Thursday, 30 October 2014

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Assalamualaikum guys :)



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com

Kerana Dia Istimewa Bagiku 8



Bab 8
“Nah ni upah kau. Aku nak kau siasat apa Azrie dengan Ariff buat kat PD tu. Kalau boleh aku nak kau tangkap gambar dia orang sekali. Lepas tu kau sms atau whatsapp aku alamat shalet dia orang. Jelas? Kalau tak ada apa-apa hasil, kau kena pulang balik duit aku tu...” Ujar Aida sambil menghulurkan sampul duit yang berjumlah RM 20,000 kepada Hadi.

“Ni Hadilah wei. Aku takkan kecewakan sesiapa. Kerja aku sebelum ni semua orang puas hati.” Jawab Hadi sambil tersenyum sinis.

“Bagus. Aku harap macam tulah.”

“Kenapa kau suka sangat kat Azrie tu hah? Apalah sangat yang dia ada sampai kau tergila-gila kat dia. Aku yang lagi handsome tambah macho ni kau tak nak...” Ujar Hadi lalu memegang tangan Aida. Aida pantas menarik tangannya.

“Suka hati akulah. Kau sibuk kenapa? Dahlah aku malas nak layan kau! Aku akan pastikan kau siasat Azrie. Kalau tak aku saman kau. Bapak aku kaya, kau jangan main-main dengan aku ehh...” Balas Aida sinis.

“Okey cik Aida...”


Sepanjang berada di Port Dickson, Azrie sering meluangkan masa dengan Fareen. Kadang-kadang kawan-kawan dia pun ada sekali.

“Fareen... Awak pakai telefon tak?” Soal Azrie lalu memandang gadis itu dengan harapan yang tinggi. Harapannya ialah jika dia pulang ke KL nanti, dia boleh berhubung dengan Fareen setiap hari. “Tak...” Jawab Fareen pendek. Fareen memang tak suka menggunakan telefon bimbit kerana baginya menyusahkan saja.

“Kalau awak nak call saya mintak nombor Balqish. Takkan saya nak bagi nombor abah saya pulak kan...”

“Yalah Qish nak nombor...” Getus Azrie hambar. Mukanya berkerut sekali.

“Siap bos!”

Hadi memerhatikan saja gelagat Azrie dan juga Ariff di pantai Port Dickson ini. Boleh pulak dua orang mangkuk ni layan budak-budak kampung kat sini. Geli pulak aku, desis Hadi.

Dia pantas mengeluarkan kameranya dan merakam gerak geri Azrie. Nasib baik tak ada siapa kat sini. Kalau tak mampus aku kalau orang nampak.

“Alamat shalet dia, aku dah dapat. Dengan siapa dia bergaul pun aku dah dapat. Good Hadi. Mesti Aida suka dengan kerja aku ni...” Getus Hadi di dalam hati.

Tak lama kemudian, Hadi terus masuk ke dalam keretanya dan menekan minyak untuk pulang ke KL semula. “Macam manalah si Azrie tu boleh tahan duk kat sini sebulan. Pergh!”

“Cepatnya kau buat kerja... Kalau macam ni bolehlah aku suruh kau buat apa yang aku suruh.” Getus Aida.

“Well... Nah ni semua gambar yang aku dah cuci tadi. Alamat aku dah sms tadi kan.” Balas Hadi lalu melangkah keluar dari restoran itu.

“Hadi! Tunggulah dulu. Isy mamat ni. Sakai betullah. Aku belum habis cakap lagi, blah macam tu je. Hmm, bolehlah aku teruskan rancangan aku. Kau tunggulah Azrie. Aku datang...” Desis Aida
.
Nampak gayanya rancangan Aida tidak menjadi kerana dia terkejut melihat begitu ramai yang berada di sisi Azrie dan juga Ariff di dalam gambar-gambar yang dicuci oleh Hadi tadi.

Fikiran Aida saat ini buntu kerana tiada siapa yang mahu mengikutnya ke Port Dikson itu kecuali... Emelyn! Ya, hanya Emelyn yang boleh menyusulnya ke tempat itu. Tapi bagaimana caranya Aida mahu memujuk sahabatnya itu kerana tempoh hari dia sudah menyakitkan hati Emelyn.

