Skip to main content

Ohhh Stalker #17

Bab 17
Usai solat Subuh, aku tidak dapat melelapkan mata kerana sepanjang malam aku menangis. Ternyata aku memang susah nak terima kenyataan yang aku ni tunang abang Afiq.

Sebenarnya hari ni aku plan nak cari kerja kosong. Aku tak nak sedih lama-lama nanti kang diri aku ni tak terurus. Lebih baik aku cari kerja. Hilang tekanan aku kat rumah.

Aku keluar je dari bilik, terserempak dengan abang Afiq. Abang Afiq pantas mengukirkan senyuman padaku. Eii geli pulak aku tengok senyuman dia ni. Selalunya bila terserempak dengan dia je mesti nak gaduh!

“Err Alya nak pergi mana?” Soalnya. Barulah nak berbaik dengan aku. Siap panggil nama lagi. Kalau dulu nak dengar dia panggil nama aku punyalah susah.

“Alya ingat nak keluar kejap lagi. Nak cari kerja kosong.” Ujarku.

“Haa sebelum abang terlupa, semalam papa suruh ikut dia pergi ofis. Katanya nak suruh Alya masuk kerja.”

“Ohh yalah. Thanks sebab bagitahu.” Aku bergegas turun ke bawah untuk naik kereta dengan papa. Bila fikir-fikir balik, ikut jelah papa pergi ofis. Senang tak payah nak cari kerja lain. Membazirkan duit minyak je nanti!

“Betul Alya nak kerja dengan papa ni? Dulu papa tengok, Alya macam tak suka.” Getus papa.

“Betullah papa. Dah papa tengok Alya ikut papa ni kan? Mestilah nak kerja. Alya malas nak cari kerja lain.” Ujarku selamba sambil mengunyah roti kacang.

“Baguslah kalau Alya nak kerja dengan papa. Nanti balik boleh suruh abang Afiq ambik. Dia kan dah jadi tunang Alya. Lagipun nanti abang Afiq nak bukak bisnes dia sendiri.”

“Tengoklah kalau Alya nak tumpang dia. Kalau dia sibuk, Alya boleh balik sendiri. Kan Alya ada motor.” Aku sengaja cari alasan.

Yang aku hairan sekarang ni abang Afiq. Dia nak bukak bisnes apa? Banyak duit dia...
“Bisnes apa pa?” Soalku.

“Bisnes produk kecantikkan. Mungkin bulan depan agaknya dia bukak bisnes tu. Papa tau dalam fikiran Alya mesti tertanya-tanya kat mana abang Afiq dapat duit kan untuk buat bisnes tu.”
“Macam tau-tau je papa ni.”

“Taulah. Alya kan anak papa. Abang Afiq kamu tu kan ada simpan duit dia sendiri. Papa pun tak keberatan melaburkan duit untuk produk dia tu.”

“Yalah papa... Anak kesayangan kan.”

Setelah sampai ke ofis papa, aku jalan beriringan dengan papa. Ni lah kali kedua aku menjejakkan kaki kat ofis papa ni.

“Farah, nanti sediakan bilik untuk anak saya eh. Mulai esok Alya akan bekerja di syarikat kita.” Ujar Dato’ Alif pada setiusahanya.

“Baiklah Dato’.” Jawab setiusaha papa pendek.

“Papa, Alya nak keluar kejap. Nak ambik angin.” Aku saja bagi alasan sebab malas nak ikut setiusaha papa tu. Nanti mulut dia bising.

“Okey nanti Alya jangan lupa tengok bilik Alya tau. Papa sediakan khas untuk anak kesayangan papa sorang ni. Papa naik atas dulu. Nanti apa-apa hal, Alya boleh contact kak Farah eh.” Getus papa lalu bergegas masuk ke dalam lif.

Aku baru nak melangkah keluar, tiba-tiba ada seseorang melanggar aku dari depan. “Kau buta ke hah?!” Jeritku. Malu aku sebab semua orang kat sini sedang memerhatikanku.

Sorry, saya tak sengaja.” Kata lelaki itu. Alangkah terkejutnya aku apabila memandang lelaki itu. Rupa-rupanya Shahrul? Ya Allah, apa dia buat kat sini...

Aku masih tak berganjak dari situ. “Awak okey?” Ujarnya lagi. “Ehem...” Aku sempat berdehem kerana tangannya sedari tadi memaut lenganku.

“Maaf. Saya betul-betul tak sengaja tadi sebab saya nak cepat. Ada temu duga dengan Dato’ Alif.” Getusnya.

“Apa? Dia nak temu duga dengan papa aku? Maknanya dia mintak kerja kat sinilah. Habislah kalau dia satu kerja dengan aku. Dia masih tak perasan yang ni aku.” Ujarku bermonolog di dalam hati.

It’s okay. Aku pergi dulu.” Getusku lalu mengatur langkah keluar dari ofis. Shahrul terkejut apabila mendengar suaraku. Belum sempat aku keluar, dia pantas menarik tanganku ke dalam dakapannya. Bergetar jantungku apabila Shahrul memelukku di depan orang ramai. Aduh malunya!!!

