Skip to main content

My Crazy Tutor #4


Bab 4

 “Anis!!!” Laung Syasya dari jauh. Anis yang sedang membeli makanan di kantin itu terbantut mahu beli makanan. Si Syasya ni kalau panggil dari jauh ni tak lain tak bukan mesti ada gosip terbaru.

“Apa?” Jawab Anis malas.

Syasya menarik tangan Anis. Kemudian mereka pergi ke padang.

“Kau ni dah kenapa?” Soal Anis lalu dia menjamah keropok lekor yang dibelinya.

“Impian kau akan jadi kenyataan wei! Aku nampak prince charming kau tu datang semalam. Handsome gila... Muka macam pelakon korea. Untung kau Anis dapat dia. Siapa nama dia?” Getus Syasya beria-ria mahu tahu pasal lelaki yang menjemput Anis semalam.

“Si Fayyad gila tu? Dia bukan prince charming aku tapi tutor aku. Err dia tu baik jugak orangnya.”

“Gila-gila pun handsome! Dia tutor kau? Wah, untunglah kau hari-hari dapat tengok muka dia. Tutor lama-lama jadi kekasih. So sweet!”

Anis senyum. Betul ke? Kalau ada jodoh yalah! Tapi takkan dia nak bagitahu Syasya yang dia dah jadi kekasih kontrak Fayyad selama tiga bulan. Biarlah Syasya tahu sendiri. Dia dahlah kaki gosip!

****
Selalunya sebelum pulang ke rumah Anis akan duduk berborak dengan Syasya dan juga kawan-kawannya yang lain. Dia tidak jangka yang Fayyad akan datang dan menarik tangannya lagi. Semua kawan-kawannya termasuklah Syasya ternganga melihat kejadian itu.

“Awak nak bawak saya pergi mana? Malu saya tau!” Omel Anis sambil berpeluk tubuh.

“Tunggu dan lihat.” Fayyad hanya tersenyum sinis.

Fayyad membawa Anis ke apartmennya. Mata Anis terbeliak melihat keadaan apartmen ini. Bersepahnya! Dia ni pemalas betul nak kemas rumah.

“Saya nak buat apa?” Soal Anis.

“Macam dalam kontrak. Semua kerja aku, kau kena buat. Kemas rumah ni sebelum pukul empat petang. Aku akan datang balik dan cakap dengan ibu kau kita tak ada kelas hari ni. Seronoknya ada kau.”
“Okey.”

“Kau jangan nak mengeluh! Aku akan bagi upah lepas semua kerja siap.”

Anis menyanggulkan rambutnya kemudian dia letak beg sekolahnya di atas sofa. Dia pantas mengemas sisa-sisa makanan di atas meja. Sebelum menyapu dan mengemop, Anis membuka radio. Sudah menjadi kebiasannya membuat sesuatu kerja sambil mendengar lagu.

Setelah siap, Anis mengutip baju-baju kotor lantas dia memasukkan ke dalam mesin basuh. Ni mesti seminggu tak basuh!

Dia sempat menjamah biskut chipsmore sementara menunggu baju siap dibasuh. Apabila baju siap dibasuh, dia menjemur di ampaian. Anis memandang jam di dinding. Dah nak pukul empat!

Anis lega kerana semua tugasnya siap. Seperti yang dijanjikan, Fayyad pulang dan nampak Anis tertidur di atas sofanya. Dia menolak bahu gadis itu. Anis terjaga dari tidur. Dia mengesat matanya.

“Boleh saya balik sekarang?” Soal Anis.

Fayyad menghulurkan dua not lima puluh ringgit kepada Anis. “Terima kasih.” Kata Anis lalu bergegas keluar dari apartmen itu.

Petang itu Anis balik dengan teksi. Malas nak tunggu bas tambang. Kurang asam punya Fayyad! Bukan nak hantar aku balik, desisnya.

Hari ni Anis terpaksa berjaga semata-mata mahu menyiapkan kerja sekolahnya. Dengan kerja yang diberi oleh tutor lagi. Telefonnya berbunyi. Lantas dia mencapai telefonnya. Dia lihat skrin. Crazy tutor!

Dia nak apa telefon aku malam-malam buta ni? Mengacau betul, getus Anis.

“Assalamualaikum. Belum tidur lagi?” Sapa Fayyad dalam talian.

“Waalaikumussalam. Belum, kenapa? Nak kacau saya lagi? Jangan harap!” Jawab Anis sambil mendengus kasar.

“Aku bukan nak kacau kau Anis... Tapi aku cuma nak ingat kan kau yang esok dah mula cuti sekolah penggal pertama.” Katanya.

Anis sempat mengerling kalendar di dinding biliknya. Esok? Cuti sekolah? Haahlah. Kenapa aku boleh tak ingat ni...

“Jadi? Awak nak saya buat apa?”
“Kau dah lupa plan kita sepanjang cuti sekolah ni. Seminggu...” Belum sempat Fayyad meneruskan kata-katanya Anis pantas menyampuk.

“Seminggu ikut awak pergi shopping dengan tengok wayang. Seminggu lagi awak nak bawak saya dengan ibu saya pergi bercuti kat Genting Highland.”

“Haa pandai pun kau. Esok aku jemput kau kat rumah kau.”

“Hmm...” Jawab Anis malas. Dia pantas matikan talian. Matanya sudah betul-betul mengantuk. Baru nak tidur telefon bimbitnya berbunyi lagi tanda ada mesej masuk.

Kau dh nk tido ke?

Yalah! Good night tuan Fayyad...

Good night.

Anis peluk telefon bimbitnya. “Tak sabarnya!” Jerit hatinya.




P/s : 

Ekceli Ira buat novel ni banyak diaptasikan dari filem 100 days with Mr. Arrogant ni. Sumpah filem ni best! Walaupun filem lama tapi best! Ira dah tengok beratus kali... Berulang ulang pulak tu. Banyak pengajaran yang boleh kita ambik dari filem ni hihi



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...