi. Kalau dulu nak dengar dia panggil nama aku punyalah susah.

“Alya ingat nak keluar kejap lagi. Nak cari kerja kosong.” Ujarku.

“Haa sebelum abang terlupa, semalam papa suruh ikut dia pergi ofis. Katanya nak suruh Alya masuk kerja.”

“Ohh yalah. Thanks sebab bagitahu.” Aku bergegas turun ke bawah untuk naik kereta dengan papa. Bila fikir-fikir balik, ikut jelah papa pergi ofis. Senang tak payah nak cari kerja lain. Membazirkan duit minyak je nanti!

“Betul Alya nak kerja dengan papa ni? Dulu papa tengok, Alya macam tak suka.” Getus papa.

“Betullah papa. Dah papa tengok Alya ikut papa ni kan? Mestilah nak kerja. Alya malas nak cari kerja lain.” Ujarku selamba sambil mengunyah roti kacang.

“Baguslah kalau Alya nak kerja dengan papa. Nanti balik boleh suruh abang Afiq ambik. Dia kan dah jadi tunang Alya. Lagipun nanti abang Afiq nak bukak bisnes dia sendiri.”

“Tengoklah kalau Alya nak tumpang dia. Kalau dia sibuk, Alya boleh balik sendiri. Kan Alya ada motor.” Aku sengaja cari alasan.

Yang aku hairan sekarang ni abang Afiq. Dia nak bukak bisnes apa? Banyak duit dia...
“Bisnes apa pa?” Soalku.

“Bisnes produk kecantikkan. Mungkin bulan depan agaknya dia bukak bisnes tu. Papa tau dalam fikiran Alya mesti tertanya-tanya kat mana abang Afiq dapat duit kan untuk buat bisnes tu.”
“Macam tau-tau je papa ni.”

“Taulah. Alya kan anak papa. Abang Afiq kamu tu kan ada simpan duit dia sendiri. Papa pun tak keberatan melaburkan duit untuk produk dia tu.”

“Yalah papa... Anak kesayangan kan.”

Setelah sampai ke ofis papa, aku jalan beriringan dengan papa. Ni lah kali kedua aku menjejakkan kaki kat ofis papa ni.

“Farah, nanti sediakan bilik untuk anak saya eh. Mulai esok Alya akan bekerja di syarikat kita.” Ujar Dato’ Alif pada setiusahanya.

“Baiklah Dato’.” Jawab setiusaha papa pendek.

“Papa, Alya nak keluar kejap. Nak ambik angin.” Aku saja bagi alasan sebab malas nak ikut setiusaha papa tu. Nanti mulut dia bising.

“Okey nanti Alya jangan lupa tengok bilik Alya tau. Papa sediakan khas untuk anak kesayangan papa sorang ni. Papa naik atas dulu. Nanti apa-apa hal, Alya boleh contact kak Farah eh.” Getus papa lalu bergegas masuk ke dalam lif.

Aku baru nak melangkah keluar, tiba-tiba ada seseorang melanggar aku dari depan. “Kau buta ke hah?!” Jeritku. Malu aku sebab semua orang kat sini sedang memerhatikanku.

Sorry, saya tak sengaja.” Kata lelaki itu. Alangkah terkejutnya aku apabila memandang lelaki itu. Rupa-rupanya Shahrul? Ya Allah, apa dia buat kat sini...

Aku masih tak berganjak dari situ. “Awak okey?” Ujarnya lagi. “Ehem...” Aku sempat berdehem kerana tangannya sedari tadi memaut lenganku.

“Maaf. Saya betul-betul tak sengaja tadi sebab saya nak cepat. Ada temu duga dengan Dato’ Alif.” Getusnya.

“Apa? Dia nak temu duga dengan papa aku? Maknanya dia mintak kerja kat sinilah. Habislah kalau dia satu kerja dengan aku. Dia masih tak perasan yang ni aku.” Ujarku bermonolog di dalam hati.

It’s okay. Aku pergi dulu.” Getusku lalu mengatur langkah keluar dari ofis. Shahrul terkejut apabila mendengar suaraku. Belum sempat aku keluar, dia pantas menarik tanganku ke dalam dakapannya. Bergetar jantungku apabila Shahrul memelukku di depan orang ramai. Aduh malunya!!!