“Saya masih tak faham kenapa awak tak nak maafkan saya sampai bila-bila. Tasha, maafkan saya sebab tak dapat batalkan pertunangan awak sebab saya redha awak bukan jodoh saya dan saya sedar saya tak sempurna macam abang Afiq.” Ujarnya seakan berbisik. Kenapa aku biarkan dia peluk aku? Kenapa aku tak berdaya nak tolak dia...

Aku dah tak terkata apa lantas memeluknya erat. Biarlah orang nak kata apa. Memang benar aku takkan maafkan dia tapi sebenarnya tu semua aku saja nak uji dia. Aku nak tengok sejauh mana dia sayangkan aku. Air mataku pantas mengalir kerana aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia lagi.

“Awak Shahrul Faiq yang nak temu duga tu kan?” Tegur Farah pada Shahrul. Agaknya setiusaha papa perasan yang dari tadi kita orang berdrama kat sini. Aku bingkas menolak Shahrul lalu meminta diri untuk keluar.

“Alya, saya dah sediakan bilik awak. So, awak boleh tengok bilik awak sekarang nanti esok senang tak payah tanya saya lagi kat mana bilik awak.” Getus kak Farah kepadaku. Aku hanya menganggukkan kepalaku lantas melangkah ke lif.

“Saya pun mintak diri dulu. Kat mana ek pejabat Dato’ Alif?” Soal Shahrul.

“Awak ikut je Alya tu. Bilik dia dekat-dekat dengan Dato’.” Tukasnya.

Aku mempercepatkan langkahku kerana bimbang Shahrul mengejarku. Yalah dia nak temu duga dengan papa kan? Mesti lalu depan bilik aku.

“Tasha!” Laung  Shahrul kuat memanggilku. Aku dah agak. Mesti dia kejar aku punya. Cepat Alya... Faster! Faster! Faster!

Namun aku gagal untuk melarikan diri darinya. Shahrul lagi pantas mengejarku lalu menarik tanganku sehingga tudung bawalku senget-benget dibuatnya. Aku ni memang suka cari pasal, dah tahu tudung aku ni sensitif lagi berlari macam orang gila!

“Awak masih tak jawab soalan saya tadi. Kenapa awak tak nak maafkan saya sedangkan awak sendiri tau yang saya masih cintakan awak dan saya sayangkan awak walau apa pun yang terjadi. Saya sanggup matilah Alya Natasha...” Bidasnya macam orang gila talak sambil menggenggam tanganku erat.

“Shahrul, buat masa ni aku tak nak jawab soalan kau! Lepaskan aku, sakitlah...” Desisku merayu pada Shahrul.

“Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak jawab soalan aku.” Jawabnya kasar. Ya Allah... Shahrul ni dah kenapa berubah jadi kasar pulak. Macam kena rasuk setan pun ada jugak. Mama tolong!

“Lepaskan dia...” Getus satu suara yang amat garau. Alamak papa nampak pulak. Matilah aku kali ni. Ni semua dia punya pasal! Shahrul pantas melepaskan tanganku.

“Awak Shahrul Faiq yang nak temu duga tu kan? Macam ni lah Shahrul, awak tak payah temu duga sebab saya ada out station kat China selama dua minggu. Saya bagi awak jawatan akauntan jelah eh sebab saya percaya yang awak amanah dalam tugas ni.” Ujar Dato’ Alif serius pada Shahrul.

“Apa Dato’? Akauntan? Tapi saya tak minat akaun walaupun saya belajar akaun dulu. Saya cuma nak mintak kerja kerani sebab setiusaha Dato’ sendiri yang tawarkan kat laman web. Tolonglah Dato’ saya tak nak jadi akauntan.” Rayu Shahrul.

“Okey kalau itu yang awak nak, terpulang. Kalau awak nak sambung belajar cakap dengan saya sebab saya tau umur awak baru 18.” Getus Dato’ Alif lagi.

“Baiklah Dato’. Pasal tadi, maafkan saya sebab saya betul-betul tak sengaja.” Bidas Shahrul membela dirinya.

“Takpe. Mulai esok awak boleh mula bekerja di sini. Selamat datang ke syarikat kami Shahrul.”  Tukas papa sambil bersalaman dengan Shahrul.

Aku pantas memotong cakap papa sebab kenapa papa nak pergi out station cepat sangat sedangkan aku baru nak masuk kerja esok. Aku masih tak tau apa-apa lagi.

“Habis tu macam mana dengan Alya papa? Alya tak tau benda lagi pasal perniagaan ni. Siapa nak ajar Alya selain papa.” Tukasku.

“Kak Farah kan ada sayang... Papa dah amanahkan kak Farah kamu untuk ajar kamu selok-belok tentang syarikat ni. Jangan risau kak Farah tak makan orang.” Ujar papa.


Memanglah kak Farah tu tak makan orang tapi mulut dia bising macam burung murai! Nanti ada je yang tak kena. “Yalah papa....” Getusku.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...