Friday, 18 December 2015

Kecewa .

Assalamualaikum...

Kecewa? Yes aku kecewa sangat dengan perangai manusia ni. Aku ada ke takde sama je. Macam aku ni tak wujud je bagi dia orang... Sebenarnya aku cuma nak cakap yang sekarang ni aku dah banyak lost contact dengan kawan kawan lama aku. Aku still pakai nombor lama tapi dia orang? Dia orang tukar nombor tak bagitahu aku pun. Sadis. Sekurang kurangnya bagi lah nombor kat aku.

Kalau korang nak tau, aku tak pernah pun lupa korang. Aku sentiasa ingat. Aku rasa korang dah lupa aku kot. Yelah dah dapat ramai kawan baru kan. Mana nak ingat aku kat sini. Sekarang ni aku memang dah takde kawan baik. Kawan yang betul betul boleh dengar semua masalah aku. Yang boleh ada dengan aku bila aku senang atau susah. Serius aku dah tawar hati nak ada kawan. Biarlah aku tak ada kawan. Senang sikit.

Tapi kadang kadang aku dah penat nak pendam semua ni. Pendam semua rasa yang aku tak puas hati. Aku cemburu bila ada orang yang ada kawan baik ni. Yang tak mengata kawan dia dari belakang. Macam cerita cik cinderella dengan encik tengku tu. Jee selalu dengar semua masalah Puteri. Aku? Tak ada siapa pun yang nak dengar weh. Haih... Aku selalu doa kat Allah swt supaya aku dapat kawan macam tu.

Aku harap Allah swt gantikan semua kesedihan aku dengan kebahagiaan. Aku tau semua yang jadi kat aku ni ada hikmahnya. Aku teringin sangat nak bahagia macam orang lain. Bahagia dengan keluarga aku pun dah cukup sebenarnya :)

Saturday, 14 November 2015

My Crazy Tutor #6



"Remember when..."

Bab 6

Seperti yang telah dijanjikan, Fayyad membawa Anis ke tempat pertama dia bertemu dengan Syaza iaitu di pantai Morib. Di situ, Fayyad menceritakan segala-galanya tentang hubungannya dengan Syaza kepada Anis. Dalam diam Anis cemburu dengan perwatakan Syaza. Perwatakan gadis itu sungguh berbeza dengannya.

“Saya dah faham sekarang. Awak masih cintakan dia kan? Sebab tulah awak tak boleh nak lupakan dia sampai sekarang. Maaflah kalau saya cemburu dengan awak berdua.” Ujar Anis sambil bermain dengan pasir.

“Tak apa.”

“Tapi kan awak, baik awak lupakan je dia. Anggaplah Syaza tu sebagai kisah silam awak sebab kalau awak mengharap kat dia pun tak guna sebab dia dah pergi buat selama-lamanya. Awak kena selalu doakan roh dia tenang kat sana.” Kata Anis lalu mengusap bahu Fayyad.

Air mata Fayyad mengalir. Anis cuba mengelap air mata itu dengan ibu jarinya. “Awak tak boleh macam ni Fayyad. Awak kena kuat. Saya tahu arwah mesti bahagia tengok awak sentiasa senyum.”

“Terima kasih Anis sebab bagi dorongan kat aku. Kau pulak pernah ada kekasih?”

“Err saya? Saya popular dan ramai jugak yang nak kat saya tapi semuanya menyakitkan hati saya je. Baru hari tu saya putus dengan teman lelaki saya. Dah setahun kita orang couple tapi dia buat hal jadi kita orang putuslah. Cinta monyet memang macam tu kan awak?” Ujar Anis.

“Kau... Popular? Haha kau ni bukannya cantik sangat pun ramai yang nak. Lainlah aku ni terlajak kacak. Tapi serius Anis, aku tak boleh lupakan Syaza. Dialah cinta pertama aku.”

“Isy awak ni. Cemburulah tu saya popular kat sekolah. Saya tahu macam mana nak lupakan dia. Awak buat benda yang awak tak pernah buat dan cuba tarik nafas dan hembus... Insya-Allah awak boleh lupakan dia.

Fayyad senyum nipis. Sebelum pulang ke rumah, Fayyad singgah ke tanah perkuburan. Dia capai yasin dan mengatur langkah ke tanah perkuburan Syaza. Patutlah sebelum masuk kereta tadi dia ambil wuduk kat tandas.

Kebetulan ada selendang berwarna merah di belakang kereta. Anis pantas mencapainya dan menutup kepalanya. Dia turun dari kereta.



Anis melabuhkan punggungnya di sebelah Fayyad. Fayyad yang khusyuk membaca yasin itu terkejut melihat Anis memakai selendang yang hendak dihadiahkan kepada Syaza dulu. Dia tak sempat nak hadiahkan selendang tu kepada Syaza kerana gadis itu meninggal sebelum hari jadinya.

“Setia betul dia kat awak. Sebenarnya saya cemburu dengan awak. Maafkan saya sebab dalam diam saya sukakan kekasih awak, Fayyad. Saya betul-betul mintak maaf kerana perasaan ni datang secara tiba-tiba. Saya harap awak tenang dan bahagia kat sana.” Desis Anis di dalam hati.

Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Anis meletakkan selendang itu kembali ke tempat asalnya namun Fayyad memegang lengannya. “Kenapa?”

“Kau ambik jelah selendang itu.”

‘Eh tak naklah. Maaf sebab saya tak cakap dengan awak nak pinjam tadi. Mungkin mak awak punya.”

Fayyad menggeleng kepalanya. “Tak ada siapa punya. Kau ambik aje. Sebenarnya selendang tu aku nak bagi arwah dulu tapi dia meninggal sebelum hari jadi dia. Nak buat macam mana kan aku simpan jelah dalam kereta ni.”

Anis mengetap bibirnya. Dia lipat selendang itu lalu dia simpan di dalam beg sandangnya.

“Terima kasih banyak-banyak.”

****
Hari ni Syasya mengajak Anis ke panggung wayang Mid Walley untuk menonton filem seram. Sebenarnya Anis tidak mahu ikut kerana dia baru pergi ke situ tiga hari lepas dengan Fayyad.

Tak apa hari tu, dia tak tengok wayang. Hampir satu jam mereka menunggu bas tambang. Tiba-tiba datang sebuah kereta Honda yang tak diundang. Anis sudah tahu siapa pemiliknya. Siapa lagi kalau bukan Fayyad, si Crazy Tutor!

“Hai korang. Nak pergi mana?” Sapa Fayyad sambil senyum sinis.

Anis buat muka menyampah manakala Syasya tersengih. “Kita orang nak pergi tengok wayang kat Mid Valley.” Kata Syasya.

“Naiklah...”

“Jomlah Anis. Dari kita tunggu bas tambang yang tak sampai-sampai, baik tumpang prince charming kau ni.” Seloroh Syasya. Dengan selambanya dia duduk di seat depan. Katanya sekali-sekala nak duduk sebelah prince charming!
Sepanjang perjalanan, Syasya ternampak mata Fayyad yang sekali-sekala memandang cermin menghadap belakang. Dia tahu Fayyad mesti ada perasaan kat Anis. Anis yang duduk di belakang langsung tidak memandang Fayyad mahupun Syasya. Dia hanya melayan lagu-lagu kegemarannya di Ipod.

“Awak suka kat kawan saya eh? Kalau tak kenapa dari tadi saya perasan mata awak asyik pandang cermin tu.” Ujar Syasya selamba.

“Mana ada. Saya nak pastikan sama ada dia selamat atau tak.” Balas Fayyad sengaja mengelak.

“Jangan nak tipu sayalah. Awak selalu datang sekolah jemput Anis lepas tu sekarang awak cuba nak nafikan perasaan awak kat dia? Saya dah masak sangat dengan perangai lelaki ni.” Ujar Syasya.

Anis membuka Ipod dari telinganya. Kenapalah masa ni jugak Ipod ni nak buat hal? Dia memukul Ipodnya itu. Kali ni langsung tak boleh dengar. Isy, bosan!