“Saya masih tak faham kenapa awak tak nak maafkan saya sampai bila-bila. Tasha, maafkan saya sebab tak dapat batalkan pertunangan awak sebab saya redha awak bukan jodoh saya dan saya sedar saya tak sempurna macam abang Afiq.” Ujarnya seakan berbisik. Kenapa aku biarkan dia peluk aku? Kenapa aku tak berdaya nak tolak dia...

Aku dah tak terkata apa lantas memeluknya erat. Biarlah orang nak kata apa. Memang benar aku takkan maafkan dia tapi sebenarnya tu semua aku saja nak uji dia. Aku nak tengok sejauh mana dia sayangkan aku. Air mataku pantas mengalir kerana aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia lagi.

“Awak Shahrul Faiq yang nak temu duga tu kan?” Tegur Farah pada Shahrul. Agaknya setiusaha papa perasan yang dari tadi kita orang berdrama kat sini. Aku bingkas menolak Shahrul lalu meminta diri untuk keluar.

“Alya, saya dah sediakan bilik awak. So, awak boleh tengok bilik awak sekarang nanti esok senang tak payah tanya saya lagi kat mana bilik awak.” Getus kak Farah kepadaku. Aku hanya menganggukkan kepalaku lantas melangkah ke lif.

“Saya pun mintak diri dulu. Kat mana ek pejabat Dato’ Alif?” Soal Shahrul.

“Awak ikut je Alya tu. Bilik dia dekat-dekat dengan Dato’.” Tukasnya.

Aku mempercepatkan langkahku kerana bimbang Shahrul mengejarku. Yalah dia nak temu duga dengan papa kan? Mesti lalu depan bilik aku.

“Tasha!” Laung  Shahrul kuat memanggilku. Aku dah agak. Mesti dia kejar aku punya. Cepat Alya... Faster! Faster! Faster!

Namun aku gagal untuk melarikan diri darinya. Shahrul lagi pantas mengejarku lalu menarik tanganku sehingga tudung bawalku senget-benget dibuatnya. Aku ni memang suka cari pasal, dah tahu tudung aku ni sensitif lagi berlari macam orang gila!

“Awak masih tak jawab soalan saya tadi. Kenapa awak tak nak maafkan saya sedangkan awak sendiri tau yang saya masih cintakan awak dan saya sayangkan awak walau apa pun yang terjadi. Saya sanggup matilah Alya Natasha...” Bidasnya macam orang gila talak sambil menggenggam tanganku erat.

“Shahrul, buat masa ni aku tak nak jawab soalan kau! Lepaskan aku, sakitlah...” Desisku merayu pada Shahrul.

“Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak jawab soalan aku.” Jawabnya kasar. Ya Allah... Shahrul ni dah kenapa berubah jadi kasar pulak. Macam kena rasuk setan pun ada jugak. Mama tolong!

“Lepaskan dia...” Getus satu suara yang amat garau. Alamak papa nampak pulak. Matilah aku kali ni. Ni semua dia punya pasal! Shahrul pantas melepaskan tanganku.

“Awak Shahrul Faiq yang nak temu duga tu kan? Macam ni lah Shahrul, awak tak payah temu duga sebab saya ada out station kat China selama dua minggu. Saya bagi awak jawatan akauntan jelah eh sebab saya percaya yang awak amanah dalam tugas ni.” Ujar Dato’ Alif serius pada Shahrul.

“Apa Dato’? Akauntan? Tapi saya tak minat akaun walaupun saya belajar akaun dulu. Saya cuma nak mintak kerja kerani sebab setiusaha Dato’ sendiri yang tawarkan kat laman web. Tolonglah Dato’ saya tak nak jadi akauntan.” Rayu Shahrul.

“Okey kalau itu yang awak nak, terpulang. Kalau awak nak sambung belajar cakap dengan saya sebab saya tau umur awak baru 18.” Getus Dato’ Alif lagi.

“Baiklah Dato’. Pasal tadi, maafkan saya sebab saya betul-betul tak sengaja.” Bidas Shahrul membela dirinya.

“Takpe. Mulai esok awak boleh mula bekerja di sini. Selamat datang ke syarikat kami Shahrul.”  Tukas papa sambil bersalaman dengan Shahrul.

Aku pantas memotong cakap papa sebab kenapa papa nak pergi out station cepat sangat sedangkan aku baru nak masuk kerja esok. Aku masih tak tau apa-apa lagi.

“Habis tu macam mana dengan Alya papa? Alya tak tau benda lagi pasal perniagaan ni. Siapa nak ajar Alya selain papa.” Tukasku.

