Skip to main content

Pengalaman Internship di Mydin Subang Jaya (2020)




*Updated 27 Februari 2022 sebab baru ada masa hehe. Ni masa interview staff and buat induction hukhuk




Assalamualaikum, Hai korang!

Selamat petang semua 💕

Sihat ke? By the way sebenarnya Ira tengah kerja lagi ni ada lagi setengah jam nak balik.

Ok, seperti yang dijanjikan Ira akan share pengalaman Ira sepanjang Ira buat internship dekat company mydin ni. Mesti korang tertanya tanya selama ni kan Ira buat intern apa, position apa... Sebab kat entry sebelum ni Ira tengah tunggu surat confirmation dari HQ.

Pernah tau Ira terjumpa sorang pembaca blog Ira kat Mydin dan dia intern kat Mydin jugak! Dah habis dah kot. Sebab masatu Ira kerja cashier. Kerja cashier sebab nak cari duit untuk ambik transcript diploma Ira.

Ira terkejut tau masa dia cakap dia pernah baca blog Ira pasal pengalaman intern kat company 3m tu. Terkejut laa betapa keciknya dunia ni sebab terjumpa pembaca blog hehe 😆 Dia ada cakap dia tunggu jugak bila Ira nak update pasal pengalaman intern kat mydin ni huhu.

So tak naklah intro panjang panjang Ira akan cerita masa mula mula Ira masuk intern sini. Ira kena bawak dengan sorang budak intern jugak. Dia intern kat HR HQ. Dia bawak Ira turun tangga pergi ofis hyper subang.

Dia cakap kena excercise turun tangga err 😀 Ira gelar dia si tinggi je. Si tinggi bawaklah Ira pergi ofis hr hyper subang tu lepastu dia bagi borang dan dokumen Ira kat Kak Azie then dia balik ofis dia. 

Masa mula mula tu Kak Azie (Hod Hr masatu) suruh Ira duduk. Kak Azie ambik lepastu dia tengok dokumen Ira. Ira diam je masatu yelah tak tahu nak buat apa. Dia tanya nama Ira, Ira cakap Nadhira. Panggil nad je.

Kak Azie suruh mizan ajar apa yang patut. Yang kelakar mizan masatu mula mula bahasakan diri saya awak dengan Ira. Dah lama lama beraku kau je sebab sebaya je. First dia ajar buat failing.  

So far takdelah susah sangat buat failing senang je sebab kat situ ada maklumat staf tu je. Mizan tu pulak dah nak habis intern rupanya. Jadi si Ira ni ganti dia haa gitu. Tapi yang best masuk masuk budak budak intern yang lain dah ajak rehat sekali. Means dia orang tu staf intern hq. 

So masa rehat je selalulah rehat dengan dia orang. Banyak gambar kenangan dengan dia orang tau! Nanti Ira share sikit sikit sebab sekarang rasa nak bercerita dulu 🤣

Seminggu kemudian, Ira dah start pegang kunci bilik hr lepastu kut si mizan buat thumb print staf and tengok cara dia buat interview, induction apa semua. Seronok la belajar jadi hr berbeza dengan company sebelum ni. Macam company sebelum ni Ira banyak stres walaupun kerja 6 hari je tapi intern kat mydin ni banyak benda Ira belajar. 

Lepas je mizan habis, Ira yang handle tugas recruitment apa semua tu tapi sayang tak continue kerja sebagai hr 🥺 Takpe tu kemudian cerita... Bulan 3 tak silap ada stock take. kat mydin subang jaya. Masatu pun best Ira belajar cara nak buat stock take. Apa Ira buat, Ira kira barag dan label that's it. Kena kerja malam pulak tu setelah lama tak kerja malam so ngantuk 😢

Then tolong tolong agihkan makanan masatu memang ramai staf dari branch lain yang datang.

Ok berbalik pada hr punya kerja, Ira suka tau jadi hr sebab apa, suka tengok orang nervous  datang interview. Ada yang dengar luahan dia orang kena buang kerja sebab covid kan masatu. Sebenarnya Ira la intern paling sekejap tapi famous sampai la kerja sekarang 🤪 Sampai digelar orang educated ni mana mana dia boleh pergi.

Ramai yang perasan perjalanan hidup Ira kat mydin ni. Jadi hr kejap lepastu menghilang sebulan sebab cuti kolej tak bagi masuk pastu masuk balik. Then masuk kerja full time cashier pulak sekarang kerja team plano kat HQ pulak. 

So far mydin banyak bagi pengalaman and pengajaran kat Ira. Memang enjoy intern kat sini siapa yang cari tempat intern tu datanglah mydin nanti jumpa jodoh hehe gurau je 🤣

Nasib Ira tak tersangkut. Hukhuk

Dekat entry lain nanti Ira share pengalaman kerja as permanent kat mydin pulak. Penat dah taip ni dah la guna fon 😭 Lenguh 🥺

Ira akan publish dulu nanti balik kerja Ira cuba upload gambar kalau bolehlah. Doakan Ira beli laptop! Nak tulis novel 😭

Oklah geng sekian. Goodluck siapa yang tengah intern tu dan yang tengah cari tempat intern tu try la hantar resume korang kat link ni recruitment.hq@mydin.com mana tau rezeki korang. Tapi kalau intern kat HQ lain tau 😅