“Awak tak jawab lagi pertanyaan saya tadi.” Kata Syasya membuatkan Anis cemburu. Apa yang dia orang tengah bincang tu? Padahal Syasya bukannya rapat sangat dengan Fayyad.

“Saya memang tak ada perasaan kat dia. Selama ni saya anggap dia sebagai anak murid saya je.”

“Awak cikgu tusyen dia ke?” Soal Syasya lagi.

“Tak, saya cuma tutor dia.”

Anis mengetap bibir. Dia tersentap dengan kata-kata Fayyad.

“Kau ni dah kenapa Syasya? Kenapa kau paksa dia macam tu? Memang betul Fayyad tutor aku dan kita orang memang tak ada apa-apa hubungan selain tu.”

“Awak dengar tu. Anis sendiri mengaku yang dia pun tak ada perasaan kat saya.”

Syasya tergamam. Dia bermonolog. “Korang jangan nak tipu. Aku tahu korang mesti suka sama suka. Cuma tak nak mengaku.” Desisnya di dalam hati.

****
“Awak nak ikut kita orang tengok wayang ke?” Soal Anis kepada Fayyad. Dia hairan kerana Fayyad turun dari kereta bersamanya dan Syasya.

Fayyad mengangguk. Mereka bertiga terus mengatur langkah ke dalam panggung wayang Mid Valley. Fayyad dan Syasya membeli tiket manakala Anis mahu membelikan pop corn dan air coke.
Anis sengaja tak mahu mendekati Fayyad. Dia tahu mesti Fayyad tak boleh nak lupakan arwah Syaza lagi.

Semasa menonton filem seram, suara orang ramai menjerit-jerit termasuklah Syasya. Anis tidak menjerit malah dia hanya mengunyah pop corn. Sedang dia mahu ambil lagi pop corn, tangannya digenggam erat oleh Fayyad. Dia memandang wajah Fayyad.

Anis ingin melepaskannya tetapi tangan Fayyad selesa menggengam tangannya. Fayyad memandang Anis. Mata mereka bertatapan lagi. Dia cuba berlagak tenang dan kembali menonton filem seram itu. Tiba-tiba adegan menakutkan di mana hantu di dalam filem itu membunuh dengan kejam membuatkan Anis memeluk lengan Fayyad.

Fayyad memandang Anis dan mengukirkan senyuman manis. Anis meminta izin untuk pergi ke tandas. Sebenarnya dia tidak selesa dengan perlakuan Fayyad yang tiba-tiba baik dengannya.

Fayyad juga pergi ke tandas. Dia menunggu Anis dari luar tandas. Fayyad bingung. Dia bermain dengan perasaannya sendiri. Pada mulanya dia mahu mempermainkan gadis ini saja tetapi semakin lama perasaannya semakin tidak mahu kehilangan Anis.

“Fayyad? Awak buat apa kat sini?” Soal Anis terkejut melihat Fayyad berdiri di luar tandas.

“Aku... Aku...”

Seorang kanak-kanak perempuan telah melanggar Anis. Fayyad pantas memeluk gadis itu. Dia merenung Anis dengan perasaan semacam.

“Saya pergi dulu.” Kata Anis perlahan.

Selepas menonton wayang, mereka pergi ke food court kerana perut masing-masing sudah berkeroncong. Mana mungkin makan pop corn dan minum air coke saja sudah kenyang.

“Anis tolong belikan aku chicken chop. Aku malaslah nak berjalan.” Pinta Fayyad. Kening Anis terangkat. Tadi baik ni suruh aku belikan pulak, desisnya.

“Kejap wei, belikan air jus epal sekali. Nah beli pakai duit saya je. Korang simpan je duit korang tu okey?” Getus Fayyad sambil menghulurkan empat not lima puluh ringgit.

“Dia tu biar betul Anis? Setakat nak beli makanan je bagi dua ratus? Kaya betul...” Desis Syasya.

“Dia memang macam tu.”

Fayyad makan chicken chop itu dengan gelojoh. Selalu tegur Anis makan gelojoh dan comot. Kali ni dia pulak berperangai sebegitu.
“Syasya, awak nak join kita orang tak pergi Genting Highland minggu depan? Awak jangan risau, ramai yang ikut nanti. Anis, Puan Aisyah, Arif dan awak.” Ujarnya.

“Wah seronok tu pergi Genting Highland. Mestilah nak join.”

“Baguslah awak join. Lagi ramai, lagi seronok.”

Sebenarnya Fayyad mahu melupakan kenangannya bersama Syaza sebab itulah dia mengajak mereka pergi bercuti ke Genting Highland. Malam ini dia akan menempah tiket ke sana awal-awal.








My Crazy Tutor #5


Bab 5

Cuti sekolah bermula...

Pagi Sabtu yang sungguh indah. Anis sengaja tidak tidur selepas solat Subuh kerana hatinya sudah tidak sabar lagi mahu keluar dengan Fayyad. Mana tahu kali ni keluar dengan tutornya lagi seronok dari keluar dengan kekasih cinta monyetnya sebelum ni. Membosankan!

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Seperti biasa kalau mahu keluar berjalan, Anis akan bersiap lebih awal. Dia hanya mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar jeans. Rambutnya dibiar lepas.

Anis capai beg sandangnya kemudian dia melangkah ke dapur untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh ibunya.

“Nak keluar dengan siapa?” Tegur Puan Aisyah sambil menyapukan nutella di atas roti untuk anak perempuannya.

“Dengan Cikgu Fayyadlah. Cuti sekolah dua minggu, minggu lagi satu dia nak bawak kita pergi bercuti kat Genting Highland. Tu yang Anis tak sabar nak tunggu minggu lagi satu tu.” Ujar Anis.

“Kau biar betul, Anis?” Soal Puan Aisyah. Kali ni hatinya pula yang tidak sabar.

“Betullah. Buat apa Anis nak tipu. Dah Cikgu Fayyad yang cakap macam tu.”

“Wah, kalau macam tu ibu kena buat persediaan ni. Ibu nak masak pelbagai jenis makanan sebelum pergi sana.”

“Ibu pulak yang excited.”

“Mestilah. Kita mana pernah jejak sana lagi.”

Telefon Anis berbunyi. Nama Crazy Tutor terpampang di skrin telefonnya. Dia pantas menjawab panggilan itu.

“Dah siap belum? Aku dah sampai kat bawah ni.” Ujar Fayyad.

“Kejap lagi saya turun.”

“Cikgu kau dah sampai ke?” Soal Puan Aisyah.

“Dah. Ibu, Anis pergi dulu tau.” Ujar Anis lantas dia mengucup tangan ibunya.

Sepanjang dalam perjalanan ke Mid Valley, suasana di dalam kereta sunyi sepi. Dengan selamba, Anis memasukkan CD lagu kegemarannya di dalam radio. Dia rancak menyanyikan lagu-lagu yang dimainkan.

Telinga Fayyad berdesing apabila mendengar lagu-lagu yang dimainkan itu. Dia sememangnya tidak suka mendengar lagu rancak. Kalau lagu romantik tak apalah jugak. Ni buat sakit telinga je dengar. Dia pantas menutup radio itu.

“Alah... Kenapa awak tutup? Bosanlah dari tadi sunyi aje.” Ujar Anis sambil mencebikkan bibir.

“Suka hati akulah nak tutup ke, nak bukak ke. Kau sibuk kenapa? Ni kereta aku, aku punya sukalah. Memekak je!”

Sampai di Mid Valley, Fayyad masuk ke banyak kedai baju dan minyak wangi. Dia tak buat pilihan semasa membeli malah dia hanya ambil dan lontar kepada Anis. Keluar dari kedai-kedai itu, Anis memegang banyak beg plastik. Dah penuh ni sampai tak cukup tangan nak pegang!

“Awak nak pergi mana lagi? Saya dah tak cukup tangan ni.” Omel Anis lantas terduduk di atas lantai. Dia malas mahu mengikut langkah lelaki ini lagi. Ternyata keluar dengan Fayyad lebih membosankan!