“Alah nampak macam budak-budak kampung je ni...” Detik hati Aida lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba menghantar mesej kepada Emelyn.

Babe, aq nk mintak maaf kt ko psl aritu... Hrp ko maafkan aq eh.

Kemudian, Aida meletakkan Samsung S5nya itu di atas meja solek lantas menyisir rambutnya yang kusut itu.

Baru beberapa minit, Samsung S5nya itu berbunyi tanda sms masuk. “Cepatnya dia balas...”

Aq dh lupakan dh pun. Ni tetibe ko hntr sms kt aq ni apehal?
Emelyn... Aq nk ko ikut aq gi PD esok. Please babe! Aq hrp ko boleh tlg aq kli ni jek.
Nk wt ape gi sne?
Adelah... Nnti aq citer esok.

Nasib baik Emelyn ni jenis yang senang nak dipujuk. Untung aku dapat kawan macam dia ni... Yes akhirnya aku boleh teruskan rancangan aku ni.

Wednesday, 29 October 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Assalamulaikum guys !


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Make Your Own Doodle Here :)





Credit to : Kak Miraa

Tuesday, 28 October 2014

Resepi Fruit Koktail

Assalamualaikum...

resepi fruit koktail 

Bahan-Bahan :

 
1 tin susu cair.

3 tin air.
  
2 sudu besar tepung kastard.
2 sudu besar tepung jagung. 

1/2 tin gula.

secubit garam.
buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. Untuk makluman guna buah sahaja yer :)
 
nata de coco - sejatkan airnya.

sumi jelly.

buah-buahan segar.




Cara-cara penyediaan :

 

  • Campur susu cair, air, tepung kastard, tepung jagung dan gula dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
  • Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak.
  • Angkat periuk daripada dapur.
  • Masukkan buah-buahan, jelly, nana de coco dll.
  • Letakkan ketulan ais.
Sedia untuk dinikmati okey^^

 

 


 


Resepi Coconut Shake

Assalamualaikum !

resepi coconut shake 

 Tengok gambar ni meleleh air liuk den ~ Haha

Bahan-Bahan Coconut Shake : (5 orang minum)

  • - 1 biji kelapa muda (ambil air dan isinya) 
  • - susu cair (ikut suke, dan kemanisan) 
  • - aiskrim perasa vanila 
  • - ais kiub 
  • - sedikit gula pasir

Penyediaan Coconut Shake

  1. - blan isi kelapa dan airnya sampai hancur.
  2. - masukkan susu cair dan gula pasir dan blan lagi. 
  3. - letak ais kiub dalam cawan dan tuangkan bahan yang telah diblan. 
  4. - letakkan aiskrim di atasnya. 


Resepi Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum guys...

Cara Buat Nasi Goreng Kampung 


Bahan-Bahan Nasi Goreng Kampung :



1 pinggan nasi putih


10 ekor ikan bilis


2 ulas bawang putih


4 ulas bawang merah


5 batang cili padi ( bagi yang gemar pedas )


1 inci belacan


1 biji telur


serbuk lada hitam


secubit garam ( secukup rasa )


2 batang sayur kangkung


4 ekor udang ( dibersihkan dan dibuang kulitnya ) nak gantikan dengan hirisan ayam pun boleh je 
 

Cara Buat Nasi Goreng Kampung :

 

1.Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi, belacan dan garam ( tidak perlu begitu halus )


2.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing.

3.Masukkan bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau.

4.Masukkan udang dan sotong, goreng sehingga masak.

5.Masukkan telur, kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.

6.Masukkan sayur kangkung, kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.
 
Selamat mencuba ! Senang je ni... Hehe xx

Resepi Ais Krim Biskut Oreo

Assalamualaikum...