“Kak Farah kan ada sayang... Papa dah amanahkan kak Farah kamu untuk ajar kamu selok-belok tentang syarikat ni. Jangan risau kak Farah tak makan orang.” Ujar papa.


Memanglah kak Farah tu tak makan orang tapi mulut dia bising macam burung murai! Nanti ada je yang tak kena. “Yalah papa....” Getusku.

Thursday, 8 January 2015

Ohhh Stalker #16

Bab 16
Datin Arissa leka menyolek wajah anak perempuannya yang bakal bertunang hari ni. Dah besar anak aku ni, desisnya.

“Tak sangka anak mama ni dah besar panjang. Cantik je mama tengok Alya.” Puji mama. Manalah Shahrul ni. Dia dah janji dengan aku nak batalkan pertunangan ni. Sungguh aku tak rela nak teruskan pertunangan ni kerana aku cintakan dia.

“Kenapa mama buat Alya macam ni...” Rintihku di dalam hati.

“Kejap lagi saudara-mara abang Afiq kamu sampai dari Kedah. Nanti bila dah sampai, mak saudara abang Afiq akan menyarungkan cincin ke jari manis Alya. Suka tak?” Ujar mama sambil tersengih.

Ohh maknanya abang Afiq ada saudara-mara jugak. Isy bencilah macam ni! Aku tak nak bertunang...
Aku hanya membalasnya dengan senyuman palsu. Fake smile! Aku terkejut kerana Aina tiba-tiba masuk ke dalam bilikku. Dah kenapa kawan aku sorang ni?

Aunty, saya nak cakap sekejap dengan Alya boleh? Penting ni.” Getus Aina. Cantiklah Aina! Ni mesti dia nak cakap yang Shahrul datang lepas tu batalkan pertunangan ni. Yes!

“Boleh je... Aunty keluar dulu tau.” Ujar mama.

Aina hanya menganggukkan kepalanya lalu menggenggam tanganku. “Kenapa Aina?” Tanyaku bimbang.

Hope kau tak sedih bila dengar berita ni.” Getusnya.

“Berita? Kau jangan cakap yang Shahrul tak jadi batalkan pertunangan ni...” Tekaku.

Sorry Alya. Dia memang tak datang dan takkan batalkan pertunangan ni. Aku pun terkejut bila dia cakap macam tu. Mungkin dia tak berani nak datang kut.” Ujar Aina membuatkanku kaku. Aku terus menangis. Sampai hati dia buat aku macam ni. Kalau dia tak batalkan pertunangan aku maknanya, sampai bila-bilalah aku tak maafkan dia...

Saudara-mara abang Afiq pun sampai dan masuk ke dalam bilikku. Aku masih menundukkan kepalaku dan air mataku sedari tadi tidak berhenti mengalir.

“Tengok Timah, tak sangka kan anak Datin akan jadi sebahagian dari keluarga kita. Kalaulah sekarang ni Fauziah ada dan tengok bakal menantu dia. Cantik macam bidadari syurga saya tengok dia. Untung Afiq.” Ujar mak saudara abang Afiq lalu menyarungkan cincin pertunangan ke jari manisku.

“Nanti bila dah kahwin, jaga Afiq elok-elok macam mana mama kamu jaga anak saudara kami.” Getus mak saudaranya sambil tersenyum padaku.

“Ya mak cik...” Jawabku lalu mengucup tangan kesemua saudara-mara yang bertandang ke biliku ini.

Setelah semuanya selesai, kini aku sah menjadi tunangan abang Afiq. Aku terus mengunci pintu bilikku lalu menangis semahu-mahunya. Aku membuka laci meja solekku lalu mencari majalah sekolah untuk menatap wajah lelaki yang aku cintai.

“Kalaulah Shahrul datang tadi, mesti semua ni takkan jadi.” Getus hatiku. Perasaan benci, meluat, nak marah semua ada. Abang Afiq aku tu suka je sebab aku tengok muka dia sentiasa senyum dan ceria sementara aku? Sabar Alya...

Aku pantas mencapai telefon bimbitku lalu menghantar sms kepada Shahrul.

Smpai bila-bila aq xkan maafkan kau Shahrul...

Telefon bimbit Shahrul berbunyi tanda ada sms masuk. Dia yang sedang leka mencari kerja kosong di laman web pantas membuka inbox untuk melihat siapa gerangan yang menghantar mesej itu tadi.

