Skip to main content

Diari Cinta Eryna 34



Bab 34
“Abang, nanti jangan lupa saya tau! Ni saya letak gambar perkahwinan kita sekali dalam beg awak. Nanti senang kalau awak rindu saya, awak tengok je gambar ni. Confirm saya telefon awak nanti...” Getusku sambil mengemas barang-barang Fakhrul Izwan.
“Amboi, macam abang ni nak pergi jauh pulak! Padahal Johor je kut! Yalah Eryna... Abang akan sentiasa rindukan sayang. Tak payah tengok gambar pun tak apa.” Balas Fakhrul Izwan.
“Mana tau abang tiba-tiba lupa muka saya ni macam mana.” Tukasku.
“Eh macam tu pulak! Tak ada mananya abang lupa... Dah siap belum kemas tu? Abang dah nak pergi dah ni. Janji tau dengan abang, sayang jangan layan lelaki lain masa abang tak ada nanti.”
“Ya, saya janji!”
“Macam tulah isteri abang...” Getus Fakhrul Izwan lalu mengucup dahiku. Aku sempat menyalam tangannya sebelum dia pergi meninggalkan aku. Sabar Eryna... Dia pergi sekejap je. Tak lama pun.
“Bye sayang... Muahh!” Jerit Fakhrul Izwan sambil membuat flying kiss padaku. Aku hanya melambai tanganku saja sambil memberikan senyuman kepadanya. “Hati-hati sayang...” Desisku di dalam hati.

“Agaknya mama tau tak yang aku tidur rumah dia dalam seminggu ni? Agaknya taulah kut. Takkan Arul tak bagitau. Hmm...” Aku masih bermonolog dengan diriku sambil fokus memandu. Aku rasa janggal pulak kalau tak ada Fakhrul Izwan di sisi.
Aku tidak terus ke rumah mama. Sebaliknya, aku mahu membawa diriku ke Times Square. Aku sempat menghantar mesej kepada Nureen. Agaknya Faizal bagi ke tak dia keluar dengan aku. Mintak-mintaklah dia bagi. Aku tengah boring ni.
Nureen, jom ikut aku gi Times Square nk? Nnti aku jemput kau.
Sebernanya aku memang dah sampai kat depan rumah Nureen dah pun.
Times Square? Nk ikut! Nsib baik Izal keje arini. Kau kt mne tu, Eryna?
Ohh yeke... Aku dh smpai kt dpn umah kau ni haa.
Ok!
“Eryna!” Laung Nureen memanggilku sambil melambai-lambaikan tangannya padaku. Aku tersenyum nipis.
“Apehal kau sengih sorang-sorang pulak tu? Mehlah sini masuk kejap rumah aku.” Pelawa Nureen. “Tak apalah babe. Lagipun aku datang ni pun nak jemput kau je. Cepatlah sikit! Perangai kau macam aku tak tau. Bersiap kemain lama!” Getusku.
“Yalah nenek! Sementara kau tunggu aku siap, kau masuklah dulu... Tak elok kawan aku sorang ni duk tunggu kat luar.” Kata Nureen lalu menarik tanganku.
“Wah, cantik jugak rumah kau ni! Tak sangka aku.” Pujiku.
“Ni semua laki aku yang buat. Dia memang suka hiasan-hiasan ni.”
“Patutlah. Dah pergi siap cepat!”


