Skip to main content

Diari Cinta Eryna 6



Bab 6
Aku menyapu roti dengan coklat Nutella. “Eryna, aku nak buat air milo ni. Kau nak sekali tak?” Soal Nureen dari dapur. “Boleh jugak.” Jawabku pendek.
“Nah milo kau. Sedapkan pagi-pagi ni minum air milo panas dengan roti sapu coklat Nutella? Aumm...” Ujar Nureen. “Sedap-sedap jugak. Makan cepat sikit. Kejap lagi kita ada kelas.” Getusku sambil menghirup milo panas. “Hmm... Sedap jugak kau buat milo panas ni. Selalunya kau buat air failed. Kadang-kadang kurang susu. Kali ni sedap pulak. Cayalah Nureen!” Pujiku pada Nureen. Tersengih-sengih dia bila orang puji. “Thanks. Tengok tanganlah.”
“Kerek pulak kau. Dah jom! Kita dah lambat ni.” Getusku. Kali ni giliran Nureen yang drive. Sebab hari ni kaki aku terseliuh tu yang suruh dia drive.


“Wei Izal... Kau tau pasal Eryna tak? Dia selalu macam mana? Baik tak...” Tanya Fakhrul Izwan. Lantas dia mengambil buku nota untuk mencatit tentang Eryna dari beg sandangnya.
“Kau ni kalau nak tanya, satu-satulah dulu. Mana satu aku nak jawab ni. Okey kau jangan marah ehh. Sebernanya masa aku mula-mula masuk kampus ni, aku terpandang si Eryna. Kalau kau nak tau, comel gila dia masa tu! Ramai laki nak tackle dia termasuk aku. Aku syok kat dia tapi tak dapat. Sebab dia tu jual mahal! Aku try ah tackle kawan dia tu, Nureen. Perangai sama jugak. Tapi last-last alhamdulillah aku dapat dia sekarang ni.” Terang Faizal panjang lebar.
“Ohh. Kau pernah nampak tak dia tulis diari ke apa...” Soal Fakhrul Izwan lagi. Rasa ingin tahunya membuak-buak. “Haa pasal diari tu lagi satu kes. Si Eryna ni, budak-budak kelas dia cakap dia ni suka sangat tulis diari. Apa yang dia tulis, aku pun tak tau. Sampai budak-budak kat kampus ni gelar dia ‘Minah Diari’.” Ujar Faizal lagi.
“Hmm patutlah...” Balas Fakhrul Izwan.
“Lagi satu, aku dengar cerita sekarang ni diari dia hilang. Nureen yang cakap kat aku. Kesian aku tengok dia. Kalau aku dapat siapa yang ambik diari dia tu, siaplah!” Getus Faizal sambil mengepal penumbuknya.
Muka Fakhrul Izwan berubah sekali. “Kau dah kenapa bro? Buat muka macam tu?” Soal Faizal. “Tak ada ah. Okeylah bro. Thanks sebab share kat aku pasal Eryna...”
“Ehh lupa aku nak bagitau kau. Eryna ni baik orangnya. Dia pantang kalau ada orang mainkan perasaan dia.” Getus Faizal lagi.


Aku tiba-tiba tersedak. “Siapa pulaklah yang sebut-sebut nama aku ni?” Soalku. Nureen mengusap bahuku perlahan-lahan. “Dia rindukan kau kut...”
“Siapa orangnya?” Soalku. “Entah. Someone Special maybe...” Balas Nureen. “Kau ni ada-ada jelah!” Desisku.
“Nureen...” Panggilku perlahan. “Kenapa ni Eryna?” Soal Nureen risau akan sahabatnya itu. “Aku tak laratlah nak bangun...” Ujarku. Aku merasakan ada sesuatu yang tersekat di kerongkongku. Nak makan pun tak ada selera! “Wei badan kau panas ni. Aida, tolong aku pegang Eryna ni. Dia tak sihatlah.” Pinta Nureen.
It’s okay. Aku boleh bangun sendiri. Aida tak payah. Susahkan kau jek.” Getusku. “Kau ni biar betul Eryna. Kau kan sakit. Aku risaulah...” Ujar Nureen. “Betul...”
Aku berusaha untuk bangun dan terus ke kantin bersama Nureen. “Kau tunggu sini tau. Aku pergi belikan makanan untuk kau.” Kata Nureen.
Aku mahu mengikut Nureen. Tapi badan aku sungguh lemah pada masa itu. Tiba-tiba pandanganku gelap seketika. Semakin aku mahu berjalan, semakin lemah badanku. Aku terus rebah di atas lantai. Aku merasakan ada seseorang yang menyambutku. Ramai orang mengerumuni aku pada masa itu. Kepalaku terasa pening sangat. Aku memang ada migrain yang sangat teruk. Aku terus menutup mataku rapat-rapat.