Resepi Ais Skrim Biskut Oreo 


Bahan-Bahan :

1 tin susu cair

Setengah cawan susu pekat

2 sudu besar ovallet

5 keping atau lebih biskut oreo terpulang pada anda – hancurkan

Coklat rise untuk topping
Cara Membuat Ais Krim Oreo

1) Pertama sekali anda ambil semua bahan di atas dan hancurkan. Tidak kisah samada nak menumbuknya ke atau apa-apa pun.

2) Disyorkan anda blender je lagi senang. Tapi jangan blender coklat rise sekali sebab coklat nie nak letak atas ais krim tue. Kalau tak nak letak pun takpe.

3) Blender sehingga semuanya sebati dan nampak macam aiskrim, tapi tak sepenuhnya menjadi aiskrim lagi sebab masih tak sejuk.

4) Dah blender dan sebati semuanya masukkan ke dalam peti sejuk.

Siap :)

Resepi Kari Daging Roti Jala

Assalamualaikum guys...

Kari Daging Roti Jala 

Bahan-Bahan : (Anggaran 10-15 orang)

 
  • 1 ½ kg daging 
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus 
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 2.5 cm kulit kayu manis 
  • 4 biji buah pelaga (ambil bijinya)
  • 4 tangkai daun kari 
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes 
  • 1liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
    -
  • 3 biji ubi kentang besar (di kupas dan di hiris kasar) 
  • Garam secukupnya 
 

Cara Menyediakan Kari Daging

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm. 
  2. Panaskan minyak di dalam periuk. 
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan. 
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi. 
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering. 
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk. 
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk. 
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.
Selain menggunakan kari daging, boleh juga di gantikan dengan ayam jika suka :)
 
 

Resepi Jus Tembikai Shake

Assalamualaikum cute...

 

Tengok apa tu? Jus Tembikai Shake lah. Malam ni Ira rajin cari resepi kat google then share terus kat korang. Kalaulah Ira ada rezeki lebih, boleh buat! Hihi sedap weh kalau minum panas-panas. Meleleh air liur ni den ni. Haha.

Bahan-Bahan :

2 potong tembikai merah
3 cawan air
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula 
   * mengikut kesesuaian tembikai jikalau tembikai yang dibeli tu kurang manis 
   * boleh diletakkan sehingga 3 sudu, tetapi jika tembikai itu sudah manis cukup saja 
     1sudu. 
2 cawan ais 
secubit garam
Ais kiub (sebagai pelengkap kesejukan :))
   *terpulang kepada individu untuk meletakkan Ais kiub ini.
 

Caranya:

Potong buah tembikai halus-halus.
penyediaan jus tembikai
 
Letakkan gula, garam, susu segar, air, 2 cawan ais dan 2 potong tembikai merah di dalam blender.
cara buat jus tembikai

 

Blend kesemua bahan di atas sehingga sebati kecuali ais kiub.
bahan jus tembikai



Hidangkan dan letakkan ais kiub.
juadah jus tembikai



Membuat Jus Tembikai Shake ini amatlah mudah, jikalau lebih rajin lagi boleh tambahkan sentuhan yang lebih kreatif. Bolehlah cuba di rumah bersama-sama keluarga yang tersayang^^

Selamat Mencuba !


Resepi Kek Coklat Moist

Assalamualaikum readers yang cute !

 

Cair tak tengok kek ni? Haha Ira tengok pun dah cair apa lagi korang kan. Korang pernah buat tak? Kalau tak pernah jom ikut tutorial Ira ni haa. Memandangkan blog lama dah tak boleh bukak en.

 
Bahan-Bahan :

Bahan-Bahan yang Diayak :
  • 1 1/1 cawan tepung gandum
  •  3/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecik baking powder
  •  1/2 sudu soda bikarbonat

  •  3 biji  telur bersaiz AA@A pun boleh
  •  1 1/2 gula halus
  • 3/4 cawan susu pekat 
  •  1 sudu besar ovalett 
  •  1 cawan minyak sayur-sayuran (jagung,canola,bunga matahari)
  •  1 1/4 cawan air panas mendidih
Cara-Cara :


