Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 2



Bab 2
“Janji mesti ditepati! Kalau tak jangan harap aku nak datang lepak rumah kau lagi. Tak pun kita putus kawan. Bukan senang orang nak belanja kita main boling.” Getus Emelyn pada Aida. Aida sungguh buntu sekarang ini. Main boling dengan kawan-kawannya atau belajar berkumpulan dengan teman lelakinya?

Bukan senang nak ambik hati Azrie. Nanti ada je jawapan dia. Eii stresslah kalau macam ni! “Tapi babe... Aku kena pergi jugak rumah Azrie tu. Kau sendiri tahukan betapa susahnya aku nak dapat dia dulu? Please bagi aku peluang... Kejap lagi sepupu aku sampai. Kau pergi dengan dia jelah eh? Please Emelyn...” Bidas Aida sambil memegang erat tangan Emelyn.

“Yalah Aida... Ikut cakap kau jelah. Nanti apa pulak kata kawan-kawan kita yang lain? Kau leader group kita orang, kau yang tak datang.” Gumam Emelyn.

“Pasal tu nanti kau jangan risau. Esok aku janji aku belanja korang shopping. Okey?”

“Macam tulah kawan aku. Thanks Aida... Sayang kau!” Jawab Emelyn lalu memeluk Aida. Yes! Akhirnya dapat jugak pujuk kawan aku sorang ni.

Aida memakirkan keretanya di depan rumah banglo Azrie. Nilah kali kedua dia datang ke rumah teman lelakinya ini. Kali pertama dia datang sebab Azrie jemput dia ke birthday party adik perempuannya. Kali ni mesti sweet! Terbayang wajah kacak Azrie ketika ini.

“Hai kak... Ada apa datang rumah ni?” Tegur seorang perempuan yang cantik bertudung. Oh rupa-rupanya Azirah. Adik perempuan Azrie yang sekarang baru tingkatan lima.

“Katanya abang Azrie ada buat study group malam ni. Dia ada tak?” Jawab Aida sambil memberikan senyuman manis kepada Azirah. Bakal adik ipar kan... Mestilah kena buat baik.

“Dia ada kat atas dengan abang Ariff. Lagi sorang tu siapa entah. Tapi kak... Tak manislah kalau akak dengan dia orang. Akak ajar Zira boleh? Lagipun Zira tahun ni nak spm.” Ujar Azirah sopan sambil membetulkan tudungnya.

“Suka hati akulah.” Getus Aida di dalam hati. “Zira kan boleh belajar kat sekolah. Tak pun tanya kawan-kawan Zira ke kan? Kali ni akak betul-betul nak belajar dengan abang Azrie. Dia kan pandai...”

“Yalah kak. Jom ikut Zira naik atas. Pasal papa dengan mama, akak jangan risau. Dia orang selalu buat kerja dia orang. Biasalah busy...” Ujar Azirah lalu mendaki anak tangga lantas mengetuk pintu bilik Azrie.

“Abang... Bukak pintu kejap. Ni akak Aida datang nak belajar dengan abang.” Kata Azirah sambil mengetuk pintu bilik abangnya Azrie.

“Aida? Rajin pulak dia datang rumah kau semata-mata nak study dengan kita. Ke dia ada niat lain?” Getus Ariff pada Azrie. Riak wajah Azrie selamba saja.

“Masuk jelah... Pintu bilik abang tak kunci pun.” Jawab Azrie malas. “Abang... Nak join study jugak boleh? Abang kan pandai... Boleh ajar Zira sekali.”  Getus Azirah ceria.

“Boleh jugak. Nanti tak adalah papa dengan mama curiga dengan abang. Takut nanti dia orang fikir bukan-bukan pulak. Sebab Aida ada kat sini kan...” Bidas Azrie.

“I tak kisah. Janji I dapat belajar dengan korang.” Jawab Aida pendek lantas mengambil tempat di sebelah Azrie.

Aida memandang sinis pada Azrie. Niatnya mahu bermanja-manja dengan kekasihnya malam ni tetapi nampaknya segala-galanya musnah akibat Azirah ada di sini dan juga kawan-kawan kekasihnya itu. Ahh lantaklah! Azrie tu boyfriend aku bukan boyfriend dia orang.

Ariff yang sedari tadi perasan riak muka Aida semacam terus menyindirnya. “Kau kenapa Aida? Ada yang tak kena ke? Ke kau tak dapat dating dengan Azrie sampai muka kau risau macam ni...” Sindiran Ariff begitu menyakitkan hati Aida. Dia mencebikkan bibirnya lalu menampar lengan Ariff yang kepoh itu.

“Kau ni memandai je. Aku datang sini nak belajar okey! Bukan nak dating macam yang kau cakap tu. Kalau macam ni aku baliklah. Buang masa aku je datang sini.” Balas Aida.

“Eh korang. Korang ni satu hari tak bergaduh tak boleh ke? Dahlah bertekak kat rumah aku pulak tu. Kalau mak ayah aku dengar korang bising-bising ni, mampus aku.” Ujar Azrie.

“Ariff yang mulakan dulu kan. You tu pun satu, fokus sangat nak study. Sampai I diabaikan. You ni tak ada perasaan ke hah? Kalau semua macam ni, I nak baliklah.” Getus Aida berpeluk tubuh. Disebabkan Ariff, dia yang kena.

“Baliklah. Ada aku kisah? Azrie pun tak suka kaulah. Bajet lawa je. Muka tak adalah lawa sangat!” Baru saja tangan Aida hendak sampai ke pipi Ariff, Azrie pantas menahannya.

“Ariff, aku tahulah kau syok kat awek aku. Tak payahlah nak over sangat kacau dia. Kejap lagi kau pulak yang makan penumbuk aku baru tahu. Tak malu ke korang bergaduh depan adik aku ni? Dia duk tengok je dari tadi.” Ujar Azrie lantas tersenyum memandang adiknya, Azirah.

“Zira tak kisah. Korang ni sweetlah...”

“Sweet kau kata? Hahaha. Ariff not my tastelah sayang. Kalau you gandingkan I dengan Hadi ni okeylah jugak. Ni si Ariff yang mulut kepoh ni? Eii geli I...”

“Aida please stop it! Berapa kali aku dah cakap jangan bergaduh kat rumah aku. Okeylah korang semua boleh balik. Lepas ni jangan haraplah aku nak ajak korang study group lagi.” Desis Azrie yang sudah tidak tahan dengan perangai kekasihnya.

“Tak apa, hari ni hari kau. Esok lusa pulak hari aku. Just wait and see... Satu hari nanti, aku akan buat kau melutut kat aku!” Getus Aida di dalam hati.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I