Skip to main content

Diari Cinta Eryna 14



Bab 14
“Assalamualaikum... Ayah!” Ucapku sebaik sahaja sampai terus memanggil ayah yang sedang mengelap keretanya. “Waalaikumussalam... Haa Lyssa, kenapa balik tak bagitau ayah dengan ibu ni?” Kata ayah padaku. Aku pantas menyalam tangan ayah. “Siapa datang tu bang?” Soal ibu dari dapur. “Shut...” Aku memberi isyarat pada ayah supaya ibu tidak perasan kehadiranku.
Keluarga aku memang panggil aku ‘Lyssa’ sebab kat kampung memang semua orang panggil aku ‘Lyssa’ kecuali Nureen. Nureenlah orang yang pertama panggil aku ‘Eryna’ sebab tu aku suruh kawan-kawan aku kat U tu panggil aku Eryna aje.
Aku terus berlalu ke dapur. Aku menutup mata ibu. “Mak oi... Siapa ni!” Keletah ibu. “Cuba teka...” Balasku. “Ibu kenal suara anak ibu sorang ni... Lyssa kan?” Teka ibu. “Betul! Pandai ibu teka. Ibu... Lyssa rindu ibu dengan ayah. Rindu sangat...” Ujarku manja sambil menyalam tangan tua ibu.
“Ibu pun rindu kat anak ibu ni. Ya Allah Lyssa... Kenapa dengan tangan kiri Lyssa tu?” Soal ibu yang perasan tangan kiriku berbalut. Mungkin ayah tak perasan tangan aku tadi. Bila sampai kat ibu terus perasan. “Tak adalah bu, cuma terkena air panas je.” Ujarku enggan menceritakan perkara yang sebenar.
“Ohh. Lain kali hati-hati tuang air panas tu. Dah pergi rehat dulu. Ibu nak masak ni. Lyssa datang dengan siapa? Sorang je ke?” Soal ibu mengingatkanku pada Nureen.
“Lyssa datang dengan Nureen. Nureen yang drive kereta tadi.” Ujarku. “Habis tu Nureen mana?” Soal ibu lagi. “Nureen balik rumah dialah. Sebelah rumah je kut! Kejap lagi dia datanglah tu.” Kataku. “Ohh. Malam ni ibu nak masak sedap-sedap sebab anak ibu dah balik. Jangan lupa ajak Nureen sekali. Dahlah nak balik kampung tak bagitau ibu dengan ayah.” Ujar ibu. “Sorrylah bu. Lyssa saja nak buat kejutan.” Dengusku.
Aku tinggal kat Kuala Lumpur tu hampir sembilan tahun. Tu pun balik sebulan sekali je. Kalau ada cuti umum aje aku cuti lama sikit. Dari aku form one duduk kat asrama. Tu yang susah nak cuti lama-lama ni. Nasib baik ada Nureen. Dialah yang temankan aku sepanjang aku kat asrama tu.



“Assalamualaikum...” Ucap Fakhrul Izwan dan Faizal serentak. “Waalaikumussalam.” Balas Mak Leha. “Kamu berdua ni cari siapa?” Soal Mak Leha.
“Sa...ya... Fakhrul. Dan ni Faizal. Kami berdua ni kawan Lyssa Eryna. Betul ke ni rumah Eryna, mak cik?” Kata Fakhrul Izwan. “Ya, betul. Tapi... Kamu berdua ni dari mana?” Soal Mak Leha lagi. “Kami berdua ni dari Kuala Lumpur. Saya datang ni nak jumpa dengan anak mak cik. Please...?” Ujar Fakhrul Izwan.
“Hmm... Masuklah dulu, nanti mak cik panggilkan Lyssa ya.” Ujar Mak Leha. “Lyssa...” Panggil ibu sambil mengetuk pintu bilikku. Aku terjaga dari tidur. “Ya bu...” Jawabku malas. “Ni ha, kawan kamu datang.” Kata ibu. “Ai awal pulak si Nureen ni datang. Kata nak datang malam tunggu makan.” Omelku.
“Kejap bu.” Kataku lalu mencapai tudung lalu ku sarungkan di kepalaku. Aku terkejut melihat ‘mereka’ di dalam rumahku. Macam mana dia orang boleh sampai rumah aku ni? Sedangkan aku tak pernah bagitau apa-apa pun kat dia.
“Lyssa layanlah kawan-kawan Lyssa ni. Ibu nak sambung masak. Maklumlah ramai. Ibu kenalah masak lebih. Kang tak cukup nanti.” Ujar ibu lalu berlalu ke dapur.
“Korang tidur sini ke malam ni?” Soalku bodoh. “Mestilah. Kita orang datang dari jauh. Penat tau cari rumah awak.” Balas Faizal. “Tapi korang kena tidur luarlah eh? Tak cukup biliklah. Sorry...” Kataku.
“Tak apa. Mana Nureen? Saya tak nampak batang hidung dia pun dari tadi?” Soal Faizal menanyakan tentang sahabatku, Nureen.
“Dia kat rumah dialah. Awak jangan risau. Rumah dia sebelah rumah saya je... Lagipun malam nanti dia datang makan malam kat sini.” Kataku. Muka Faizal terus berseri-seri. Hahaha... Fakhrul Izwan hanya membatukan diri saja sedari tadi. Dia sungguh rindu senyuman Eryna.



“Izal, macam mana awak boleh sampai sini?” Soal Nureen pada Faizal. Aku hanya memberikan senyuman aje dari tadi. “Mestilah dia orang tanya siapa-siapa tu...” Sambung ayah pula. “Haah, memang kita orang ada tanya sorang pak cik yang jual cendol tu. Ingatkan susah nak cari rumah Eryna... Rupanya senang aje.” Balas Fakhrul Izwan.
“Kau ni sibuk jelah! Aku tanya Faizal, kau menyampuk. Kan aku dah cakap, aku dah tak nak tengok lagi dah muka...” “Muka siapa, Nureen? Dah dah jangan gaduh nanti ibu tak kasi makan baru tau.” Ibu menyampuk pula sambil membawa lauk dari dapur.
“Ibu masak apa? Bau macam sedap je...” Ujarku pada ibu. “Memanglah sedap. Ibu masak lauk kegemaran Lyssalah. Biar semua orang kat sini tau yang Lyssa suka makan lauk ayam masak merah dengan gulai ikan kisi.” Sambung ibu.
“Wahh... Sedapnya bu! Ni yang buat Nureen tak sabar nak makan ni...” Ujar Nureen. Nureen memang dah biasa panggil ibuku dengan panggilan ‘ibu’ sebab dari kecik ibu yang jaga Nureen. “Tau tak apa...” Balas ibu.
“Kamu berdua tengok apa lagi tu? Makanlah... Penat je mak cik masak sedap-sedap ni.” Getus ibu.
Fakhrul Izwan dan Faizal hanya membalas dengan senyuman lalu mereka makan juga masakan Mak Leha yang terkenal di kampung ini.
“Kalau korang nak tau, masakan ibu ni famous tau kat kampung ni. Sampai orang berebut-rebut datang rumah semata-mata suruh masakkan lauk asam pedas. Katanya sedap, menjilat jari!” Puji Nureen.
“Sampai macam tu sekali? Tapi bila masa mak cik masakkan untuk dia orang?” Soal Faizal.”
“Mak cik kamu tu kan, catering dulu...” Balas ayah.
Aku suka dapat keluarga bahagia macam ni. Ibu, ayah... Lyssa sayang ibu dengan ayah. Sayang sangat.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I