Skip to main content

Ohhh Stalker #8

Bab 8
Aku terkesima melihat taman yang dihiasi pelbagai jenis bunga mawar dan ada seseorang yang sedang menghampiriku sambil memegang sebuah kotak yang berbentuk hati.

Aku lihat dia seperti mahu mengucapkan sesuatu sambil menarik lenganku lalu dia membawaku ke tepi tasik. Wajahnya mirip sekali dengan Shahrul. Serius aku tak pernah lagi pergi ke tempat yang indah macam ni. Aku rasa tenang sangat. Adalah dua tiga ekor angsa sedang berenang-renang riang di dalam tasik.

Betul ke sekarang ni aku ada kat sini dengan putera kacak ni? Aku kat syurga ke sekarang ni... Tapi bila difikirkan balik, layak ke manusia yang banyak dosa macam aku ni masuk syurga? Hmm. Lelaki yang di sebelahku masih tersenyum manis. Kotak merah yang berbentuk hati masih lagi dalam pegangannya. Apa isi dalam kotak tu ek?

“Alya...” Panggilnya perlahan. Aku terdengar namaku dipanggil. “Tasha...” Aik sekejap Alya, sekejap Tasha. Siapa yang sebenarnya panggil aku ni? Lelaki ni ke orang lain...
“Alya bangun...” Laung Aina sambil memercikkan setitis air ke mukaku. Aku terus sedar dari pengsan. Rupa-rupanya aku bermimpi. Syukur alhamdulillah aku masih bernafas di dalam bumi Allah swt ini.

“Aina aku kat mana?” Soalku sambil mengesat mataku dengan sapu tangan. Aku memandang sekeliling. Ohh aku masih kat sekolah sebab aku nampak Cikgu Rahimah di sebelahku.

“Kau kat bilik rawatan, masih kat sekolah. Tadi masa aku jumpa kau kat depan surau, aku terkejut tengok kau pengsan. Kebetulan Cikgu Rahimah lalu kat situ. Dia terus telefon doktor suruh datang check kau. Kau dah tahu ada gastrik lagi tak makan... Risau aku tau.” Getus Aina prihatin.

“Ni cikgu ada belikan nasi ayam berempah untuk kamu Alya. Cikgu risau kalau apa-apa terjadi kat kamu. Kamu kan anak murid cikgu. Kalau cikgu telefon parent kamu nanti takut parent kamu busy. Jadi, biar kami yang bertanggungjawab atas kamu.” Ujar Cikgu Rahimah lalu menyuapkan aku nasi ayam berempah yang dibelinya.

Mujur ada  Aina dan Cikgu Rahimah. Ternyata ada juga insan yang menyayangiku selain family aku.

“Mintak perhatian semua! Dengar sini baik-baik. Saya Shahrul Faiq bin Samad dari kelas 5 Sains 2 ingin membuat satu pengakuan. Status yang Tina Erlisa update semalam tentang Alya Natasha sama sekali tak betul. Alya tak bersalah dalam hal ni. Kita orang memang lepak sama-sama semalam tapi tak buat apa-apa pun. Sumpah demi Allah...” Terang Shahrul di atas pentas.

Beraninya dia. Sekarang kan sepatutnya waktu balik. Aku terkejut juga tiba-tiba ketua pengawas suruh kita orang semua berkumpul. Rupa-rupanya pasal aku dan juga Shahrul.

“Bohong! I nampak dia sentuh-sentuh Alya semalam. Alya pun semacam suka aje.” Jerit Tina.
“Kau ada bukti ke Tina? Shahrul terus membangkang sambil memanggil saksi iaitu Aina, kawan baikku.

“Dia takde bukti guys. Tina ni penipu! Alya dah cerita semuanya kat saya tadi. Sebenarnya dalangnya ialah dia sendiri. Dia saja buat status murahan supaya korang semua sanjung dia. Percayalah kawan saya Alya, takkan buat kerja terkutuk tu semua. Itu semua kan dosa besar. Hanya orang yang takde agama je berani buat macam tu.

Walaupun saya tak nampak kejadian semalam tu, tapi saya percaya yang Alya ni baik orangnya. Korang sendiri tau kan, perangai Alya macam mana. Ala-ala brutal gitu. Takkanlah dia nak buat kerja tak senonoh macam tu. Saya harap korang tak terpedaya lagi dengan diva ni.” Ujar Aina terus-terusan membelaku.

“Alah nak cerita pasal agama konon. Kau tu baik sangat ke? Kubur lain-lainlah. Dah terang-terang aku yang sound dia orang semalam. Aku tau lah dia orang buat apa. Siap...”

Belum sempat Tina menfitnahku lagi, Cikgu Rahimah pantas menampar pipinya. “Awak jangan nak fitnah orang sebarangan ya. Awak tak tau ke yang fitnah tu dosa besar? Kalau macam ni lah perangai awak sebagai pelajar baru, dari awal sepatutnya saya tak terima awak masuk kat sekolah ni.

Pelajar semua, hari ni jugak cikgu buang Tina Erlisa dari sekolah ni. Sekolah ni berprestasi cemerlang... Tina ni sepatunya tak payah sekolah. Dah pandai sangat, suruh parent hantar awak pergi sekolah swasta. Kat sana bebas.” Terang Cikgu Rahimah panjang lebar.

Aku lega kerana dia orang membelaku. Ramai yang sudah meminta maaf kepadaku termasuklah Faiz. Faiz berasa serba salah sangat sebab tuduh aku yang bukan-bukan. Tulah siapa suruh percaya status yang bukan-bukan.  

Kesian jugak aku tengok Tina. Mesti keluarga dia malu sebab Tina kena buang sekolah. Baru masuk dah kena buang. Tina sedari tadi pandang aku tak puas hati. Dia menghampiriku lalu menjeling tajam padaku.

“Disebabkan kau aku kena buang sekolah. Hei perampas, kau dahlah rampas Shahrul dari aku. Tak pasal-pasal tadi aku kena tampar dengan Cikgu Rahimah. Kau tau tak, aku buat semua ni sebab Shahrul. Aku nak Shahrul balik. Aku akan balas dendam. Ingat, kau masih ada hutang dengan aku.” Bentak Tina lalu bingkas keluar dari pintu pagar.

Aku baru nak rasa simpati kat dia. Alih-alih datang dekat bagi warning kat aku. Ingat aku takut ke apa? Selagi aku ada Allah, selagi tu aku tak takut dengan kaulah Tina Erlisa.

Sampai di rumah, Tina terus menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Dia sedang memikirkan bagaimana cara untuk memusnahkan hidup Alya.

“Anak mami yang sorang ni kenapa?” Tegur Maria sambil menyediakan minum petang untuk anak perempuannya.

Tina pantas mencapai biskut dan segelas air fresh orange yang dihidangkan oleh maminya. Dia mengunyah dengan lahap lalu tergigit lidah. “Aduh! Ni mesti ada yang mengata aku ni...” Getus Tina.

“Mami cakap dengan Tina macam cakap dengan tunggul pulak. Dari tadi mami tengok Tina balik, resah semacam je. Cuba cakap kat mami, apa masalah Tina? Tina ada masalah ke kat sekolah?”

Nothinglah mami... Mami, petang ni Tina nak keluar boleh?” Tina sengaja tak nak bagitahu maminya yang sebenarnya dia sudah dibuang sekolah.

“Pergilah Tina. Macam tak biasa pulak dengan mami. Selalunya kan Tina keluar macam tu aje, nanti balik pukul 1 ya?” Sindir Maria.

“Tengoklah hari ni nak balik pukul 1 ke tak. Mami, Tina nak...” Belum sempat Tina menghabiskan kata-katanya Maria terus mengeluarkan dua keping not lima puluh ringgit.

Disebabkan Maria terlalu memanjakan anak perempuannya, Tina selalu pergi ke club dan mabuk. Sebelum ni Tina pernah juga mengajak Shahrul, tapi Shahrul menolak habis-habisan. Sebab itulah sekarang Tina bebas berfoya-foya dengan lelaki lain di club.

“Assalamualaikum...” Ucap Shahira memberi salam di depan rumah bekas kekasih adiknya.
“Waalaikumussalam, eh akak. Ada apa datang rumah Tina ni? Masuklah...” Pelawa Tina.

“Takpelah Tina. Akak duduk luar je. Akak datang pun cuma nak bagi amaran kat kau. Kau dah putus dengan adik akak kan? Kalau boleh akak tak nak kau ganggu hidup dia lagi. Tolong lupakan dia. Akak tau kau ni liar dan kau dengan mak kau sama jek. Suka menyusahkan hidup orang lain.” Ujar Shahira sambil mengetap bibirnya.

Habislah Tina... Sekali kena ‘terapi’ dengan Kak Shahira memang berbisa. Dulu bolehlah dia berpura-pura baik di depan keluarga Shahrul. Sekarang semuanya sudah terbukti kerana kebodohannya sendiri.

“Yalah kak. Tina takkan ganggu hidup Shahrul lagi.” Jawab Tina. Takkan ganggu? Ni Tinalah. Dia akan terus-terusan menggoda Shahrul supaya kembali ke pangkuannya. Tunggulah Shahrul, aku akan dapatkan kau tak lama lagi, desisnya.

“Betul ni kau takkan ganggu hidup Shahrul lagi? Kalau akak dengar Shahrul mengadu apa-apa lagi pasal kau Tina, siap kau. Aku report polis supaya kau sedar.” Getus Shahira lalu masuk ke dalam keretanya. Dia pantas menekan minyak dan terus pulang ke rumah.

Just wait and see kak Shahira, desis hatinya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...