Tuesday, 2 February 2016

Windstruck versi Naddy

Assalamualaikum...

Pernah tengok filem korea tak? Tajuk dia Windstruck. Aku tengok filem ni secara tak sengaja sebab takde patient kat klinik. Tu yang cari filem korea yang best best then jumpalah filem Windstruck ni. Sebenarnya banyak lagi filem korea yang aku tengok. Bak kata orang kalau stres atau nak lupakan something kita kena buat benda yang kita tak pernah buat...

Dulu aku memang tak minat nak tengok filem or drama korea pun. Tapi dah sekali tengok, best pulak x) Windstruck versi Naddy ni sebenarnya aku nak sampaikan satu luahan hati aku yang entah apa apa ni. Biasalah aku kan suka berangan. Tu yang muncul luahan yang pelik pelik...

Yeah... Yeah... Yeah.... (Ni sedutan lagu filem Windstruck)

Aku suka bila angin datang kat aku.
Rasa tenang semacam aje dan aku pun mula mendepakan tangan untuk menikmati angin yang sudah menyelubungi tubuhku. (Ni ayat aku secara rasmi tau tak hehe)
Fikirannya kosong dan tenang pada masa itu.
Sangat tenang dan waktu inilah aku terfikir...
Adakah aku yang terbaik?

Walaupun kita tidak dapat bersama, aku tetap akan merinduimu.
Apabila angin datang, seolah-olah angin itu ialah engkau.
Engkau akan jadi pasanganku selamanya.
Myungwoo! Myungwoo! Are you come here as wind? (Ni heroine dia cakap tapi aku tak ingat nama heroine dia)

Filem Windstruck ni adakalanya nak gelak, terlebih sweet dan akhirnya tersangatlah sedih. Aku faham cerita ni bila baca subtitle english kat bawah jelah huhuhu. Cubalah tengok... Mana tahu ada kena mengena dengan kisah hidup korang.

Misi Naddy Elysa...

Assalamualaikum...

Chamomile, sibuk tiru ayat Tengku Mia hihihi... Misi aku sekarang ialah belajar bersungguh sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm. Boleh ke aku dapat straight 9A's? Insya-allah aku boleh dengan izin Allah swt. Aku takut jugak sebab aku dah berjanji tadi kan. Sebab tu aku rasa serba salah nak buat aku janji tadi. Takut janji tak ditepati.

Tak apa Nad, kau kena yakin yang kau boleh buat. Demi masa depan aku yang cerah, aku akan buat. Fokus apa yang cikgu ajar, rajin buat ulangkaji kat rumah. Jangan lupa perintah Allah swt.

                          SPM ! I'M COMING...
HOPE WILL GET FLYING COLOURS :)

Tentang aku yang sukar ditafsirkan .

Assalamualaikum gais!

Dah lama aku tak bukak blog ni. Bukak pun sekejap sekejap aje. Mesti korang rindu nak baca cerita Naddy Elysa kan? Haha kalau korang rindu, aku pun rindu korang. Kali ni aku nak cerita serba sedikit tentang diri aku yang sukar ditafsirkan. Ayat ajet ajet power je en... Sebenarnya aku tergerak hati nak post kat blog ni sebab teringat novel siapa lebih glamor tu. Tengku Mia rajin update blog dia.

Mesti korang nak tau persis aku ni macam mana kan? Cantik ke tak, hidung mancung, pesek atau kembang ke... Badan cantik bagai lah. Biar aku cerita semua pasal diri aku yang cantik ni. Cantik ke? Kalau korang nak muntah hijau kat sini, silakan... Tak pun tekan pangkah kat belah kanan korang tu. Ekceli aku ni tahap biasa biasa je. Tak cantik mana pun. Kulit aku hitam manis macam pelakon Nabila Huda tu. Bagi aku, dia lawa apa.

Badan aku ramping. Bolehlah nak kata ramping tapi belum tahap badan Che Ta lagi hehehe. Hidung aku, aku tak tau nak cakap macam mana. Kecik je hidung aku ni. Tapi aku besyukur apa yang Allah swt dah bagi kat aku. Yang penting aku tak kacau hidup orang. Titik. Tujuan aku takdelah nak menunjuk, aku cuma nak luahkan perasaan aku. Aku nak orang yang setia mendengar luahan hati aku. Itulah tujuan utama aku buat blog ni... Cerita dia macam ni, hari tu aku ada tanya pendapat Adriana pasal diri aku. Serius aku memang nak tau pandangan orang terhadap aku.