“Eryna... Eryna... Bangun sayang.” Panggil seorang lelaki di depanku. Aku terus membuka mataku. “Saya kat mana ni?” Soalku panik. “Kau kat klinik sekarang. Tadi kau pengsan. Tadi doktor cakap penyakit migrain kau tu datang balik.” Ujar Nureen menyampuk.
Aku pelik. Pelik sangat. Kenapa dia panggil aku sayang? Hmm... “Awak... Jangan panggil saya sayang boleh tak?” Getusku kurang selesa dengan panggilan ‘sayang’ tadi.
“Sorry saya tak sengaja. Kalau awak nak tau, saya dah putus dengan girlfriend saya.” Desis Fakhrul Izwan seakan berbisik di telingaku. “Habis tu awak nak saya buat apa?” Soalku.
“Awak rehatkan badan awak dulu, nanti bila awak dah sembuh saya akan bagitau awak.” Katanya lalu memegang lembut rambut ikalku. Barulah aku sedar yang aku tidak bertudung. Mungkin disebabkan aku pengsan tadi.

“Baby! Datang jugak you kan? Ingat tak nak datang tadi. Jom?” Kata Emylia lalu merangkul lengan tunangnya. “Baby, I nak dress ni please... I berkenan dari dulu lagi. Boleh kan sayang?” Pujuk Emylia lalu memeluk Fakhrul Izwan. “You boleh tak jangan macam ni. Ni tempat awam. Malulah kalau orang tengok.” Getus Fakhrul Izwan.
 “Alah you ni. Macam tak biasa pulak. Dulu you okey jek bila I buat macam ni.” Desis Emylia. “Dulu lain, sekarang lain!” Kata Fakhrul Izwan. “Ambiklah jelah apa yang you suka. Yang penting kejap lagi I ada hal penting nak kena uruskan. You dah janji kan, kita keluar sekejap je?”
“Yalah-yalah!” Getus Emylia. “Semakin hari, semakin pelik perangai tunang aku ni. Entah-entah dia ada perempuan lain tak?” Desisnya lalu memilih dress kegemarannya.

“Wei... Makanlah ubat ni. Aku risaulah tengok kau macam ni. Eryna please dengar cakap aku...” Pujuk Nureen. “Kejap lagi aku makanlah. Kau letaklah kat atas meja tu dulu, nanti aku taulah nak makan.” Getusku. “Eryna, sebernanya kau kenapa? Cuba cerita kat aku.” Desis Nureen.
“Aku tak tau kenapa migrain aku boleh datang balik. Apa function dia bagitau kat aku yang dia dah putus dengan girlfriend dia? Aku tak fahamlah. Girlfriend dia punyalah lawa. Boleh putus macam tu aje...” Kataku perlahan. “Itu maknanya dia sukakan kau. Dia terlalu ambil berat tentang kau. Percayalah Eryna, dia sayangkan kau. Sebab tulah tadi dia yang sambut kau masa kau pengsan kat kantin tadi.” Jelas Nureen.
Aku terkedu mendengar penjelasan dari Nureen. “Dah cepat makan ubat. Nak aku panggil Fakhrul Izwan ke?” Getus Nureen.
“Tak payahlah. Aku boleh makan sendiri.” Ujarku. “Tadi dia tiba-tiba keluar, pergi mana?” Soalku menanyakan tentang Fakhrul Izwan. “Entahlah. Aku rasa dia ada hal penting kut.” Getus Nureen.
Entah kenapa malam ini sukar mataku untuk tidur. Nak kata migrain aku tu teruk sangat taklah. Sebabnya semasa aku tidur siang tadi, migrainku sudah sembuh. Aku ni jarang tidur siang. Kalau tak makan ubat yang doktor bagi pagi tadi agaknya tak tidurlah aku!
Aku merenung Nureen yang nyenyak tidur di sebelahku. Susah jugak nak ajak dia tidur dengan aku. Dengar aku sakit je, terus dia nak teman aku. Bagus jugak kawan baik aku dunia akhirat ni. “Lebih baik aku buat solat hajat...” Desisku. Aku mengatur langkahku ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Usai solat hajat, aku menghenyakkan badanku di atas katil semula. Alhamdulillah kini mataku terlelap jua dibuai mimpi yang indah...
Dalam mimpi itu, aku bertemu dengan seorang jejaka yang cukup tampan. Dia memakai suit lengkap yang berwarna putih dikemaskan dengan reben di leher. Boleh cair aku tengok senyuman dia... Dia datang ke arahku dan memberikanku sejambak bunga mawar.
Wajahnya aku tidak pasti siapa, tapi yang pastinya dia memakai baju putih sama sepertiku! Apakah maksud mimpi ini?
“Happy Annervessary sayang...” Ucapnya seraya memberikan senyuman yang manis kepadaku. Aku mengangkat mukaku dan cuba memandang wajahnya.
“Si...apa.. kau?” Aku sudah tidak terkata apa apabila memandang wajah lelaki itu. Lelaki ini mirip sekali dengan wajah dia...
“Eryna... Eryna...” Panggil seseorang lantas menggoncangkan tubuhku.
“Fakhrul! Hmm, Astagfirullahalazim...” Ujarku lalu terduduk. Terkejut beruk Nureen melihat sahabatnya sebegitu. Kali pertama dia tengok aku macam ni.
“Kau mengigau eh? Aku nak tidur pun tak senang sebab dengar kau dari tadi sebut nama dia. Kau dah jatuh cinta ya?” Usik Nureen sambil tersengih.
Aku terpaku di situ. Aku memukul lengan Nureen lalu tersenyum nakal. “Ya, aku memang dah jatuh cinta. Aku dah lama jatuh cinta dengan dia , Nureen.” Desisku di dalam hati.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I