Skip to main content

Diari Cinta Eryna 21




Bab 21
“Bang... Saya nak sangat tengok anak kita tu berumah-tangga. Lyssalah satu-satunya anak kita.” Ujar Mak Leha pada suaminya.

“Abang pun rasa macam tu jugak, Leha... Abang teringin sangat nak jodohkan si Lyssa tu dengan Arul.” Balas Pak Khairudin.
“Itulah. Saya tengok Lyssa dengan Arul tu macam sesuai sangat kalau jadi pasangan suami isteri. Yalah bang, sebelum saya tutup mata saya harap dapat timang cucu. Mesti cucu kita tu comel sangat macam atuk dengan nenek dia kan...” Getus Mak Leha lagi.
“Awak ni Leha... Belum apa-apa lagi, dah cakap pasal cucu. Ni yang buat saya tak sabar nak satukan dia orang ni.” Ujar Pak Khairudin.
“Tak apa. Nanti esok saya telefon Lyssa, kita bincang pasal ni ya... Nah bang, minum air kopi ni dulu, dah sejuk nanti tak sedap pulak.” Kata Mak Leha.



“Bangun kak... Dah nak tengah hari dah.” Ujar Melly. Aku bingkas bangun lalu memisat mataku. “Melly kejut akak sebab ni ada mesej masuk.” Getus Melly. “Okey, letak je telefon akak kat situ.” Balasku lalu bangun untuk membuka mesej itu.
Salam, Eryna... Sye nk jumpa awk kt Swan Valley esok tau. Awk jgn risau, sye yg akan jemput awk nnti. Alamat, sye mintak Melly nnti.
“Kak, Melly keluar dulu tau. Nak ikut mama shopping. Akak nak ikut tak?” Getus Melly. “Tak apalah Melly. Akak penat hari ni. Melly pergilah eh.” Ujarku cuba mengelak.
“Kalau macam tu, okeylah kak. Melly pergi dulu. Akak jaga diri baik-baik tau.” Kata Melly. Aku berasa lega sikit kerana Melly tidak  pula bertanya mengapa aku tidak menyertai mereka.

“Ada apa awak nak jumpa saya ni? Penting sangat ke?” Ujarku pada Fakhrul Izwan. Fakhrul Izwan merenungku tajam. “Saya pilih Swan Valley, tanda first date kita. Cantik kan pemandangan kat sini?” Kata Fakhrul Izwan.
“Haah. Memang cantik. Sorrylah pasal semalam. Saya tak ada niat pun nak sakitkan hati awak.”
“Tak apa. Eryna... Saya ada something nak bagitau awak ni.”  Getus Fakhrul Izwan.
“Apa dia? Haa Arul, haritu saya ada jumpa adik awak kat shopping mall. Comel sangat...” Ujarku.
“Adik saya? Fasha eh? Dia memang kenal awak. Dahlah lupakan pasal tu. Eryna... Tengok ni, cantik kan?” Ujar Fakhrul Izwan sambil memegang kotak hadiah kecil yang berbentuk hati. “Boleh tahanlah. Awak nak buat apa dengan kotak tu?” Soalku.
I want to give this present to someone special in my heart...
“Siapa orang tu?”
Fakhrul Izwan tersenyum lalu membuka kotak hadiah itu. “Cincin emas?”
“Ya.” Jawab Fakhrul Izwan lalu menyarungkan cincin emas itu tepat di jari manisku.
“Arul... Saya tak boleh terima cincin ni. Mahal kut.” Omelku. “No sayang. Saya beli hadiah ni khas untuk awak. And... Will you married me? Be my wife until Jannah? I love you forever and ever sayang.
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Saya nak jawapan dari awak. Tu je.”
Y..e..s.. Arul. I love you too and I will be your wife until Jannah. Insya-Allah... Balasku tenang sambil tersenyum.
“Akhirnya awak mengaku jugak yang awak cintakan saya. Nanti esok kita balik kampung, mintak restu mak dengan ayah awak.” Aku kaku di situ. Sebernanya aku tak nak luahkan perasaanku sekarang. Tapi dah terjumpa dia kat sini, nak buat macam mana kan? Kenalah berterus-terang...
“Arul, betul ke awak nak kahwin dengan saya?” Amik kau! Soalan yang selama ni aku nak tanya kat dia, akhirnya berjaya jugak aku tanya dia.
“Eryna, pandang mata saya. Awak ada nampak saya main-main ke? Saya seriuslah awak... Selama ni awak sukakan saya dan selama ni jugak saya pun sukakan awak. Percayalah Eryna. Saya akan bahagiakan awak dengan cinta yang saya ada ni.” Getus Fakhrul Izwan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I