Tuesday, 30 August 2016

Nur Ain Sahara

Assalamualaikum...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Alhamdulillah hari ni Ira masih bernafas lagi di bumi Allah SWT dan dapat menyambut bulan kemerdekaan yang ke-59. Sekejap je masa kan. Tak sangka spm dah nak dekat huhu.

So sekarang sementara nak spm ni kan banyak cuti kan. Time ni lah Ira ada idea dan ilham untuk buat novel baru. Dah baca sinopsis dia? Kalau belum bacalah :p Penat perah otak tau hihi. Sekarang tibalah masa untuk Ira describe watak Ain ni. Kenapa nama dia Ain? Ira saja letak nama heroin dia Ain sempena kawan Ira yang bernama Ain ni bagi purdah kat Ira cehh.

NUR AIN SAHARA

Dia pakai purdah dan niqab. Ada kisah di sebaliknya...

Sebelum pakai...

Perangainya teruk kerana minum arak, keluar sana sini dengan lelaki. Rambutnya karat serta bajunya tak cukup kain. Kuku apatah lagi diwarnakan bertukar-tukar warna sehingga dihalau oleh keluarganya. Yang paling teruk dia pernah merokok dan shisha.

Dia berubah sebab ada penyakit tumor otak tahap 4. Hayatnya tak lama je lagi. Sama ada dia perlu buat pembedahan atau hanya tunggu hari pemergiannya. Kos pembedahan tumornya itu terlalu tinggi kerana terpaksa berhadapan dengan kanser. Disebabkan itu tidak mahu melakukan pembedahan itu.

Hatinya terdetik untuk berubah kerana semasa perjalanan pulang dari hospital, dia ternampak masjid dan di sebelahnya terdapat sekolah tahfiz. Dia nampak ramai gadis yang bertudung labuh dan juga berpurdah. Dia singgah then tanya sorang budak perempuan yang lebih muda dari dia. Namanya Iffah. Ain menanyakan soal kelas mengaji kerana sudah lama dia tidak solat dan membaca Al-Quran. Lidahnya kelu serta kekok untuk melakukan semua itu.

Jangan risau gais, ending novel DIA ni Ain tak mati. Tak syoklah kalau heroin mati en. Nanti adalah Iman jumpa doktor peribadi dia untuk rawat penyakit Ain tu. Kalau dah suka, Iman sanggup buat apa je. Itulah Muhammad Iman Asyraf. Nak describe jugak ke watak Iman? Rasanya tak perlu kot. Sebab nanti Ira share jugak kat blog ni manuskrip manuskrip yang Ira dah buat. Kalau sempatlah. Spm dah dekat. Countdown je ni. Seram mehh!

"Tak semudah itu saya nak terima awak sebab awak tak kenal lagi siapa saya yang sebenarnya. Saya tak sebaik yang awak sangkakan. Saya teruk sampai saya benci dengan diri saya sendiri. Ramai lagi perempuan yang lagi baik dari saya, Iman." 
                                                                                 - Ain

                                                                                        

Sunday, 28 August 2016

Coming Soon : Novel "DIA"

Assalamualaikum...

Image result for girl with niqab

DIA

Dia muslimah yang setiap lelaki inginkan...
Dia juga cantik seperti bidadari namun sungguh tak menyangka ada kisah yang perit disebalik itu...
Kisah itu berbeza dengan dirinya sekarang. Paling menyakitkan bila dia tahu gadis itu mempunyai penyakit yang serius. 
Disebabkan itu gadis itu berubah ke jalan Allah SWT. Dia yakin Allah sentiasa ada dengannya. Siapa DIA? Ya, dialah Nur Ain Sahara.

Sinopsis :


Nur Ain Sahara, gadis berpurdah yang mempunyai pelbagai kisah di sebalik purdahnya. Sebelum dia memakai purdah, hidupnya sosial dan kini hatinya terbuka untuk kembali ke jalan Allah SWT. Muhammad Iman Asyraf ditakdirkan bertemu dengan Ain ingin mengambil gadis itu sebagai isteri namun Ain menolaknya kerana dia menyembunyikan sesuatu dari semua orang.

"Sahara, satu hari nanti awak pasti jadi isteri saya..."


*Tengah cari idea untuk buat novel DIA ni. Sakit jugak kepala fikir jalan cerita dia hehe. 

PEREMPUAN ~

Assalamualaikum...

Image result for girls ootd tumblr

Girls?