  •  Putar gula,telur dan ovalett sehingga pekat dan putih (lebih kurang dlm 15minit- high speed)
  •  Masukkan susu pekat . 
  •  Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikt sehingga habis.
  •  Masukkan minyak putar sehingga sebati.
  • Masukkan air panas mendidih.kacau dengan senduk,jangan putar.kacau sebati dan bakar selama1jam suhu 180-170 C @sehingga masak.Cucuk untuk pastikan masak@tidak.Jika melekat di lidi maksudnya masih tidak masak lagi.Guna loyang 7@8inci yer.9inci pun boleh tapi kek rendah la sikit.
Jika sudah masak sejukkan dan boleh diletakkan topping coklat ganache.(lebih kurang 250gram coklat masakan cairkan bersama 1 sudu mentega/shortening, dan 2-3 sudu besar susu cair@air masak dgn menggunakan kaedah double-boiler sehingga cair.Taburkan sedikit coklat urai/coklat cip/badam utk hiasan atas kek.
Double Boiler: Kaedah mencairkan coklat masakan menggunakan air panas yang mendidih.Letakakn periuk yang berisi coklat masakan di atas air yang mendidih tadi.
Kalau korang sejukkan kat dalam peti ais lagi sedap oh ! :)
Selamat Mencuba ^^

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum guys .

Apa cerita? Sihat? Ok kalau macam tu Ira nak share dengan korang tentang kek yang paling famous kat Malaysia ni. Kek apa ek? Of course lah kek batik! Kalau korang nak tau, Ira pun pernah buat sendiri kek ni tau. Senang jek. Tapi bukan buat sorang, mak Ira yang ajarkan. Menjadi pulak tuu ! Hee

 

Bahan-Bahan :

Milo ( 1 cawan)
Serbuk koko 3 sudu makan
Buttercup 250g
Telur 2 biji
Biskut marie ( 1 bungkus ) 298g
Susu pekat manis 1/2 tin
Air putih 1/2 cawan

 Cara Menyediakannya:

- Ambil periuk,masukkan ke semua bahan diatas kecuali biskut marie dan buttercup. Gaulkan semua sehingga sebati
-Hidupkan api dapur. Masak dengan api perlahan sehingga masak (kena sering godak/kacau) untuk elak hangus.
-Masukkan buttercup hingga cair.


 

 -Padamkan api. Susun biskut marie dalam mangkuk (Ira guna tupperware atau loyang) alaskan plastik, nanti senang nak tanggalkan.
-Selang seli masukkan cairan coklat dengan biskut. Tekan dengan sudu, supaya hasilnya padat seperti gambar diatas.
-Apabila sejuk masukkan dalam peti ais.

Selamat Mencuba !!!


 

 

 

Friday, 24 October 2014

Harapan !

Assalamualaikum readers !

Harapan ? Apa tu harapan ? Ira pun sebenarnya tak tahu sangat maksud dia apa. Tahun ni harapan Ira nak berjaya dalam PT 3 and then... Jadi penulis novel ! Yalah Ira dah hantar semua manuskrip Ira (Yang Diari Cinta Eryna tu) kat penerbit kaki novel. Ira harap novel Ira diterbitkan lah . Hmm sebabnya... Ira teringin sangat nak jadi penulis.

Satu hari nanti harapan Ira nak banggakan keluarga Ira dengan bakat Ira ni. Tak semestinya bijak dalam akademik kan  Tapi susahlah. Huh! Korang nak tahu tak macam mana Ira hantar manuskrip novel tu ? Haa nak dengar tak ? Hehe... Ira hantar guna email je . Senang sikit dari susah payah nak pergi tempat tu . Dahlah jauh... Kalau dekat takpelah jugak .

So korang doakan lah Ira ehh... Semoga cita-cita Ira nak jadi penulis novel ni tercapai jugak. Lagi satu PT 3 . Sape yang lahir kat batch 99' ni kita senasib sebabnya kena hadap PBS, folio , kajian kes , pelbagai ujian and last PT 3 . Ya Allah... Hanya Allah swt je tahu betapa susahnya soalan PT 3 tu . Ira harap semua lulus lah . Especially math dengan sains . (Subjek lemah) Hmm...

