Skip to main content

Diari Cinta Eryna 3



Bab 3
Hari ni aku bangun awal sebab kelas bermula pada pukul 8.00 pagi. Aku mengejut Nureen untuk bangun. “Haih kawan aku ni liat betul nak bangun pagi. Mentang-mentanglah dia cuti. Sedap jek tidur ya?” Omelku. Timbul idea nakalku untuk mengenakan sahabatku pagi-pagi buta ni. Aku mendekatkan mulutku betul-betul di sebelah telinganya. “Nureen! Dah pukul 12.00 dah ni.. Cepat bangun!!!”Jeritku di telinganya.
“Apa? Ya Allah... Aku dah lambat ni! Dahlah hari ni ada kelas tutorial. Mak tolong Nureen!” Getus Nureen bingkas bangun menuju ke bilik air. Usai mandi, dia bersiap dengan lebih cepat sampai rambut pun lupa nak sikat. Sedang dia bersiap, dia terpandangkan jam dinding yang tergantung di atas siling biliknya. “Aik, baru pukul 7.00? Eryna!!!” Jerit Nureen. Terperanjat dia apabila waktu menunjukkan baru pukul tujuh tepat. Aku pantas melarikan diri masuk ke bilikku. Padan muka dia! Hehehe...
“Awal lagipun. Tak payahlah aku kelam-kabut sangat. Eryna ni memang nak kena dengan aku tau. Mentang-mentanglah Secret Admire dia tu masuk kelas tutorial jugak hari ni.” Omel Nureen. “Apa kau cakap tadi, Nureen?” Soalku dari dalam bilik. “Tak ada apa. Nanti aku cerita.” Balas Nureen.
Aku menggayakan tudung bawal berwarna merah sesuai dengan t-shirt ‘Geek’ lengan panjang aku yang berwarna pink lembut ni. Cantik pulak aku hari ni. Cehh! Sekali-sekala apa salahnya puji diri sendiri kan... Aku memang tak suka mekap tebal-tebal. Natural sudah! Itu prinsip aku. Sambil-sambil tu aku ambik gambar sekali.
Selepas memakirkan kereta di parking, aku dan Nureen terus menuju ke kantin. Lapar katanya. Breakfast dulu sebelum pergi kelas tutorial. “Wei, kita beli sandwic jelah.” Kataku pada Nureen. “Okey.” Balas Nureen.
“Tadi sebernanya kau nak cakap pasal apa?” Soalku pada Nureen. “Sabarlah sayang oi. Aku baru nak jamah sandwic ni.” Getus Nureen. “Yalah. Makanlah cepat.” Kataku.
“Actually sebernanya Fakhrul Izwan baru masuk sini hari tu. Hari ni dia masuk kelas tutorial sama-sama dengan kita jugak. Kau tak tau ke?” Ujar Nureen. Aku mengerutkan wajahku.
Biar betul si Nureen ni. Kadang-kadang dia ni bukan boleh percaya. Tapi dari segi riak muka dia memang betul sebab muka dia serius sangat. “Tak payah nak buat muka pelik sangatlah Eryna... Apa yang aku cakap tadi memang betul. Aku tak tipu. Tengok muka kau pun aku dah tahu.” Balas Nureen lagi.
“Yalah Nureen...” Dengusku.
“Assalamualaikum...” Tegur satu suara.
“Waalaikumussalam...” Jawab aku dan Nureen serentak. Nureen pantas menoleh ke arah orang yang memberi salam tadi. Ternyata tekaannya benar. Memang betul dia. Nureen menyiku lenganku. “Wei, sakitlah!” Kataku. Lelaki tadi terus mengambil tempat di sebelahku. Menyibuk je. Kali ni Nureen mencubit lenganku pula. “Nureen, kau kenapa? Sentimental ke hari ni? Pelik semacam aje aku tengok kau ni.” Ujarku.
Nureen hanya tersenyum sinis memandangku. Sah si Nureen hari ni memang tak betul. “Sebernanya awak yang sentimental sebab dari tadi tak perasan saya kat sini...” Ujar lelaki itu tadi. “Kau sibuk apehal?” Getusku lalu kaget memandang wajah lelaki yang di sebelahku ini. Aku kaku di situ. “Kenapa awak pandang saya macam tu? Terkejut ya?” Soal lelaki itu lagi.
“Fakhrul Izwan?” Akhirnya soalan itu terkeluar juga dari mulutku. Lelaki ini merenung tepat ke arah anak mataku. Tiba-tiba lidahku menjadi kelu. Sudah sekian lamanya tidak berjumpa dengan dia tapi hari ni terungkai segalanya.
“Ya Eryna... Ini memang saya Fakhrul Izwan, Secret Admire awak.” Balas Fakhrul Izwan. “Macam mana dia boleh tau ni?” Omelku di dalam hati.
“Maafkan saya sebab tak perasan awak kat sebelah saya tadi. Saya ingatkan mamat mana tadi menyibuk duduk sebelah saya. Sorry eh?” Ujarku cuba menenangkan diri. “Tak apa. Kalau korang tak kisah, boleh saya join korang? Lagipun saya baru lagi kat sini. Tak tau apa-apa lagi.” Kata Fakhrul Izwan.
“No hal...” Balas Nureen serta-merta. Dia sempat mengenyitkan sebelah matanya pada Fakhrul Izwan.


