Skip to main content

Ohhh Stalker #9

Bab 9
Sejak Tina keluar dari sekolah ni, aku puas. Bukan apa, aku cuma lega sebab takde orang lagi yang nak mengutuk aku. Aku nak fokus dalam kelas pun senang. Shahrul pun tak ganggu aku lagi sejak aku tak bagi dia jumpa aku walaupun sekejap. Sekarang ni aku bahagia dengan hidup aku.

“Wei petang ni aku ingat, aku nak ajak kau beli buku rujukan. Lagipun bulan depan kita nak trial spm kan.” Ujarku pada Aina.

“Boleh jugak. Tapi tengoklah ayah aku bagi ke tak. Kau tu takpelah anak orang kaya...” Balas Aina.

“Alah kau ni... Senang lepas habis waktu sekolah ni, kita pergi nak? Nanti aku bawak kau pergi MPH yang dekat-dekat dengan supermarket tu. Bukan jauh pun...” Nak pujuk Aina ikut aku punyalah susah. Bila aku ajak dia, ada je alasan dia. Err...

“Yalah tapi janji sekejap je tau.” Desis Aina.

“Yalah mak cik!”

Tamat je waktu sekolah, aku terus menghidupkan enjin motorku lalu membonceng Aina. Kita orang cuma nak pergi MPH jek. Sambil-sambil tu boleh survey novel. Hehe...

Sampai di MPH, aku memakirkan motosikalku di depan Tutti Frutti. Korang jangan salah anggap pulak, aku bukan nak makan Tutti Frutti. Aku saja nak parking motor aku kat situ sebab MPH kat atas. Kiranya kedai kat sini dua tingkatlah. Terpaksa naik lif!

Aina dah lama hilang kat tempat novel sementara aku tengah sibuk cari buku rujukan. Si Aina ni memang tau. Tadi cakap dengan aku nak teman sekejap je. Alih-alih dia pulak yang menghilang dulu. Lama pulak tu. Buku rujukan ni pun satu. Hari tu ada kat rak ni.

Biarlah aku cari lama-lama sikit. Nak kenakan Aina...

Sedang aku cari buku rujukan, aku dapat rasakan yang ada seseorang sedang memerhatikanku. Siapa ek? Ni yang aku tak suka ni. Aku bingkas berjalan ke rak komik pula. Rak novel jauh lagi. Nasib baik buku yang aku nak beli tu ada.

“Tasha kan?” Tegur seseorang. Sejak bila pulak ada orang panggil aku dengan nama Tasha ni. Setahun aku, Shahrul sorang je yang panggil aku Tasha.

Aku terus mendongakkan kepalaku. Aku terkejut kerana orang yang sedang berdiri di depanku sekarang ialah Shahrul.

“Kau buat apa kat sini? Kau ikut aku eh?” Ujarku selamba.

“Taklah mana ada. Kebetulan saya nampak awak kat sini... Tadi saya lepak kat Tutti Frutti dengan Faiz, ternampak pulak awak dengan Aina. Sebab tu saya tegur awak. Saya bukan apa, saya cuma nak ajak awak datang rumah saya je. Ada kenduri tahlil arwah ibu saya.” Getus Shahrul jujur.

Alamak, malunya aku! Aku ingat dia ikut aku. Buat malu jek. Ohh baru aku tau yang Shahrul ni anak yatim. Sepanjang aku chat dengan dia dulu, dia tak pernah cakap pun yang dia anak yatim. Maafkan aku Shahrul, desisku di dalam hati.

“Selama ni aku ingat kau berpura-pura. Rupa-rupanya kau ni betul-betul baik. Maafkan aku wei...” Getusku perlahan.

“Kat sini rupanya kau Alya. Aku dah bayar dah pun novel yang aku nak beli tadi. Eh Shahrul, awak pun ada kat sini...” Sampuk Aina.

“Saya saja datang sebab nak jemput korang berdua datang rumah saya. Boleh kan Aina, Tasha?” Ujarnya.

“Datang rumah awak buat apa? Soal Aina sambil mengerutkan wajahnya.

“Ada kenduri tahlil arwah ibu saya esok. Esok kan hari Jumaat... Nanti lepas isyak, datanglah. Ayah saya memang suruh saya jemput kawan-kawan sekolah. Tadi saya lepak dengan Faiz pun sebab nak bagitahu dia pasal kenduri ni.”

“Okey awak! Nanti kita orang datang. Bye...” Getus Aina lantas menarik lenganku untuk ke kaunter pembayaran. Mesti Aina pelik tengok aku tak bayar-bayar lagi buku rujukan ni.

“Kau ni dah kenapa Alya? Dah jadi patung cendana dah? Cepatlah bayar buku rujukan tu. Aku nak balik cepat ni... Nak tolong mak aku masak.”

Aku tersentak sekaligus mematikan lamunanku. Kenapalah setiap kali Shahrul muncul di depanku, mesti jantung aku berdegup dengan kencang. Padahal aku dah nekad tak nak suka dia lagi disebabkan kejadian hari tu.

“Bayar jelah... Kau tunggu apa lagi.” Tukas Aina geram. Geram dengan sahabatnya yang sedari tadi mengelamun.

Selepas menghantar Aina ke rumahnya, aku terus balik. Balik je abang Afiq aku bising sebab aku balik lambat. Sepatutnya mama yang bising. Sibuk betullah abang ni!

“Kenapa balik lambat? Aku report kat papa baru tahu. Hari ni papa balik dulu dari kau tau. Habislah kau Alya...” Desis abang Afiq sambil mengejek.

“Eh kejap, selalunya papa out station kan? Hari ni tak pergi pulak?” Takut jugak aku kalau papa ada kat rumah. Kalau papa mengamuk, habis satu rumah ni dia marah.

“Hari ni papa balik awal sebab mungkin penat kut. Kau pergilah naik. Nanti kang papa turun tengok kau balik lambat, baru padan muka!” Getus abang Afq.

Tanpa menghiraukan abangku yang sewel ni, aku terus naik ke atas. Nasib bilik aku ni yang paling hujung. Kalau tak, nak belajar pun susah sebab abang aku ni suka bukak radio kuat-kuat dalam bilik dia!

“Alya, mama suruh kau turun makan. Dari tadi asyik duk berkurung dalam bilik je apehal...” Ujar abang Afiq dari luar bilikku.

Baru aku sedar yang aku ni tak mandi lagi sejak aku balik dari MPH tadi. Aku sempat mengerling ke arah jam dinding. Aduh aku terlepas maghrib lagi...


Aku bingkas masuk ke bilik air untuk membersihkan diriku yang berbau ni. Sebelum tu aku masih lagi berfikir nak pergi kenduri tahlil tu atau pun tak. Kena mintak kebenaran papa dengan mama dulu. Alah nanti turun makan, aku cakaplah. Bukannya Shahrul buat kenduri tu hari ni. Apalah kau Alya...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...