Okeylah Ira rasa sampai sini je Ira nak kongsikan dengan korang .
Good Night ! Sweet Dream guys :)
Bye , take care .

Kerana Dia Istimewa Bagiku 7



Bab 7
Tengku Syahril mundar-mandir di depan pintu pejabatnya. Menurut setiusahanya tadi, pengurus jualan di syarikatnya telah lama menghilangkan dirinya tanpa sebab. Dia buntu sama ada dia mahu menghubungi anak lelakinya, Azrie atau tak. Tapi sebagai seorang bapa, takkan dia nak ganggu percutian anaknya di Port Dickson itu? Nanti apa kata Azrie pulak?

Nak tak nak, dia harus menghubungi anaknya juga. Kalau tidak, dia boleh jadi bankrup. Tengku Syahril mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menekan nombor Azrie.

“Assalamualaikum papa, ada apa call Azrie pagi-pagi ni? Selalu papa kan sibuk waktu macam ni...” Ujar Azrie di dalam talian.

“Waalaikumussalam. Azrie, dengar dulu apa yang papa nak cakap ni.” Balas Tengku Syahril serius sekali.

“Okey.” Jawab Azrie pendek. “Papa nak Azrie jadi pengurus jualan di syarikat papa lepas Azrie balik dari PD. Please, papa harap sangat Azrie dapat beri komitmen kerana Encik Azhar sudah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.” Ujar Tengku Syahril.

“Apa? Papa nak Azrie yang uruskan semua tu? Hmm, tengoklah macam mana nanti. Sebab Azrie mana pandai nak jadi pengurus jualan bagai ni. Tak pun papa cari je orang lain.”

“Azrie, anak papa... Papa percaya kat kamu sorang je nak. Kalau tak, bankrup papa tahu! Siapa nak tanggung makan minum kamu dan yang lain nanti? Takkan nak harapkan mama? Mama pun ada kerjaya dia sendiri sebagai pereka fesyen yang terkenal.” Getus Tengku Syahril tegas.

“Insya-Allah papa. Azrie akan fikir semua tu bila Azrie dah balik sana nanti okey?” Azrie terus mematikan talian dan berfikir sejenak. Betul ke apa yang aku buat ni? Takkanlah aku nak jadi pengurus jualan kat syarikat papa sedangkan aku masih setahun jagung lagi... Ijazah pun belum dapat lagi dah nak uruskan syarikat besar.


Seperti biasa, Fareen lincah membuat kerja-kerja di warung. Kadang-kadang dia membantu ibunya memasak kerana terlalu ramai pelanggan. Abahnya pula sering menangkap ikan di laut. Katanya murah sikit nak buat lauk. Tangkap ikan terus hantar kat warung. Ketika Fareen sedang mengambil pesanan, dia ternampak Azrie. Wajahnya yang selalu ceria kini bertukar menjadi masam macam cuka. Ada apa ya?

“Assalamualaikum... Boleh saya duduk?” Soal Fareen lantas menghenyakkan punggungnya di kerusi yang terletak di hadapan Azrie.

“Waalaikumussalam, boleh duduklah...” Balas Azrie. “Awak nampak macam tak happy jek? Kenapa? Cuba cerita kat saya.” Ujar Fareen sambil tersengih.

“Tak ada apalah awak. Saya cuma rindu kat keluarga saya jek. Mana Aqish dengan Qila? Dia orang tak datang warung pulak hari ni...” Getus Azrie cuba mengubah topik. Dia tidak mahu menceritakan hal sebenar pada Fareen. Azrie juga tidak mahu Fareen tahu yang dia datang dari keluarga yang berada. Dia bimbang Fareen tak suka bergaul dengan orang berada sepertinya.

“Dia orang tu kadang-kadang je datang tolong. Aqish ada tapi dia balik rumah kejap. Kawan awak yang lagi sorang tu mana? Selalunya saya nampak awak dengan dia...” Ujar Fareen.