Orait sekian dari saya seketul Ira ❤️ Babai 🦋

Comments

Jilaaa said…
Wah macam menarik, jadi kalau nak apply intern dekat HQ guna email recruitment.hq@mydin.com ni kan?
Sya said…
Hi awak, saya nak tanya yg email mydin tu untuk intern di HQ sahaja atau cawangan lain boleh apply guna email mydin tu?
Unknown said…
hi awak, nak tanya kalau intern di mydin ade interview ke? and lagi satu email mydin seperti di atas khas untuk yang nak intern di HQ atau untuk cawangan lain di negeri mana2?
nelysaa said…
@Jilaaa ye betul awak apply intern dekat email tu ☺️
@Sya hi, ye cawangan lain pun boleh guna email tu untuk apply intern. sebab semua intern memang under HQ pun. HQ yang akan uruskan tempat intern korang 😊
@Unknown hi awak, ye nak intern dekat mydin kena datang interview dulu. lepastu nanti pihak HR akan uruskan tempat intern korang 😄 kalau nak intern mydin cawangan lain pun kena apply email recruitment tu.
NADDY said…
@Jilaaa : ye betul awak nak apply intern dekat mydin kena guna email tu :)

@Sya : hi awak, kalau nak apply intern memang kena guna email tu sebab semua intern under HQ. HQ yang akan uruskan tempat intern korang. nanti masa email tu cakap je nak apply intern dekat cawangan lain.

@Unknown : hi awak, ye intern mydin kena datang interview. awak apply dulu hantar email dekat email recruitment nanti cakap nak apply intern dekat cawangan lain. nanti pihak HR HQ akan uruskan intern korang.
Sya said…
Hi, nak tanya lagi dokumen2 ape yang diperlukan ye kalau intern di mydin?
Unknown said…
hi awak, nak tanya dokumen2 yang perlukan semasa nak apply for internship di mydin?
Anonymous said…
hi awak, best baca pengalaman awak intern di Mydin. Boleh tahu berapa elaun yang dibayar oleh pihak Mydin untuk pelajar intern ya?
Anonymous said…
Hi boleh tahu berapa elaun yang dibayar oleh Mydin sepanjang internship?
Anonymous said…
Hi awak. Seronok baca pengalaman awak. Tapi macam mana awak dapat apply ke Mydin. Company besar ni. Awak dapat call atau macam mana? Atau dapat drpd website? Saya ni dulu intern dekat kedai photostate je. Maybe kalau tahu lubang job awal, mesti da cantik resume saya.
NADDY said…
@Sya : hai awak, dokumen yang diperlukan awak bawak je resume awak dengan sijil2 awak ye.
@Unknown : hai awak, dokumen yang diperlukan awak bawak je resume awak dengan sijil2 awak ye.
@Anonymous : hi awak, elaun yang dibayar masa saya intern dekat mydin RM500 ya tapi sekarang tak taulah berapa.
NADDY said…
@Anonymous : hi awak :) seronok kan.. ^_^ by the way sebenarnya saya walkin je dekat HQ Mydin tu tanya pasal intern. Alhamdulillah saya dapat masuk intern situ. Takpe awak janji ada pengalaman walaupun dekat kedai fotostat. Apa2 pun saya doakan urusan awak dipermudahkan.. Semoga dapat kerja yang baik =) Aamiin ya rabb
Unknown said…
awak saya yana sya nk tanya untuk student kos food technology boleh apply kt mydin x... sb rumah sy dkt je ngn mydinnn. kalau
kos sya pon sesuai jugak untuk berkaitan QA or relate tentang kualiti sesuatu produk ke serta berkaitan tentang halal..antra skop bidang sy ni ad yg sesuai x LI kt mydin
wanazrina said…
hi awak, kalau kerja mydin bahagian admin kan biasanya kerja berapa hari seminggu dan cuti tu hari sabtu ahad ataupun hari biasa?
NADDY said…
@yana : hai yana, maaf saya lambat reply. saya rasa awak ada peluang dekat HQ bahagian grocery and ada staff yang handle berkaitan dengan halal food tu. cubalah send resume awak dekat email saya bagi tu =) saya doakan semuanya dipermudahkan ya aamiin..
NADDY said…
@wanazrina : hai awak, okay untuk bahagian admin, kalau awak apply di HQ memang akan dapat cuti sabtu ahad. kalau awak apply di mana-mana branch, cuti sehari tak silap. cubalah apply dekat email yang saya bagi tu semoga dipermudahkan urusan awak ya aamiin =)
meen said…
Hi awak, boleh saya tahu tak berapa lama hq ambil masa untuk process dari mula kita apply tu sampai kita dapat result interview tu?
Anonymous said…
hi mau tanya, sy sudah interview sebulan lalu tp jawapan mau belum kena bagi lagi walaupun sudah bagi reply slip. memang lama ka tu atau perlu give up sbb lama sudah?
NADDY said…
@meen : Hi meen, kalau dulu saya ambil masa dalam sehari je. Tapi sekarang tak tahulah macam mana. Maaf lambat sangat reply..

@Anonymous : Hai awak, cuba follow up email hr tanya pasal result interview tu. Kalau tak dapat pun dia orang akan inform rasanya. Harap membantu!

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam