Skip to main content

Diari Cinta Eryna 38



Bab 38
“Papa, Arul ingat nak buat kenduri kesyukuranlah sebab kita dah berjaya dapatkan tender yang bernilai satu juta tu. Projek perluasan tanah kita pun berjalan dengan lancar.” Ujar Fakhrul Izwan pada Dato’ Fadzli yang sedang fokus memandu.
“Papa pun rasa macam tu jugak. Nanti Arul sampaikan berita ni pada keluarga Eryna okey?” Getus Dato’ Fadzli.
“Tak sabar nak balik jumpa isteri tersayang...” Desis Fakhrul Izwan di dalam hati.
Fakhrul Izwan sempat memberi mesej pada bapa mertuanya itu.
Salam, ayah... Lusa, Arul buat kenduri kesyukuran. Nnti ayah dtg eh?
Insya-Allah... Klau xde hlngan, ayah dgn ibu kmu dtg.
Kemudian, Fakhrul Izwan mendail nombor telefon Eryna untuk bertanya khabar.
“Assalamualaikum sayangku Eryna...” Ujar Fakhrul Izwan padaku. “Waalaikumussalam abang! Bila nak balik? Saya rindulah...” Dengusku.
“Abang on the way nak baliklah ni. Sayang sihat?”
“Sihat alhamdulillah. Abang pulak?”
“Abang pun sihat jugak. Alhamdulillah lega abang dengar sayang sihat. Balik nanti kita buat anak eh?” Gurau Fakhrul Izwan.
“Ish abang ni! Ke situ pulak perginya. Abang okey kat sana? Macam mana dengan projek tu?”
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengar lancar sekali. Abang balik nanti nak buat kenduri kesyukuran. Abang rasa hari Rabu ni agaknya. Tadi abang dah mesej ayah dengan ibu awak.”
“Okey, nanti saya bagitau kat mama dengan yang lain eh!”
Aku terus mematikan talian. Aku merenung gambar Fakhrul Izwan yang menjadi wallpaper di Samsung Galaxy Note II ku. Teringat masa dia bagi hadiah handphone ni dulu.
“Selamat hari jadi yang ke-25 sayang...” Ucap Fakhrul Izwan lalu memberikan sebuah kotak yang berbentuk hati kepadaku.
“Terima kasih abang. Nak bukak sekarang ke?”
“Bukaklah...”
Aku pantas mengoyakkan pembalut hadiah itu. Aku terkesima. Rupa-rupanya isinya handphone! Aku mengeluarkan Samsung Galaxy Note II itu lalu aku peluk sepuasnya.
“Ai, peluk handphone je ke? Abang tak nak peluk?”
Aku terus memeluk Fakhrul Izwan lalu mengucup pipinya. Fakhrul Izwan terkejut dengan tindakanku.
“Thank you so much abang...” Desisku perlahan.
“Eryna...” Panggil Datin Nurul mematikan lamunanku.
“Ya mama?”
“Mengelamun ya?” Desis Datin Nurul lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Mama sememangnya begitu memahami aku.
“Tak adalah mama! Eryna cuma teringatkan abang Arul.” Jawabku pendek.
“Assalamualaikum...” Ucap Fakhrul Izwan dan Dato’ Fadzli serentak.
“Waalaikumussalam.”  Balasku dengan mama serentak. “Panjang umur dia... Tadi baru kita sebut-sebut, dah datang.” Getus Datin Nurul.
“Yeah! Abang Arul dengan papa dah balik!” Ujar Fasha riang.
Dato’ Fadzli terus mendukung anak perempuan kesayangannya itu. Fakhrul Izwan menuju ke arah kami lalu mengucup tangan mama.
“Sayang...” Getus Fakhrul Izwan lalu menarik tanganku.
“Ada apa ni bang?” Soalku terpinga-pinga.
“Ikut ajelah...” Ujarnya lembut. Nada suaranya begitu romantik dan membuatkan aku sekali lagi cair dengannya.
Mama hanya tersenyum melihat gelagatku dengan Fakhrul Izwan.


“Abang, sebernanya ada apa ni?” Soalku kaget melihat kelakuannya hari ni. Yalah balik je terus tarik tangan aku.
“Sebernanya abang ada hadiah untuk sayang. Sayang tutup mata tau...” Getus Fakhrul Izwan lalu mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.
 “Okey dah.”
“Sayang cuba bukak mata...” Ujarnya lalu memakaikan loket hati di leherku.
“Ya Allah abang, cantiknya! Tengok, siap ada gambar kita lagi. Thank you so much abang...” Dengusku lalu memegang loket hati itu.
“My pleasure sayang. Sayang tak kerja ke hari ni?”
“Saya kerja setengah hari je sebab nak tunggu abang balik.”
“Apalah sayang ni. Mana tau abang sampai malam ke? Takkan sayang nak tunggu abang sampai malam? Kesian sayang nanti. Kerjaya tu kan lagi penting. Betul tak?”
“Memanglah kerjaya tu lagi penting tapi bagi saya, abang lagi penting. Abang suami saya. Abanglah segala-galanya bagi saya. Tanpa abang, siapalah saya ni kan...
“Kita memang ditakdirkan untuk bersama.” Desis Fakhrul Izwan di dalam hati.
“Dah solat zuhur ke belum abang ni?”
“Dah sayang... Abang solat zuhur kat masjid tadi. Sayang tanya abang ni,sayang dah solat ke?”
“Saya dah solat dah. Saya besyukur sangat sebab abang selamat sampai ke rumah.”
“Alhamdulillah...”

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I