“Bagus jugak kau ajak aku pergi Times Square ni. Bolehlah aku beli handbag baru. Maklumlah kita kan baru dapat gaji...” Getus Nureen sambil menghirup cool blog yang dibelinya tadi.
“Aku tak nak beli handbag tapi... Aku nak beli novel baru!” Dengusku.
“Lah minah ni. Aku ingatkan apalah tadi.” Kata Nureen lalu mencubit lenganku.
“Apa ni main cubit-cubit lengan orang! Disebabkan kau cubit aku, kau kena ikut aku pergi MPH dulu.” Getusku. “Yalah-yalah!” Dengus Nureen lalu mencebikkan bibirnya.
Mataku tertancap pada seorang perempuan yang memakai selendang dan memakai dress labuh yang cukup sopan bagiku. Macam kenal dia ni.
“Nureen, cuba kau tengok perempuan tu...” Ujarku lalu menuding jariku ke arah perempuan itu.
“Kenapa dengan perempuan tu pulak? Kau kenal dia ke?” Balas Nureen. “Entahlah. Aku rasa, aku macam kenal dia. Jom ikut aku kejap.” Getusku lalu menarik tangan Nureen pula.
“Assalamualaikum...” Sapaku pada perempuan itu. Aku tengok perempuan tu macam baru nak mengenal Islam. Sebab banyak buku-buku ilmiah agama yang dipegangnya dari tadi.
“Waalaikumussalam. Eryna right?” Tekanya.
“Yes. Tapi awak siapa?” Kenapa aku masih tak kenal dia sedangkan dia kenal aku.
Perempuan itu tersenyum nipis padaku. Aku masih tidak mengerti. Siapa dia?
“Betul ni you masih tak kenal I?” Soal perempuan itu lalu membuka kaca matanya. “Sekarang dah kenal?”
“Subhanallah... Emylia rupanya. Saya tak sangka yang ni awak. Betul ke ni awak?” Ujarku seakan tidak percaya yang di depan mataku sekarang ialah Emylia Syuhada. Yalah mana taknya, dulu Emylia yang aku kenal lain sekarang lain. Alhamdulillah dia dah berubah.
“Panjang ceritanya... Jom kita singgah restoran depan tu kejap.”
“Tapi...”
“Tak apa, saya belanja.”

“Aku tak percaya yang kau boleh berubah macam ni sekali. Kau demam ke apa? Ke kau berlakon je semata-mata nak dapatkan Fakhrul Izwan?” Getus Nureen kasar sekali pada Emylia.
“Nureen, tak baiklah tuduh dia melulu macam tu. Kita dengar dulu cerita dia.” Ujarku. Nureen pantas menjeling Emylia.
“I pun tak sangka yang I boleh berubah macam ni. Sebernanya macam ni ceritanya... I hampir nak bunuh diri disebabkan kandungan ni. Tapi malangnya I tak sempat sebab Irfan. Irfan sempat selamatkan I and then dia tiba-tiba cakap nak bertanggungjawab atas apa yang berlaku atas I ni.”
 Terang Emylia panjang lebar. Air matanya mengalir seketika.
“Habis tu, dia buat apa?” Soalku.
“Dia buat keputusan untuk menikahi I. Sebab tulah sekarang I nekad nak berubah.” Getus Emylia lagi.
“Alhamdulillah... Saya lega dengar awak cakap nak berubah. Hmm,  mana suami awak?” Dengusku.
“Suami I kerjalah, Eryna...”
Nureen meluat melihat perlakuan Emylia. Baginya, Emylia sekadar berpura-pura.
“Eryna... I nak mintak maaf kat you. I dah banyak menyusahkan you kan? So sekarang, I nak tebus balik kesalahan I. I bodoh sebernanya, Eryna. Serius talk, memang patut pun Arul pilih you sebab you sempurna. You tak jahat macam I...” Getus Emylia lalu menggenggam erat jari-jemariku.
“Hmm... Saya dah lama maafkan awak. Kan dari dulu lagi saya memang dah maafkan awak. Saya percaya awak sekarang.” Ujarku lalu tersenyum.
“Aku muaklah tengok lakonan kau ni Emylia! Aku tau ni semua tipu. Kau memang penipu!” Ujar Nureen.
“Nureen, kan aku dah cakap jangan tuduh dia yang bukan-bukan. Dahlah jom korang, kita jalan-jalan?” Pujukku.
Nureen tersenyum sinis pada Emylia.
“Dah latu Nureen...” Dengusku lalu menepuk bahu sahabatku itu.
“Yalah...” Balas Nureen.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I