Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 6



Bab 6
Azrie duduk sendirian di bawah pokok kelapa yang terletak dekat dengan pantai ini. Sunyi. Tiada siapa pun di sini. Perasaan rindunya terhadap gadis yang bernama Fareen membuak-buak. Aku tak pernah pun rasa macam ni sebelum ni, desis Azrie. Fikirannya semakin tenang apabila melihat wajah manis Fareen semalam.

“Kalaulah hari-hari aku boleh tengok muka dia...”

“Bah!” Tersentak Azrie dibuatnya apabila Fareen tiba-tiba muncul di belakangnya dan menyergahnya. Macam hantu pulak. Baru sebut nama dia dah muncul. Seramnya...

“Awak buat apa kat sini?” Soal Fareen lantas menghenyakkan punggungnya di atas pasir. “Saja nak release tension. Awak pulak buat apa kat sini Miss Alisa?”

Terbeliak mata Fareen bila lelaki ini tiba-tiba saja menyebut nama panggilannya yang lain dari yang lain. Selalunya orang panggil dia Reen atau Fareen sahaja. Pelik betul dia ni. “Apa awak panggil saya tadi? Miss Alisa? Encik Azrie, awak panggil saya Reen dah cukup. Tak payah nak over sangat okey?” Ujar Fareen lantas mencubit lengan Azrie.

“Aduhh sakitlah! Awak ni nampak je lemah-lembut eh tapi garang jugak. Okey saya panggil awak Fareen ehh..”

“Suka hati awaklah. Saya lupa nak tanya awak semalam. Umur awak berapa ek? Nampak macam tua jek... Hehehe.” Getus Fareen lalu tertawa. Dia menekup mulutnya menahan tawanya.
“Saya tua? Eh jaga sikit mulut awak eh. Saya baru 20 tahun okey!” Protes Azrie pantas tangannya mengetuk kepala Fareen.

“Adoi sakitlah. Apalah awak ni. Main ketuk je kepala saya.” Bidas Fareen sambil memegang kepalanya. Kali ni rambut Fareen dibiarkan lepas. Makin terpesona Azrie apabila rambut Fareen yang lurus panjang itu terkena bahunya.

“Awak pulak umur berapa? Mesti lagi tua dari saya...” Usik Azrie.

“Saya... 18 tahun.” Jawab Fareen pendek.

“Ohh mudanya. Baru 18 tahun? Kenapa tak sambung belajar... Kalau awak sambung belajar macam saya mesti seronok dapat jumpa kawan-kawan baru, dapat pengalaman belajar kat universiti...” Belum sempat Azrie menghabiskan ayatnya, Fareen pantas menceritakan perihal hidupnya.

“Azrie, awak janji dengan saya jangan bagitahu sesiapa pasal ni? Sebenarnya.. Err sebenarnya... Saya dah dapat tawaran masuk ke universiti tu tapi saya tak tahu nak pergi ke tak sebab saya belum bagitahu apa-apa lagi kat keluarga saya. Saya takut keluarga saya tak izinkan saya pergi sebab mereka terlalu sayangkan saya...” Ujar Fareen panjang lebar.

Tangan Azrie pantas mengesat air mata Fareen yang mencurah-curah di pipi. Dia tak sampai hati melihat gadis ini sedih.

“Fareen... Bersabar eh. Saya janji saya akan tolong awak. Bagi saya, rugi kalau awak dah dapat tawaran tu tapi awak tak pergi. Nanti saya akan berhadapan dengan keluarga awak okey?”

“Jangan Azrie... Awak baru kenal saya dan awak tak kenal lagi keluarga saya macam mana. Abah saya garang. Nanti saya takut dia syak apa-apa pasal awak nanti awak jugak yang susah. Saya tak nak susahkan sesiapa termasuklah awak Azrie.” Getus Fareen lantas melangkah pergi.
“Kalau macam tu tak apalah. Hmm, awak nak pergi mana tu?”

“Saya nak ke warung. Nanti abah dengan ibu saya risau kalau saya lama-lama kat sini...” Jawab Fareen.


Azrie tidak puas hati dengan Fareen. Kalaulah Fareen tahu yang dia benar-benar ikhlas mahu membantunya? Demi gadis itu, dia sanggup buat apa saja asalkan gadis itu bahagia.

“Kau ni macam perempuan kan?” Getus Ariff sambil membancuh air nescafe panas. Cuaca sejuk begini memang sedap minum air panas-panas.

“Kau apehal cakap aku macam tu pulak?” Balas Azrie lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Sepanjang dua hari ini telefon bimbitnya langsung tak terusik.

“Yalah aku tengok kau ni asyik termenung je. Kata datang PD nak tenangkan fikiran... Tapi aku tengok kau makin tak tentu arah. Sebenarnya kau kenapa? Cuba cerita kat aku ni ha. Mana tahu aku boleh tolong. Ke kau dah jatuh cinta kat salah satu awek kat sini...” Ujar Ariff lantas meletakkan air nescafe yang dibancuhnya tadi di atas meja.

