Skip to main content

Diari Cinta Eryna 20



Bab 20
“Akak! Cepat sikit... Melly dah siap ni.” Pinta Melly sambil mengetuk pintu bilikku dari luar. “Kejap... Bagi akak dalam masa sepuluh minit.” Balasku lalu bersiap. Hari ni aku menggayakan dress labuh lengan panjang yang berwarna bedge dan selendang yang sesuai dengan bajuku tadi. Usai bersiap, aku bersolek nipis.
“Akak dah ke belum?” Soal Melly lalu membuka pintu bilik. “Done...” Jawabku lalu tersenyum nipis pada Melly. “Wow, cantiknya akak hari ni! Melly tengok dah macam model dah. Good job kak.” Puji Melly. “Thanks Melly. Melly pun apa kurangnya. Dah, jomlah... Kang nanti puji lebih-lebih, kembang pulak akak. Dah pesan kat mama dah?” Ujarku.
“Dah... Melly dah letak sticky note kat peti sejuk. Nanti mama bangun, dia perasan latu.” Balas Melly lalu menarik tanganku.



Destinasiku yang pertama ialah Kings Park, Western Australia. Ya Allah, cantiknya tempat ni! “Haa kak... Kalau akak nak tau Kings Park, Western Australia ni paling ramai orang suka pergi termasuklah Melly sendiri. Untung siapa yang pergi dengan boyfriend or husband tu. Mesti sweet...” Ujar Melly.
“Ohh ya ke... Melly mesti selalu pergi sini kan?” Getusku. “Haah. Selalu jugak pergi. Biasanya Melly pergi dengan family jek.”
“Hmm, Dengan family je? Dengan boyfriend tak ada?” Soalku membuatkan Melly tersengih malu.
“Apalah akak ni... Jom selfie nak?” Dengus Melly.
“Selfie tu apa?” Soalku bingung.
“Selfie tu macam kita ambik gambar sendiri... Jomlah kak.” Ujar Melly lalu memeluk bahuku sambil posing. Aku pun posing jugak. Gaya aku lagi meletup! Hehehe...
“Melly rasa dah banyak sangat kita selfie ni. Nanti nak pergi tempat lain pulak. Selfie lagi then masuk Instagram.” Getus Melly.
“Okey, akak ikut je...” Jawabku pendek.
“Kak Lyssa tunggu sini kejap boleh? Melly nak pergi beli dessert kat sana tu ha.” Ujar Melly.
“Boleh je. Akak duduk situ tau.” Kataku lalu menuding jariku ke arah bangku yang di sebelah tasik itu.
“Okey.” Balas Melly lalu berlalu dari situ. Aku hanya termenung dan memandang kiri dan kanan sahaja. Betul kata Melly, untung siapa yang pergi dengan suami or boyfriend tu. Sebab kat sini aku tengok ramai couple dating kat sini. Sweetnya...
“Lamanya si Melly ni pergi beli dessert.” Omelku sendirian.
Selang beberapa minit, hujan renyai-renyai turun jua di bumi Australia ni. Suhu kat sini dahlah sejuk, tambah hujan lagilah sejuk. Aku rasa dah setengah jam kut aku tunggu Melly kat sini.


