Skip to main content

Sebenarnya...

Assalamualaikum guys !

Sihat tak? Hihi. Ira just nak share pasal novel yang Ira baru buat hari tu. Alah novel yang Cinta vs Benci tu... Cerita yang mengisahkan Alya seorang gadis yang brutal macam aku. Haha. Mula2 dia suka kat Shahrul lama-lama dia benci. Dia benci ada sebab tau. Kalau nak tau sebab apa, bacalah novel tu dalam blog ni atau di Ilham Karangkraf.

Sebenarnya novel tu banyak kisah dan pengalaman Ira sendiri. Macam mana Ira kena hadap orang yang bash Ira semua, macam tulah si Alya hadap kat dalam novel tu. Sama jek kisah dia. Ada crushh, kena bash dengan budak Hot. Kalau korang nak tau, Ira pernah tau kena bash, kutuk macam Alya tu. Ira kena masa form 1.

Kelakar jugak bila ingat zaman form 1 macam mana Ira nak hadap kawan-kawan Ira dulu. Kena sabotaj lah. Sebab tu Ira terfikir nak buat novel Cinta vs Benci ni. Cuma Ira pandai2 lah buat cerita yang Shahrul ni suka stalk laman sosial dia. Sebab tulah jatuh cinta. Hee >< Yang tu Ira malas nak cerita sebab tu hanya orang yang cantik aje tau. Shahrul yang dalam novel ni handsome tau. Dalam khayalan Iralah.

Sesuailah dengan Alya Natasha yang cantik tapi brutal. Kasar2 gitu. Ira paling suka watak Alya dengan Ainalah. Walapun Alya ada masalah, Aina susah payah cari jalan untuk bersihkan nama kawan baik dia tu. Dia orang ni kawan dah macam adik beradik dah. Senang cerita, Aina sanggup buat apa je demi kebahagiaan kawan baik dia, Alya.

Kalau realiti, ada ke kawan macam Aina tu? Hmm entahlah. Ira sendiri tak tau nak ckp macam mana. Nak kata ada tapi suka tikam kawan dia dari belakang. Nak kata takde, huk aloh merapu pulak kau Nad. Memang ramai kawan makan kawan kat dunia ni. Sebab tulah Ira suka lonely. Hihi. Ira harap satu hari nanti adalah Allah swt bagi kawan yang betul2 baik untuk Ira. Ceh!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...