Skip to main content

Diari Cinta Eryna 19



Bab 19
Setelah sampai di lapangan terbang di Perth, Australia, aku disambut mesra dengan Melly. Melly ialah salah seorang saudaraku yang satu-satunya tinggal di luar negara. “Amacam kak? Jauh tak nak sampai sini?” Soal Melly lalu membantuku membawa bagasiku.
“Tak adalah jauh sangat. Sebab kan naik flight. Apalah Melly ni.” Getusku. Melly memandangku sinis dengan biji mata hazelnya. Fuhh kalah aku! Mata dia lawa... Hehehe! “Dah jomlah kak... Balik rumah Melly. Mesti abah dengan mama suka akak Lyssa datang.” Balas Melly lalu masuk ke dalam keretanya.
“Abah dengan mama? Bukan Melly duduk kat sini sorang je ke?” Soalku pada Melly. “Taklah. Kak Lyssa dah lupa ke? Dulu kan family Melly pindah kat sini sebab abah ada bukak cawangan syarikat dia.” Terang Melly sambil fokus matanya memandu.
“Ohh... Akak ingatkan Melly duduk asrama kat sini.” Dengusku. Maklumlah keluarga Melly ni boleh tahan senang jugak.


“Assalamualaikum...” Ucapku sebaik saja sampai di rumah Melly. “Waalaikumussalam, masuklah.” Balas mak su. “Mak su apa khabar? Sihat?” Soalku lalu menyalam tangan mak su. “Sihat alhamdulillah... Dah besar dah anak buah mak su ni. Makin cantik pulak tu. Mak su dengar sekarang Lyssa doktor ya?” Getus mak su menyakatku.
“Tak adalah mak su. Lyssa biasa-biasa jek. Ni semua berkat doa ibu dan ayah yang selalu support Lyssa. Pak su mana? Lyssa tengok Melly ni kan makin lawalah mak su! Mata dia... Pergh!” Ujarku membuatkan Melly berpeluk tubuh. “Akak ni kan... Ada-ada je tau!” Getus Melly. “Tengoklah mama dia... Hmm pak su macam biasalah. Kat office aje memanjang.” Kata mak su lalu tersenyum.
“Mama... Melly rasa kak Lyssa penat tu. Bagilah dia rehat...” Pinta Melly. “Sabarlah sayang... Mama rindu sangat kak Lyssa kamu ni... Tak sempat nak tanya dia banyak-banyak, Melly dah kacau.” Getus mak su pada Melly.
“Yalah... Malamkan boleh borak lagi. Jom kak... Melly tau kakak penat tu.” Ujar Melly prihatin.
Aku hanya menganggukkan kepala saja.

 “Melly...” Panggilku. “Ya kak?”
“Best tak duduk kat Australia ni?” Soalku mula menyoal siasat sepupu kesayangan aku ni. “Best sangat kak... Kenapa kak Lyssa tanya pulak ni?” Getus Melly pula.
“Tak ada saja je tanya.” Ujarku pendek.
“Kak... Esok kita pergi jalan-jalan nak tak?” Pelawa Melly.
“Tengoklah dulu macam mana. Kalau kaki akak okey, kita jalan. Kalau tak... Duduk rumah jelah!” Kataku.
“Kak Lyssa... Kenapa dengan lengan akak tu?” Soal Melly perasan yang lenganku berbekas a.k.a parut, nampak macam accident. Memang accident pun. Accident kena simbah asid adalah.
“Tak ada apalah... Cuma haritu akak terkena air panas. Habis melecur !” Getusku cuba mengelak.
“Akak tak payah nak tipu Mellylah. Sebernanya lengan akak tu tak kena air panas kan?” Ujar Melly beria-ria. “Hmm... Macam mana Melly tau?” Soalku hairan.
“Psikologilah kak. Melly tengok muka akak macam ada sembunyikan sesuatu je dari Melly. Cuba cerita kat Melly. Mana tau Melly boleh tolong.
“Maafkan akak, Melly. Buat masa ni akak memang tak boleh bagitau sesiapa.” Dengusku perlahan.
“Alah kak... Cerita jelah. Melly ni pendengar yang baik.”
“Sebernanya... Akak kena simbah asid.Getusku lalu memegang lenganku yang melecur itu. Alhamdulillahlah sekarang dah okey sikit. Kalau tak seksa jugak.” Sambungku lagi. Melly setia mendengar ‘hujah’ aku yang panjang lebar tu.
“Ohh. Sedih jugak dengar cerita akak ni. Bila akak kena? Siapa yang tergamak buat akak macam tu? Kejam gila!” Getus Melly lalu mengepal penumbuknya.
“Seseorang... Dahlah Melly, lupakan jelah pasal tu. Lagipun dah tiga tahun kut... Ni dah elok dah pun.” Getusku. “Kalau akak dah cakap macam tu okeylah. Melly masuk tidur dulu. Esok jangan lupa temu janji kita eh!” Balas Melly. Aku hanya membalasnya dengan senyuman.
Pada malam tu, aku tidak dapat melelapkan mata kerana fikiranku mengingatkan seseorang yang amat aku rindui. Aku terpandangkan diari kesayanganku yang terletak di atas meja itu. Sungguh aku rindu saat-saat Fakhrul Izwan memulangkan diari itu kepadaku tiga tahun yang lalu.
Diari itu jugaklah yang menemukan aku dengan dia semasa di kampus dulu. Aku sempat menunaikan solat hajat dua rakaat pada malam itu. Aku berdoa sepenuh hatiku.
“Ya Allah... Aku memohon padamu agar engkau menemukan aku dengan dia. Aku harap satu hari nanti dia imamku dan aku makmumnya. Jika ditakdirkan dia jodohku, aku terima seadanya. Amin...”
Selesai solat hajat, aku teringin mahu menulis diariku semula. Setelah sekian lamanya aku tidak menulis diari kesayanganku ini.

2 Februari 2010
Alhamdulillah... Berkat doa ayah dan ibu aku, sekarang aku dah bergelar doktor. Memandangkan aku amik cuti seminggu untuk menenangkan fikiran di destinasi yang menjadi pilihanku iaitu di Perth, Australia, bolehlah aku cuti puas-puas! Hehehe... Aku pun tak sangka boleh sampai sini. Bila dah sampai sini, orang-orang yg aku sayang kat Malaysia tu terutamanya family aku and Nureen, rindu gila kt dia orang! Jauh kut... Sebernanya aku ke sini sebab naluriku kuat mengatakan ada ‘seseorang’ yang sedang menunggu aku kat sini. Agak-agak siapa ek? Entah-entah dia? Hmm... Tak mungkinlah. Dia kt London, aku kat Perth. Jauh beza! Actually... Aku rindu dia sangat-sangat! Siapa? Ya, Fakhrul Izwan. Lelaki yg paling aku cintai. Aku harap satu hari nanti, Allah swt pertemukan jugak aku dengan dia. Amin... Okeylah sampai sini jek yang aku boleh tulis. Lenguh tangan aku nak tulis panjang-panjang.
Lega hati aku bila dah tulis diari ni. Mata aku terasa ngantuklah pulak! Diari, aku simpan di dalam beg semula. Takut kang kalau aku simpan dalam laci, nanti ada orang baca pulak! Kemudian aku terus baring di atas katil. Akhirnya aku terlelap jugak.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I