“Ikut jelah. Kau jangan nak buat malu aku boleh tak? Kau bangun sekarang atau kau nak aku dukung kau.” Muka Fayyad merah akibat menahan malu. Baru dia nak sentuh pinggang Anis, Anis pantas bangun.

Setelah penat berjalan, akhirnya Anis duduk di atas bangku yang disediakan. Fayyad membeli dua aiskrim. Satu untuknya, satu lagi untuk Anis.

“Nah...”

“Terima kasih. Baik jugak awak ni.”

Anis makan aiskrim vanila itu dengan gelojoh berbanding Fayyad. Fayyad memandang gadis itu sambil menggeleng kepalanya. “Comotnya kau makan.”

Lantas Fayyad ambil tisu dan lap bibir Anis yang comot dengan aiskrim itu. Anis merenung anak mata Fayyad. Hatinya sudah cair. Kalau Syasya tengok adegan ni, satu sekolah kecoh!

Fayyad leka mengelap lalu dia mendekati wajah Anis. Anis menutup matanya. Wajah Fayyad semakin dekat. Kemudian dia membisikkan sesuatu. “Lain kali makan sopan sikit.” Katanya lalu menunjal perlahan kepala Anis.

“Kau ingat aku nak buat apa? Nak cium kau? Eii tak inginlah.” Getus Fayyad.
Anis mencebik lalu dia menumbuk lengan Fayyad.

“Kau ingat sakit?”

Anis menjelirkan lidahnya. Dia ingin meninggalkan lelaki itu sendirian namun Fayyad pantas menarik tangannya. Dia jatuh dan kini dia berada di dalam pelukan lelaki itu.. Mata mereka bertatapan seketika. “Syaza, saya rindukan awak.” Ucap Fayyad perlahan.

Belum sempat dia mahu mengucup bibir kekasihnya itu, Anis pantas menolak wajah lelaki itu. “Siapa Syaza?” Soalnya lalu dia duduk jauh dari Fayyad.

Fayyad tersedar dari lamunannya. Dia tidak sedar bahawa gadis yang berada di depannya ialah Anis Kirana bukannya Syaza.

“Maafkan aku. Aku betul-betul tak sedar tadi.” Ujar Fayyad.

Anis senyum nipis. Dia mendekati Fayyad sambil mengusap bahunya. “Saya faham perasaan awak.”

“Anis, aku rindukan dia.” Bidas Fayyad lantas dia letak kepalanya di atas bahu Anis.

“Siapa dia tu? Syaza?”

Fayyad mengangguk perlahan. Air matanya mengalir deras. Setiap hari dia memikirkan tentang Syaza. Dia terlalu cintakan gadis itu sehingga tidak dapat melupakannya.

“Awak, janganlah nangis. Kalau awak nangis, nanti saya nangis jugak.” Kata Anis sambil menghulurkan tisu kepada Fayyad.

“Aku tak boleh cerita pasal arwah Syaza sekarang. Nanti kalau ada masa aku cerita pasal dia.” Gumam Fayyad sebak.

“Dia dah meninggal?”

“Dah setahun dia meninggal.”

“Oh maafkan saya sebab tak tahu. Semoga roh arwah tenang kat sana.”

“Tak apa, Inya-Allah.”

Tepat pukul 4 petang Fayyad menghantar Anis pulang ke rumah. Kenangan yang paling dia tak boleh lupa masa Fayyad nangis! Menangis depan dia pulak tu. Mesti arwah Syaza itu baik orangnya sehingga Fayyad tidak dapat melupakannya sehingga sekarang.










My Crazy Tutor #4


Bab 4

 “Anis!!!” Laung Syasya dari jauh. Anis yang sedang membeli makanan di kantin itu terbantut mahu beli makanan. Si Syasya ni kalau panggil dari jauh ni tak lain tak bukan mesti ada gosip terbaru.

“Apa?” Jawab Anis malas.

Syasya menarik tangan Anis. Kemudian mereka pergi ke padang.

“Kau ni dah kenapa?” Soal Anis lalu dia menjamah keropok lekor yang dibelinya.

“Impian kau akan jadi kenyataan wei! Aku nampak prince charming kau tu datang semalam. Handsome gila... Muka macam pelakon korea. Untung kau Anis dapat dia. Siapa nama dia?” Getus Syasya beria-ria mahu tahu pasal lelaki yang menjemput Anis semalam.

“Si Fayyad gila tu? Dia bukan prince charming aku tapi tutor aku. Err dia tu baik jugak orangnya.”

“Gila-gila pun handsome! Dia tutor kau? Wah, untunglah kau hari-hari dapat tengok muka dia. Tutor lama-lama jadi kekasih. So sweet!”

Anis senyum. Betul ke? Kalau ada jodoh yalah! Tapi takkan dia nak bagitahu Syasya yang dia dah jadi kekasih kontrak Fayyad selama tiga bulan. Biarlah Syasya tahu sendiri. Dia dahlah kaki gosip!

****
Selalunya sebelum pulang ke rumah Anis akan duduk berborak dengan Syasya dan juga kawan-kawannya yang lain. Dia tidak jangka yang Fayyad akan datang dan menarik tangannya lagi. Semua kawan-kawannya termasuklah Syasya ternganga melihat kejadian itu.

“Awak nak bawak saya pergi mana? Malu saya tau!” Omel Anis sambil berpeluk tubuh.

“Tunggu dan lihat.” Fayyad hanya tersenyum sinis.

Fayyad membawa Anis ke apartmennya. Mata Anis terbeliak melihat keadaan apartmen ini. Bersepahnya! Dia ni pemalas betul nak kemas rumah.

“Saya nak buat apa?” Soal Anis.

“Macam dalam kontrak. Semua kerja aku, kau kena buat. Kemas rumah ni sebelum pukul empat petang. Aku akan datang balik dan cakap dengan ibu kau kita tak ada kelas hari ni. Seronoknya ada kau.”
“Okey.”

“Kau jangan nak mengeluh! Aku akan bagi upah lepas semua kerja siap.”

Anis menyanggulkan rambutnya kemudian dia letak beg sekolahnya di atas sofa. Dia pantas mengemas sisa-sisa makanan di atas meja. Sebelum menyapu dan mengemop, Anis membuka radio. Sudah menjadi kebiasannya membuat sesuatu kerja sambil mendengar lagu.

Setelah siap, Anis mengutip baju-baju kotor lantas dia memasukkan ke dalam mesin basuh. Ni mesti seminggu tak basuh!

Dia sempat menjamah biskut chipsmore sementara menunggu baju siap dibasuh. Apabila baju siap dibasuh, dia menjemur di ampaian. Anis memandang jam di dinding. Dah nak pukul empat!

Anis lega kerana semua tugasnya siap. Seperti yang dijanjikan, Fayyad pulang dan nampak Anis tertidur di atas sofanya. Dia menolak bahu gadis itu. Anis terjaga dari tidur. Dia mengesat matanya.

“Boleh saya balik sekarang?” Soal Anis.

Fayyad menghulurkan dua not lima puluh ringgit kepada Anis. “Terima kasih.” Kata Anis lalu bergegas keluar dari apartmen itu.

Petang itu Anis balik dengan teksi. Malas nak tunggu bas tambang. Kurang asam punya Fayyad! Bukan nak hantar aku balik, desisnya.

Hari ni Anis terpaksa berjaga semata-mata mahu menyiapkan kerja sekolahnya. Dengan kerja yang diberi oleh tutor lagi. Telefonnya berbunyi. Lantas dia mencapai telefonnya. Dia lihat skrin. Crazy tutor!

Dia nak apa telefon aku malam-malam buta ni? Mengacau betul, getus Anis.

“Assalamualaikum. Belum tidur lagi?” Sapa Fayyad dalam talian.

“Waalaikumussalam. Belum, kenapa? Nak kacau saya lagi? Jangan harap!” Jawab Anis sambil mendengus kasar.

“Aku bukan nak kacau kau Anis... Tapi aku cuma nak ingat kan kau yang esok dah mula cuti sekolah penggal pertama.” Katanya.

