Tuesday, 2 February 2016

Windstruck versi Naddy

Assalamualaikum...

Pernah tengok filem korea tak? Tajuk dia Windstruck. Aku tengok filem ni secara tak sengaja sebab takde patient kat klinik. Tu yang cari filem korea yang best best then jumpalah filem Windstruck ni. Sebenarnya banyak lagi filem korea yang aku tengok. Bak kata orang kalau stres atau nak lupakan something kita kena buat benda yang kita tak pernah buat...

Dulu aku memang tak minat nak tengok filem or drama korea pun. Tapi dah sekali tengok, best pulak x) Windstruck versi Naddy ni sebenarnya aku nak sampaikan satu luahan hati aku yang entah apa apa ni. Biasalah aku kan suka berangan. Tu yang muncul luahan yang pelik pelik...

Yeah... Yeah... Yeah.... (Ni sedutan lagu filem Windstruck)

Aku suka bila angin datang kat aku.
Rasa tenang semacam aje dan aku pun mula mendepakan tangan untuk menikmati angin yang sudah menyelubungi tubuhku. (Ni ayat aku secara rasmi tau tak hehe)
Fikirannya kosong dan tenang pada masa itu.
Sangat tenang dan waktu inilah aku terfikir...
Adakah aku yang terbaik?

Walaupun kita tidak dapat bersama, aku tetap akan merinduimu.
Apabila angin datang, seolah-olah angin itu ialah engkau.
Engkau akan jadi pasanganku selamanya.
Myungwoo! Myungwoo! Are you come here as wind? (Ni heroine dia cakap tapi aku tak ingat nama heroine dia)

Filem Windstruck ni adakalanya nak gelak, terlebih sweet dan akhirnya tersangatlah sedih. Aku faham cerita ni bila baca subtitle english kat bawah jelah huhuhu. Cubalah tengok... Mana tahu ada kena mengena dengan kisah hidup korang.

No comments: