Skip to main content

Diari Cinta Eryna 35



Bab 35
“Mana kamu pergi Eryna? Lama mama tunggu kamu. Semua orang kat sini tengah risaukan Eryna.” Ujar Datin Nurul padaku.
Aku terus menyalam tangan mama lalu memeluk bahunya. “Saya tau saya yang salah, mama. Saya singgah Times Square tadi. Saya mintak maaf kalau buat semua orang risau kat sini.” Getusku.
“Tak apa nak. Dah malam dah ni. Meh sini mama tunjukkan bilik kamu ya...” Tukas Datin Nurul lagi.
“Fasha mana, mama?” Soalku menanyakan tentang Fasha. “Fasha tidur. Dia yang sibuk sangat tunggu kamu tadi. Asyik tanya mama je, mana kak Eryna?” Kata Datin Nurul sambil melakonkan gaya Fasha.
“Ohh ya ke... Kesian dia. Tak apa, nanti bila-bila Eryna belikan dia teddy bear.”
“Mama masuk tidur dulu tau. Dah lewat sangat dah ni.” Ujar Datin Nurul.
“Okey.”

Azan Subuh berkumandang. Aku terus bangun lalu memisat mataku. Aku memandang gambar perkahwinan aku dan Fakhrul Izwan yang terletak di atas meja bersebelahan katil. Aku sungguh merindui wajahnya. Walaupun baru satu hari dia tinggalkan aku, macam setahun pulak.
Kemudian, aku mencapai tuala untuk membersihkan diriku. Aku terus mengambil wuduk sekali untuk menunaikan solat Subuh.
“Kak Eryna...” Panggil Fasha sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik.
“Ada apa sayang?” Soalku.
“Mama suruh Kak Eryna solat sekali. Apa tu namanya? Fasha lupalah.” Kata Fasha sambil menggaru dahinya.
“Solat jemaahlah sayang...”

“Siapa yang jadi imam, mama? Papa kan tak ada?” Soalku pada Datin Nurul. “Pak Borhan yang akan imamkan kita.” Balas Datin Nurul.
“Siapa Pak Borhan tu?”
“Pak Borhan tu driver mama merangkap suami Mak Yam jugak.” Ujar Datin Nurul lagi.
Usai solat, aku menyalam tangan mama dan Mak Yam. Solat jemaah dengan keluarga mertuaku mengingatkan aku kat keluarga aku di kampung.
“Fasha pun nak salam jugak...” Getus Fasha manja.
“Ya sayang.” Tukasku.
“Agaknya apalah yang dia tengah buat sekarang. Aku rindukan kau Lyssa Eryna...” Ujar Fakhrul Izwan sambil merenung wajah isterinya di gambar perkahwinannya itu.
Telefon Fakhrul Izwan berdering menandakan ada orang menelefonnya. Nama Eryna tertera di skrin telefonnya. Fakhrul Izwan tersenyum lebar. “Betullah kalau aku tengah rindukan dia, dia akan telefon aku.” Getus Fakhrul Izwan lalu menjawab panggilan dari isterinya itu.
“Assalamualaikum abang...” Ucapku memulakan bicara pada Fakhrul Izwan. “Waalaikumussalam sayang. Sayang buat apa tu?” Soal Fakhrul Izwan prihatin. “Ni mesti kes abang tengah rindu saya kan? Mengaku jelah! Hehehe... Saya tengah kerjalah. Abang pulak, buat apa tu?”
“Gelak pulak dia. Memang pun abang tengah rindukan sayang. Abang baru lepas meeting tadi. Sekarang abang tengah rehat kat dalam bilik. Kalaulah sayang ada kat sini...” Rintih Fakhrul Izwan. “Alah abang ni. Baru satu hari dah rindu. Bukannya abang pergi setahun! Dahlah awak, saya nak sambung buat kerja ni. Bye, Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam.” Balas Fakhrul Izwan.