“Maafkan aku Tasha. Aku terpaksa buat semua ni demi kau.” Getus hatinya. Alya tak tau sepanjang majlis pertunangannya, Shahrul menangis semahu-mahunya sehingga matanya lebam. Yalah siapa tak sedih kalau orang yang paling kita cintai, bertunang dengan orang lain.

Sabar jelah Shahrul. Kau masih ada peluang untuk merebut hati gadis yang amat kau cintai...


Ohhh Stalker #15

Bab 15
Shahrul mencari-cari kelibat Alya. Tak nampak batang hidung pun. Mungkin dia belum sampai kut. Aina kata dia mesti akan datang.

Sampai saja di depan kedai Secret Recipe, aku terus memakirkan motosikalku. Aku pantas masuk ke dalam restoran itu. Mana si Aina ni? Aku datang awal sebab aku tak nak dia tunggu aku. Aku ternampak seorang lelaki yang duduk di bahagian belakang sekali. Gaya dia macam Shahrul. Dengan topilah bagai.

Aku terus menghampirinya. Memang tepat sangkaanku yang dia ni Shahrul. Aku pura-pura nak pergi dari situ lantas dia melambaikan tangannya. Aku pun berpaling lalu mengukirkan senyuman. Hilang rasa sedih aku tadi tengok senyuman manis dia.

“Sinilah Tasha...” Laungnya.

Aku mengambil tempat di depannya lalu mata kami bertatapan untuk seketika. Lama aku merenungnya. Rindu jugak kat dia setelah lama tak jumpa.

“Saya gembira dapat jumpa awak, Tasha...” Getusnya ikhlas.

“Aku pun. Eh bukan sepatutnya Aina ke yang datang sini?” Ujarku hairan. Yalah aku dengan Aina kan dah janji tengah hari tadi.

Nope. Sebenarnya macam ni ceritanya, Aina suruh awak datang sini sebab nak satukan awak dengan saya. Maaflah sebab sepanjang kita kat sekolah, saya tak pernah tegur awak dan buat bodoh je depan awak. Saya nak mintak maaf sangat Tasha.” Rintihnya.

“Takpe Shahrul. Aku pun dah lupa semua tu.  Haa sebelum aku terlupa nah ambiklah ni.”
Shahrul sempat memesan dua potong kek vanila coklat pada waiter. “Thanks, saya bukak sekarang tau.” Getusnya lalu membuka balutan kotak hadiah itu.

Alangkah terkejutnya Shahrul apabila membuka kotak hadiah itu. Dia tak sangka yang Alya sanggup belikan hadiah ni khas untuknya. Dia juga yakin yang Alya sudah mula sukakannya. Mungkin kau dah cintakan aku, desis hati Shahrul.

“Mana awak beli hadiah ni? Buat sendiri ke tempah...” Soalnya. Nak tau aku bagi hadiah apa kat Shahrul? Hadiahnya ialah coklat dengan t-shirt I AM. Tau tak apa benda t-shirt I AM tu? Alah t-shirt trend sekarang tu...

“Mestilah tempah. Yang coklat tu aku beli. Susah payah tau aku beli semua ni khas untuk kau. Aku mengaku yang aku dah mula sayangkan kau. Aku cintakan kau Shahrul.” Ujarku tulus. Sebenarnya aku nak tukar panggilan aku. Yalah panggilan dia punyalah sopan. Awak saya wei!

“Saya dah agak dah. Awak mesti jatuh cinta punya kat saya macam mana saya jatuh cinta kat awak masa stalk awak dulu. Sebab tulah saya cari awak sampai Penang ni.”

“Eii perasan! Kalau aku tak jatuh cinta kat kau macam mana? Mesti kau couple jugak dengan si Tina tu atau Aina. Kalau kau suka Aina lagi best! Dia tu baik... Tak macam aku ni jahat. Kau stalk aku? Alah dekat facebook aku tu bukannya ada apa sangat. Setakat anime lepas tu gambar kucing je banyak” Getusku.

Pesanan sepotong kek vanila coklat dah pun sampai! Aku bila nampak kek, apa lagi terus ngaplah! Shahrul hanya memerhatikanku. Agaknya aku ni gelojoh sangat tu yang dia diam jek.

“Kalau saya tak jatuh cinta kat awak mungkin Allah swt temukan saya dengan orang lain. Saya memang pernah couple dengan Tina tapi takde jodoh. Mungkin jodoh saya dengan awak? Awak ni tak baiklah cakap macam tu... Saya dengan Aina tu kawan rapat je. Tak lebih dari tu. Kan saya dah pernah bagitahu awak dulu, hanya awak di hati saya.

