Thursday, 8 January 2015

Ohhh Stalker #12

Bab 12
Aku sedari tadi mendiamkan diri kerana malu nak berhadapan dengan Shahrul. Walaupun aku bersama Aina, tetap malu jugak. Yalah Aina saksi perbualan aku dan juga lelaki itu. Sebenarnya aku rasa sunyi jugak tanpa dia. Aku dah jatuh cinta ke kat dia? Hmm entahlah...

“Alya... Alya!” Teriak Aina memanggilku. “Kau mengelamun apa? Esok kita ada temu janji Add Math dengan Sains! Shahrul dengan Faiz dari tadi tunggu kau ajar kita orang add math. Kau nak belajar ke tak ni...” Omel Aina.

Aku ketawa sinis lalu mengambil buku latihan Add Mathku dan juga buku rujukan Sains yang kubeli hari tu. Lantas aku menunjukkan satu persatu jalan kerja dari buku latihanku pada dia orang. “Wei Alya, aku tak fahamlah apa yang kau ajar ni. Cuba slow sikit...” Getus Faiz.

“Aku slowlah ni. Senang aku ajar sorang-soranglah dulu. Mula-mula aku ajar Aina lepas tu kau, lepas tu...”

Aku terkejut melihat kemesraan Aina dan juga Shahrul. Rapatnya dia orang sedangkan aku asyik nak mengelak dari dia je. Macam pasangan kekasih pun ada jugak.

“Woi Alya, kau nak ajar aku ke tak ni? Dari tadi asyik duk pandang Shahrul dengan Aina je... Ohh aku tau, kau cemburu eh... Mengaku jelah yang kau tu cemburu.” Desis Faiz.

Merah padam muka aku apabila Faiz menuduh aku sebegitu. Ada ke dia cakap aku cemburu? Eh tolong sikit. Takkanlah aku nak cemburu dengan kawan baik aku sendiri..
.
“Cepatlah Alya! Dahlah aku nak baliklah macam ni. Buang masa aku je datang sini.” Rungut Faiz lalu mengajak Shahrul untuk balik ke rumah.

Tiba-tiba air mataku menitis. Aku ni bukan senang nak menangis depan orang. Aku pantas mencapai sapu tanganku untuk mengelap air mataku.

“Kau tengok, Alya dah nangis. Kau punya pasallah ni. Pergilah balik... Belajar Add Math sorang-sorang.” Getus Aina lalu memujukku.

“Aku tak nangislah. Memandai je kau ni Aina.”

Aku tengok Shahrul buat bodoh je lantas dia bersuara, “Dia nak ambik perhatianlah tu sebab takde orang layan dia. Sebab tu dia nangis. Faiz, jomlah balik.”

“Tau takpe kau. Mengada je lebih. Taulah anak orang kaya!”

Sampai hati Shahrul cakap aku nak ambik perhatian? Aku nangis sebab Faiz tinggikan suara kat aku bukan sebab nak ambik perhatian. Tapi betul ke Shahrul dah benci aku... Sungguh aku tak nak semua ni jadi sebab sekarang aku cintakan dia. Terbalik pulak ek. Mula-mula dia cintakan aku lepas tu dia bencikan aku.

Cinta vs benci. Agaknya dia nak cuba benci aku kut. Dahlah aku malas nak buat ramalan sendiri. Baik aku hantar Aina balik dulu.

Setelah menghantar Aina, aku sempat singgah si Petronas untuk mengisi minyak. Maklumlah aku ni kedekut sikit nak isi minyak walaupun ni motor aku sendiri. Hehe...

“Kau dah gila ke senyum sorang-sorang?” Tegur Tina.

“Eh Tina. Lama tak jumpa kau. Kau sekolah kat mana sekarang?”

“Kau tak payah sibuklah Alya. Wei ambiklah nasi goreng ni. Aku nak balik cepat ni...” Tukas Tina lantas masuk ke dalam kereta siapa entah. Malas nak ambik tau. Yang aku nampak, ada sorang lelaki yang memandu.

Ketika di rumah, aku terus meletakkan nasi goreng yang diberikan oleh Tina tadi di atas meja. Kenapa tiba-tiba Tina bagi aku nasi goreng ni sedangkan dia benci sangat kat aku? Akulah musuh utamanya. Aku rasa macam tulah. Entah-entah dia ada niat jahat tak? Tapi aku tengok tadi dia macam kelam-kabut nak balik sebab tu dia bagi.

Alah makan jelah. Lagipun perut aku dah berkoroncong hebat dah ni! Nak tunggu mama balik, lambat. Baik aku makan...

Tanpa berfikir panjang aku terus membuka nasi goreng itu dan makan dengan lahap. Kalau abang Afiq nampak ni mesti dia ejek aku budak pelahap!


No comments: