Skip to main content

Diari Cinta Eryna 2



Bab 2
 
26 Januari 2002
Nama aku Lyssa Eryna binti Khairudin. Aku dilahirkan di Johor Bahru. Aku ni cuma manusia biasa aje. Tak cantik mana pun. Tapi orang suka puji aku sebab aku ada lesung pipit. Aku besyukur kerana dilahirkan di bumi Allah swt ini. Dan aku besyukur jugak kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Life must freedom and move on. Itulah prinsip aku. Eh aku lupa pulak nak bagitau nickname aku, korang boleh panggil aku Lyssa or Eryna. Tapi ramai orang panggil aku Eryna aje. Sebernanya dua-dua pun boleh. Aku tak kisah pun, mana-mana pun okey!
Fakhrul Izwan tersenyum sendiri membaca diari kepunyaan seorang gadis comel yang sudah lama bertakhta di hatinya. Dari alam sekolah menengah lagi. “Macam manalah diari dia boleh tercicir semalam. Agak-agak dia perasan tak?
 Aku nak pulang ke tak... Tengoklah dulu macam mana. Aku nak usha dia dulu. Mana tau dia masih ingat kat aku yang handsome ni...” Getus Fakhrul Izwan sambil tersenyum sendiri. Dia menyelak satu demi satu helaian diari kepunyaan Eryna itu. Dia khusyuk membaca ayat-ayat manis yang ditulis oleh Eryna khas untuknya.
Dear Fakhrul Izwan,
Aku sukakan kau tapi aku malu nak terus terang dengan kau. Luah kat diari pun jadiklah. Aku malas nak terus terang dengan kau sebab takut nanti kang kena reject. Yelah aku sedar diri aku siapa. Aku tak secantik perempuan-perempuan lain yang pernah rapat dengan kau. So, aku ni kira Secret Admire kau lah kan. Aku akui yang aku pernah jatuh cinta kat kau. Tapi cinta monyet ajelah! Hahaha... Mana tau satu hari nanti kau ialah... Jodoh aku? Jodoh itu semua ketentuan Allah swt. Kita ni siapalah kan nak menentukannya. Insya-Allah. I Love You Fakhrul Izwan!

Fakhrul Izwan terpaku di birai katilnya. Dia tak sangka selama ni gadis comel yang bernama Lyssa Eryna ni begitu mencintainya. Tapi macam mana dengan Emylia Syuhada? Emylia ialah teman wanitanya sekarang. Kalau Emylia tahu yang sebernanya dia mencintai orang lain dalam diam, mesti dia mengamuk sakan.
 Kang tak pasal-pasal perempuan tu serang Eryna. Eryna tak bersalah dalam hal ni. Aku yang bersalah. Sepatutnya aku yang patut terus terang dengan Eryna dari dulu lagi. “Ya Allah... Kuatkanlah aku untuk menempuhi semua dugaanmu ini. Sesungguhnya aku sudah lama meletakkan Lyssa Eryna sebagai teman istimewa dalam hatiku ini. Semoga dia ialah jodohku yang tepat buatku. Amin...”
“Arul... Dah solat zuhur ke belum?” Soal Datin Nurul sambil mengetuk pintu bilik anak bujangnya itu. Fakhrul Izwan bingkas bangun dari birai katilya dan membuka pintu biliknya. “Mama nak apa panggil Arul ni?” Soal Fakhrul Izwan. “Mama tanya, anak mama sorang ni dah solat zuhur ke belum? Kalau dah kejap lagi mama nak ajak Arul pergi rumah Datin Zara.” Pinta Datin Nurul.
“Belum. Kejap lagilah mama. Arul penatlah. Pergi rumah Datin Zara? Maksud mama, rumah Emylia?” Ujar Fakhrul Izwan. “Ya... Dah cepat solat. Tak baik melewatkan-lewatkan solat. Mama nak cepat ni. Kata Datin Zara, ada hal penting yang nak dibincangkan.” Kata Datin Nurul.
“Haa, yalah-yalah...” Balas Fakhrul Izwan. “Aku baru nak feeling-feeling dah mama kacau. Kacau daun betullah mama ni!” Omelnya.
Ni mesej dari siapa pulak ni...
Baby! I miss u so much syg. Kejap lgi mama u nk dtg rumah I kan? I harap u pon ikutlah eh? Rasanya I dh lme x keluar sme-sme dgn u. Nnti kita pergi tengok wyg ke, shopping mcm dulu! I rindu semuanya. Maklumlah u kan bru balik dri Korea. Best x study kt sne? Mesti rupa u skg dh mcm artis Korea kan. Seriusly I x sbr nk jumpa u baby! I Love U Syg... Muahhh!
“Dia belum tahu lagi ke yang aku dah lama balik dari Korea tu? Dah seminggu kut. Baru semalam aku daftar kat Universiti Teknologi Mara tu.
I miss u too syg... Insya-Allah I follow mama I nnti. Ye I pon sme rindu nk keluar dgn u. Artis Korea? Takdelah smpai mcm tu sekali. Muka I ttp sme mcm dulu. Psl study tu ok je. I pon nervous nk jumpa dgn u ni. I Love U Too Baby!
Dalam hati aku cuma ada Lyssa Eryna. Ya, hanya dia. Insya-Allah satu hari nanti aku akan memperisterikan dia secara sah. Emylia Syuhada hanyalah lagenda buatku. Sebernanya Fakhrul Izwan sama sekali tidak mempunyai perasaan cinta mahupun sayang terhadap perempuan yang bernama Emylia Syuhada itu. Hanya pilihan mama.


“What? Mama nak Arul kahwin dengan Emylia?” Soal Fakhrul Izwan dengan nada serius. “Kenapa tak boleh ke? Anak mama ni dah nak masuk dua puluh tiga tahun dah. Apa salahnya kalau Arul kahwin dengan Emylia. Sama cantik, sama padan.” Ujar Datin Nurul. “Betul tu. Aunty sokong mama kamu. Aunty dengan mama kamu tu dah lama kenal. Dari kecik lagi tau. Kamu pun sama jugak. Kenal Emylia dari kecik jugak kan? So aunty and Datin Nurul teringin sangat nak kamu berdua bersatu.” Kata Datin Zara.
“Baby... Kenapa ni sayang?” Soal Emylia lalu mengambil tempat di sebelah Fakhrul Izwan. “Arul bukan tak nak kahwin dengan Emylia. Tapi... Bagilah Arul masa untuk fikir masak-masak dulu. Please bagi Arul dalam masa dua hari untuk fikir semua ni?” Getusnya.
“Baiklah. Aunty setuju.” Balas Datin Zara. “Apa kata kalau kita tunangkan dia orang, Nurul?” Cadang Datin Zara pada Datin Nurul. “Mami, Emy setuju! Nanti tak adalah orang nak rebut baby Emy ni lagi kan... Dahlah handsome, macho pulak tu!” Getus Emylia.
“Hmm... Macam mana? Arul setuju tak bertunang dengan Emylia? Lagipun bertunang je pun. Nak kenal hati budi masing-masing. Betul tak, Zara?” Kata Datin Nurul lalu menyiku lengan Datin Zara. “Haa okey latu!” Jawab Datin Zara spontan.
“Yalah... Dah itu keputusan mama, Arul ikut je. Tapi kalau Arul dah tak tahan, Arul nekad cari orang lain je.” Ujar Fakhrul Izwan selamba. “Apa yang Arul merepek ni?” Soal Datin Nurul hairan. Riak wajah Emylia berubah kelat.
 Dia sememangnya tak sanggup hidup tanpa Fakhrul Izwan di sisi. Dia sungguh mencintai lelaki itu. “Emylia jangan terasa sangat dengan Arul tu... Dia gurau aje tu.” Kata Datin Nurul sambil memegang bahu Emylia. “Tak ada apalah aunty. Emy okey je. Emylia tau Arul tak maksudkan pun apa yang dia cakap tadi.” Getus Emylia.
“Lega aunty dengar. Okeylah Zara, kalau tak ada apa-apa lagi, I balik dulu.” Ujar Datin Nurul. “Eh Nurul... Makanlah dulu. Penat je bibik I masak lauk asam pedas untuk korang berdua makan. Lagipun mesti anak you rindu dengan asam pedas ni ha. Maklumlah orang tu kan dah lama duduk kat Korealah katakan...” Sindir Datin Zara pada Fakhrul Izwan. “Eh kita pulak yang kena.” Sambung Fakhrul Izwan.
Fakhrul Izwan tidak selesa dengan pandangan Emylia tu. Dulu bolehlah dia melayan kerenah perempuan yang berjaya menawan hatinya dulu. Kini tidak sama sekali kerana dia sudah jumpa gadis yang amat dicintainya iaitu Eryna.
“Bi kenapa tak makan lauk tu? Tak sedap eh....” Ujar Emylia sambil mencedok kuah asam pedas. “Err... Tak apalah sayang. I dah kenyang. Lagipun kat rumah tadi I dah makan dah.” Jawab Fakhrul Izwan.
“Bi ni mengada tau. Kalau you nak tahu, I yang tolong bibik masak lauk ni tadi. I sanggup kotorkan tangan I yang cantik ni demi you sayang. Yalah kita kan dah lama tak jumpa. Apa salahnya sekali-sekala you makan lauk ni demi I?” Bidas Emylia sambil mengukir senyuman untuk bakal tunangnya ini.
“Kotorkan tangan you yang cantik demi I?” Getus Fakhrul Izwan sengaja diulangnya perkataan Emylia tadi.
“Yalah. Semalam I baru cuci kuku. Lepas tu hari ni dengar you nak datang, I tolonglah bibik masak. Tak boleh ke sayang?”
“Bukan tak boleh tapi macam mana kita nak kahwin kalau nak masak pun ungkit pasal kuku? Agaknya nanti you hari-hari ungkit pasal kukulah, tangan bagai. Padahal masak untuk suami kut...” Sindir Fakhrul Izwan. Emylia tersenyum kelat. Malu dengan sindiran kekasihnya itu.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I