Anis sempat mengerling kalendar di dinding biliknya. Esok? Cuti sekolah? Haahlah. Kenapa aku boleh tak ingat ni...

“Jadi? Awak nak saya buat apa?”
“Kau dah lupa plan kita sepanjang cuti sekolah ni. Seminggu...” Belum sempat Fayyad meneruskan kata-katanya Anis pantas menyampuk.

“Seminggu ikut awak pergi shopping dengan tengok wayang. Seminggu lagi awak nak bawak saya dengan ibu saya pergi bercuti kat Genting Highland.”

“Haa pandai pun kau. Esok aku jemput kau kat rumah kau.”

“Hmm...” Jawab Anis malas. Dia pantas matikan talian. Matanya sudah betul-betul mengantuk. Baru nak tidur telefon bimbitnya berbunyi lagi tanda ada mesej masuk.

Kau dh nk tido ke?

Yalah! Good night tuan Fayyad...

Good night.

Anis peluk telefon bimbitnya. “Tak sabarnya!” Jerit hatinya.




P/s : 

Ekceli Ira buat novel ni banyak diaptasikan dari filem 100 days with Mr. Arrogant ni. Sumpah filem ni best! Walaupun filem lama tapi best! Ira dah tengok beratus kali... Berulang ulang pulak tu. Banyak pengajaran yang boleh kita ambik dari filem ni hihi



My Crazy Tutor #3









Bab 3

Kali ni Anis betul-betul buat kereta Honda milik Fayyad calar. Apa aku nak buat ni? Kalau dia perasan kereta dia calar ni, habis aku nanti!

“Kenapa muka kau nampak takut sangat ni?” Sapa Syasya.

“Tadi aku main basikal Ain lepas tu aku terlanggar kereta Honda tu. Aku tengok ada kesan calar sikit. Aku takutlah pemilik dia marah.” Ujar Anis sambil menunjukkan kesan calar di kereta itu.

“Biarkan jelah. Kau kenal ke dengan pemilik kereta Honda tu?”

Anis diam. Fikirannya bercelaru. “Ke...” Belum sempat dia meneruskan kata-katanya Fayyad muncul. Dia melihat kesan calar di keretanya. Teruk betul ni, getus Fayyad.

Dia pantas menarik tangan Anis lalu masuk ke dalam kereta Hondanya. Syasya terganga apabila melihat Anis pergi dengan lelaki kacak itu. “Impian kau akan jadi kenyataan, Anis. Prince Charming kau betul-betul wujud!” Desisnya.

Sampai di restoran mewah, Fayyad masih memegang tangan Anis. Dia membawa gadis itu ke bahagian belakang sekali.

“Kenapa awak bawak saya pergi sini?” Soal Anis tercengang melihat keadaan restoran mewah ini.

Fayyad memesan pelbagai menu kepada pelayan restoran itu dan mengeluarkan sekeping kertas. Dia menghulurkan kertas itu kepada Anis. Anis mengerutkan wajahnya lalu dia ambil kertas itu. Dia baca satu persatu perkataan yang tertera di kertas itu.

“Apa ni?” Soal Anis.

“Kontrak.”

“Kontrak apa?”

“Aku nak kau jadi kekasih aku dalam masa tiga bulan ni. Lepas tiga bulan kita putus. Tapi masa kau jadi kekasih aku nanti jangan nak senang lenang pulak eh. Banyak kerja yang kau kena buat macam yang dah tertulis kat dalam kontrak tu. Kalau kau tak nak ikut jugak, kau kena bayar ganti rugi kereta aku tu.” Terang Fayyad angkuh sekali.

“Mana boleh macam tu! Awak tutor saya... Saya mana boleh jadi kekasih awak. Lagi-lagi awak buat kontrak yang entah apa-apa tu. Kenapa awak buat semua ni?”


“Sebab kau pelajar. Aku tahu kau tak ada duit nak bayar ganti rugi kereta aku tu. Harga dia RM 5000, kau sanggup ke nak bayar? Lagipun aku dah lama tak puas hati dengan kau sejak dari pertama kali kita kenal lagi. Cepatlah tanda tangan kontrak tu!”

Anis hanya mendiamkan dirinya. Lantas dia ambil pen dari begnya untuk menandatangani kontrak itu. Makanan yang dipesan oleh Fayyad sampai. Dia hanya melihat Fayyad makan. Banyaknya makanan... Kenapa dia tak bagi aku satu pun, getus Anis.

“Apa pandang-pandang? Nak ke?” Soal Fayyad sambil senyum sinis.

Anis mengangguk. Lantas Fayyad memesan makanan untuknya. Kali ni lagi banyak!

“Kenapa kau tengok je semua makanan tu?” Soal Fayyad.

“Saya rasa saya tak boleh habiskan semua tu.” Jawab Anis.

“Aku tak kira, habiskan semua atau aku mengadu kat ibu kau yang kau dah calarkan kereta aku. Kalau aku mintak ganti rugi, kau tak sanggup nak bayar.”

“Yalah-yalah saya habiskan semua ni.”

Lantas Anis menghabiskan semua makanan yang ada di depan matanya. Perutnya sudah betul-betul kenyang. Fayyad menghantarnya pulang ke rumah. Dia tumpang solat zuhur di rumah Anis. Sementara menunggu gadis itu bersiap untuk belajar, dia keluar sekejap ambil angin di tasik yang berdekatan dengan apartmen Anis.

Setelah siap, Anis keluar dari biliknya sambil memegang buku-bukunya. Dia memandang ruang tamunya. Kosong dan sunyi sepi. Tak ada orang pun? Mana pergi dia ni...

Dia menjerit memanggil ibunya yang sedang sibuk di dapur. “Ibu, mana pergi tutor Anis?”

“Dia kata nak pergi ambil angin kat tasik. Kejap lagi dia sampailah tu.” Balas Puan Aisyah.

Anis mengusap dadanya berulang kali. Dia merenung buku-bukunya. Malasnya nak belajar waktu panas macam ni. Si Fayyad tu boleh lagi ambil angin kat tasik tu? Tak patut betul! Telefon bimbitnya berbunyi tanda sms masuk.

Hari ni kita belajar kat tasik.

Mesej dari Fayyad. Anis sengaja menukar nama kenalannya dari My Tutor ke Crazy Tutor kerana tak tahan dengan perangai gila lelaki tu! Selalu buat dia stres...

Isy, tak naklah. Kat tasik tu panaslah...

Datang sini sekarang jugak atau aku mengadu kat ibu kau pasal kereta aku yang calar tu.

Haa, yalah-yalah!

Anis mendengus. Dia singgah ke dapur untuk mengucup tangan ibunya. “Nak pergi mana dengan beg, buku-buku ni?” Soal Puan Aisyah. Selalunya anak perempuanya ini akan keluar dengan kawan-kawannya saja. Buang tabiat ke sampai bawak beg sekolah dengan buku?

“Nak pergi belajar kat tasiklah ibu. Cikgu Fayyad suruh Anis datang sana.”

“Kalau macam tu pergilah. Jangan tak belajar pulak kat sana. Apa-apa ibu telefon cikgu kau tu ya...” Kata Puan Aisyah lantas membekalkan nasi goreng kampung.

“Untuk apa ni ibu?”

“Ibu saja masak lebih untuk bagi kau makan dengan cikgu kau tu. Ni air milo panas. Jimat sikit duit tak payah nak beli kat sana.”

“Hmm...” Jawab Anis lalu mengatur langkah keluar dari apartmennya. Malasnya nak pergi tasik!

Sampai di tasik, dia nampak Fayyad sedang mengelamun seorang diri di depan tasik. Dia tidak mempedulikan lelaki itu lalu dia melabuhkan punggungnya di pondok kecil. Dia mengeluarkan buku rujukannya.

Hatinya tidak tenang mahu belajar kerana melihat keadaan Fayyad yang sedari tadi mengelamun seorang diri. Kenapa dengan dia tu? Baru putus cinta ke... Anis mendekati Fayyad lantas menyapa lelaki itu dengan selamba.

