Skip to main content

Diari Cinta Eryna 5



Bab 5
Hari ni aku rajin sebab lepas Subuh aku terus tak tidur sampai sekarang. Aku sekarang tengah risau pasal diari kesayangan aku tu. Agaknya siapalah yang ambik diari aku ni. Malu kut bila ingat balik apa yang aku tulis dalam diari tu. Ah! Biar jelah... Taulah dia nak pulang diari aku nanti. Bila aku dah dapat tangkap siapa yang ambik, siaplah dia nanti...
Nasib baiklah hari ni tak ada kelas. Agaknya si Nureen ni belum bangun agaknya. Senyap aje dari tadi. Lantas aku mencapai laptop dan membuka laman sosial kegemaranku. Apa lagi facebooklah! Dah lama jugak aku tak online. Sebab tu ramai yang add aku, payah jugak nak approve satu-satu. Mana yang aku kenal jelah.
Aku suka tengok sorang mamat ni tau. Handsome oh! Dia baru add aku ni. Nama facebook dia... Arul Izwan. Gambar profile dia bergaya habis. Tapi sayangnya aku tak nampak muka dia sebab mamat ni pakai topi lepastu tunduk ke bawah. Seronok pulak bila jadi stalker ni. Engaged with Emylia Syuhada IV. Macam kenal perempuan ni. Entah-entah perempuan nilah yang Nureen cakap semalam. Ohh baru aku tau ni facebook Fakhrul Izwan rupanya. Hmm... Frust aku sebab ada ‘Engaged’ kat situ. Huhuhu...
“Haa jealous eh!” Getus Nureen lalu menepuk bahuku. Terperanjat aku. Ingatkan pontianak mana tadi. “Mana ada jealous...” Aku cuba mengelak. Padahal memang aku jealous pun. “Aku geram betul tengok Fakhrul Izwan peluk pinggang minah ni.” Getus Nureen tak puas hati dengan gambar yang dilihatnya. “Kesian aku tengok kau ni. Aku tau kau memang tak bertepuk sebelah tangan. Fakhrul Izwan tu sebernanya sukakan kau. Kau tu yang tak perasan. Kau tu jual mahal sangat! Kononnya kau malas nak layan dialah bagai. Aku tau kau sebernanya still suka dia kan? Sebab tu kau jealous tengok dia dengan Emylia...” Omel Nureen. Dah mulalah kawan aku sorang ni membebel.
“Whatever... Aku malaslah nak berharap macam dulu lagi. Dahlah diari aku hilang. Lepastu dia pulak muncul balik dalam hidup aku. Apa semua ni? Kalau boleh aku tak nak tengok muka dia lagi.” Balasku. Mataku berair.
“Relakslah Eryna... Kau jangan sentap sangat apa yang aku cakap tadi. Aku kan kawan kau. Dari darjah satu sampailah sekarang. Aku tak nak kau sedih. Walau apapun yang terjadi, aku akan selalu support kau dari belakang.” Getus Nureen lalu memelukku erat. “Thanks Nureen... Kaulah kawan aku dunia akhirat. Aku sayang kau sangat-sangat.” Ujarku. “Aku sayang kau jugak Eryna...” Balas Nureen.
“Jarang aku tengok kau macam ni. Selalunya kau happy je. Apa-apa pun yang jadi, kita akan hadapi semua ni sama-sama okey?” Kata Nureen. “Ya, aku pun sama jugak.” Kataku.


Fakhrul Izwan menatap wajah Eryna di dalam gambar profile facebooknya. Ya Allah, cantiknya dia! Dia dah approve aku. “Semalam aku lupa pulak nak mintak nombor telefon dia.” Getus Fakhrul Izwan. Dia mencari sesuatu di dalam laci yang terletak di sebelah katilnya. Mana diari dia ni... Yes jumpa pun! Dia membaca lagi kisah-kisah gadis itu di dalam diari. Sebernanya apa yang buat dia tertarik dengan Eryna ialah... Eryna seorang gadis yang simple dan suka merendah diri.
1 April 2002
Sampai sekarang aku masih pandang dia dari jauh aje. Kesian Nureen jadik mangsa aku. Hehehe... Yelah dia kan popular kat sekolah. Mane nk pandag perempuan biase mcm aku ni. Sesungguhnya aku memag tak layak untuk dia. Ibarat langit dengan bumi jek.
Fakhrul Izwan tergamam. Tak patut dia buat Eryna macam tu dulu. Kesian dia. Dia cuma pandang aku dari jauh aje? Kenapa dia tak nak tegur aku? Aku kenal dia dulu pun sebab dia pelajar cemerlang PMR. Masa tu aku tengok dia berucap kat atas pentas penuh dengan rendah diri. Fakhrul Izwan menggunting sehelai kertas yang berwarna kuning dijadikan bentuk hati. Dia seperti meluahkan apa yang di dalam hatinya sekarang.
Tak sayang... Kita bukan mcm langit dgn bumi. Awak sungguh istimewa bagi saya. Saya cintakan awak. Awak ialah jantung hati saya. Nyawa saya. Saya sudah meletakkan azam untuk memperisterikan awak suatu hari nanti. Insya-Allah. I Love U So Much Dear!
Lega hatinya apabila sudah meluahkan perasaan yang dipendam selama ni. Kemudian, Fakhrul Izwan menampal kertas yang berbentuk hati tadi di dalam diari tersebut.
Telefonnya tiba-tiba berdering. Nama Emylia tertera di skrin telefon. Fakhrul Izwan terus menjawab panggilan dari Emylia itu. “Hi baby...”
“You nak apa call I ni?” “Ai macam tak suka je I call ni. Baby, esok jom keluar? Bosanlah I duduk rumah ni. Please...”
“Sorrylah Emylia, esok I ada kelas. Next time okey?” “Alah, I pun ada kelas jugak tapi petang kan kita boleh keluar. Pleaselah sayang. I rindu sangat nak keluar dengan you ni.”
“Okey tapi janji sekejap je. Sebab I ada hal penting nak kena uruskan.” “Ya... I promise. Sekejap pun tak apa. Asalkan dapat keluar dengan tunang kesayangan I ni.”
Fakhrul Izwan terus mematikan talian. Nanti makin aku melayan, makin banyak kerenah perempuan ni. Dia sanggup mereka pelbagai alasan kerana malas nak melayan tunangnya yang gedik tu!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I