Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 4



Bab 4
“Babe, korang ada baca status apa-apa tak kat facebook Azrie? Aku risau ni...” Getus Aida sambil membetulkan rambutnya yang lurus paras bahu itu.

Setahu Aida, kekasihnya itu akan bertolak ke luar negara minggu depan bersama keluarganya. Tapi kenapa hari ni dia langsung tak nampak batang hidung Azrie dan juga Ariff? Ni mesti ada benda yang dia orang sembunyikan dari aku ni.

“Tak ada kut. Sebab last Azrie update status minggu lepas.” Jawab salah seorang gengnya. “Dia ponteng kuliah kut. Lagipun dah habis exam kan? Sekali-sekala dia nak jugak freedom.” Bidas Emelyn sambil tersenyum sinis.

Tersedak Aida apabila Emelyn berkata seperti itu. Biar betul dia ni?

“Betul ke babe?” Ujar Aida sambil mengerutkan wajahnya. Dia sungguh risau jika Azrie curang dengannya.

“Kau ni dah kenapa Aida? Sentimental semacam je aku tengok kau hari ni? Kalau dia nak hang out mana-mana suka hati dialah. Aku cuma cakap je...”

“Yalah kalau nak hang out tu ajaklah aku sekali...” Desis Aida. “Isy malaslah aku nak layan kau.” Bentak Emelyn lalu pergi dari situ.

“Kenapa dengan Emelyn tu? Aku cakap sikit, dia nak marah-marah apehal?” Marah Aida.
“Entah dia. Datang bulan kut...”

Aida langsung tidak mempedulikan Emelyn malah dia menghantar mesej melalui whatsapp kepada Azrie.

I tahu you dh bertolak... Take care syg.

“Siapa yang hantar mesej tu?” Tanya Ariff sebaik sahaja terdengar bunyi mesej dari telefon bimbit Azrie.

“Entah. Biarkan jelah... Ariff, aku berhenti kat R&R dulu tau.” Getus Azrie sambil matanya fokus pada jalan.

“Buat apa berhenti? Teruskan jelah.” Desis Ariff malas.

“Solat... Kau tak dengar ke azan maghrib tadi?” Bidas Azrie lantas memberhentikan keretanya di depan R&R.

“Ohh haah. Sorry bro. Aku tidur tadi tak dengar.”

“Tulah kau. Tidur je tahu. Sampai azan pun kau tak dengar...”

Selesai solat maghrib, Azrie dan Ariff meneruskan perjalanannya ke Port Dickson. Setengah jam je lagi. Kejap lagi sampailah. Masing-masing di dalam kereta mewah itu hanyut mendengar alunan radio. Ariff jangan cakaplah... Dia dah lama dibuai mimpi sejak dari tadi. Timbul idea nakal Azrie untuk mengenakan sahabatnya.

Dia mendekatkan mulutnya ke telinga Ariff  lalu menjerit sekuat hatinya. “Pontianak!!!” Jerit Azrie lalu tergelak. “Pontianak? Mana!!!” Tersentak Ariff dibuatnya. Ariff memandang sekilas ke arah Azrie. Dia mendengus geram apabila melihat sahabatnya ini mengenakannya.

“Kau sengaja kan?” Marah Ariff sambil memisat matanya yang penuh dengan tahi mata. “Hahaha memang sengaja pun! Aku nak kejut kau sebernanya tapi tengok kau nyenyak tidur macam kau pulak yang drive. Tu yang aku kacau!” Jawab Azrie lantas menanggalkan tali pinggang keledarnya.

“Eh, eh... Kau nak pergi mana? Bukan lagi setengah jam ke nak sampai?” Ujar Ariff bingung sambil menggaru dahinya yang tak gatal.

“Kita dah lama sampailah...” Jawab Azrie lalu membuka bonet untuk mengeluarkan barang-barangnya.

“Ohh dah maknanya kita dah sampai shaletlah ni? Terbaik ah Azrie!” Getus Ariff  lalu turun dari kereta dan membantu sahabatnya mengeluarkan barang.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I