Horray dah habis trial hahaha! Kau jangan suka sangat, spm tak lepas lagi... Entah apa result yang keluar nanti. Janganlah ada yang failed... 

Malam ni saja nak cakap pasal attitude perempuan. Macam biasalah Ira pun perempuan, so senang sikitlah nak berhujah pasal perempuan ni. Kalau dah namanya perempuan, tak habis dengan lelaki, fesyen, dress up, cakap banyak like me. Then overthinking tak tentu pasal sampai sakit kepala. Bila nak period je mulalah bad mood. Betul tak kaum hawa?

First of all, kuat makan. Perempuan memang kuat makan. Itu fakta wajib. Macam Iralah. Nampak badan kecik tapi kalau bab makan, amik kau! Monster pun kalah. Lagi lagi kalau ada aiskrim... Pergh! Tengah kempunan ni. Hehehe. Pernah tak, bila merajuk balas chat nak tak nak aje. Lepas tu kalau marah betul balas chat dah macam karangan. Yeah, itu Ira jugak. Macam lion!

Tu antara ayat yang Ira copy dari facebook dan sememangnya sama dengan perangai Ira sendiri. Kalau korang tak kenal Ira betul betul memang Ira akan jadi pendiam. Pendiam yang amat. Sampai orang pun ingat Ira sombong. Bila dah kenal, semua cerita Ira akan bukak. Tapi err, Ira tak berminat sangat nak bercerita pasal orang. Mengumpat eh kata orang? Sebab benda tu kan berdosa besar. Kadang kadang kan kita sendiri tak sedar yang kita tengah mengumpat orang. Ira ada dengar dari tazkirah ustaz, perempuan ni nak masuk syurga senang aje. Jaga lidah sebab kat neraka ramai penghuni perempuan dari lelaki. Jaga solat, tutup aurat dengan sempurna. 

Kalau bab fesyen pulak, tak salah nak pakai apa pun asalkan yang menutup aurat. Sekarang ni Ira tengah praktis jugak tutup aurat dengan sempurna. Yang paling best Ira dah cuba pakai purdah. Alhamdulillah selesa sangat. Cuma nak makan dengan minum jelah susah sikit. Yang tak bestnya perempuan ni senang nak nangis. Yalah hati perempuan kan lembut. 

Nanti dah kahwin kena belajar masak pulak dari mak Ira. Tak pun tengok tengok sikit resepi kat encik google. Kalau tak pandai masak nanti lari pulak DIA. Haha. Sedangkan nak potong bawang merah pun payah. Apa lagi nak potong ayam nanti. Huhu sedih betul. Nasib baiklah Ira dah tau sikit masak sambal. Hihi!




Sunday, 21 August 2016

Smile, smile and smile.

Assalamualaikum...



"Jadilah wanita yang paling bahagia dengan senyumanmu. Lupakan kesedihan yang menimpamu. Sentiasa fikirkan perkara yang membuatkan kamu bahagia."

Perkataan dari buku yang Ira baca iaitu Jangan bersedih, Jadilah wanita yang paling bahagia. Best buku ni. Semua perkataan yang ada dalam buku tu deep. Nak? Tanya kawan Ira sebab Ira pun pinjam buku tu dari dia hahaha. Thanks Mira sebab pinjamkan buku tu kat aku.

Masa Ira baca buku tulah hati Ira terdetik nak berubah. Yalah, buku tu seolah olah mengajar Ira erti kesabaran yang sebenar benarnya. Senyum selagi mampu. Senyum pun dikira sebagai sedekah tau tak. Dulu kan Ira selalu post kat blog ni pasal sedih aje. Sekarang ni Ira nak post pasal happy good lucky aje... Barulah korang nak baca kan? 

Impian Ira, Ira nak travel jauh jauh then kongsikan dengan korang. Kalau mampu, Ira bawak family Ira sekali. Dah memang tulah impian Ira dari dulu lagi. Bahagiakan family Ira dengan tulang empat kerat ni.

Ira nak penuhkan hari hari Ira dengan senyuman. Kalau sakit, senyum. Kalau sedih, senyum. Walaupun terpaksa tetap senyum jugak. Apa orang kata tu, FAKE SMILE. Kalau happy, haa senyumlah kau lebar lebar. Senyuman boleh hapuskan 1000 kesedihan. Ceh ayat.... So janganlah seksa hidup korang dengan muka yang masam. Sentiasa tersenyum ye! Dengan orang yang tak kenal tu tak payahlah senyum. Kalau rasa muka orang tu scary je kan. Kena berpada pada jugak hehe.





