Skip to main content

Ohhh Stalker #2

Bab 2

Bedebuk! Adoi sakitnya badan aku ni. Habis buku-buku teks aku terjatuh kat dalam longkang. Kurang asam betullah budak yang langgar aku ni. Aku baru nak letak beg aku kat dalam kelas. Dah budak ni menyibuk. Geram betul aku. Isy!

“Sorry. Saya tak sengaja tadi. Lagipun gelap. Saya tak nampak awak lalu tadi. Sorry eh...” Ujar budak lelaki yang melanggarku tadi. Dua kali dia mintak maaf kat aku. Aku masih tak nampak muka dia sebab gelap. Yalah aku memang selalu datang awal kat sekolah. Pengawaslah katakan. Kenalah datang awal.

Dia sempat mengutip buku-buku teks aku yang jatuh kat dalam longkang tadi. Baik jugak dia. Jarang aku tengok budak-budak lelaki yang nak tolong aku macam ni. Siapa dia ni? Aku pantas mendonggakkan kepalaku untuk melihat siapa gerangan prince charming yang dah tolong aku ni. Ayat, tak boleh blah langsung!

“Takpe. It’s okay.” Jawabku sambil tersenyum nipis memandangnya. Handsome jugak mamat ni. Fulamak kalau siapa dapat dia ni untung!

“Thanks tau sebab dah tolong.” Ujarku lagi. Nak panggil dia apa ek? Nama dia pun aku tak tahu... Aku mencari-cari jugak nametag dia tapi tak ada.

“No problem. Lagipun saya yang langgar awak tadi kan. Jadi apa salahnya saya tolong awak. Awak ni pengawas eh kat sekolah ni? By the way, saya Shahrul. Dan awak?”

“Taklah alien. Mana kau tahu aku ni pengawas? Ohh Shahrul. Nama aku Alya Natasha. Just panggil Alya je.” Getusku.

“Okey Alya Natasha... Sedap nama awak. Boleh saya panggil awak Tasha? Sebab saya tahu mesti ramai orang kat sini panggil awak Alya kan. Tahulah. Saya nampak pin yang kat tudung awak tu tulis ‘pengawas’.”

Tasha? Aku tak biasa betul orang panggil aku dengan nama tu. Dia ni memang peliklah. Dahlah aku tak pernah nampak muka dia kat sekolah ni. Entah-entah hantu tak? Mama tolong...

“Ohh ya ke? Okey Tasha.. Bolehlah nama aku jugak. Kau ni budak baru ke kat sini? Sebab sebelum ni aku tak pernah nampak kau kat sekolah ni. Ataupun aku yang tak perasan kau dah lama kat sini.” Tukasku pada Shahrul.

“Haah saya baru kat sini. Sebab tulah saya tak tau lagi jalan kat sekolah ni. Saya main redah aje sampai terlanggar awak. Awaklah orang pertama yang saya jumpa. Sebenarnya semalam saya daftar dan hari ni cuma masuk kelas terus. Kebetulan jumpa awak. Boleh tunjuk kelas sekali. Hehe...” Terang Shahrul.

Aku tak perasan yang aku jalan beriringan dengan dia. Tengoklah nanti, Shahrul ni mesti hot punya bila masuk sini. Yalah muka handsome macam korea. Rambut pergh! Aku jamin mesti ramai perempuan suka dia. Aku haraplah dia ni tak bergaul dengan orang yang salah. Orang pertama yang dia jumpa ialah aku. Bangga beb!

“Kau kelas apa?” Tanyaku lurus. Shahrul sempat merenung anak mataku. Jantung aku tiba-tiba bedegup. Kau dah kenapa Alya... Masa nilah jantung aku ni nak buat hal.

“5 Sains 2...” Jawab Shahrul. Lah dia ni sebelah kelas aku rupanya. Kelas aku 5 Sains 1, so dekatlah.
Sedang aku jalan beriringan dengan Shahrul, tiba-tiba Aina datang menyapaku. Dia mengajak aku untuk bertugas di perhimpunan.

“Wei Alya. Jomlah bertugas kat perhimpunan. Kau dah sarapan ke belum ni? Kalau belum, ni aku ada bawak roti coklat.” Ujar Aina.

“Thanks Aina. Jomlah nanti lambat pulak. Haa sebelum aku terlupa, ni ada budak baru dari kelas 5 Sains 2. Nama dia Shahrul...” Kataku. Shahrul pantas mengukirkan senyuman pada Aina.
“Ohh patutlah dating eh. Apapun salam kenal. Nanti ada masa kita boleh buat study group sama-sama.” Tukas Aina sambil menarik lenganku.

Aku termenung sendirian di kantin. Aku tak tahulah sejak aku terserempak dengan Shahrul pagi tadi, aku semacam suka aje kat dia. Betul ke perasaan aku ni? Jangan Alya... Kau kena ingat tak semua lelaki boleh layan kita dengan baik. “Haa, mengelamun je tau kerja kau. Ingat siapalah tu...” Usik Aina lalu meletakkan sepinggan mi goreng di depanku.

“Mana ada aku ingat siapa-siapa. Aku just fikir pasal spm kita je. Aku risaulah wei... Dahlah tahun ni soalan spm banyak soalan KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.” Ujarku tenang. Bab-bab tukar topik aku memang terer!


“Kau ni bukan boleh percaya. Alih-alih cerita pasal spm. Dahlah makan cepat sikit. Kejap lagi nak bertugas.” Getus Aina.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Unive...