“Babe, jom lunch!” Sergah Nureen. “Kejaplah wei. Aku nak kemas barang aku dulu” Getusku.
“Cepat sikit! Dah pukul berapa dah ni...” Ujar Nureen.
“Lyssa Eryna binti Khairudin...” Panggil Nureen dengan nama penuhku. Aku tersentak dan memandangnya sinis.
“Kau dah kenapa panggil nama penuh aku? Meremang bulu roma aku.” Getusku. “Kita order dululah. Dah kenyang nanti aku cerita.” Tukas Nureen.
“Kau ni buat suspen aku jelah! Dik, bagi akak nasi paprik dua.” Pesanku pada pelayan warung itu. “Air?” Soalnya. “Air bagi... Air kosong jelah.” Tukasku.
“Air kosong je?” Getus Nureen.
“Baik untuk kesihatan... Ye tak?” Ujarku.
 “Ish kau ni! Tak apalah. Ni aku nak sambung cerita ni.”
“Aik, kata lepas kenyang baru cerita?”
“Apa-apa jelah! Babe sebernanya kan aku mengandung!” Getus Nureen ceria sungguh wajahnya.
“Kau mengandung? Alhamdulillah! Tak lama lagi aku jadi mak cik pada baby kau tu ek? Harap-harap dia comel macam aku.”
“Amboi, aku yang mengandung kau pulak yang melebih. Kau bila lagi?”
“Aku? Entahlah. Arul cakap tunggu dia balik baru plan nak ada anak.” Getusku selamba. “Apalah korang ni. Korang kan dah tiga bulan kahwin?” Tukas Nureen.
“Aku hempuk karang kau ni Nureen! Baru tiga bulan mak cik. Yang kau tu kahwin dulu dari aku, sekarang baru pregnant apa kes?” Getusku lalu mengepal penumbukku.
“Sorrylah Eryna... Aku gurau je tadi. Jangan ambik hati okey? Kau kan kawan aku.” Pujuk Nureen. “Yalah. Ni aku nak tanya, dah berapa bulan tu?”  Ujarku.
“Baru dua bulan.” Jawab Nureen pendek.


“Awak, saya kempunan nak makan pastalah.” Ujar Nureen pada suaminya, Faizal. “Pasta? Tak silap saya, sayang tak pernah makan pasta pun?” Balas Faizal.
“Alah bolehlah awak... Ni baby dalam perut saya ni ha nak makan.” Getus Nureen sambil mengusap perutnya.
“Okeylah jom ikut saya pergi satu restoran ni. Restoran ni satu-satunya restoran yang jual pasta yang paling sedap pernah saya rasa.” Ujar Faizal.
“Betul ni?”
“Betullah sayang... Buat apa saya nak tipu.”
“Awak, betul ke awak pernah suka kat kawan saya, Eryna?” Soal Nureen. Faizal tiba-tiba tersedak. Memang betul dia pernah jatuh suka kat Eryna tapi suka sebagai kawan sahaja.
“Alah sayang. Tu kan cerita lama.” Getus Faizal.
“Maknanya betullah ni? Eryna pernah cerita kat saya yang dulu awak pernah syok kat dia. Tapi dia tak terima pun disebabkan Secret Admire dia tu.” Ujar Nureen sambil menikmati pasta.
“Siapa Secret Admire dia tu?” Soal Faizal ingin tahu.
“Fakhrul Izwanlah. Siapa lagi? Eryna cintakan Arul dari dulu lagi. Dari zaman sekolah menengah lagi. Sebab tu bila dia orang dah kahwin ni saya lega sebab saya tau jodoh dia orang memang kuat. Lyssa Eryna dengan Fakhrul Izwan memang ditakdirkan untuk bersama.” Terang Nureen panjang lebar.
“Ohh patutlah Arul dulu asyik tanya pasal Eryna je. Sikit-sikit Eryna. Muka dia tu pun boleh tahanlah.” Ujar Faizal.
“Boleh tahan handsome kan awak?” Getus Nureen.
“Bolehlah...” Balas Faizal acuh tak acuh. Dia sebernanya cemburu juga kerana isterinya asyik bercerita tentang Fakhrul Izwan.
“Awak cemburu eh?” Getus Nureen lalu mencuit hidung suaminya yang sudah merona merah itu.
“Tak adalah. Baik awak habiskan pasta tu. Tadi kempunan sangat kan nak makan? Ni duk sibuk cerita hal orang je, tak sempat nak makan...”
“Cemburu latu...” Nureen mendengus. Sengaja dia  menghabiskan pastanya lambat-lambat supaya dapat ‘dating’ dengan suami yang tercinta ni. Bukan selalu!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I