Tentang purdah dan Hidayah Allah SWT

Assalamualaikum...


"Pakai purdah adalah sunat Nabi Muhammad SAW dan juga sunnah. Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang melakukan sunnah. Title syurga akan diberikan ke atasnya..."

Ira sendiri tak tahu kenapa hati Ira terbukak nak pakai purdah ni. Kalau nak ikutkan Ira ni bukan baik sangat pun. Dulu bila tengok orang pakai purdah atau niqab dalam hati mesti ada rasa pelik. "Kenapa orang tu pakai purdah? Ira dulu gelar orang yang pakai purdah ni orang arkam. Padahal kebanyakkannya orang yang pakai purdah ni orang arab kan sebab kat negara dia orang padang pasir.

Ramai yang mempersoalkan tentang purdah ni. Lagi lagi kat Malaysia. Sampai ada orang cakap orang yang pakai purdah ni ajaran sesat. Astagfirullah. Bila Ira kaji balik pasal purdah ni, sama sekali berbeza. Ajaran sesat? Pelik betul. Orang tutup aurat dengan sempurna pun cakap ajaran sesat. Isteri dan anak perempuan Nabi Muhammad SAW juga berpurdah. So? janganlah anggap meraban macam tu.

Secara jujurnya, Ira belum lagi pakai purdah. Cuma hati ni terbukak bila tengok orang orang yang pakai purdah. Kawan Ira cakap bila kita pakai purdah automatik diri kita rasa dilindungi. Macam yang Ira cakap, orang akan pandang kita melalui mata bukan tubuh badan kita. So kat situ dah nampak dah yang kita dah tutup aurat dengan sempurna. Ada jugak orang cakap, nak pakai purdah niat kena betul, bukan nak ikut ikut orang. Ye betul.

Ira selalu harap yang Allah SWT betul betul bagi hidayah kat Ira supaya Ira berubah. Berubah sepenuhnya. Ira tak nak pakai purdah sekarang sebab keadaan. Keadaan yang tak mengizinkan. Kawan Ira nak bagi pinjam purdah dia untuk Ira pakai satu hari. Ira ada jugak terbaca kat blog blog orang lain pasal etika berpurdah.

Niat kena betul. Then, bila kita pakai purdah automatik kita pun akan berubah. Tapi kan, tak semua orang yang pakai purdah ni baik. Kadang yang pakai purdah ni nak tutup aib dia. Macam syaitan yang bertopengkan manusia macam tu?

Hmm insya-allah hope Ira tak macam tulah. Ira cuma terfikir, "Sempat ke aku bertaubat? Buatnya aku mati esok, tak sempat nak mengucap dua kalimah syahadah kalau aku terus terusan perangai macam ni." Haa sebab tulah. Ira takut kalau Ira kemalangan teruk ke. Then tidur tidur terus pergi macam tu. Tak sempat nak kumpul ibadat yang secukupnya untuk kita ke akhirat nanti. Benda tulah yang selalu Ira fikir. 

Mungkin Allah SWT bagi Ira sakit sebab bila kita sakit, kita akan ingat Allah. Subhanallah, baiknya Allah SWT kerana masih bagi Ira peluang untuk berubah sebelum Ira pergi. Ira harap Ira takkan sia siakan peluang ni untuk Ira bertaubat. Insya-allah...



Solat duduk

Assalamualaikum...


Maaf gambar dari encik google...

Tadi lepas mandi wajib Ira cuba untuk bersolat duduk. Kenapa Ira solat duduk? Sebab tadi kepala Ira sakit sangat macam yang Ira cakap kat post sebelum ni. Cikgu sains Ira cakap kalau kepala Ira tak boleh tahan masa solat berdiri better solat duduk. So hari ni Ira try lah. Mula mula memang rasa kekok tapi lama lama alhamdulillah okey.

Apa Ira rasa masa solat duduk? Rasanya sama aje macam solat berdiri. Cuma rukuk kita tundukkan sikit badan lepas tu sujud macam biasalah. Tengoklah kalau waktu asar kepala Ira dah okey, Ira solat macam biasa... Ira cuma nak cakap bila kita jaga solat ni hati kita rasa sentiasa tenang. Tak macam dulu, asyik gelisah lepas tu kelam kabut tak tentu pasal. Percayalah, kita jaga solat, insya-allah Allah pun akan jaga kita.