“Biasalah... Dia tu bukan suka sangat berjalan macam saya. Kalau boleh nak duduk terperap dalam rumah.”

“Oh macam tu. Sebelum ni awak duduk mana? Saya tak pernah nampak pun awak kat sini?” Getus Fareen sambil mengetap bibirnya.

“Err saya baru lagi kat sini. Saya ingat nak belajar berdikari tu yang pindah PD dengan kawan saya. Keluarga saya pulak tinggal jauh dari sini. Dekat Felda...” Ujar Azrie cuba mengelak lagi.

“Mesti best kan kalau saya jadi macam awak. Boleh belajar kat universiti lepas tu berdikari...” Desis Fareen.

“Fareen! Reen buat apa berborak kat sana tu? Curi tulang ya? Sejak bila anak ibu ni dah pandai nak curi tulang... Pergi rumah Balqish sana. Panggil dia suruh dia tolong Reen.” Bebel Farah pada anaknya.

“Ya bu... Hmm awak, nanti kalau ada masa kita sambung lagi eh? Awak tak order apa-apa lagi ke? Kalau belum saya belanja awak minum okey...” Ujar Fareen lalu mengatur langkah ke dapur untuk membancuh air milo ais kegemaran Azrie.

“Nah milo ais... Favourite awak kan?” Getus Fareen sambil meletakkan secawan milo ais di atas meja Azrie. Azrie tersenyum sendiri. Belum sempat dia nak berkata apa-apa, gadis ini sudah menceriakannya terlebih dahulu. Bertuah siapa dapat gadis yang bernama Fareen Nuralisa satu hari nanti...

“Terima kasih Reen.” Ucap Azrie ringkas.

“Sama-sama... Saya pergi dulu. Nanti ibu saya bising pulak...” Jawab Fareen sambil mengukirkan senyuman. Sejak mengenalinya, Fareen tidak lekang dengan senyumannya yang cukup manis bagi Azrie.

Kerana Dia Istimewa Bagiku 6



Bab 6
Azrie duduk sendirian di bawah pokok kelapa yang terletak dekat dengan pantai ini. Sunyi. Tiada siapa pun di sini. Perasaan rindunya terhadap gadis yang bernama Fareen membuak-buak. Aku tak pernah pun rasa macam ni sebelum ni, desis Azrie. Fikirannya semakin tenang apabila melihat wajah manis Fareen semalam.

“Kalaulah hari-hari aku boleh tengok muka dia...”

“Bah!” Tersentak Azrie dibuatnya apabila Fareen tiba-tiba muncul di belakangnya dan menyergahnya. Macam hantu pulak. Baru sebut nama dia dah muncul. Seramnya...

“Awak buat apa kat sini?” Soal Fareen lantas menghenyakkan punggungnya di atas pasir. “Saja nak release tension. Awak pulak buat apa kat sini Miss Alisa?”

Terbeliak mata Fareen bila lelaki ini tiba-tiba saja menyebut nama panggilannya yang lain dari yang lain. Selalunya orang panggil dia Reen atau Fareen sahaja. Pelik betul dia ni. “Apa awak panggil saya tadi? Miss Alisa? Encik Azrie, awak panggil saya Reen dah cukup. Tak payah nak over sangat okey?” Ujar Fareen lantas mencubit lengan Azrie.

“Aduhh sakitlah! Awak ni nampak je lemah-lembut eh tapi garang jugak. Okey saya panggil awak Fareen ehh..”

“Suka hati awaklah. Saya lupa nak tanya awak semalam. Umur awak berapa ek? Nampak macam tua jek... Hehehe.” Getus Fareen lalu tertawa. Dia menekup mulutnya menahan tawanya.
“Saya tua? Eh jaga sikit mulut awak eh. Saya baru 20 tahun okey!” Protes Azrie pantas tangannya mengetuk kepala Fareen.

“Adoi sakitlah. Apalah awak ni. Main ketuk je kepala saya.” Bidas Fareen sambil memegang kepalanya. Kali ni rambut Fareen dibiarkan lepas. Makin terpesona Azrie apabila rambut Fareen yang lurus panjang itu terkena bahunya.