“Awak ni kenapa? Dari tadi saya tengok awak mengelamun sorang-sorang kat sini? Baru putus cinta eh... Saya sedia mendengar kalau awak sudi nak kongsi kan masalah awak.” Ujar Anis.

Fayyad diam. Tiada sebarang respon.

Hati Anis panas membara lalu dia mengetuk perlahan kepala lelaki itu sambil senyum sinis. “Sakitlah... Kau ingat kepala aku ni batu ke!”

“Padan muka awak! Siapa suruh diam dari tadi...”

Fayyad mencubit lengan Anis. “Aku diam ada sebab. Kau jangan kacau aku boleh tak?”

“Hello, awak tu tutor saya. Saya dari tadi tunggu awak mengajar saya.”

“Minggu depan cuti sekolah kan? Kau ada plan apa-apa tak?” Soal Fayyad serius.

“Tak ada kut. Kenapa? Awak nak bawak saya pergi jalan-jalan ke... Boleh jugak!”

“Cuti sekolah dua minggu kan? Seminggu kau ikut aku pergi shopping dan tengok wayang, seminggu lagi aku nak bawak kau pergi Genting Highland dengan ibu kau sekali. Nanti dia fikir lain pulak. Amacam?”

Anis diam. Dah lama juga dia tak pergi makan angin! Seronoknya...

“Jangan nak berangan awal-awal. Aku buat semua ni sebab suka-suka je. Kau jangan ingat aku syok kat kau.”

“Eii siapa yang fikir macam tu, perasan...” Mata Anis sengaja dijulingkan ke atas. Menyampah!

“Manalah tahu kau fikir macam tu. Lagipun aku tak inginlah nak suka kat budak sekolah macam kau ni. Kau bukan taste aku...”

“Apa-apa jelah!”

Petang itu Anis belajar subjek fizik dan kimia. Hampir pecah kepalanya kerana satu jam menghafal formula dan dipaksa siapkan latihan selama tiga puluh minit! Fayyad ni memang betul-betul dah gila.

“Saya nak balik! Saya penatlah dari tadi asyik belajar aje. Bosan awak tahu tak!” Getus Anis lalu dia menutup semua buku-bukunya.

“Anis Kirana, kau tahu tak masa aku belajar dulu tiga jam! Kau ni baru belajar satu jam dah nak merungut. Macam mana nak berjaya kalau malas...” Omel Fayyad.

“Esok jelah sambung. Saya betul-betul dah penat ni.”

“Suka hati kaulah Anis. Kalau keputusan kau teruk jangan nak salahkan aku.”

Anis senyum lalu dia mengeluarkan bekal nasi goreng kampungnya bersama air milo panas. Tadi panas sekarang dah sejuk. “Fayyad, makanlah... Ibu saya sengaja masak lebih untuk kita makan.”

Fayyad capai bekal itu. Nasi goreng kampung itu mengingatkannya kepada seseorang yang amat disayanginya dulu.

****
“Awak, makanlah nasi goreng kampung tu. Saya masak yang paling istimewa untuk awak.” Ujar Syaza kepada teman lelakinya, Fayyad.

Fayyad capai bekal nasi goreng kampung itu. Dia jamah sedikit. “Sedap awak masak. Syaza, dah setahun kita couple. Tapi perangai awak tetap tak berubah. Kenapa awak masih nak layan kawan-kawan lelaki awak tu?”

“Apa yang awak cakap ni Fayyad? Dia orang semua kawan saya jugak tapi saya tak pernah ada perasaan kat dia orang! Dahlah tak payah makan nasi tu. Bukan nak terima kasih orang masak.”

“Okey terima kasih. Tapi awak tahu kan saya ni kuat cemburu. Awak jauh kan lah diri awak tu dari dia orang.”

“Saya peduli apa. Saya lebih suka kawan dengan lelaki dari kawan dengan perempuan. Fayyad, saya sayangkan awak sangat-sangat. Saya tak nak kehilangan awak. Saya dah penat nak bergaduh dengan awak. Kalau awak nak tahu selama ni saya bahagia dengan awak. Kalau boleh saya nak kahwin dengan awak.”

Fayyad diam lalu dia menggenggam erat tangan Syaza. “Saya pun sayangkan awak sebab tulah saya tak nak tengok awak rapat dengan kawan -kawan lelaki awak. Papa dengan mama saya pun dan berkenan dengan awak. Saya janji akan melamar awak minggu depan.”

Syaza merapatkan mukanya di dada Fayyad. “Saya sentiasa cintakan awak Tengku Fayyad bin Tengku Farid dan saya janji bila dah jadi isteri awak saya akan jadi isteri yang paling baik dan solehah untuk awak.”

****
Kata-kata Syaza masih terngiang-ngiang di fikirannya. Dia amat mencintai gadis itu tetapi sayang dia pergi buat selama-lamanya dan tak akan kembali lagi. Disebabkan itu hatinya tidak pernah terbuka untuk mana-mana perempuan sampailah dia bersama dengan seorang gadis mentah yang bernama Anis Kirana.

“Awak, awak...” Ujar Anis sambil menampar muka Fayyad perlahan. Fayyad terus kembali di alam nyata. Rupa-rupanya tadi dia hanya mengelamun.

“Jom balik.”

Fayyad mengangguk. Entah kenapa, sejak bertemu dengan Anis hatinya sering berdebar-debar. Dia seperti tidak mahu melepaskan gadis itu begitu saja.






















My Crazy Tutor #2


Bab 2

Mata Fayyad sedari tadi menatap skrin komputer ribanya. Sudah seminggu dia mengiklankan jawatan sebagai private tutor di blognya. Tapi sampai sekarang tiada respon. Dia terpandangkan komen di bawah post itu. Dia terkejut melihat pertanyaan dari wanita yang umurnya lebih kurang 40-an itu. 

Encik boleh mengajar dengan baik ke?

Insya-Allah boleh. Kenapa puan tanya ni?


Saja sebab anak perempuan saya nak SPM tahun ni. Dia tu susah sikit nak diajar...


Tak apa puan. Saya dah biasa mengajar pelajar yang nak ambil SPM.


Baguslah kalau macam tu.


Kemudian wanita itu menghantar alamat rumahnya melalui e-mel. Fayyad terpaksa berbohong kerana kini susah mahu cari kerja! Lagi-lagi papanya tidak suka melihat dia menganggur di rumah.

Fayyad yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam perniagaan itu mungkin dapat mengajar dengan baik. Insya-Allah aku boleh, desisnya.


****
Seperti biasa Anis pulang ke rumahnya dengan wajah kusut. Dia tidak mahu memberitahu ibunya tentang keadaan di kelas pagi tadi. Sungguh malu apabila mengenangkan dirinya dirotan akibat tidur di dalam kelas fizik. Malunya!

Apabila sampai di kawasan apartmenya, dia terkejut melihat sebuah kereta Honda yang terletak di parking. Macam pernah nampak kereta ni, getus Anis.

Dia pantas mendaki tangga dan mengatur langkah ke rumahnya. Anis memberi salam dengan sopan lantas mengucup tangan ibunya yang sedang menyapu.

“Awal balik hari ni?” Ujar Puan Aisyah.

“Hari ni tak banyak kereta. Tu yang Anis jalan cepat.” 

Bau nasi ayam menusuk hidungnya. “Ibu masak nasi ayam eh?” Soalnya. Kebetulan perutnya sudah berkeroncong.

“Hmm...” 


Baru setapak Anis melangkah masuk ke dalam rumahnya, dia terlanggar seseorang. Seseorang itu seperti sudah biasa dilihat. Kacaknya...

“Kau?” Soal lelaki itu. Terkejut melihat Anis. 

“Awak? Kenapa awak boleh ada kat rumah saya ni?” Anis lagi terkejut melihat lelaki ini. Lelaki semalam yang langsung tidak tahu berbudi bahasa. Geramnya bila teringat pasal kejadian tu!

“Ibu! Siapa dia ni...” Laung Anis.