Sebenarnya niat Ira nak pakai purdah. Ira bukan nak ikut ikut orang tapi hati ni memang dah terbukak nak pakai. Cuma masa je yang tak mengizinkan lagi. Keadaan sebenarnya yang buat Ira rasa takut nak pakai. Hari tu Ira dah cakap dengan kawan Ira dah nak pinjam purdah dia. Dia nak bagi Ira pakai purdah untuk satu hari. Dia sendiri cakap, bila kita pakai purdah ni rasa diri kita ni dilindungi oleh Allah swt. Orang akan pandang kita melalui mata. Selalunya kan orang akan pandang tubuh badan kita right? So kali ni dia akan pandang mata. 

Kalau boleh Ira nak berubah terus ke jalan Allah swt. Nak jaga lidah, aurat, jaga solat and semuanyalah. Nak jadi muslimah dan mukmin yang taat. Memang susah nak jadi baik tapi kalau kita terus istiqamah insya-allah boleh punya. Hati Ira terdetik nak buat semua ni sebab Ira takut Ira tak sempat nak berubah sebelum Ira pergi. Ira takut sangat kalau satu masa Ira tak sempat nak bertaubat. Ira nak pergi dalam keadaan orang yang beriman. 

Hmm lastly, cakaplah benda yang baik baik sebab percakapan itu ialah satu doa. Ingat korang, jagalah mulut dan setiap perkataan yang nak keluar dari mulut korang tu. Biarlah hari ni Ira jadi ustazah sikit. Hehe. Ira dah cakap semua benda Ira minat. Haa kau, sekali jadi ustazah memang terbayek x)






Thursday, 18 August 2016

Cerpen : Suatu Hari Di Bukit Broga

Kenangan yang mengembalikan ingatanku...”

Sejak tersedar dari koma, Farina sering tertanya-tanya. Di manakah dia? Siapa dia dan... Mengapa dia perlu terlantar selama berbulan-bulan sedangkan orang lain gembira tanpa dugaan pun. Lebih-lebih lagi dia perlu menghadapi amnesia. Dia langsung tidak mengenali sesiapa pun kecuali mama dan papanya.

“Arin?” sapa seseorang yang dia tidak mengenalinya.

“Awak siapa? Macam mana awak boleh tahu nama saya?” ujar Farina. Matanya kembali memandang kolam ikan di taman mini rumahnya.

“Aku Amira. Takkan kau tak ingat siapa aku walau sikit pun? Aku kawan kau Rin.” getus Amira.

“Maaf, tak. Aku amnesia. Aku tak boleh ingat sesiapa pun kecuali mama dan papa aku.”

Amira terdiam. Dia memegang tangan Farina lembut. “Aku tahu macam mana nak pulihkan ingatan kau. Ikut aku esok pergi satu tempat. Tempat tulah kita sama-sama menggila dan kat situlah seseorang yang kau cintai jaga kau sampai kau jatuh. Mungkin kau hilang ingatan sebab kau tahu dalam hati dia masih sukakan cinta pertama dia...” terang Amira.

“Eh yeke? Bukan ke mama aku cakap aku kemalangan sampai aku koma?” Farina tidak puas hati. Kepalanya terasa sakit apabila mahu mengingati perkara yang sudah berlalu.

Keesokannya, Amira menjemput sahabatnya dari rumah dan terus ke bukit Broga. Mata Farina kaku melihat keindahan bukit itu. Kepalanya terasa sakit. Dia sukar untuk ingat. “Mira, tak boleh ke kau cerita semua? Aku dah penatlah asyik nak mengingat. Kepala aku sakit.”

Amira senyum sinis. “Kejap.”

Selang beberapa minit, seorang jejaka datang dan memainkan lagu memori berkasih yang dinyanyikan oleh Achik dan Nana. Farina terkedu. “Siapa dia?”

“Assalamualaikum, Farina. Saya dah lama tunggu awak. Saya rindu awak, sayang.” ujar lelaki itu. Lelaki itu ialah Adi. Adi merupakan teman lelaki Farina sejak mereka berumur tujuh belas tahun lagi. Sehingga kini, Adi masih setia.

Amira senyum lantas meninggalkan mereka.

“Waalaikumussalam. Maaf, saya tak kenal awak.” balas Farina. Dia berpeluk tubuh.

“Tapi saya rindu awak. Rindu tentang kita. Takkan awak tak ingat tempat ni? Dan... Lagu memori berkasih tulah yang menemukan kita dulu.” kata Adi.

Farina menggeleng.

