Skip to main content

Diari Cinta Eryna 22



Bab 22
Aku menampal sticky note di peti sejuk. Sticky note itu mengatakan aku akan balik Malaysia hari ni bersama Fakhrul Izwan.
“Ai Lyssa, nak pergi mana tu? Dah nak balik dah?” Tegur mak su padaku. Tersentak aku dibuatnya. “Haah mak su. Ingatkan tadi nak pesan pakai sticky note je. Ni mak su dah bangun. Tak apalah. Melly mana, mak su?” Soalku lalu menarik bagasiku.
“Melly macam biasalah. Pagi-pagi lagi dia dah bangun dah. Keluar dengan kawan dia.” Kata mak su. “Ohh. Nanti kirim salam Lyssa kat Melly dengan pak su eh.” Kataku lalu menyalam tangan mak su. “Insya-Allah. Nanti kirim salam kat mak, ayah tau. Jaga diri baik-baik. Betul ni tak nak mak su hantarkan kat airport?” Getus mak su lagi.
“Betul... Nanti Lyssa naik dengan kawan pergi airport. Mak su jangan risau. Lyssa okey je.” Kataku.
“Kalau macam tu okeylah. Mak su harap Lyssa dengan kawan Lyssa tu selamat sampai Malaysia.”
“Insya-Allah... Mak su doakan tau!”
“Mak su akan sentiasa doakan anak buah kesayangan mak su ni.”
Aku memberikan senyuman nipis dan sempat mengucup tangan mak suku.

“Saya rasa bahagia sangat hari ni.” Kata Fakhrul Izwan lalu melentokkan kepalanya di bahuku. “Saya pun. Jaga sikit kepala awak tu. Kita belum sah lagi.” Balasku lalu menepikan kepalanya.
“Kalau boleh esok saya nak kahwin dengan awak.” Kata Fakhrul Izwan. “Eh mengada pulak dia. Dahlah saya nak tidur. Kapal terbang pun dah berlepas ni.” Getusku lalu tertidur.
Fakhrul Izwan hanya membiarkan kepalaku terlentok di bahunya. Satu hari nanti, kau pasti akan jadi milikku.
Aku terjaga dari tidur lalu terpandangkan kepalaku yang terlentok di bahunya. Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku terus mengalihkan kepalaku dan bersandar di tepi sebelah kananku. Aku mengeluarkan novel lalu khusyuk membacanya.
“Suka tengok kepala awak landing kat bahu saya...” Ucapnya. Mengigau ke apa dia ni? Tadi aku tengok dia nyenyak tidur. Mimpikan siapalah tu...
“Mimpikan awaklah!” Jawabnya. Dia berkata-kata sedangkan matanya masih tertutup? Macam tahu-tahu je apa yang dalam hati aku ni. Jangan roh dia yang berkata-kata tadi sudah! Meremang bulu roma aku.
“Arul...” Aku cuba berbisik di telinganya. Tak jawab pulak. Tadi aku cakap dalam hati, sibuk menjawab.
“Awak, bangun kejap.” Aku cuba menggoncangkan tubuhnya namun tiada respon. Dah mati ke? Astagfirullahalazim... Mengarut je kau ni Eryna!” Gulp! Aku menelan air liur beberapa kali.
“Arul bangunlah! Jangan tinggalkan saya...” Ujarku sebak. Yalah dari tadi aku kejut dia, tak bangun-bangun. Mana tak haru!
“Bah! Tahu takut...”
Aku menghembus nafas lega. Dia masih bernafas lagi. “Isy awak ni. Pekak eh? Saya kejut awak banyak kali. Tak bangun-bangun.” Getusku. “Saja nak test awak sayangkan saya ke tak.” Ujarnya lalu tersengih nakal.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I