Kalau saya dah suka seseorang tu, saya akan terima seadanya. Saya tak stalk facebook awak tapi...”

“Tapi apa?”

“Blog. Saya terjumpa blog awak kat dalam facebook awaklah haha. Kalau dah suka, pandai-pandai cari. First time saya jadi stalker tau.”

“Tasha... Awak dengar tak ni?” Desisnya. Aku masih leka dengan kek yang kumakan lantas Shahrul mencuit hidungku. Sesuka hati dia je...

“Dengarlah pak cik! Kek ni sedap sangat. Tu yang aku...”

“Bibir awak comot.” Getus Shahrul lalu mengelap bibirku dengan tangannya. Ya Allah Alya, machonya dia!

“Thanks....” Kataku seakan berbisik.

“Shahrul, sebenarnya ada benda penting aku nak bincang dengan kau ni. Aku harap kau tak marah.”
“Macam mana saya nak marah kalau awak belum cakap lagi. Lagipun saya bukan suka nak marah-marah orang.” Tukasnya.

“Minggu depan aku nak bertunang dengan abang Afiq.” Ujarku lurus.

“Apa awak cakap? Bertunang? Eh dia kan abang kandung awak. Mana boleh kahwin!” Getus Shahrul mula menyinga.

“Tak Shahrul. Panjang ceritanya. Actually abang Afiq anak angkat papa dengan mama aku. Mula-mula aku pun tak boleh nak terima kenyataan tapi nak buat macam mana. Dia bukan muhrim aku. Minggu depan kita orang kena bertunang secara paksa.” Terangku sebak.

“Habis tu awak nak saya buat apa?”

“Aku nak kau tolong aku batalkan pertunangan tu. Kita kan saling mencintai. Kau sanggup ke tengok aku bertunang dengan orang lain? Kalau kau sayangkan aku, kau batalkan pertunangan tu. Kalau tak, sampai bila-bila aku takkan maafkan kau. Sorry to saylah. Perangai aku memang ni. Aku tak macam perempuan lain yang suka serang-serang orang.”

“Saya pun tak sanggup nak lepaskan awak macam tu je. Insya-Allah kalau takde halangan saya akan batalkan pertunangan tu atau saya yang akan melamar awak tak lama lagi.” Gumam Shahrul.
“Okey.” Jawabku pendek.

Kata-kata Alya masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Betul ke dia nak bertunang atau dia sengaja nak jauhkan diri dari aku? Tak mungkinlah. Tasha cintakan aku sorang, takkanlah dia nak bertunang dengan orang yang dia dah anggap abang kandung dia sendiri. Mustahil, getusnya ketika di balkoni.

Dia memandang ke arah langit. “Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Aku tak mungkin lepaskan Tasha macam tu je...”

“Arul, kenapa ni?” Tegur kak Shahira dari belakang.

“Kak, dia nak bertunang dengan orang lain. Tapi... Rul tak sanggup nak lepaskan dia.” Getus Shahrul pada kakaknya.

“Siapa dia tu?”

“Alya Natashalah. Dia ada mintak tolong Rul batalkan pertunangan tu tapi Rul tak berani nanti ayah cakap apa pulak kan. Ayah bukan boleh kalau Rul buat kecoh kat pertunangan orang. Lagi-lagi family Tasha tu VIP. “ Bidasnya.

“Kalau akak pun tak berani nak buat macam tu. Tapi terpulang kat Rullah. Kalau Rul sayangkan dia, Rul batalkan jugak demi dia.”

“Tapi, macam mana kak? Nanti kalau Rul tak batalkan, Tasha takkan maafkan Rul sampai bila-bila. Masalahnya sekarang, Rul tak berani kak. Tak berani!” Bentak Shahrul.

“Macam ni lah dik, tak payah batalkan senang. Cari yang lebih baik dari dia. Allah swt kan sentiasa mempunyai rancangan yang indah untuk kita. So, biar jelah dia bertunang. Alah tunang je kut.”
“Okey. Kalau macam tu, Rul redha jelah. Biarlah Tasha nak fikir apa pasal Rul yang penting Rul nak dia tau yang Rul sentiasa sayangkan dia dan takkan lupakan dia walaupun dia dah berkahwin sekalipun. I will love her until Jannah...

“Macam tulah adik akak.” Puji kak Shahira lalu tersenyum nipis.