Skip to main content

Diari Cinta Eryna 37



Bab 37
“Boleh I jumpa dengan Dr. Eryna?” Soal Emylia pada Ain. “Kejap eh puan. Saya pergi tanya Dr. Eryna dulu kat dalam bilik dia.” Balas Ain.
“Eh tak payahlah. Biar I ikut you jelah. I datang ni pun sekejap je. Tak lama pun.” Tukas Emylia.
“Dr. Eryna, ada orang nak jumpa.” Kata Ain.
“Suruh dia masuk sementara saya tak ada patient ni.”
“Assalamualaikum...” Ucap Emylia padaku. “Waalaikumussalam. Eh Emylia! Kenapa awak nak jumpa saya ni?”
“Maaflah kalau I menganggu you. Sebernanya malam ni mama I ajak you makan malam kat rumah I. Mama I harap sangat you datang. Arul belum balik lagi ke?” Getus Emylia menyatakan tujuan sebenarnya kepadaku.
“Ohh. Tengoklah dulu macam mana. Haah, Arul belum balik lagi. Kenapa ek?”
“Tak ada apa. Saja je tanya. Makan malam tu tak lengkap kalau tak ada suami you...” Ujarnya lagi. Adakah dia masih sayangkan suami aku? Taklah kut. Mana mungkin Emylia sayangkan Arul lagi sebab Emylia kini berumah tangga.
“Ya ke? Kalau tak ada halangan, Insya-Allah saya datang...” Getusku menahan malu.
“Okeylah kalau macam tu, I balik dululah eh.” Dengus Emylia lalu menghulurkan tangan untuk bersalam denganku.
Aku menyambut salaman Emylia dengan penuh senyuman. Sebaliknya, aku terfikir kenapa Emylia cakap macam tu? Masih adakah perasaan cintanya lagi terhadap suaminya itu.


“Aunty gembira sangat bila Eryna sudi datang ke rumah aunty ni. Aunty ingat Eryna dah tak nak datang dah...”
“Mama, bagilah Eryna tu masuk dulu.”  Tukas Emylia sambil memaut erat lengan suaminya itu. Suami dia ni kira boleh tahanlah.
“Cantiklah kawan you ni, Emylia. Boleh buat bini...” Getus Irfan lalu tersenyum sinis padaku.
“Amboi, isteri you ni tak cantiklah?”
“Sayang... You dah cukup cantik bagi I.” Tukas Irfan sambil membetulkan tudung Emylia. Aku hanya senyum memerhatikan gelagat mereka. Sweet... Makin rindu aku kat Fakhrul Izwan.

“Abang, bila abang nak balik?” Aku bermonolog dengan diriku.
“Kamu tunggu apa lagi kat situ? Masuklah...” Ujar Datin Zara. Aku terus tersedar dari lamunanku.
Sekali lagi aku melangkah masuk ke dalam rumah Emylia ni. Memang tak dinafikan, rumah Emylia memang cantik dengan barang perhiasan yang mewah. Sebernanya rumah dia ni sama je macam rumah Fakhrul Izwan. Orang ahli korporatlah katakan.
“Duduklah Eryna.” Pelawa Emylia. Buat kali pertamanya aku tengok Emylia tersenyum begitu padaku. Aku rasa nilah senyuman dia yang paling ikhlas padaku. Alhamdulillah... Dia betul-betul dah berubah.
“Lah Emy... Kenapa tak ajak Eryna duduk terus kat meja makan? Kan mama dah cakap malam ni mama buat makan malam yang paling istimewa buat kamu semua. Meh sini Eryna...”

“Terima kasih aunty sebab sudi ajak saya makan malam kat sini. Lauk-pauk tadi memang sedap sangat!” Ujarku pada Datin Zara.
“Sama-sama Eryna... Nanti lain kali, datanglah lagi. Kedatangan kamu dialu-alukan oleh kami semua.” Dengus Datin Zara.
“Eryna...” Panggil Emylia. Emylia terus memelukku sambil menahan air matanya. “Kenapa ni Emylia?” Getusku. “Terima kasih atas segalanya. Kalau bukan sebab you agaknya, I dah lama dah bunuh diri.” Getus Emylia lalu meleraikan pelukannya.
“No problemlah... Lagipun selama ni saya ikhlas nak berkawan dengan awak.” Tukasku.
“Baguslah kalau Emy dah berbaik dengan Eryna. Eryna... Jaga diri tau. Aunty harap kamu selamat pulang ke rumah.”

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I