“Dia ke... Atau bukan? Aku rasa memang dia.” Bisik Fakhrul Izwan di dalam hati. Kesian dia kena hujan. Baik aku sarungkan jaket aku kat badan dia.’’ Ujarnya lagi.
Fakhrul Izwan terus menyarungkan jaketnya ke badan gadis yang menggigil kesejukan itu. Memang tepat tekaannya. Gadis itu memang gadis pujaannya iaitu Lyssa Eryna. Sudah tiga tahun mereka tidak berjumpa. Ada sedikit perubahan pada wajah Eryna. Eryna aku tengok semakin cantik. Ya tidak dinafikan lagi, dia memang sangat cantik. Bibir dia...
“Awak ni kenapa?” Soalku terkejut melihat seorang lelaki yang berani mahu mengucup bibirku. Tapi baik jugak dia. Aku yang menggigil kesejukan ni, dia boleh sarungkan jaket dia kat aku. Siapa dia?
“Maafkan saya Eryna... Saya terlalu rindukan awak.” Balas lelaki yang berkaca mata hitam tu. “Nevermine. Macam mana awak boleh tau nama saya?” Soalku lalu menjarakkan sedikit badanku. Lelaki itu terus membuka kaca mata hitamnya sambil membetulkan rambutnya. “Astagfirullah... Dia rupanya? Ya Allah... Macam mana aku boleh tak perasan yang ni dia?” Aku bermonolog di dalam hati.
“Cakap pakai hati mana saya dengar awak... Terus terang jelah yang awak sebernanya rindukan saya jugak kan?” Balas Fakhrul Izwan lalu mencuit daguku.
“Suka hati sayalah nak cakap pakai hati ke mulut awak ke. Dah tu kenapa awak tinggalkan saya dulu?” Ujarku.
“Amboi melebih nampak. Saya bukan tinggalkan awaklah sayang... Saya ikut ayah saya pergi London dulu sebab ada kerja. Saya datang Australia ni pun sebab naluri hati saya cakap yang awak sedang tunggu saya. Ye tak?”
“Ya awak. Naluri saya pun mengatakan yang ada seseorang tunggu saya kat sini. Rupa-rupanya awak Fakhrul Izwan.” Ujarku di dalam hati. “Awak ni... Asyik cakap dalam hati je.” Omel Fakhrul Izwan. “Saya tak tanya pun.” Jawabku cuba menyakitkan hatinya.
“Sorrylah kak... Melly lambat sebab tadi ramai sangat orang beli dessert. Ni je yang Melly sempat beli.” Getus Melly termengah-mengah berlari mendapatkan aku kat sini.
“Ohh ya ke. Kesian adik sepupu kesayangan akak ni. Kenapa lari? Melly kan pakai tumit tinggi.” Getusku. “Tak apa kak... Melly dah biasa dah lari pakai tumit tinggi ni. Haa ni siapa pulak?” Soal Melly menanyakan tentang Fakhrul Izwan yang sedang tegak berdiri di sebelahku.
“I Fakhrul Izwan. I ni future husband dia.” Balas Fakhrul Izwan cuba memperkenalkan dirinya pada Melly.
“Ha? Kak Lyssa tak pernah cakap pun yang dia ada future husband yang handsome macam abang ni?” Getus Melly bingung.
“Dah latu korang. Jom pergi tempat yang teduh sikit. Hujan ni...” Omelku.
“Akak jangan cuba nak tukar topik eh. Melly tanya ni betul ke yang abang ni future...” “Melly, soal ‘dia’ nanti akak cerita bila kita balik rumah nanti.” Ujarku pantas menyampuk.
“Okey.” Balas Melly.
“Lagipun kan Melly. Abang cintakan dia. Eryna... Nak saya bagitau semua orang yang saya cintakan awak?” Dengus Fakhrul Izwan lalu mendepakan tangannya.
“Lyssa Eryna!!! I... Love... You...” Jerit Fakhrul Izwan sekuat hatinya. Aku berpeluk tubuh sambil mengepal penumbukku. Melly hanya tersenyum sendiri. “Nak marah tak boleh sebab aku pun cintakan dia.”
“Akak mengaku jelah yang abang Arul ni memang bakal suami akak.” Getus Melly. “Amboi. Dah pandai Melly sekarang eh. Macam mana boleh tau yang nickname dia ‘Arul’ ni?” Ujarku sinis. “Pandai Melly teka.” Kata Fakhrul Izwan.
“Ni... Makanlah dessert yang Melly beli tadi. Lama-lama simpan tak sedap nanti.” Balas Melly lalu mengeluarkan oreo cheese cake dari bungkusan plastik. “Sedapnya! Thanks Melly...” Ucapku.
“Melly, abang nak mintak izin Melly boleh tak?” Ujar Fakhrul Izwan. Aku terpaku seketika. “Nak mintak izin apa pulak?” Soal Melly.
“Kalau boleh, abang nak bawak kakak sepupu Melly jalan-jalan keliling Perth ni. Melly tak kisah ke?” Desis Fakhrul Izwan.
“Boleh. Tapi kena ada Melly sekali okey?”
“Saya tak setuju. Melly, akak nak balik. Akak baru nak spend time dengan Melly, mamat ni pulak menyibuk.” 
“Alah kak, bolehlah... Bukan selalu pun.” Rayu Melly.
“Arul, Melly... Dengar cakap saya. Dari tadi saya diam je kan apa yang korang cakapkan tadi. Saya malaslah nak layan awak lagi, Fakhrul Izwan. Awak kan dah berpunya. Tunang awak, Emylia tu nak letak mana? Kesian dia.” Ujarku tenang. Melly hanya membatukan diri.
“Untuk pengetahuan awak Eryna, saya dah lama putus dengan Emylia. Emylia Syuhada dah lama pupus dalam hidup saya. Awak dah lupa ke dia pernah buat awak menderita dulu? Dia pernah simbah asid...” “Cukup Arul! Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi.”
“Ohh. Baru Melly tau. Jadi parut yang kat tangan akak tu Emylialah yang buat eh?” Balas Melly yang sedari tadi diam mendengar pertengkaran aku dengan Fakhrul Izwan.
“Melly, jom kita balik.” Ujarku lalu menarik tangan Melly.


“Kenapa dia buat aku macam ni? Aku cintakan dia. Tapi kenapa dia masih tak nak mengaku yang dia pun cintakan aku. Aku terlalu sayangkan dia. Lyssa Eryna... Kaulah segalanya bagi aku. Kau cinta pertama dan terakhirku.” Fakhrul Izwan bermonolog dengan dirinya.
Fakhrul Izwan cuba menelefon Eryna tetapi Eryna gagal menjawab panggilan itu. Akhirnya dia menghantar mesej saja.
Salam, Eryna... Sye nk jumpa awk kt Swan Valley esok tau. Awk jgn risau, sye yg akan jemput awk nnti. Al`amat, sye mintak Melly nnti.
Gambar Eryna semasa di kampus menjadi penghias wallpapernya. Fakhrul Izwan masih ingat kenangan-kenangan manis dia bersama gadis comel itu. “Dia buat apa sekarang ni ek?” Ujar Fakhrul Izwan di dalam hati.
Nada dering telefon Fakhrul Izwan menandakan ada mesej masuk. Harap-harap Eryna yang bagi mesej ni. Sangkaannya meleset sekali. Bukan Eryna tetapi Emylia Syuhada.
Arul, u akn menyesal satu hri nnti!
“Kisah pulak aku. Kau tu yang syok sendiri Emylia. Aku tak pernah cintakan kau pun.” Omel Fakhrul Izwan lalu terlena dibuai mimpi yang indah sekali.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I