“Awak pulak umur berapa? Mesti lagi tua dari saya...” Usik Azrie.

“Saya... 18 tahun.” Jawab Fareen pendek.

“Ohh mudanya. Baru 18 tahun? Kenapa tak sambung belajar... Kalau awak sambung belajar macam saya mesti seronok dapat jumpa kawan-kawan baru, dapat pengalaman belajar kat universiti...” Belum sempat Azrie menghabiskan ayatnya, Fareen pantas menceritakan perihal hidupnya.

“Azrie, awak janji dengan saya jangan bagitahu sesiapa pasal ni? Sebenarnya.. Err sebenarnya... Saya dah dapat tawaran masuk ke universiti tu tapi saya tak tahu nak pergi ke tak sebab saya belum bagitahu apa-apa lagi kat keluarga saya. Saya takut keluarga saya tak izinkan saya pergi sebab mereka terlalu sayangkan saya...” Ujar Fareen panjang lebar.

Tangan Azrie pantas mengesat air mata Fareen yang mencurah-curah di pipi. Dia tak sampai hati melihat gadis ini sedih.

“Fareen... Bersabar eh. Saya janji saya akan tolong awak. Bagi saya, rugi kalau awak dah dapat tawaran tu tapi awak tak pergi. Nanti saya akan berhadapan dengan keluarga awak okey?”

“Jangan Azrie... Awak baru kenal saya dan awak tak kenal lagi keluarga saya macam mana. Abah saya garang. Nanti saya takut dia syak apa-apa pasal awak nanti awak jugak yang susah. Saya tak nak susahkan sesiapa termasuklah awak Azrie.” Getus Fareen lantas melangkah pergi.
“Kalau macam tu tak apalah. Hmm, awak nak pergi mana tu?”

“Saya nak ke warung. Nanti abah dengan ibu saya risau kalau saya lama-lama kat sini...” Jawab Fareen.


Azrie tidak puas hati dengan Fareen. Kalaulah Fareen tahu yang dia benar-benar ikhlas mahu membantunya? Demi gadis itu, dia sanggup buat apa saja asalkan gadis itu bahagia.

“Kau ni macam perempuan kan?” Getus Ariff sambil membancuh air nescafe panas. Cuaca sejuk begini memang sedap minum air panas-panas.

“Kau apehal cakap aku macam tu pulak?” Balas Azrie lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Sepanjang dua hari ini telefon bimbitnya langsung tak terusik.

“Yalah aku tengok kau ni asyik termenung je. Kata datang PD nak tenangkan fikiran... Tapi aku tengok kau makin tak tentu arah. Sebenarnya kau kenapa? Cuba cerita kat aku ni ha. Mana tahu aku boleh tolong. Ke kau dah jatuh cinta kat salah satu awek kat sini...” Ujar Ariff lantas meletakkan air nescafe yang dibancuhnya tadi di atas meja.

“Kau kenal Fareen kan? Alah budak perempuan semalam tu...” Getus Azrie sambil menghirup air nescafe. “Kenapa dengan dia? Kau suka dia? Habis Aida macam mana?”

Azrie tergamam. Takkanlah dia nak tinggalkan kekasihnya demi Fareen. Tidak sama sekali. Dia baru saja mengenali gadis cantik yang bernama Fareen itu. Niatnya hanya mahu membantunya. Suka? Hatinya belum terbuka lagi untuk mencintai sesiapa.

“Woi, aku tengah cakap dengan kau ni. Jawablah. Kalau kau tak nak Aida, bagi kat aku. Kan senang? Habis cerita. Kau ambik je si Fareen tu. Aku tengok dia okey apa. Boleh tahan lawalah...” Ujar Ariff sambil mengangkat keningnya.

“Aku dah agak. Kau memang ada hati kat awek aku kan? Dulu aku suruh kau tackle dia tak nak. Apalah kau pengecut. Buat masa ni aku tak nak suka kat mana-mana perempuan sebab aku kan lelaki setia.”