“Ibu lupa nak kenal kan tutor kau. Kenal kan ni Cikgu Fayyad, cikgu ni anak perempuan saya Anis Kirana.” Ujar Puan Aisyah sambil tersenyum sinis.

Anis mengetap bibirnya. Dia pantas menuju ke biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. “Kenapa dia tutor aku? Isy menyakitkan betul!” Omel Anis sendirian. Selepas mandi dan solat asar, dia mencapai buku-bukunya lalu duduk di ruang tamu. Nasib baik di rumahnya mempunyai meja khas untuk belajar. ‘Meja orang Jepun...’

“Belajar elok-elok. Ibu nak sambung masak untuk berniaga esok.” Getus Puan Aisyah lalu pergi ke dapur untuk menyambung tugasnya.

Puan Aisyah sempat menyediakan air oren dan goreng keropok lekor untuk anak perempuannya dan juga Cikgu Fayyad.

“Cakap dengan aku subjek apa yang kau lemah?” Ujar Fayyad sambil merenung anak mata Anis.

“Semua.” Jawab Anis jujur.

“Semua? Bodohnya kau ni. Jarang aku jumpa budak perempuan yang malas belajar macam kau.”

“Cikgu ni boleh tak cakap tu guna bahasa yang elok-elok sikit? Kasar sangat!” Omel Anis. Mulutnya sedari tadi mengunyah keropok lekor.

“Nak elok macam mana lagi? Dengan kau je aku kasar macam ni. Kalau aku tahulah kau anak murid aku, aku tak ingin nak mengajar.” Desis Fayyad sambil menjeling matanya.

“Cakap tu baik sikit eh. Ibu saya bayar cikgu tau! Nanti saya mengadu kat ibu saya biar padan dengan muka cikgu.” 

“Okey, okey... Tapi aku tak selesalah kau panggil aku cikgu.”

“Habis nak panggil apa?”

Fayyad senyum sinis. “Panggil je aku Fayyad. Aku tak suka orang panggil aku cikgu. Nampak macam aku ni tua sangat. Umur aku baru dua puluh lima tahun. Muda kan?” Ujarnya lalu mengenyitkan mata.

“Hahaha. Mudalah sangat!”

“Okey sekarang ni aku nak ajar kau subjek matematik tambahan dulu sebab ibu kau cakap kau dapat dua markah je dalam subjek tu. Nak gelak aku dengar tau! Keluarkan kertas kosong dengan pensel. Kalau ada buku latihan pun bagus jugak.” Getus Fayyad.

Hampir dua jam Fayyad mengajar gadis itu subjek matematik tambahan. Dia juga memberikan formula-formula yang mudah untuk dihafal. Walaupun tidak berapa mahir mengajar, dia tetap lakukan yang terbaik. Apabila sedang mengajar, dia teringat zaman sekolahnya yang asyik dirotan oleh guru subjek matematik tambahannya akibat tidak dapat menghafal formula dengan baik. Malu bila teringat kenangan itu...

“Awak kenapa?” Soal Anis yang melihat Fayyad mengelamun seketika. 

“Tak ada apa-apa.” 

“Dah dua jam awak mengajar ni. Awak tak penat ke? Awak bersungguh-sungguh ajar saya. Kalau saya lulus kali ni, saya janji saya akan bagi awak hadiah.”

“Tak payahlah Anis. Aku ikhlas nak ajar kau.”

“Betul ni?”

“Hmm... Okeylah kita belajar subjek lain pulak. Aku nak kau siapkan latihan ni okey? Nanti esok aku nak tengok.”

“Okey bos!”

Tepat pukul 8 malam, Fayyad kemas barang-barangnya. Dia meminta diri untuk pulang. Puan Aisyah mempelawanya untuk makan malam tetapi dia menolak kerana dia sudah berjanji dengan keluarganya untuk makan malam bersama.












My Crazy Tutor #1


"100 days with Mr. Arrogant..."

Bab 1

Anis Kirana, seorang gadis yang comot dan suka berangan. Kononnya ada prince charming yang akan menyelamatkannya satu hari nanti. Disebabkan angan-angannya yang entah apa-apa itu, pelajarannya semakin merosot. Ibunya, Puan Aisyah sibuk mencarik private tutor khas untuk anak perempuannya itu. Sejak kehadiran tutor kacak yang bernama Fayyad, hidupnya tidak tentu arah. Mana taknya, siang malam disuruhnya bukak buku! Dalam diam Anis menyimpan perasaan terhadap tutornya itu. Muka sebiji macam hero filem korea! Setiap hari dia cair melihat gelagat lelaki itu mengajar.


****
“Sampai bila kau nak berangan Anis Kirana? Ibu risau tengok pelajaran kau semua merosot... Matematik tambahan dua markah je? Kau ni buat tak pakai otak ke hah?!” Omel Puan Aisyah.

Anis yang sedang leka menonton filem korea kegemarannya langsung tidak mendengar omelan ibunya. Ipad di tangannya tidak lepas sedari tadi. Muka Puan Aisyah merona merah. Anak perempuannya ini memang tak suka dengar cakap!

“Anis Kirana binti Azhari!!!” Laungnya lantas memiat telinga Anis. Anis pantas menjerit kesakitan sambil mengusap telinganya.

“Ya, ibu...” Balas Anis lalu letak Ipadnya di dalam laci.

“Ibu cakap tadi kau dengar tak?”

Anis garu kepalanya. Dia tersengih nakal. “Tak dengar.” Jawabnya selamba.

Puan Aisyah mengetuk perlahan kepala anak perempuannya. “Tulah berangan lagi tengok filem korea tu. Asyik-asyik cinta sampai pelajaran kau semua merosot! Kalaulah arwah ayah kau masih hidup, mesti dia kecewa tengok kau macam ni.”


Anis mengetap bibir. “Ibu jangan cakap pasal arwah ayah. Tak baik.”

“Tahu pun. Ibu tak kira apa pun alasan kau lepas ni, ibu nak percubaan SPM ni semua A. Kalau tak dapat semua A, berhenti sekolah je. Tak guna lagi belajar kalau tak minat.”

Terbeliak mata Anis apabila mendengar perkataan semua A itu. Sudahlah peperiksaan pertengahannya banyak yang gagal. Aduh macam mana ni? Wake up Anis!

“Macam mana Anis nak dapatkan semua A tu ibu?” Soal Anis.

“Ibu nak cari kan kau private tutor dalam masa terdekat ni. Ibu akan pastikan tutor kau tu mengajar dengan baik.”
Anis diam sambil berfikir sejenak. Private tutor? Lepas ni tak bolehlah aku tengok filem korea sambil makan coklat lagi, getus hatinya.


****
Langkah lelaki itu semakin hampir. Anis sudah tidak sabar lagi ingin melihat wajah prince charmingnya itu. Agaknya siapalah... Tiba-tiba dia terkejut melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu mendekati wajahnya sambil ketawa. Anis menjerit sekuat hatinya lantas dia terjaga dari tidurnya. Dia bermimpi rupanya!

Semua yang berada di dalam kelas itu memandang Anis. Anis menjerit lagi sehingga guru yang mengajar subjek kimia membaling pen marker ke arahnya.

“Haa, tidur lagi dalam kelas! Tulah sebabnya tak beri tumpuan masa cikgu tengah mengajar. Kalau awak buat macam ni lagi dalam kelas saya, saya panggil ibu awak Anis Kirana.” Ujar Puan Sazzy.

Anis hanya menundukkan kepalanya.

Waktu rehat bermula. Anis masih lagi di dalam tandas. Dia merenung mukanya di dalam cermin lalu dia membersihkan mukanya dengan air di sinki.

“Tulah kau, suka sangat tidur dalam kelas. Mesti mimpi pasal prince charming kau yang entah apa-apa tu kan? Kata Syasya yang merupakan sahabat baik Anis di sekolah ini.

“Mana ada aku mimpi pasal dia. Kau ni merepek jelah.” Anis cuba mengelak.

“Kalau tak, tak adalah kau menjerit sampai satu kelas dengar...” Tempelak Syasya sambil membetulkan rambutnya.