“Kau kenal Fareen kan? Alah budak perempuan semalam tu...” Getus Azrie sambil menghirup air nescafe. “Kenapa dengan dia? Kau suka dia? Habis Aida macam mana?”

Azrie tergamam. Takkanlah dia nak tinggalkan kekasihnya demi Fareen. Tidak sama sekali. Dia baru saja mengenali gadis cantik yang bernama Fareen itu. Niatnya hanya mahu membantunya. Suka? Hatinya belum terbuka lagi untuk mencintai sesiapa.

“Woi, aku tengah cakap dengan kau ni. Jawablah. Kalau kau tak nak Aida, bagi kat aku. Kan senang? Habis cerita. Kau ambik je si Fareen tu. Aku tengok dia okey apa. Boleh tahan lawalah...” Ujar Ariff sambil mengangkat keningnya.

“Aku dah agak. Kau memang ada hati kat awek aku kan? Dulu aku suruh kau tackle dia tak nak. Apalah kau pengecut. Buat masa ni aku tak nak suka kat mana-mana perempuan sebab aku kan lelaki setia.”

“Setialah sangat! Aku tengok kau pandang Fareen semalam lain macam aje. Okey kita tengok, sama ada kau jatuh cinta atau tak. Kalau ye, maknanya Aida jadi milik aku...” Getus Ariff sambil tersenyum sinis lalu berlari masuk ke bilik. Takut Azrie mengamuk!

Malam ini Fareen sengaja mengasingkan dirinya di dalam bilik. Selalunya dia sering berborak dengan keluarganya tetapi malam ini dia lebih tenang bersendirian.

Dia duduk sambil memandang ke arah luar tingkap. Mujur kawasan pantai itu dekat dengan rumahnya. Senang nak tenangkan fikiran. Kenapa aku terbayang muka dia pulak ni, desis hati Fareen.

Dalam ramai-ramai lelaki, Azrielah yang pandai memikat hatinya. Sebab itulah Fareen tidak boleh melelapkan matanya kerana asyik terfikir tentang lelaki itu saja. Isy kenapa dengan aku ni! Dah gila bayang agaknya. Entah dia dah ada girlfriend mana tahu. Aku je yang perasan...

“Ya Allah!” Jerit Fareen. Suara Fareen menyebabkan kedua ibu bapanya risau. Kenapa tiba-tiba anak perempuannya menjerit sekuat itu?

Farah dan Hairul kelam-kabut masuk ke dalam rumah lalu mengetuk pintu bilik anak perempuannya yang tiba-tiba menjerit itu. “Fareen... Bukak pintu ni sayang.” Ujar Farah sambil mengetuk pintu bilik Fareen.

“Maafkan Fareen ibu... Fareen tak sengaja jerit tadi sebab Balqish ni haa. Tiba-tiba je muncul kat luar tingkap bilik Fareen. Fareen ingatkan hantu tadi.” Ujar Fareen beria-ria meminta maaf pada ibunya. “Aqish pun nak mintak maaf jugak sebab buat mak cik dengan pak cik risau. Sorry ehh..” Getus Balqish selamba.

“Lah ingatkan ada apa tadi... Kalau macam tu ibu dengan abah masuk tidur dulu tau. Balqish nak tidur sini, tidurlah. Mak cik tak kisah asalkan esok kamu berdua datang warung.” Balas Farah lalu menutup daun pintu bilik Fareen.

“Kaulah ni Qish... Buat aku terkejut je. Lain kali bagilah salam dulu. Bukan main redah je. Ni mesti nak tanya pasal Azrie kan?” Ujar Fareen lantas meniarap sambil menongkat dagunya di atas katil.
“Haah jom gosip pasal dia nak? Ni pagi tadi dia ada datang warung tanya pasal kau tapi kau tak ada. Bila dia tahu kau tak ada, muka dia terus berubah. Lawak doh.” Getus Balqish sambil menanggalkan tudungnya.

“Kau ni tak baiklah cakap macam tu. Dahlah aku nak tidur. Dah pukul berapa dah ni...” Ujar Fareen malas. Matanya kini benar-benar mengantuk. Malas hendak melayan sahabatnya yang suka bergosip ni.

“Alah tunggulah dulu wei... Aku belum habis cakap lagi. Tapi aku rasa dua-dua handsome! Kalau kau pilih Azrie, aku nak Arifflah. Dia pun boleh tahan macho jugak.” Balas Balqish sambil membayangkan muka Ariff.

“Banyaklah kau aku pilih Azrie. Takkanlah baru kenal nak... Hmm dahlah aku malas nak cakap pasal ni. Kau tahu kan Qila pun suka kat Azrie tu? So aku tak naklah kecoh-kecoh. Nanti orang kata apa pulak kan?” Jawab Fareen lalu tertidur.

“Qila tu memang. Semua dia nak. Dah dapat Asyraf, nak orang lain pulak. Hisy! Eh kau nak tahu tak?” Baru saja Balqish hendak menghabiskan ayatnya, sahabatnya sudah nyenyak tidur di sebelahnya. Eii si Fareen ni memanglah! Aku baru nak gosip dia dah tidur dulu. Dia selalu macam ni tau..” Desis Balqish.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I