“Saya nak mintak maaf kat awak sebab dulu saya masih cintakan cinta pertama saya dan selalu tak ada masa dengan awak. Awak tau, saya bagai nak gila bila nampak awak jatuh dari bukit ni dulu? Masa tu kali kedua kita pergi mendaki.”

“Oh macam tu. Maknanya dulu awak menduakan perasaan sayalah? Pendapat saya walaupun saya tak ingat awak, awak tak patut buat macam tu. Saya rasa mesti saya jatuh dari bukit tu sebab saya terlalu pendam perkara tu.”

“Sebab tu saya rasa serba salah sampai sekarang.”

Kaki Farina tersalah langkah. Kakinya tersadung batu lantas jatuh terhantuk. Darah dari kepalanya deras mengalir. Pandangannya gelap seketika.

Tiga hari kemudian...

Farina sudah ingat segala-galanya. Rupa-rupanya disebabkan terlalu cemburu dia jatuh dari bukit Broga itu. Kali ni dia pergi ke Port Dickson untuk menenangkan fikirannya. Dia cuba untuk melupakan tapi semakin dia mahu melupakan, rindu itu datang menghantui dirinya.

“Argh!!!” laungnya sambil ditemani bunyi deruan air laut. Dia membaling batu-batu kecil ke dalam laut.

“Rindu itu fitrah. Tipu kalau awak cakap, awak tak rindu saya dan mahu melupakan semua kenangan yang kita dah cipta? Kenapa awak diam Farina? Jawablah sayang!” ujar Adi sambil mendekati Farina.

Air mata Farina deras mengalir. Dia terkedu dan tidak terkata apa. “Saya tak rindu. Saya langsung tak rindu awak.”

“Tipu. Amira cakap awak dah ingat semuanya. Please sayang, say something.”

Farina melangkah jauh. Adi sempat mencapai tangannya. “Kali ni, saya tak sanggup nak tengok perempuan yang saya cintai cedera lagi.”

“Awak masih cintakan Tirah? Bukan ke perasaan awak tak pernah berubah walau sikit pun? Lima tahun awak sukakan dia dan awak tau, betapa sakitnya hati saya ni... Memanglah Tirah ada orang lain. Tapi saya cemburu jugak. Saya tak boleh terima kenyataan sebab bagi saya, saya ni orang asing dalam hidup awak,” ujar Farina.


Adi diam. Dia cuba melupakan gadis yang bernama Tirah namun sukar. Tapi dia tetap salah kerana dia, Farina jatuh dari bukit Broga. Hatinya berbelah bagi. “Maaf sayang, saya tetap tak boleh lupakan dia,” getus Adi.

“Jadi, lupakan saya. Anggaplah saya tak pernah wujud dalam hidup awak. Sia-sialah semua kenangan kita tu kalau awak masih cintakan orang lain. Dahlah, semoga awak bahagia dengan dia atau orang lain.” kata Farina.

Adi mengeluarkan kotak cincin yang berbentuk hati lalu menghulurkan pada Farina. “Sayang, saya datang sini bukan nak gaduh tapi nak melamar awak. Sudikah awak jadi isteri saya?”

Farina merenung cincin itu. Persoalannya sekarang, macam mana Adi tahu dia berada di Port Dickson? Oh lupa. Amira... Pasti Amira yang memberitahunya.

“Tak guna kalau kita kahwin pun awak masih simpan hati kat orang lain,” desisnya.

Adi pantas menyarunkan cincin itu di jari manis Farina. “Saya nak buktikan yang kali ni cinta saya bukan main-main dan cinta ini juga yang akan membawa kita ke pelamin.”

Farina diam. “Betul?”

Adi mengangguk. “Awaklah jodoh yang saya cari selama ni. Bukan Tirah dan bukan orang lain. Tirah ialah masa silam saya dan awak masa depan saya. Sejak awak koma, awak tak tau dah berapa banyak air mata saya mengalir untuk awak? Bila dengar awak dah sedar, hati saya dah cukup gembira. Tapi malangnya, awak amnesia. Awak langsung tak ingat saya. Nur Farina, saya ikhlas cintakan awak dan sayangkan awak. Kalau boleh saya nak awak jadi makmum dan ibu kepada anak-anak saya dunia dan akhirat.”

Setahun kemudian...

Akhirnya Farina dan Adi menjadi pasangan yang paling bahagia. Kini, Farina bakal melahirkan cahaya mata lelaki. Benarlah kata orang, cinta pertama mungkin jadi cinta yang terakhir tapi cinta pertama tak semestinya akan kekal di dalam hati selamanya.