Anis memuncungkan mulutnya lantas dia keluar dari tandas. Hari ni moodnya kurang baik disebabkan mimpi itu jadi isu dalam kelas. Satu kelas cakap aku ni tak betul! Dia berjalan pulang ke rumah dengan wajah kusut. Rumahnya tidak jauh dari sekolah.

Sedang dia mahu melintas jalas, sebuah kereta berhenti mengejut di depannya. Anis hampir dilanggar oleh kereta Honda ini. Nasib baik dia tidak jatuh di atas jalan. Dia menghampiri kereta Honda itu lalu dia mengetuk cermin tingkap.

“Nak apa?” Tanya pemilik kereta Honda yang berkaca mata hitam itu. Suaranya garau dan kasar sekali. Apa? Dia langsung tak mintak maaf?!

“Awak hampir nak langgar saya boleh lagi awak tanya nak apa? Awak ni tak ada otak ke?” Kata Anis sambil bercekak pinggang.

“Siapa yang nak langgar kau? Kau tu yang tiba-tiba nak lintas. Bukan salah aku. Kau yang sepatutnya tengok kiri kanan dulu sebelum melintas.” Angkuh sekali pemuda itu.

“Nasib baik kereta aku tak calar. Kalau calar, kau kena bayar beratus ribu untuk ganti rugi.” Sambungnya.

Anis mengetap bibir lantas dia meninggalkan pemuda itu. Dah buat salah, tak nak mengaku pulak!


Friday, 13 November 2015

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip

Assalamualaikum guys!



Klik banner untuk join :)

First of all, thanks Ima Hamdan sebab sudi tag Ira. Rasanya Ira dah lama tak join Giveaway ni. Blog pun dah lama tak bukak. Hachum! Berhabuk... Ahaks :D

Ira tak nak komen panjang panjang. Ira cuma nak cakap semoga Cik Tulip terus berblogging dan buat giveaway ya :) Hehe jom join ramai ramai giveaway ni!

Random tagged :


Tamat :
30 November 2015



Saturday, 7 November 2015

Lagu pun boleh hilangkan stres .

Assalamualaikum guys...


"Earphone on, volume up ignore the world."

That's true. Kadang kadang kalau Ira ada banyak sangat masalah, kepala tengah serabut Ira selalunya akan bukak volume kuat kuat kat earphone. Kepala tengah serabut elok menghayati apa yang lagu tu nak sampaikan kat kita. That's why Ira suka sangat tengok rancangan Gegar Vaganza tu... Tak tau apa tu Gegar Vaganza? Alah yang tengah famous kat astro ria tu :P

Kadang bila kita dengar lagu tu macam ada kena mengena dengan kisah silam kita right? Tapi Ira tak. Ira kalau dah dengar lagu. Ira langsung tak peduli orang yang kat sekeliling Ira. Tak percaya? Cubalah duduk serumah dengan Ira :P Hohoho kbye...

Selamat malam bloggers... 
Good night and sweet dream guys!

Dah penat nak jaga hati orang .

Assalamualaikum...


Aku dah cakap, sekuat mana pun hati aku ni, sabar aku pun ada hadnya jugak. Tak semestinya korang tengok aku ni diam maknanya aku tak tahu semua benda. Aku tahu. Aku tahu pasal tu. Aku dengar apa yang korang cakap pasal aku. Cakap aku ni lurus bendul lah, blur lah. Korang fikir aku ni takde perasaan ke? Haih penatlah. Aku diam sebenarnya aku nak jaga hati korang. 

Kalau aku ni jahat, aku biar je hati kau tu. Semua hati orang aku nak jaga. Habis hati aku ni siapa yang nak jaga? Aku sedih, aku sakit hati, aku terluka... Aku yang tanggung sorang sorang. Korang bukan tau apa apa pun. Yang kau tau nak judge sana sini. Tak habis habis nak mengata aku. Mentang mentanglah aku ni tak ada rupa. Tak ada rupa pun sekurang kurangnya aku besyukur dengan apa yang Allah swt bagi kat aku.

Serius aku dah penat sekarang ni. Dah tak larat sangat nak jaga hati orang. Kan bagus kalau dunia khayalan tu wujud dah lama dah aku lari pergi sana. Orang macam aku ni layak duduk kat sana je. Malas nak bersemuka dengan orang yang tak reti nak hargai aku, 

Kbye.

Saturday, 31 October 2015

Filem Melayu Terbaru 2015 Girlfriend Kontrak

Assalamualaikum...




Bilalah Ira dapat peluang untuk tengok filem ni kat panggung hmm... Filem Polis Evo masih lagi kat pawagam. Dah lah filem ni artis idola Ira yang berlakon! Nur Risteena :) Harap keluar kat astro first. Boleh langgan dan tengok hihi...

Student .

Assalamualaikum...

Filem Indonesia Terbaru Remember When

Assalamualaikum...




Holla gais... Sekarang ni Ira nak review filem indonesia terbaru iaitu Filem Remember When yang ditayangkan tahun lepas kat Indonesia. Serius Ira cakap filem ni best tambah sweet banget gitu hahaha. Ira siap download kat laptop lagi semata mata nak tengok hari hari...


Produser : Gope T Samtani
Sutradara : Fajar Bustomi
Penulis Naskah : Haqi Achmad
Aktor dan Aktris : Maxime Bouttier, Michelle Zudith, Stella Cornelia, Miqdad Addausy, Monica Oemardi, Bobby Samuel, Adjie Pangestu  
Jadwal Tayang di Bioskop : 16 Oktober 2014  
Sinopsis dan Jalan Cerita

Film "Remember When Ketika Kau dan AKu Jatuh Cinta" diangkat  dari novel karya Winna Efendi dengan judul yang sama. Film ini menceritakan tentang Freya (Michelle Zudith) dan Moses (Miqdad Addausy), Adrian (Maxime Bouttier) dan Gia (Stella Cornelia). Mereka semua adalah dua pasang sahabat semasa SMA. Ini adalah sedikit kisah kecil mengenai persahabatan mereka, mengenai apa itu cinta pertama, mengenai arti melepaskan, dan memahami pengkhianatan.

Freya merupakan gadis pendiam, bertolak belakang dengan Gia yang orangnya asyik dan seru. Selain itu, Moses seorang kutu buku dan Adrian adalah cowok yang lebih aktif.
Pada suatu waktu, Adrian mengajak Freya untuk pergi berlibur berdua dengannya. Selama liburan Adrian dan Freya saling menaruh hati yang mana secara tidak sadar telah berselingkuh dari Gia dan Moses. Setelah semuanya selesai berlibur, hubungan dengan pasangan dan persahabatan mereka kini semakin rumit.

Freya yang harus ribut dengan Gia sekaligus kehilangan Moses, menyatakan ingin menjauh dari Adrian walaupun dia juga memilki perasaan yang sama kepada Adrian. Gia yang tetap bersama dengan Andrian dan Moses yang memilih untuk menjauh dari mereka bertiga. Akankah Adrian dan Freya dapat bersama?





Enjoy gais ^_^

Thursday, 29 October 2015

Nescafe !

Assalamualaikum...


Yeay Necafe! Hihi... Kali ni Ira nak bagitahu yang nescafe yang paling sedap Ira pernah rasa ialah nescafe buatan mak Ira. Serius memang sedap... Terasa ness dia! Bila aku buat hampehh... Tawar hember! Katanya mak dah expert macam neni buat. Sebenarnya dulu Ira memang tak suka minum kopi ni! Pahit... First time Ira minum betul betul nes ni masa nak exam hari tulah. Nak tahan mata punya pasal! Rasa sikit sedap ohh...

Lagi lagi yang white coffee tu... Boleh makan macam tu jek haha. Setakat ni Ira pernah rasa Nescafe White Coffee, Classic dengan Nescafe pek kuning tu. Korang cubalah :) Cuba sekali, nak lagi! Jangan jadi sombong macam Ira, sembang tak suka minum... Last last minum jugak... Ingat dapat gaji nanti nak beli hohoho.

Sunday, 25 October 2015

Blog versi baru!