“Setialah sangat! Aku tengok kau pandang Fareen semalam lain macam aje. Okey kita tengok, sama ada kau jatuh cinta atau tak. Kalau ye, maknanya Aida jadi milik aku...” Getus Ariff sambil tersenyum sinis lalu berlari masuk ke bilik. Takut Azrie mengamuk!

Malam ini Fareen sengaja mengasingkan dirinya di dalam bilik. Selalunya dia sering berborak dengan keluarganya tetapi malam ini dia lebih tenang bersendirian.

Dia duduk sambil memandang ke arah luar tingkap. Mujur kawasan pantai itu dekat dengan rumahnya. Senang nak tenangkan fikiran. Kenapa aku terbayang muka dia pulak ni, desis hati Fareen.

Dalam ramai-ramai lelaki, Azrielah yang pandai memikat hatinya. Sebab itulah Fareen tidak boleh melelapkan matanya kerana asyik terfikir tentang lelaki itu saja. Isy kenapa dengan aku ni! Dah gila bayang agaknya. Entah dia dah ada girlfriend mana tahu. Aku je yang perasan...

“Ya Allah!” Jerit Fareen. Suara Fareen menyebabkan kedua ibu bapanya risau. Kenapa tiba-tiba anak perempuannya menjerit sekuat itu?

Farah dan Hairul kelam-kabut masuk ke dalam rumah lalu mengetuk pintu bilik anak perempuannya yang tiba-tiba menjerit itu. “Fareen... Bukak pintu ni sayang.” Ujar Farah sambil mengetuk pintu bilik Fareen.

“Maafkan Fareen ibu... Fareen tak sengaja jerit tadi sebab Balqish ni haa. Tiba-tiba je muncul kat luar tingkap bilik Fareen. Fareen ingatkan hantu tadi.” Ujar Fareen beria-ria meminta maaf pada ibunya. “Aqish pun nak mintak maaf jugak sebab buat mak cik dengan pak cik risau. Sorry ehh..” Getus Balqish selamba.

“Lah ingatkan ada apa tadi... Kalau macam tu ibu dengan abah masuk tidur dulu tau. Balqish nak tidur sini, tidurlah. Mak cik tak kisah asalkan esok kamu berdua datang warung.” Balas Farah lalu menutup daun pintu bilik Fareen.

“Kaulah ni Qish... Buat aku terkejut je. Lain kali bagilah salam dulu. Bukan main redah je. Ni mesti nak tanya pasal Azrie kan?” Ujar Fareen lantas meniarap sambil menongkat dagunya di atas katil.
“Haah jom gosip pasal dia nak? Ni pagi tadi dia ada datang warung tanya pasal kau tapi kau tak ada. Bila dia tahu kau tak ada, muka dia terus berubah. Lawak doh.” Getus Balqish sambil menanggalkan tudungnya.

“Kau ni tak baiklah cakap macam tu. Dahlah aku nak tidur. Dah pukul berapa dah ni...” Ujar Fareen malas. Matanya kini benar-benar mengantuk. Malas hendak melayan sahabatnya yang suka bergosip ni.

“Alah tunggulah dulu wei... Aku belum habis cakap lagi. Tapi aku rasa dua-dua handsome! Kalau kau pilih Azrie, aku nak Arifflah. Dia pun boleh tahan macho jugak.” Balas Balqish sambil membayangkan muka Ariff.

“Banyaklah kau aku pilih Azrie. Takkanlah baru kenal nak... Hmm dahlah aku malas nak cakap pasal ni. Kau tahu kan Qila pun suka kat Azrie tu? So aku tak naklah kecoh-kecoh. Nanti orang kata apa pulak kan?” Jawab Fareen lalu tertidur.

“Qila tu memang. Semua dia nak. Dah dapat Asyraf, nak orang lain pulak. Hisy! Eh kau nak tahu tak?” Baru saja Balqish hendak menghabiskan ayatnya, sahabatnya sudah nyenyak tidur di sebelahnya. Eii si Fareen ni memanglah! Aku baru nak gosip dia dah tidur dulu. Dia selalu macam ni tau..” Desis Balqish.