“Kau kenapa Eryna?” Soal Nureen. “Tak aku pelik. Apa masalah dia asyik pandang-pandang aku je masa kelas tutorial tadi? Sampai aku tak fokus tau tak. Semua disebabkan dialah.” Ujarku.
“Haah. Aku pun perasan jugak tadi dia asyik usha kau dari jauh je tadi. Agaknya dia suka kau kut...” Dengus Nureen.
“Eh ke situ pulak dia. Tak ada maknanyalah der dia nak suka aku. Dia dahlah handsome plus macho plus baik plus semuanyalah! Confirmlah ramai perempuan kat kampus kita ni syok kat dia. Aku tak rasa yang dia single.” Kataku panjang lebar.
“Amboi, banyaknya plus kau! Kau ni selalu sangat rendah diri. Orang dah suka, main jual mahal pulak. Lainlah aku ni, tak ada siapa pun yang nak.” Omel Nureen.
“Faizal kan ada?” Sindirku. “Banyaklah kau. Si Faizal tu dahlah playboy. Tak ingin aku!” Bidas Nureen sambil menjulingkan matanya ke atas.
“Betul apa. Kat kelas, dia selalu datang kacau kau. Ni mesti ada something ni...” Perliku.
“Tak ada maknanyalah wei!
“Ada!”
“Tak ada!”
“Ada...”
“Tak ada!”
“Ada...
“Aku memang suka kaulah Nureen. Sebab kau comel sangat bila kau marah kat aku.
Jom couple and sudi tak kau jadi peneman hidup aku?” Ujar Faizal tiba-tiba menyampuk di antara kami berdua.
“Hah? Kau ni biar betul? Ish tak naklah aku dengan kau.” Balas Nureen selamba.
“Eleh kau Nureen, jual mahal pulak. Orang dah nak, dia menolak pulak.” Sindirku.
“Please Nureen Nabila... Aku betul-betul sayangkan kau. Sebernanya aku layan perempuan-perempuan tu sebab nak cemburukan kau je. Trust me dear...” Kata Faizal lagi.
“Walaweh... Nureen ada peminat! Terima ajelah wei... Dia betul-betul nak kan kau tu.” Ujarku. “Tapi kalau dia curang macam mana?” Soal Nureen. “Tak apa, aku kan ada. Nanti kalau dia curang aku wrestling dia.” Kataku
. “Yalah... Aku terima. Ni pun atas sebab Eryna and aku cemburu tengok kau layan perempuan-perempuan tu...” Ujar Nureen.
“Yeah Nureen terima Faizal jadi boyfrien dia!” Ujarku riang.
“Mulai hari ni, kau kena panggil aku Izal. Kau pulak? Aku nak panggil kau apa? Sayang? Baby?” Soal Faizal pada Nureen.
“Ish gelilah dengan panggilan tu. Kau panggil aku Nureen je. Kan senang? Tak payah nak sawit sangatlah.” Getus Nureen. “Alah sayanglah. Nanti Nureen panggil Izal bi nak?” Kata Faizal. So sweet... Untung kawan aku ni. Tengah gosip alih-alih betul Faizal nak kat dia!
“Tak nak!  Aku tetap nak panggil kau Izal jugak. Bi tak mahu. Aku geli!” Getus Nureen. “Yalah-yalah suka hati Nureenlah. Yang penting Izal nak panggil Nureen sayang okey?” Kata Faizal. Nureen hanya membuat mata juling ke atas. Poyo katanya...
“Apa kecoh-kecoh ni?” Soal Fakhrul Izwan pula. “Eh? Kau student baru ke kat sini?” Soal Faizal pada Fakhrul Izwan pula.
“Haah. Aku baru masuk hari ni.” Balas Fakhrul Izwan. “Ohh.... Aku Faizal. Kau boleh panggil aku Izal. Sorry ah bro. Tadi kecoh-kecoh sebab aku baru start couple dengan Nureen sayang aku ni ha.” Ujar Faizal.
“Ohh ya ke? Aku Fakhrul Izwan. Kau boleh panggil aku Fakhrul or Arul. Nureen ni girlfriend kau eh?” Getus Fakhrul Izwan. “Yap. Mulai hari ni, Nureen Nabila ni girlfriend aku. Sebernanya aku dah lama dah syok kat dia. Kau faham-faham jelah kan.” Kata Faizal.

“Eryna... Nanti waktu rehat kita rehat sama eh? Tunggu saya kat bawah pokok besar tu. Kat situ tak silap saya ada pondok bacaan kan?” Ujar Fakhrul Izwan.
“Haah. Okey nanti saya tunggu awak. Jangan lambat pulak, nanti saya tinggal.” Kataku.
“Nureen, ingat tau hari ni first date kita kat tepi tasik yang sebelah surau tu.” Getus Faizal pula. “Okey...” Jawab Nureen pendek. Masing-masing dating. Tapi jangan salah faham, aku dengan Fakhrul Izwan tu hanya kawan biasa je. Tak lebih dari tu.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I