Assalamualaikum gais...


Ok tak Ira buat header ni? Lenguh tangan aku duk edit header ni sampai dua jam hahaha. Lepas tu hari ni tiba tiba pula rajin nak mengedit semula blog Ira yang dah lama tak teredit. Lama jugak Ira tak edit blog ni. Ira rasa korang pun dah bosan dengan design blog Ira yang balik balik sama je kan? 


Ira edit main background...



Ira letak footer blog. Comel kan? Dah tau dah hihi. Apa pendapat korang tentang wajah baru blog Ira ni? Please bagi komen... Nak tau jugak :P

Lupa pulak, kalau korang teringin nak guna background blog yang sama macam Ira punya ni, ambik jelah. Nah... Ira pun guna freebies kat google :P


Siapa tak tau nak ambik macam mana korang tekan right click kat mouse korang then cari copy image url. Biasanya newbie lah yang tak tau... Walaupun ramai yang dah tau, Ira cuma nak kongsi pengetahuan Ira yang tak seberapa ni. Poyo je ayat aku hoho :P 

Yang header pulak Ira edit guna photoscape. Korang boleh download kat sini

Untuk main background korang just Blogger Dashboard > Template > Customise > Advanced

Siap! Hehe. Selamat mencuba newbie :)



Friday, 23 October 2015

"Kegembiraan yang sukar ditafsir..."

Assalamualaikum...

Kabhi Kushi Kabhi Gam... Eh betul ke aku eja ni? Haha entahlah yang penting aku tau apa maksudnya. Maksudnya adakala kita sedih, adakala kita gembira. Aku post pasal ni bukan sebab aku sedih ataupun gembira. Aku post sebab hati aku lega... Aku dah berbaik dengan semua kawan aku. Betul kata orang, kalau kita maafkan kesalahan orang, kita akan sentiasa tenang.

Perangai aku pelik tau. Kalau aku dah happy, lain macam jadinya. Perangai gelabah + excited tu tiba tiba datang. Tu  yang kerja semua jadi tunggang langgang. Tapi kalau dapat tahu crush suka kat kita lagi gelabah! Itu yang dinamakan "Kegembiraan yang sukar ditafsir..." Hanya Allah dan orang tertentu je tau keadaan aku macam mana bila aku terlalu gembira. Ekceli aku dah malas sebenarnya nak tulis diari guna tangan. Lenguh tangan oh! Lagi lagi tengah exam, sampai berhelai helai test pad aku guna!

Bila nak tulis diari kat rumah rasa macam nak tak nak je en. Yelah sebab kat sekolah dah exam kat rumah kerja tidur jelah! Tidur je kau tahu ek :P Takdelah... Kat rumah study lah. Tahun depan SPM... Nak update blog pun makin lama makin malas! Bak kata adik adik aku, beruang malas tengah baring kat depan hoho. Jahat betul mulut dia orang. Sekarang ni aku tengah nak rajin kan diri untuk meng-update blog ni supaya tak berhabuk dan ketinggalan zaman.

Blog orang lain semua dah maju, aku? Hahahaha takpe tunggulah aku dah betul betul free nanti. Masa tulah terlebih rajin nak edit blog ni cantik cantik bagi penuh kan visitor blog. Sekali sekala nak jugak post aku ni ramai orang baca... Tambah kan traffic eh? Agaknyalah hihi. Sebenarnya kan aku ni bukannya pandai sangat nak reka ayat ayat jiwang. Sumpah tak pandai! Kadang kadang je bijak sebab dah tak tau nak buat ayat apa. Buat lah ayat jiwang. Tapi jiwang merapu...

Dah tujuan utama aku buat blog untuk share masalah aku, so apa salahnya kan... Aku memang suka dengar pendapat dan nasihat orang orang di sekeliling aku. Aku buat salah, korang tegur. Lepas tu aku cubalah perbaiki kesilapan aku. Cehh ayat tak nak kalah :P Aku harap lepas ni aku tak nak stres lagi sebab lagi aku stres, lagi aku tak boleh nak buat kerja. Cool Nad. Relaks sambil makan kit kat :P

By the way, terima kasih kak Aiyuni sebab selalu bagi dorongan kat kita. Akaklah kawan kita dunia akhirat. "Akak nak Nad selalu ceria dan happy selalu. Pedulikan apa orang nak cakap pasal kita. Biarlah dia orang nak buat penilaian apa pun pasal kita..." Ujarnya. Kita dah anggap akak macam kakak kandung kita sendiri sebab kita takde kakak...

Buat kawan kawan aku yang lain, jangan kecik hati. Aku sayang korang semua jugak. Aku takkan lupa korang sampai bila bila. Ingat tu... Sampai aku dah berjaya nanti pun aku takkan lupakan kenangan kenangan bersama korang semua. Sekian. Jangan pulak korang yang lupa aku :') Aku tak taulah kalau masa tu korang yang lupa aku hmmm...

"Aku ada seribu kawan tapi tak semua yang betul betul boleh jadi kawan aku dunia dan akhirat nanti..." 

"Don't think too much because it make you worse."


Thursday, 22 October 2015

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com

Assalamualaikum guys...


Klik banner di atas untuk join :)


Hati Mati ehh

Assalamualaikum guys...


Holla... Betul ke hati aku dah mati ni? Hahaha lawak bila dengar hati Ira dah mati. Hati Ira mati bukan sebab lelaki tapi sebab segala galanya. Sebab tulah sekarang ni Ira susah nak keluarkan air mata. Nak nangis pun takde air mata. Pelik kan? Mungkin hati Ira dah lali dengan semua yang jadi kat Ira ni. Kata orang dugaan...

Korang perasan tak Ira banyak post pasal hati kali ni? Kenapa eh? Sebab... Ira nak orang faham yang Ira ni manusia bukan patung yang boleh abaikan sesuka hati. Ada kawan pun macam takde kawan. Sabar jelah. Sebenarnya kan. Ira teringin sangat nak jadi macam dulu. Yang tak matang dan childish. Macam bibah dalam cerita alaa bib tu. Happy je dia. Memang heroin dia Ira minat. Risteena kan? Hihi.

Sekarang ni Ira nak bagitau korang yang Ira memang takde hati. Ira cuma cinta Allah, Rasulullah. keluarga dan kawan kawan. Ira ada kawan ke? Persoalannya sekarang, betul ke kawan boleh tolong kita masa kita susah dan senang? Entahlah awak...



Sunday, 18 October 2015

Esok cuti lagi sebab jerebu...?

Assalamualaikum guys...


Holla... Tahun ni banyak betul cuti sekolah kan. Sampai Ira pun asyik duk tengok bacaan ipu kat google. Dalam berapa hari ni hujan lebat, jerebu kurang tapi hari ni naik balik. Haih cuti je memanjang. Tapi bagus jugak. Boleh bangun lambat esok. Ahaks! Kementerian ni baik betul bagi cuti esok dan paper Tasawwur terpaksalah ditangguhkan. Punyalah suka... *Senyum sampai ke telinga*

Tapi bilalah jerebu ni nak hilang eh? Ira dah lama tak sedut udara bersih. Oksigen mari sini haha. Asyik duk sedut asap aje huh?! 

Sekian.

Saturday, 17 October 2015

Hati .


Ramai yang cakap aku ni kuat dan dia orang respect sebab aku banyak sabar. Aku dah banyak kali cakap, aku memang suka sabar tapi kadang kadang aku sabar pun ada had nya jugak. Sebenarnya aku dah penat bersabarlah. Banyak sangat dugaan yang aku kena sabar sampai aku sendiri tak kuat untuk menghadapinya. Aku dah tak kuat. Serius aku cakap sekarang ni aku dah tak kuat, 

Drama ohh drama... Bagus betul lakonan makhluk Allah kat dunia ni. Biasalah lumrah hidup kan. Bak kata mak aku, tak seronoklah hidup kalau takde masalah. Tapi kalau dah selalu ada masalah, aku rasa macam dah tak berguna jadi Nadhira ni haih. Sabar jelah... Hmm stay strong :')