Nak tau apa dia cakap? Semuanya benda positiflah. Syukur alhamdulillah. Adriana cakap... Aku ingat sikit sikitlah... "Awak baik, peramah, suka berkawan, tak gedik, suka mendengar, memahami..." Rasanya tu jelah yang aku ingat. Korang pulak macam mana? Kalau korang betul betul kenal aku, korang akan tahu aku ni macam mana. Sebab tulah jangan menilai orang dari luaran. "Don't judge book by it's cover."

Aku ni jenis yang pendiam bila dengan orang yang aku tak kenal. Dengan kawan rapat, akulah yang paling bising dan kecoh. Sampai family aku pun naik rimas dengan aku. Tapi kan, aku pelik tau dengan 'dia'. Siapa 'dia' tu? Adalah... Sepanjang dalam blog ni aku akan gelar dia sebagai A je. Masa mula mula A masuk sekolah ni dia jadi pengawas tau. Aku memang tak kenal and masa tu aku tak tau pun dia masuk. Aku dengar cerita dari mulut orang je yang dia masuk masuk dah jadi pengawas. Mungkin attitude dia bagus kot.

Kawan aku pun tanyalah budak kelas dia siapa nama dia. Nama dia A lah. Aku tau nama penuh dia tapi malas nak sebut. Faham faham jelah kan... Nak kata handsome, bolehlah ada jugak rupa. Kulit dia putih rasanya. Dia takdelah tinggilah sangat. Cehh. Tinggi dari aku pun dah kira ok. Tahun lepas dia masuk, dia just tengok aku macam tu aje. Masa tu dia tengah borak dengan kawan dia. Katanya, dia budak lama kat mantin ni. So, kiranya akulah yang baru.

Tengok dari luaran, dia ni jenis yang suka bercakap. Tengok cara dia borak pun aku dah tau yang dia ni peramah. Tapi kan time aku balik dari INTI tu aku terkejut tau. Serius terkejut... Selalunya kan lelaki kalau dia tak kenal perempuan tu dia takkan tegur. Ni tak, dia yang tegur aku dulu. Aku asyik ingat moment tu jek sebab aku sendiri pelik dengan aku. Selalunya aku cover perangai aku yang terlebih peramah ni. Tapi dengan dia aku macam selesa. Tak tau kenapa. Bila dia balik, dia siap lambai lagi kat aku. Bestnya! Hihi.

Aik, kenapa aku cerita pasal dia lebih lebih ni? Aku suka kat dia ke? Aku jujur yang aku suka dia sebagai kawan je. Walaupun aku tau dia pernah kutuk ustazah belakang belakang. Kawan aku yang dengar. Aku belum pernah dengar lagi dia kutuk dan kurang ajar sebab dia dengan aku ok jek. Dah tiga kali dah kita orang bertegur termasuk hari ni. A boleh tengok result final exam aku time majlis penetapan target tadi! Haih buat malu aje. Dengan markah aku yang banyak failed teruk tu. Aku pun pelik dengan aku sekarang ni. Pelik lagi haha.

Yalah, sekarang ni aku kalau dah suka aku akan cari jalan nak tarik perhatian dia. Contohnya macam tadi lah. Aku tegur N sebab dalam hati sebenarnya nak bercakap dengan A. Tapi memang aku dah lama tak bertegur dengan N pun. Aku berjaya sebab aku borak jugak dengan A. Bukan dengan A je, dengan F pun. F tu kawan dia. Bila cakap dengan dia, hilang stres aku. Mungkin jodoh? Manalah tau kan... Harap haraplah x)

So macam tulah. Tentang aku yang sukar ditafsirkan dan moment yang paling pelik bila aku selesa bercakap dengan A. Ekceli sweet moment... Untuk pengetahuan korang, aku dah maafkan segala kesalahan atau dosa orang mengumpat aku ke, mengutuk and apa apalah yang korang mengata pasal aku. Aku tak nak sakit hati lagi. Aku harap korang pun sama. Aku malas nak fikir pasal benda tu semua.

Finally, doakan aku berjaya dalam spm ye :)

"Aku doakan Nur Nadhira binti Ahmad Jais lulus dengan cemerlang dalam SPM. Amin..."