“Saya sayang awak Adi...”

Wednesday, 17 August 2016

Cerpen : Menjelang Hari Esok

“Esok pasti saya akan pergi...”

Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue seorang yang periang orangnya. Adakala dia akan jadi pendiam. Diam seribu bahasa sehingga semua orang sukar mentafsirkannya. Setiap hari dia hanya akan menjadi ‘ok’ saja. Tetapi kali ini, tiba-tiba saja dia mahu berubah. Hatinya terdetik untuk memakai purdah dan berhijab seperti gadis arab.

“Aku tak fahamlah dengan kau Jue,” ujar Syasya yang merupakan sahabat baik Jue sejak kecil lagi.

Jue mengerutkan dahinya, “Apa yang kau tak faham lagi Sya?” Pertanyaan sahabatnya itu dibalas dengan pandangan sinis.

“Yalah. Kau tiba-tiba nak pakai purdah lepas tu nak berhijab dah kenapa?” soal Syasya. Dia hairan melihat sahabatnya yang semakin hari semakin pelik. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Ada apa dengan Jue?

Jue diam. Dia tidak membalas pertanyaan Syasya sebaliknya matanya fokus kepada bacaaannya yang berkenaan tentang ‘Sunnah Memakai Niqab’. Helaian demi helaian, air mata Jue tiba-tiba mengalir dengan deras sekali.

“Eh, aku peliklah dengan kau ni, Juliana! Dulu kau tak suka membaca pun. Ni baca sikit dah nak keluar air mata. Dahlah aku malas nak layan kau ni.” kata Syasya yang mula rimas dengan semua persoalan yang bermain di dalam fikirannya.

Jue bermonolog dengan dirinya sendiri.

“Esok pasti saya akan pergi...”

Keesokannya, Jue pergi ke sekolah memakai purdah. Semua orang memandangnya semacam. Perangainya yang periang dulu berubah menjadi seratus peratus pendiam.

“Jue, aku tak sukalah tengok kau macam ni,” getus Syasya jujur. Jue yang sekarang berbeza sungguh dengan yang dulu. Dulu katanya tidak suka memakai tudung labuh dan menganggap orang yang memakai purdah itu ustazah dan naif.

“Kenapa? Bukan ke ini sunnah Nabi Muhammad SAW? Aku tak kisah orang nak cakap apa pun pasal aku...” Belum sempat dia meneruskan kata-katanya, pandangannya serta-merta menjadi gelap-gelita. Kepalanya sakit bagai dicucuk-cucuk. Dia memegang kepalanya yang sakit lantas tubuhnya jatuh ke atas lantai.

Petang itu juga Juliana menghembuskan nafasnya yang terakhir. Syasya ialah di antara orang yang paling berasa serba salah pada arwah Jue. Dia tidak menyangka selama ini sahabatnya menyimpan rahsia yang semua orang tidak tahu iaitu mempunyai penyakit serius tumor otak tahap empat. Tumor itu bukan sebarang tumor tapi berkaitan dengan kanser.

Setiap kali melihat rekod kesihatan arwah sahabatnya, dia mengalirkan air matanya. Dalam masa yang sama, Syasya terjumpa diari peribadi milik arwah. Air matanya semakin deras mengalir apabila membaca bait-bait perkataan yang tertulis di dalam diari itu.

“Esok pasti saya akan pergi...”

Aku sengaja menyembunyikan segala rahsia ini kerana aku tahu jika aku memberitahunya pasti sesetengah orang tidak dapat menerima hakikat. Biarlah aku sendiri yang menanggungnya. Dalam masa yang sama, hatiku terdetik untuk berubah. Berubah ke jalan Allah SWT. Biarlah semua orang menegah aku memakai niqab. Aku tidak peduli akan semua kata-kata itu. Bagiku, wanita yang memakai niqab ini telah melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar kepadanya. Aku harap aku sempat bertaubat sebelum aku pergi mengadap ilahi. Terima kasih mak, ayah dan sahabatku Syasya kerana selama ini selalu ada di samping aku. Selamat tinggal semua... Maafkan aku jika aku telah membuat banyak kesilapan. 

Sekian... Ikhlas dari Fifi Juliana

Syasya menutup kembali diari peribadi itu. Dia mengesat air matanya sambil bermonolog, “Aku dah lama maafkan kau Jue. Aku rindu kau sangat-sangat. Semoga roh kau tenang kat sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin...”